11 December, 2013

Recall kisah hidup Zaa

Assalamualaikum semua..

Coretan kali nie Za nak luahkan perasaan Za yang sedang berduka ni..

Dalam 2, 3 hari ni, Za rasa sedih sangat.. Nak tau tak kenapa ?

Sebab, surat tawaran untuk menyambung pelajaran oleh pihak UiTM masih belum lagi diterima.. Mungkin ramai yang tak tahu apa sebab Za tunggu surat tawaran ? Yelah, mungkin ramai belum baca entri-entri yang terdahulu.. Takpe, Za akan cerita balik semula ok ? Sebenarnya pun, setiap hari,, fikiran dan kenangan Zaa asyik teringat-ingat je kisah hidup Za.. Takpe lah, Za cuba recall  balik kisah Za..

Pada awalnya, Za kecewa tak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).. Hurmm, memang sedih sangat masa tu.. Tapi Za banyak dapat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), tapi faham-faham la ye, Za tak mampu nak ke sana.. Keluarga Za bukan dalam golongan orang yang mampu.. Ayah Za cuma menyara hidup sebagai pekebun je..

Dalam masa yang sama, Za ditawarkan bersekolah ke Tingkatan Enam. Pada mulanya Za memang tak merancang nak bersekolah di Tingkatan 6 tapi pada masa tu Za takde pilihan lagi, Za paksa juga diri Za untuk bersekolah di Tingkatan 6..

Tapi Za memang tak dapat bertahan lama.. Itu memang bukan pilihan Za.. Za tahu, bersekolah di Tingkatan 6 bukan jalan pilihan Za untuk meneruskan pelajaran.. Masa tu jugalah Za berusaha buat rayuan UPU untuk panggilan ke 2..

Solat hajat, dan berdoa.. Itu sahajalah yang Za mampu lakukan.. Za selalu ingat Tuhan, Za yakin, bila kita berdoa dan kita yakin Tuhan akan makbulkan doa yang kita minta, pasti Tuhan akan kabulkan..

Alhamdulillah.. Akhirnya Tuhan kabulkan juga doa Za,, rayuan Za diterima untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM Kampus Puncak Alam dalam jurusan Diploma Kejururawatan. Tak putus-putus Za buat sujud syukur ke atas-Nya.. Masa tu, Za rasa, itulah saat yang paling menggembirakan dalam hidup Za.. Semenjak dari kecil lagi Za dah memyimpan angan-angan untuk menjejakkan kaki di menara gading.. Akhirnya tercapai jua impian Za..

Tapi, takdir yang menentukan segalanya.. Za diarahkan untuk menukar course sebab Za ada masalah kesihatan.. Za pun tak sangka perkara macam ini akan berlaku.. Kalaulah Za tahu perkara macam ni akan berlaku, mungkin Za boleh cuba jalan lain..

Sampai sekarang Za rasa menyesal sangat.. Setiap hari Za fikir, kalaulah masa boleh diundur kembali, mungkin Za boleh ubah.. Tapi ini kenyataan.. Perkara yang dah lepas tak boleh diulang kembali.. Nasi sudah menjadi bubur !

Za diberi beberapa pilihan untuk memilih course yang Za minat dan sesuai dengan kelayakan keputusan SPM Za.. Lastly, Za ambil keputusan untuk ambil Diploma Mikrobiologi.. Za bakal ditempatkan di UiTM Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan..

Lepas menyelesaikan banyak urusan, Za ambil cuti selama satu semester.. Za tunggu surat tawaran tu datang, tapi, sampai ke saat ni, surat tawaran tu tak sampai pun..

Yang membuatkan Za kecewa, Za seolah-olah macam tak diambil peduli oleh pihak UiTM.. Za dah try  banyak kali telefon pihak Hal Ehwal Akademik UiTM Shah Alam tapi panggilan tu tak diangkat pun,, Za pula risau sekarang ni, sebab salah seorang kawan sekelas Za masa sekolah menengah dahulu ditawarkan dalam program dan kampus yang sama macam Za, dan dia dah sebulan belajar kat sana..

Za takut ketinggalan lagi,, sedangkan semua kawan-kawan Za termasuk yang berada kat Puncak Alam dah habis satu semester.. Cuma Za je yang ketinggalan.. Hurmm.. Apalah nasib Za ? Niat Za cuma nak sambung belajar, nak berkerjaya, nak ada taraf pendidikan, nak tolong keluarga ? Kenapa Za macam tak diberi peluang ?

Mama Za pula selalu tanya, boleh ke Za nak ambil Diploma Mikrobiologi ni ? Kuat ke semangat Za ? Sedangkan masa SPM tu pun Za rasa seksa sangat nak belajar,, mungkin tekanan daripada cikgu-cikgu yang membuatkan Za semakin tak kuat nak belajar.. Lastly, keputusan SPM pun cuma cukup-cukup makan je, Za dapat 5 A daripada 10 subjek.. Alhamdulillah walaupun sebenarnya Za boleh buat lagi baik, Za boleh jadi pelajar cemerlang, tapi Za memang tak boleh.. Jujur Za beritahu, peperiksaan SPM ni Za memang tak kuat.. Kalau dulu, UPSR, Za dapat 5 A, PMR, Za dapat 8 A, tapi, SPM Za memang tak cukup kuat..

Mungkin sebab tulah Za dapat penyakit ni.. Diagnosis doktor menyatakan yang Za menghidap Epilepsy.. Malu Za nak mengaku tapi itulah kenyataannya.. Tapi lepas dapat tahu ada penyakit macam ni, Za rasa bersyukur juga sebab ada lagi insan yang lagi teruk daripada Za. Ini cuma sebahagian kecil ujian yang Allah nak uji Za..

Sekarang, tiap-tiap hari Za kena makan ubat.. Mula-mula Za tak endahkan pun nasihat doktor, tapi bila dah 3 kali diserang penyakit tu, dan doktor pujuk untuk makan ubat barulah Za makan.. Dalam tempoh 3 tahun ni lah Za kena makan ubat, follow up kat hospital, kena ambil darah, jumpa doktor dan pakar psikiatri..

Za selalu fikir, kalau Za tak dibenarkan belajar nursing, tapi boleh ke Za belajar Mikrobiologi ? Ramai yang kata course  ni susah.. Doktor psikiatri pun cakap susah,, tapi.... Kalau Za diberi peluang untuk sambung belajar, Za sanggup pikul cabarab tu, demi masa depan hidup Za.. Za akan cuba perbaiki kesilapan diri Za masa belajar sebelum SPM tu..

Betapa seronoknya bergelar penuntut UiTM.. Seronok sangat ada pengalaman berdikari, hidup jauh dari keluarga, pergi kuliah, pengalaman balik kampung naik bas ekpress... Semualah ! Memang best...

Sekarang ni apa yang Za mampu buat cuma berdoa je.. Za rancang nak uruskan perkara ni secepat mungkin.. Za kena juga pergi ke UiTM Shah Alam nak uruskan penukaran course ni..

Za belum lagi fikir nak bekerja sambilan.. Apa yang Za cuma nak ialah sambung belajar je.. Itulah kehendak Za.. Hurmm...

Ok lah, sampai sini jelah coretan luahan Za.. Za cuma nak luahkan perasaan Za je.. Moga korang dapat ambil iktibar dari kisah Za ni.. Ok jumpa lagi pada entri akan datang.. Doakan Za yer !

Bye ! Wassalam....


28 November, 2013

Mukadimah

Assalamualaikum !

Hai hai hai ! Zaa in the house ! Ok ok terlebih mesra pulak.. Ini merupakan catatan pertama Zaa pada blog baru Zaa yang baru je siap dicipta tepat pukul 10:00 p.m.. Haha poyo jer ayat !

Sebenarnya Zaa ada masalah sikit dengan blog yang lama tu so Zaa pun ambil keputusan nak buat blog barulah, memandangkan blog tu pun dicipta macam " cikai-cikai " jer, hehe...

So, post-post yang lama tu Zaa dah masukkan kat blog yang baru nia, cuma copy & paste jer, almaklumlah, blog yang lama tu owner dia pun Zaa jugak, jadi don't worry be happy...

Buat masa nie overoll blog nie belum sepenuhnya complete.. just simple je, In Sha Allah dari semasa ke semasa Zaa akan try renovate..

Ok now, we are getting start to explore about Zaa's life !!

WELCOME TO www.eyzaachommie.blogspot.com.my & enjoy !

18 November, 2013

Fakta (saje je nak tulis)

Fakta (Saje je nak tulis)

Assalamualaikum !

Hari nie Iza nak kongsi beberapa fakta.. Saje je nak tulis.. He heee..

1. Pada awal tahun 1900, warna merah jambu atau 'pink' dikhususkan untuk kaum lelaki, tapi, oleh sebab warna 'pink' ni terlalu lembut, jadi warna ni ditukarkan khusus untuk kaum perempuan.. (tapi tak kisah la citarasa setiap orang kan berbeza-beza)

2. Di Malaysia, dianggarkan bahawa kaum perempuan lebih berminat untuk menyambung pembelajaran di mana-mana Institut Pengajian Tinggi berbanding dengan kaum lelaki. (Kaum lelaki di luar sana jangan la berkecil hati, ni cuma kajian sahaja)

3. Dianggarkan remaja kini menghabiskan waktu mereka sehari-hari selama lebih 4 jam dengan melayari internet, dan bersosial di laman sesawang. (Hehe termasuklah Iza sendiri, yelahkan, zaman dah moden, dunia dah maju)


4. Kajian di Amerika mendapati bahawa memakan coklat boleh memanjangkan umur seseorang berbanding mereka yang kurang memakan coklat kerana coklat mengandungi bahan-bahan antioksidan... (Tapi semua ketentuan ajal dan maut di tangan Tuhan kan, tapi kalau selalu makan coklat pun tak elok untuk kesihatan, jadi berpada-padalah, hadkan kuantiti pengambilan coklat tu, kan tak pasal-pasal jadi kencing manis, ni bukan tahap memanjangkan umur tapi memendekkan umur adalah)


5. Terlalu lama duduk pun boleh mengundang kepada penyakit jantung.. Jadi, kalau korang terlalu lama duduk, kerap-kerapkanlah buat senaman ringan, contohnya bangun sekejap dan regang-regangkanlah urat-urat di tubuh badan kita, buat 'stretching' ke.. (Kita pun sebenarnya tak boleh nak mengelak daripada duduk terlalu lama, yelahkan, yang bekerja di pejabat, yang bersekolah duduk berjam-jam di kelas ketika cikgu mengajar, yang penuntut universiti duduk kat kuliah satu subjek pun berjam-jam, kan ? kan ? kan ?)
6. Dianggarkan, ketika Iza ni sibuk menaip, berjuta-juta orang di dunia ni sedang menghisap rokok, berkepul-kepul asap mereka keluar masuk dalam hidung, mendidih-didih paru-paru diorang, meluap-luap anak tekak diorang. (Yang peliknya, sampai saat entri ni ditulis, masih ramai lagi yang belum insaf untuk berhenti merokok.. Ishh... Tak sedar diri ke yang merokok tu membahayakan kesihatan ? Setiap sedutan membawa padah ! Setiap sedutan mendatangkan dosa ! Yalah kan, melakukan perkara yang mendatangkan mudarat pada diri sendiri..)
7. Setiap hari, semakin bertambah-tambah orang yang memiliki akaun di Facebook. Tidak mengira umur pun, semua orang pun dah memiliki akaun Facebook sendiri. (Kadang-kadang satu orang melebihi satu akaun Facebook kan ?)

