19 September, 2013

Kehilangan



Assalamualaikum...

Hari ini, 18 September 2013 bersamaan 12 Zulkaedah 1434, Rabu..
Dah masuk 3 hari, iaitu pada 15 September, Ku-Chan tak balik rumah..

Iza pun tak tau kenapa,, kebimbangan semakin menyelubungi hati, kerisauan semakin menerjah diri. Ku-Chan tengah sarat bunting, tinggal tunggu hari nak melahirkan anak, kebetulan ni musim hujan, tambahan pula kawasan kampung banyak anjing berkeliaran...


Tak putus-putus doa Iza.. Berita kehilangan sudahpun disebarkan di laman muka buku, bagi meminta doa simpati agar Ku-Chan selamat..

Tapi sampai ke saat entri ini ditulis, Ku-Chan tak pulang-pulang lagi.. Hancur hati bila memikirkan impian yang Iza baru nak merancang buat bersama-sama Ku-Chan..


Sebenarnya, 9 September lepas, Iza ada beli sebuah gitar,.
Iza baru nak belajar bermain gitar semata-mata untuk menyanyikan lagu Sahabat pada Ku-Chan, tapi sekarang impian tu dah musnah sama sekali....

Kesal rasanya bila kita kehilangan sahabat yang kita sayangi waima seekor kucing, tapi dialah peneman Iza, dialah tempat nak bergurau, dialah tempat Iza kongsikan kasih sayang, dialah tempat Iza ajak bermain... Dialah segala-galanya !

Ok lah, entri kali nie sampai di sini je, Iza tak berapa ada mood nak menulis tentang dia,. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment