06 September, 2013

Peluk teddy bear ketat-ketat

(peluk teddy bear ketat-ketat)

Merenung masa hadapan

Kadang-kadang kita takut nak berdepan

dengan realiti kehidupan

Hidup ini ketentuan Tuhan

Cuma aku yang tiada kekuatan


Assalamualaikum... Hye hye semua (dalam hati kata, walhal tak ada follower pun), haha ! :)

Agak lama jugaklah Za dah tak masukkan entri baru sebab Iza sibuk berkarya dengan cerpen tentang kisah hidup sebenar Iza.. Kiranya kalau ada masalah, sedih, atau nak luahkan perasaan, Iza bukan setakat tulis di blog, tapi Iza rangkumkan pada cerpen tu, hehe manalah tahu,, suatu hari nanti masyarakat teringin nak tahu tentang kisah hidup Iza, bolehlah baca cerpen tu, ishh, berangan pula ! 

Satu lagi karya yang sekarang Iza cuba nak hasilkan bertajuk "Impiannya Menjadi Artis Popular !".. Hehehe kelakar tak ? Sebenarnya kisah ni pun diadaptasi daripada diri Iza yang hobinya sentiasa berangan-angan,..

Oh ye kalau korang nak tahu, Iza ni memang kuat berangan ! Tapi mujurlah kulit muka Za ni bukan jenis yang berjerawat, sebabnya bukan apa, kata orang tua-tua kalau kita kuat berangan nanti muka banyak jerawat !

Hari ni, sebenarnnya, Iza rasa 'down' sikit..
Frust, dan agak 'bad mood' jugaklah..

Kenapa ? Hurmm... Last week Iza cuba nak apply cashier kat salah sebuah pasaraya terkemuka kat Bandar Batu Pahat dengan seorang cousin, dia pun nak apply jugak sebab mula-mulanya dia yang ajak Iza jugak.

Tapi, permohonan Iza ditolak disebabkan Za ada tulis kat borang tu pasal masalah kesihatan.. So, cousin Iza jelah yang dapat tawaran job kat situ..

Yelah kan... Penuntut universiti yang tengah cuti 1 semester ni tak laku nak bekerja.. Diorang pun malas nak 'kotorkan' buku kan.. Lagi pun kalau Iza berdiri terlalu lama, yelah kan kerja cashier mesti berdiri berjam-jam, takut-takut nanti pengsan, atau tiba-tiba kejang, siapa yang susah ?

Hmm, kiranya Iza ni makan hati berulam jantung jugalah, bukan pada cousin tu, tapi, memikirkan nasib badan..

Lagi satu, Iza rasa jealous sangat tengok gambar di facebook, kawan-kawan kat UiTM tu praktikal nursing sementara Eyza Chommie-Chommie ni cuma duduk di kampung menghabiskan Cuti Khas 1 Semester...


Cemburu rasanya bila tengok kawan-kawan sedang sibuk belajar bersungguh-sungguh, bergambar dengan geng diorang, hidup jauh daripada keluarga & rumah, hidup berdikari.. Sebab Iza pun nak juga merasa pengalaman berharga macam tu.. Bukan senang tau !

Tak apalah, Iza doakan mereka berjaya, nanti Iza yang tumpang gembira juga...

Hmm, lupa pula nak beritahu, Iza sedang bercuti khas ni disebabkan penukaran program pembelajaran.. Sekarang ni, mungkin bercuti sampai ke bulan November kot, Iza kena tunggu semester baharu untuk belajar 'course' yang baru.. 


Diploma Mikrobiologi & Diploma Perbankan menjadi pilihan..


Cuma perlu tunggu berita seterusnya oleh pihak jabatan.

Kerap kali Iza termenung, bila kita ada niat yang baik, kenapa Tuhan tak tunjukkan jalan ?
Iza cuma nak menuntut ilmu jer, kenapa Tuhan belum makbulkan doa Iza ?
Hmm, mungkin belum tiba waktunya kan ?

Selalu Iza terfikir, kalau nak kerja nurse pun tak boleh, kalau nak kerja cashier pun tak boleh, habis tu, Iza nak kerja apa nanti ?



Apa pun tak boleh !

Sabar... Sabar.... Think positively... Memandangkan hari ni hari Khamis, so, lepas solat Maghrib, Iza baca Surah Yassin.. Alhamdulillah, lepas selesai baca ayat suci Al-Quran, hati Iza rasa lebih tenang..
Oklah, kalian semua doakanlah yang terbaik untuk diri Iza ye ! Tunggu berita Iza akan dimuatkan pada entri yang akan datang...
Bye bye bye !
 
 
 
     

No comments:

Post a Comment