Okey lah, sampai setakat tu je yang Iza boleh kongsikan.. Tunggu entri seterusnya yang akan datang.. Bye-bye !

19 September, 2013

Kehilangan



Assalamualaikum...

Hari ini, 18 September 2013 bersamaan 12 Zulkaedah 1434, Rabu..
Dah masuk 3 hari, iaitu pada 15 September, Ku-Chan tak balik rumah..

Iza pun tak tau kenapa,, kebimbangan semakin menyelubungi hati, kerisauan semakin menerjah diri. Ku-Chan tengah sarat bunting, tinggal tunggu hari nak melahirkan anak, kebetulan ni musim hujan, tambahan pula kawasan kampung banyak anjing berkeliaran...


Tak putus-putus doa Iza.. Berita kehilangan sudahpun disebarkan di laman muka buku, bagi meminta doa simpati agar Ku-Chan selamat..

Tapi sampai ke saat entri ini ditulis, Ku-Chan tak pulang-pulang lagi.. Hancur hati bila memikirkan impian yang Iza baru nak merancang buat bersama-sama Ku-Chan..


Sebenarnya, 9 September lepas, Iza ada beli sebuah gitar,.
Iza baru nak belajar bermain gitar semata-mata untuk menyanyikan lagu Sahabat pada Ku-Chan, tapi sekarang impian tu dah musnah sama sekali....

Kesal rasanya bila kita kehilangan sahabat yang kita sayangi waima seekor kucing, tapi dialah peneman Iza, dialah tempat nak bergurau, dialah tempat Iza kongsikan kasih sayang, dialah tempat Iza ajak bermain... Dialah segala-galanya !

Ok lah, entri kali nie sampai di sini je, Iza tak berapa ada mood nak menulis tentang dia,. Assalamualaikum..

14 September, 2013

Baru nak belajar

Assalamualaikum...

Hye semua (walhal sampai ke saat nie follower tak ada pun, erk ! Tutup muka malu sendiri).. Takpe takpe..

Berita apa kali ni Iza nak kongsikan yek ?

Aaaa ! Muka tembam Iza ditumbuhi jerawat ! Ni mesti kes kuat berangan nie... Setakat ni dah 2 tempat jerawat ni bermastautin.. Ohh Tuhan...

Eh eh eh, sebenarnya bukan berita tu yang nak dikongsikan..

Ini diaaa !

Haa, jeng jeng jeng !




[Gitar kapok@gitar akustik ynag jenis cikai-cikai je]

Ini dia... Iza beli gitar akustik baru (lebih kepada gitar kapok) !

Kalau nak tahu, harga sebenar dia RM 110.. Tapi lepas ditawar, dapatlah RM 104.. Dapat 5 % diskaun je,,, Tak apalah.. Itu pun dikira yang paling murah tau.. Nak beli yang mahal-mahal pun, Iza bukannya tahu main pun..

Apa ?? Tak tahu main gitar tapi beli gitar ? Macam mana ?

Iyelah,, sebenarnya, dalam hati dah lama teringin nak belajar main gitar sejak dari sebelum SPM lagi, tapi niat tu terpaksa ditangguh dulu sebab masa tu sibuk dengan exam, tapi baru 9 September 2013 Iza dapat beli gitar ni..

Tapi, ramai yang pertikaikan kebolehan Iza ni pandai main gitar ke ?
Ha ha haa memang tak pandai pun..
Tapi ada hati nak main gitar ?


Takpe takpe.. Relaks ! Hmm memanglah Iza ni baru nak belajar main gitar.. Tapi, kos nak ke kelas muzik bukan murah tau..

Last-last, Iza ambil inisiatif sendiri, belajar daripada internet & you tube.. Hmm bolehlah..

Dan setakat ni Iza baru belajar & tahu beberapa kord gitar, contohnya kord C, Am, Em, F & G.. Itu jelah, hehe.. Lagi pun, bukan senang tau nak main gitar.. Tangan ni dah lah kaku...

Doakan Iza dapat jadi seorang pemain gitar yang hebat ye! Assalamualaikum.

  

07 September, 2013

Kismis baik untuk kesihatan

Assalamualaikum !

Hye semua ! Sempena bulan September yang menjelma ni, tentunya para pelajar semua mula resah, kan ?


Aku mulai resah

Hatiku jadi kebah

Melihat dirimu aku rebah

Hehehe, dah macam lagu Carta Hati nyanyian Najwa Latif pula... :)
Ok, ok, sebab apa ? Sebab tentunya tarikh peperiksaan yang just around the corner kan, Iza faham perasaan korang, sebab Iza pun pernah bergelar pelajar, pernah juga mengalami situasi macam tu,... Haa, kali ni, Iza nak kongsikan mengenai kebaikan kismis. Iza rasa entri ini sangat menarik untuk dikongsikan kepada para pembaca di luar sana, especially pada pelajar-pelajar kat luar sana tuu.. Fakta ni Iza dapat melalui akhbar Harian Metro.. Iza cuma salin bulat-bulat daripada akhbar tu, so, kalau ada kesilapan, Iza mohon ampun banyak-banyak.. Okey, check this out :
Gelap, kulit yang kering dan kecut. Itulah pandangan pertama kita apabila terbayangkan kismis. Walaupun rupanya kurang menarik, kismis adalah makanan alternatif kepada gula-gula.

