18 July, 2013

Lemah semangat ! Down ! Give up !

Assalamualaikum !

Hye semua... Nak tau tak, hari ni hari apa ?
Hari Rabu laa kan ?

Hehe memang hari Rabu, bersamaan 17 Julai 2013 bersamaan 8 Ramadhan... Hmm, diam tak diam dah masuk hari ke-8 dah kita berpuasa.. Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur untuk berada di dalam bulan yang mulia nie, bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh dengan keberkatan..

Sebenarnya, hari ni dah kira genap sebulan Iza bergelar pelajar UiTM di UiTM Kampus Puncak Alam ni.. Macam tak percaya je kan ? Macam baru je minggu lepas Izaa lapor diri kat sini.. Tapi sekarang ni masa pantas je berlalu kan..Hmm, hari nie Izaa rasa give up lagi..
Aii ? Kata semalam nak berubah ? Nak thinking positively ?


Nak tau kenapa ?

Ohh tidakkkk !!!!! Iza menjerit sampai keluar anak tekak, seluruh seisi satu kampus UiTM Puncak Alam bergegar dengar suara Iza yang macam kartun nie, menjerit !! (cuba bayangkan, suara Doraemon menjerit, haaa macam tu la Za menjerit)

Tadi, salah seorang kakak saudara yang dipanggil Kakak Long (sebab dia ni anak sulong, dan merupakan sepupu yang paling tua dalam sepupu) beritahu Iza yang.......



permohonan penukaran program pembelajaran ditolak ! ! !


  


Dan satu lagi, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEA) tu berpendapat yang Iza nie sihat dan boleh meneruskan program Kejururawatan nie.. Haaaa ! Yeke ?


Betul ke Iza ni sihat ?

Yeke ? ?

Lagi satu, Iza dianggap sihat hanya kerana Eyza Chommie-Chommie melampirkan laporan perubatan doktor yang sudah lama iaitu setahun lepas... Tapi, Iza masih boleh memohon menukar course dengan syarat melampirkan laporan perubatan doktor yang terkini..
Hmm yeke ?

Iza dah bingung dengan semua ni...

Sebenarnya Iza ni sihat atau tak ?

Sebenarnya Iza ni ada masalah kesihatan atau tak ?


Time ni la, Izaa dah mengalirkan air mata sederas-derasnya bak air terjun Niagara... Yelahkan, Iza dah berusaha nak cuba lupakan program Kejururawatan ni, tapi last-last, masih boleh teruskan lagi,.
Terus terang la, Iza dah mula rasa lemah semangat, down, putus asa, give up,.. dan, segala semangat yang lecturer Iza baru tiupkan hari tu, mulai luntur, pudar....

Hu huuu... Ya Allah, bantulah HambaMu....

Tak putus-putus Iza mengadu nasib pada Tuhan..


Dalam masa yang sama, Iza terus berusaha menelefon Mama, Kakak, Babang, dan Kakak Long macam mana nak selesaikan hal nie..

 

Hmm terpaksalah jugak esok ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan pengesahan kesihatan doktor... Aduhhh malasnya.. Dan lagi satu mesti nanti Iza kena marah dengan doktor tu, sebab tak pergi jumpa doktor pada temujanji yang dah ditetapkan.. Alamak !!!!!!!!!!!!


Tapi....

Bincang punya bincang....

Akhirnya...


Pensyarah muda yang Iza dah ceritakan hari tu, beliau telefon Iza...
Beliau tahu hal nie pun sebab dimaklumkan oleh Kakak Long...


Lastly, keputusan dibuat..


Pihak jabatan sendiri yang akan menguruskan proses penukaran program ni.. Pihak jabatan fakulti dan lecturer tu akan buatkan Iza surat sokongan untuk permohonan penukaran program pembelajaran tu.. Hu hu..


Dan Iza pun terus bertanyakan lecturer tu tentang status masalah kesihatan Iza..

Beliau terangkan pada Iza, yang sebenarnya pihak HEA tu yang tak memahami masalah yang Iza hadapi, sebab pihak mereka ni bukan dari pihak medical kan ? Betul kan ? Kan ?
 


So, Iza masih dianggap belum sembuh sepenuhnya sebab masih lagi perlu memakan ubat yang ditetapkan.. Hmm betul juga kan ? Manalah ada orang sihat yang kena makan ubat ? Paling-paling pun makan vitamin je..


Hmm yelah.. So, penyelesaiannya, macam yang Za beritahu tadi, pihak jabatan yang akan bantu buatkan surat sokongan kepada pihak HEA..



Hmmm, barulah Iza dapat berfikir secara waras kembali.. Rasa lega sikit..

Hmm, betullah, Tuhan akan sentiasa tolong kita, asalkan kita sentiasa banyak bersabar dan ingat padaNya..

Ok lah, lega sikit hati ni, kelakar juga bila diingat balik, bila ada masalah je, automatik air mata ni terus je mengalir, tak perlu nak disuruh.. Sebab Iza ni jenis yang lemah semangat, contohnya, kalau nampak je kucing mati, kucing terbiar, mesti menangis... Kalau ada masalah sikit, mesti menangis.. Hu huu huuu..
Ni pun masih ada masalah, bingung memikirkan nak pilih course apa yang sesuai, yang Iza boleh ikut... Hmm apa yek ? Kalau boleh Iza tak mahu pindah kampus, sebab Iza dah sukaaaaa sangat kat sini.... Entahlah..
 


Ha lagi satu, esok Iza kena bangun awal, nak ambil borang untuk buat surat pelepasan cuti, yelah, kalau tak buat surat pelepasan cuti, nanti dianggap sudah berhenti daripada kuliah, kan tak pasal-pasal, semester depan kena buat permohonan semula macam pelajar baru, kan dah susah....




Okey lah, lepas ni Iza nak sambung tulis cerpen tentang Kisah Hidup Iza... Iza nak rangkumkan semua kisah hidup Iza, manalah tahu, satu hari nanti Iza berjaya dalam sesuatu kerjaya, jadi seorang tokoh, dan masyarakat minta Iza terbitkan sebuah novel tentang kisah hidup Iza. Hehe manalah tahu kan ?
Okey lah,


Perut dah lapar tangan dah penat,

Teruskan bersabar jangan lemah semangat...


Bye-bye jumpa lagi !
 


No comments:

Post a Comment