Kismis dihasilkan daripada anggur yang dikeringkan melalui kaedah haba matahari atau haba kering. Satu hidangan kismis mengandungi lebih banyak kalori daripada gula. Ia mungkin agak manis namun mempunyai manfaat yang baik dari sudut kesihatan.
Kandungan nutrsi di dalam kismis :
1. Garam mineral

Magnesium - baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.

Kalsium & fosforus - membina tulang & gigi yang baik.

Zat besi - membantu pembinaan sel-sel darah merah & tisu badan yang rosak.

Kalium - mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal & mengekalkan tekanan darah.
2. Vitamin-vitamin

Vitamin C - penting untuk pembentukan kolagen & penyerapan zat besi ke dalam badan.

Vitamin B6 - mencegah pengekalan air & membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.

Vitamin K - diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, & buah pinggang.

Folat - membentuk sel-sel darah merah & penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.

Riboflavin - membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan & membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.
3. Makanan untuk otak
Salah satu manfaat menarik kismis ialah untuk kecergasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik.

Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan & mata serta menambah memori. Boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium & magnesium.
4. Membantu mengurangkan sembelit
Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar.

Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 gram serat yang boleh membantu tubuh badan anda daripada bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus & melawaskan pembuangan air.
Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat lain seperti :

  • Melindungi hati
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi
  • Membantu sebagai penerang hati
  • Membantu mengurangkan stress
  • Membantu merawat penyakit anemia
  • Membantu merawat masalah pelupa
5. Snek yang lazat & berkhasiat
Oleh kerana kandungan serat yang tinggi & kalori yang rendah berbanding gula, kismis juga boleh dijadikan makanan ringan yang baik.

Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang masa. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir & menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.
kismis menurut perspektif Islam :
Kismis sememangnya sinonim dengan pelajar yang menuntut di sekolah tahfiz & pondok. Ini kerana sudah sekian lama, ulama dahulu mengetahui kebaikan kismis ini untuk hafalan.

Terdapat satu hadis tidak sahih daripada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Makanan paling elok ialah kismis kerana ia dapat menghilangkan letih, menguatkan saraf, meredakan marah, mengelokkan warna kulit, & menyegarkan bau mulut."

Seorang ulama bernama Az-Zuhri pernah berkata, " Sesiapa yang ingin menghafal hadis, hendaklah ia makan kismis."
Al-Mansur pula meriwayatkan daripada datuknya, Abdullah bin Abbas dengan berkata, "Biji kismis membawa penyakit, tetapi isinya adalah ubat."
Kesimpulannya, kismis memang baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, tukar menu anda daripada makanan ringan seperti coklat & gula-gula kepada kismis. Ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan anda !

Lagi satu, ini senarai amalan untuk kecerdasan minda :
  • Baca ayat 25 hingga 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan & menambah ilmu pengetahuan.
  • Baca Surah al-Hasyr ayat 21 supaya mudah mengingat apa yang dibaca.
  • Baca Surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.
  • Baca Surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.
  • Membaca Bismillah enam kali untuk menerangkan hati & mencerahkan akal.

Okeylah, itu sahaja entri kali ini yang dapat Iza  kongsikan kepada para pembaca...
Iza pun dah tanamkan azam nak jadikan amalan makan kismis sebagai rutin harian, sebagai persediaan minda untuk kemasukan sesi semester yang baharu nanti... Insya-Allah kejayaan dapat diperoleh melalui usaha.. Ammin.. Korang doakanlah ye ?

Diharapkan info-info tadi tu sedikit sebanyak dapat membantu kalian terutama para pelajar di luar sana tu.. Iza juga doakan kalian berjaya menghadapi peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang....
Bye bye & wassalam...... :)


06 September, 2013

Peluk teddy bear ketat-ketat

(peluk teddy bear ketat-ketat)

Merenung masa hadapan

Kadang-kadang kita takut nak berdepan

dengan realiti kehidupan

Hidup ini ketentuan Tuhan

Cuma aku yang tiada kekuatan


Assalamualaikum... Hye hye semua (dalam hati kata, walhal tak ada follower pun), haha ! :)

Agak lama jugaklah Za dah tak masukkan entri baru sebab Iza sibuk berkarya dengan cerpen tentang kisah hidup sebenar Iza.. Kiranya kalau ada masalah, sedih, atau nak luahkan perasaan, Iza bukan setakat tulis di blog, tapi Iza rangkumkan pada cerpen tu, hehe manalah tahu,, suatu hari nanti masyarakat teringin nak tahu tentang kisah hidup Iza, bolehlah baca cerpen tu, ishh, berangan pula ! 

Satu lagi karya yang sekarang Iza cuba nak hasilkan bertajuk "Impiannya Menjadi Artis Popular !".. Hehehe kelakar tak ? Sebenarnya kisah ni pun diadaptasi daripada diri Iza yang hobinya sentiasa berangan-angan,..

Oh ye kalau korang nak tahu, Iza ni memang kuat berangan ! Tapi mujurlah kulit muka Za ni bukan jenis yang berjerawat, sebabnya bukan apa, kata orang tua-tua kalau kita kuat berangan nanti muka banyak jerawat !

Hari ni, sebenarnnya, Iza rasa 'down' sikit..
Frust, dan agak 'bad mood' jugaklah..

Kenapa ? Hurmm... Last week Iza cuba nak apply cashier kat salah sebuah pasaraya terkemuka kat Bandar Batu Pahat dengan seorang cousin, dia pun nak apply jugak sebab mula-mulanya dia yang ajak Iza jugak.

Tapi, permohonan Iza ditolak disebabkan Za ada tulis kat borang tu pasal masalah kesihatan.. So, cousin Iza jelah yang dapat tawaran job kat situ..

Yelah kan... Penuntut universiti yang tengah cuti 1 semester ni tak laku nak bekerja.. Diorang pun malas nak 'kotorkan' buku kan.. Lagi pun kalau Iza berdiri terlalu lama, yelah kan kerja cashier mesti berdiri berjam-jam, takut-takut nanti pengsan, atau tiba-tiba kejang, siapa yang susah ?

Hmm, kiranya Iza ni makan hati berulam jantung jugalah, bukan pada cousin tu, tapi, memikirkan nasib badan..

Lagi satu, Iza rasa jealous sangat tengok gambar di facebook, kawan-kawan kat UiTM tu praktikal nursing sementara Eyza Chommie-Chommie ni cuma duduk di kampung menghabiskan Cuti Khas 1 Semester...


Cemburu rasanya bila tengok kawan-kawan sedang sibuk belajar bersungguh-sungguh, bergambar dengan geng diorang, hidup jauh daripada keluarga & rumah, hidup berdikari.. Sebab Iza pun nak juga merasa pengalaman berharga macam tu.. Bukan senang tau !

Tak apalah, Iza doakan mereka berjaya, nanti Iza yang tumpang gembira juga...

Hmm, lupa pula nak beritahu, Iza sedang bercuti khas ni disebabkan penukaran program pembelajaran.. Sekarang ni, mungkin bercuti sampai ke bulan November kot, Iza kena tunggu semester baharu untuk belajar 'course' yang baru.. 


Diploma Mikrobiologi & Diploma Perbankan menjadi pilihan..


Cuma perlu tunggu berita seterusnya oleh pihak jabatan.

Kerap kali Iza termenung, bila kita ada niat yang baik, kenapa Tuhan tak tunjukkan jalan ?
Iza cuma nak menuntut ilmu jer, kenapa Tuhan belum makbulkan doa Iza ?
Hmm, mungkin belum tiba waktunya kan ?

Selalu Iza terfikir, kalau nak kerja nurse pun tak boleh, kalau nak kerja cashier pun tak boleh, habis tu, Iza nak kerja apa nanti ?



Apa pun tak boleh !

Sabar... Sabar.... Think positively... Memandangkan hari ni hari Khamis, so, lepas solat Maghrib, Iza baca Surah Yassin.. Alhamdulillah, lepas selesai baca ayat suci Al-Quran, hati Iza rasa lebih tenang..
Oklah, kalian semua doakanlah yang terbaik untuk diri Iza ye ! Tunggu berita Iza akan dimuatkan pada entri yang akan datang...
Bye bye bye !
 
 
 
     

18 July, 2013

Lemah semangat ! Down ! Give up !

Assalamualaikum !

Hye semua... Nak tau tak, hari ni hari apa ?
Hari Rabu laa kan ?

Hehe memang hari Rabu, bersamaan 17 Julai 2013 bersamaan 8 Ramadhan... Hmm, diam tak diam dah masuk hari ke-8 dah kita berpuasa.. Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur untuk berada di dalam bulan yang mulia nie, bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh dengan keberkatan..

Sebenarnya, hari ni dah kira genap sebulan Iza bergelar pelajar UiTM di UiTM Kampus Puncak Alam ni.. Macam tak percaya je kan ? Macam baru je minggu lepas Izaa lapor diri kat sini.. Tapi sekarang ni masa pantas je berlalu kan..Hmm, hari nie Izaa rasa give up lagi..
Aii ? Kata semalam nak berubah ? Nak thinking positively ?


Nak tau kenapa ?

Ohh tidakkkk !!!!! Iza menjerit sampai keluar anak tekak, seluruh seisi satu kampus UiTM Puncak Alam bergegar dengar suara Iza yang macam kartun nie, menjerit !! (cuba bayangkan, suara Doraemon menjerit, haaa macam tu la Za menjerit)

Tadi, salah seorang kakak saudara yang dipanggil Kakak Long (sebab dia ni anak sulong, dan merupakan sepupu yang paling tua dalam sepupu) beritahu Iza yang.......



permohonan penukaran program pembelajaran ditolak ! ! !


  


Dan satu lagi, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEA) tu berpendapat yang Iza nie sihat dan boleh meneruskan program Kejururawatan nie.. Haaaa ! Yeke ?


Betul ke Iza ni sihat ?

Yeke ? ?

Lagi satu, Iza dianggap sihat hanya kerana Eyza Chommie-Chommie melampirkan laporan perubatan doktor yang sudah lama iaitu setahun lepas... Tapi, Iza masih boleh memohon menukar course dengan syarat melampirkan laporan perubatan doktor yang terkini..
Hmm yeke ?

Iza dah bingung dengan semua ni...

Sebenarnya Iza ni sihat atau tak ?

Sebenarnya Iza ni ada masalah kesihatan atau tak ?


Time ni la, Izaa dah mengalirkan air mata sederas-derasnya bak air terjun Niagara... Yelahkan, Iza dah berusaha nak cuba lupakan program Kejururawatan ni, tapi last-last, masih boleh teruskan lagi,.
Terus terang la, Iza dah mula rasa lemah semangat, down, putus asa, give up,.. dan, segala semangat yang lecturer Iza baru tiupkan hari tu, mulai luntur, pudar....

Hu huuu... Ya Allah, bantulah HambaMu....

Tak putus-putus Iza mengadu nasib pada Tuhan..


Dalam masa yang sama, Iza terus berusaha menelefon Mama, Kakak, Babang, dan Kakak Long macam mana nak selesaikan hal nie..

 

Hmm terpaksalah jugak esok ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan pengesahan kesihatan doktor... Aduhhh malasnya.. Dan lagi satu mesti nanti Iza kena marah dengan doktor tu, sebab tak pergi jumpa doktor pada temujanji yang dah ditetapkan.. Alamak !!!!!!!!!!!!


Tapi....

Bincang punya bincang....

Akhirnya...


Pensyarah muda yang Iza dah ceritakan hari tu, beliau telefon Iza...
Beliau tahu hal nie pun sebab dimaklumkan oleh Kakak Long...


Lastly, keputusan dibuat..


Pihak jabatan sendiri yang akan menguruskan proses penukaran program ni.. Pihak jabatan fakulti dan lecturer tu akan buatkan Iza surat sokongan untuk permohonan penukaran program pembelajaran tu.. Hu hu..


Dan Iza pun terus bertanyakan lecturer tu tentang status masalah kesihatan Iza..

Beliau terangkan pada Iza, yang sebenarnya pihak HEA tu yang tak memahami masalah yang Iza hadapi, sebab pihak mereka ni bukan dari pihak medical kan ? Betul kan ? Kan ?
 


So, Iza masih dianggap belum sembuh sepenuhnya sebab masih lagi perlu memakan ubat yang ditetapkan.. Hmm betul juga kan ? Manalah ada orang sihat yang kena makan ubat ? Paling-paling pun makan vitamin je..


Hmm yelah.. So, penyelesaiannya, macam yang Za beritahu tadi, pihak jabatan yang akan bantu buatkan surat sokongan kepada pihak HEA..



Hmmm, barulah Iza dapat berfikir secara waras kembali.. Rasa lega sikit..

Hmm, betullah, Tuhan akan sentiasa tolong kita, asalkan kita sentiasa banyak bersabar dan ingat padaNya..

Ok lah, lega sikit hati ni, kelakar juga bila diingat balik, bila ada masalah je, automatik air mata ni terus je mengalir, tak perlu nak disuruh.. Sebab Iza ni jenis yang lemah semangat, contohnya, kalau nampak je kucing mati, kucing terbiar, mesti menangis... Kalau ada masalah sikit, mesti menangis.. Hu huu huuu..
Ni pun masih ada masalah, bingung memikirkan nak pilih course apa yang sesuai, yang Iza boleh ikut... Hmm apa yek ? Kalau boleh Iza tak mahu pindah kampus, sebab Iza dah sukaaaaa sangat kat sini.... Entahlah..
 


Ha lagi satu, esok Iza kena bangun awal, nak ambil borang untuk buat surat pelepasan cuti, yelah, kalau tak buat surat pelepasan cuti, nanti dianggap sudah berhenti daripada kuliah, kan tak pasal-pasal, semester depan kena buat permohonan semula macam pelajar baru, kan dah susah....




Okey lah, lepas ni Iza nak sambung tulis cerpen tentang Kisah Hidup Iza... Iza nak rangkumkan semua kisah hidup Iza, manalah tahu, satu hari nanti Iza berjaya dalam sesuatu kerjaya, jadi seorang tokoh, dan masyarakat minta Iza terbitkan sebuah novel tentang kisah hidup Iza. Hehe manalah tahu kan ?
Okey lah,


Perut dah lapar tangan dah penat,

Teruskan bersabar jangan lemah semangat...


Bye-bye jumpa lagi !
 


17 July, 2013

Hujan rahmat di Puncak Alam

Assalamualaikum...

Hari ni sekali lagi Iza tak buat apa-apa.... Stay kat kolej je.
Macam biasa je xtvt berfacebook, tulis cerpen, dan semestinya merenung masa depan... Hu huu..

Hari nie hujan rahmat turun selebat-lebatnya kat Puncak Alam ni,
mungkin, hari ni satu permulaan yang baik untuk Iza berubah ke arah yang lebih baik untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang.. Insha-Allah doakan Iza supaya sentiasa lebih bersemangat & always think positively...

Sambil menyelam, minum air,
Sambil menaip, berangan-angan tak sudah,.

Dari jendela bilik ni memperlihatkan keindahan kawasan kampus UiTM Puncak Alam.. Hmm indahnya melihat bangunan kampus yang tersergam megah kebanggaan bumiputera ni,. Bersyukur sangat dapat diberi peluang untuk menuntut di sini, (walaupun setakat ni Iza dah tak pergi kuliah pun !) 



[Tersergam indah kebanggaan milik bumiputera]



[Pemandangan sekitar kampus UiTM Puncak Alam dari jendela bilik Iza di Kolej Rafflesia 3]

Hmm setakat ni Zaa tak terfikir lagi nak balik kampung di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.. Mungkin balik ke rumah abang kat Banting, Selangor, tapi, nanti dululah. 

Tapi Za tetap kena balik kampung juga, mungkin minggu depan, sebab ada temujanji dengan doktor pakar di Klinik Pakar 1 Hospital Sultanah Nora Ismail (dulunya dikenali sebagai Hospital Batu Pahat)


Hu hu huu.. Nanti mesti ada sesi "soal siasat" tentang diri Iza & apa perkembangan keadaan Iza..


Tak apalah, lagi pun Iza dah berazam nak lawan penyakit ni, jadi, kena jugalah merelakan hati ni, kena pergi jugalah jumpa dengan doktor pakar tuu..


Lagu AdaMu nyanyian Najwa Latif bergema di ruang bilik Iza (biasalah, roommate tak ada, pegi kuliah kan, so, buka lagu pun volume kuat-kuat juga lah)

Lagu ni menjadi inspirasi kepada Iza untuk lebih bersemangat dalam hidup..

Ok lah, hayatilah lirik lagu ni (walaupun pendek je)...

Hidup baik-baik !

Assalamualaikum !



AdaMu - Najwa Latif



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaran-Nya

Mensyukuri segala nikmat

Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan

Tuk berpegang pada jalan

Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu
Di sisiku selalu

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu...
 
 
 
 


History of Eyza Chommie-Chommie name

Assalamualaikum !

Hello hello semua !

Kali ni Izaa nak berkongsi satu rahsia !

Haa rahsia apa yek ?

  • Iza ada 'secret admirer' ke ?
  • Iza ada melakukan kesalahan jenayah ke ?
  • Iza ni sebenarnya gemuk gedempol atau 'chubby' ke orangnya ?
  • Iza ada curi emas kat lombong ke ?
  • Iza dah jadi penggodam akaun Facebook orang ke ?
  • Iza ada curi wang kat Bank Simpanan Nasional ke ? Atau mungkin Tabung Haji ? Erkk !

  • He he hee bukanlah.. :)

    Sebenarnya Izaa nak berkongsi rahsia nama asal 'Chommie' nie...

    Nama Eyzaachommie tu pun bukan nama sebenar admin kat dalam kad pengenalan tau.. Ni cuma sekadar nama samaran atau nama panggilan, atau nama manja juga lah..

    Begini, dahulunya Iza ada seekor kucing bernama Cit Cit (tapi kucing ni sudah tiada di alam  yang fana' ni), dan kucing ini telah melahirkan anak, rupa dan bulu mereka hampir sama, rupa mereka sangat comel. Kalau nak tau, baby kitten tu lahir pada 1 Januari 2011 tau, sedang kita bergembira sambut tahun baru 2011..


    Iza nak namakan baby kitten ni bersempena dengan kecomelannya..

    Lama juga Iza fikir nak letak nama apa yang sesuai dengan nama " Comel " ni ye ?

    Lama-kelamaan, bila dah dikaitkan dengan nama " Comel " nie, Iza dapat satu idea yang betul-betul marvellous !

    Nak tau nama apa yang Iza dapat ?


    CHOMMIE

    Haa kan ? Haa kan ? So, Izaa pun letak la nama CHOMMIE tu ke dalam sijil lahir baby kitten tu (walhal tak wujud pun sijil lahirnya yang sebenar)..

    So, setiap hari Izaa biasakan baby kitten tu untuk dipanggil CHOMMIE, Alhamdulillah, kami mengharungi hidup bersama-sama dengan kegembiraan..
    Tapi, persahabatan kami cuma bertahan selama setahun 11 bulan, tak sampai 2 tahun pun. Dia pergi pada 30 November 2012, satu hari je lepas Iza tamat peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan cara yang Zaa sampai sekarang pun tak dapat nak terima kenyataannya. Menangis-nangis Iza masa tu.. Sedih kan ?

    Tak apa, sekarang ni, anak kepada Chommie tu, Ku-Chan, menjadi tatapan pengubat rindu kucing tersebut..

    Dan mulai dari itu la, sebagai menghargai tanda persahabatan kitorang, Iza  pun mengabadikan nama ni sebagai nama panggilan, nama samaran, dan juga nama manja admin, pada akaun facebook, pada akaun email google, pada blog, pada Instagram, dan juga pada akaun We Chat ID...
    Ok lah, mata dah lekat-lekat kantuk macam ada magnet U dengan S ni, muka pun dah lemau macam biskut marie yang tak disimpan dalam Tupperware, tangan pun dah penat layu je macam pokok bunga puding Mama yang dah seminggu tak disiram air, ok lah, kita jumpa lagi next time..

    Bye bye & Assalamualaikum !

    14 July, 2013

    Alaaaaaaa Ku-Chan....

    Assalamualaikum...


    Alaa.. Iza  tak jadi balik kampung la. Mula-mula rancang nak balik kampung coz classmate cakap nak balik kampung, tapi diorang tak jadi balik kampung la, sebab ada assignment yang nak kena selesaikan, tapi iza tak ada assignment pun sebab ni tengah tunggu pertukaran course. Tapi tak best la balik kampung sorang-sorang kan ? So, last-last Iza pun ambil keputusan nak pergi rumah Babang kat Banting je la.. Sekurang-kurangnya dapat la tengok tv..

    Mama pun cakap, tak payah balik kampung la, asyik rindu Ku-Chan je..
    Ku-Chan tak payah dirindu-rindu, tak perlu susah-susah asyik nak ingat Ku-Chan je..

    Hmmm yela tu, tapi walau macam mana pun, persahabatan kitorang tetap tak akan putus, kan Ku-Chan ? Kita minta maaf tau Ku-Chan sebab tak jadi balik kampung.. Ku-Chan jangan merajuk tau, kalau Ku-Chan merajuk, kita pun merajuk tau.. Cayang Ku-Chan ! <3
    Apa pun, persahabatan kite tetap sweet dan cute...
    Ok lah, sampai sini je coretan Za.. Lain kali Zaa berceloteh lagi !
    Bye-bye semua !
    Bye-bye Ku-Chan !
    Sayang peluk, cium semut !
    Cayang peluk, cium Ku-Chan !

    I Thought I Lost You

    Assalamualaikum...


    Hmmm, kali ni Iza nak kongsi satu lirik lagu.. Lagu ni best sangat-sangat, lagi-lagilah sekarang ni rindu kat Ku-Chan, so, lagu ni dah kira macam sentimental jugak la.. Ha haa..
    Lagu ni tajuknya " I Thought I Lost You" nyanyian idola Zaa jugak, tentunya Miley Cyrus, dinyanyikan bersama John Travolta..
    Lagu ni dicipta khas untuk filem Bolt siaran Disney Channel. Filem ini mengisahkan tentang seekor anjing yang bernama Bolt, dan tuannya, Penny. Mereka ni sama-sama menjadi pelakon filem. Tapi macam-macam cabaran yang diorang ni tempuhi, akhirnya suatu hari ni, diorang terpisah. So, makin banyak la cabaran yang mereka kena tempuhi. Lagu ni memang mengisahkan tentang diorang.
    Haa, kalau korang nak tahu, Miley Cyrus juga jadi penyumbang suara utama untuk cerita ni iaitu untuk watak Penny, John Travolta pula untuk watak Bolt. Cerita ni sweet sangat tau !
    Ok lah, ni dia liriknya. So, lets enjoy...
    I THOUGHT I LOST YOU
    [ Miley Cyrus & John Travolta ]
    [Miley]
    Nobody listens to me, don't hear a single thing I've said
    Say anything to soothe me, anything to get you from my head
    Don't know how really I feel,
    Cause it's the faith that makes it like I don't care
    Don't know how much it hurts to turn around like you were never there
    Like somehow you could be replaced and I could walk away from the promises we made
    And swore we'd never break!!

    [Chorus - Miley & Travolta]
    I thought I lost you when you ran away to try to find me
    I thought I'd never see your sweet face again.
    I turned around and you were gone and on and on the days went
    but I kept the moments that we were in
    'Cause I hoped in my heart, that you would come back to me my friend
    And now I got you, but I thought I lost you!

    [Travolta] I felt so empty out there, and there were days I had my doubts
    but I knew I'd find you somewhere
    because I knew I couldn't live without you in my life for one more day
    and I swore I'd never break a promise that we made

    [Chorus - Miley & Travolta]
    I thought I lost you when you ran away to try to find me
    I thought I'd never see your sweet face again.
    I turned around and you were gone and on and on the days went
    but I kept the moments that we were in
    'Cause I hoped in my heart, that you would come back to me, my friend
    And now I got you, but I thought I lost you!

    [Travolta]
    I told myself I wouldn't sleep 'til I searched the world from sea to sea
    [Miley]
    I made a wish upon a star, I turned around and there you were

    [Miley & Travolta]
    And now here we are, are
    [Miley]here we are
    I thought I lost you

    [Travolta]
    I thought I lost you too

    [Miley]
    I thought I lost you
    [Travolta]
    I thought I lost you

    [Miley]
    Yeah

    [Chorus - Miley & Travolta]
    I thought I lost you when you ran away to try to find me
    I thought I'd never see your sweet face again.
    I turned around and you were gone and on and on the days went
    but I kept the moments that we were in
    and I knew in my heart, that you would come back to me, my friend
    And now I got you, I thought I lost you!

    [Miley]
    but I thought I lost you

    [Travolta]
    I thought I lost you too
    [Both]
    so glad I got you, got you

    [Miley]
    so glad I got you, yeah yeah
    I thought I lost you

    [Travolta]
    I thought I lost you too

    13 July, 2013

    Rindu Ku-Chan


    Assalamualaikum...
    Hu huuuu... Rindunye kat Ku-Chan nie.. Dah lebih kurang 2 minggu tak Nampak si comel nie.. Hmmm tak bole jadi nie, esok Za mesti balik kampung !!!!
    Kata Babah dengan Mama, Ku-Chan pun puasa jugak..


    [Ku-Chan]

    Bagus la tu, kalau kerjanya asyik nak makan je bole jadi chubby jugak nanti kan ?
    Hmmm semalam first day puasa.. Kata Mama Ku-Chan puasa sampai pukul 3 petang je, hu hu huu.. Lepas tu dia dah tergedik-gedik mintak Mama keropok..

    Apa pun, tabik spring for my beloved cat !
    Cayang Ku-Chan <3

    12 July, 2013

    Catatan permulaan (testing, testing 1...2...3...)

    Assalamualaikum !

    Hu hu huu hari ni Zaa rasa  bosan sangat, cuma tidur, baring, menghadap netbook, online facebook je, last-last, terfikir pulak nak cuba buat blog sendiri,,

    Kalau nak diikutkan, hampir seminggu jugak tak pegi kuliah.. Korang nak tau kenapa ?

    Hmm,, sekarang ni dalam proses permohonan penukaran program pembelajaran atas sebab masalah kesihatan.. Lambat betul nak 'confirm'kan proses tu,,

    Mula-mula Zaa dah yakin sangat bole berkhidmat pada masyarakat, iaitu kerjaya seorang jururawat, tapi, manusia hanya merancang je kan, Tuhan yang tentukan segala-galanya. Tak apalah, maybe Allah ada perancangan yang lebih baik untuk masa depan Iza..

    - Rabbi Asir Wala Tuassir -
    - moga dipermudahkan segala urusan -