07 September, 2013

Kismis baik untuk kesihatan

Assalamualaikum !

Hye semua ! Sempena bulan September yang menjelma ni, tentunya para pelajar semua mula resah, kan ?


Aku mulai resah

Hatiku jadi kebah

Melihat dirimu aku rebah

Hehehe, dah macam lagu Carta Hati nyanyian Najwa Latif pula... :)
Ok, ok, sebab apa ? Sebab tentunya tarikh peperiksaan yang just around the corner kan, Iza faham perasaan korang, sebab Iza pun pernah bergelar pelajar, pernah juga mengalami situasi macam tu,... Haa, kali ni, Iza nak kongsikan mengenai kebaikan kismis. Iza rasa entri ini sangat menarik untuk dikongsikan kepada para pembaca di luar sana, especially pada pelajar-pelajar kat luar sana tuu.. Fakta ni Iza dapat melalui akhbar Harian Metro.. Iza cuma salin bulat-bulat daripada akhbar tu, so, kalau ada kesilapan, Iza mohon ampun banyak-banyak.. Okey, check this out :
Gelap, kulit yang kering dan kecut. Itulah pandangan pertama kita apabila terbayangkan kismis. Walaupun rupanya kurang menarik, kismis adalah makanan alternatif kepada gula-gula.

Kismis dihasilkan daripada anggur yang dikeringkan melalui kaedah haba matahari atau haba kering. Satu hidangan kismis mengandungi lebih banyak kalori daripada gula. Ia mungkin agak manis namun mempunyai manfaat yang baik dari sudut kesihatan.
Kandungan nutrsi di dalam kismis :
1. Garam mineral

Magnesium - baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.

Kalsium & fosforus - membina tulang & gigi yang baik.

Zat besi - membantu pembinaan sel-sel darah merah & tisu badan yang rosak.

Kalium - mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal & mengekalkan tekanan darah.
2. Vitamin-vitamin

Vitamin C - penting untuk pembentukan kolagen & penyerapan zat besi ke dalam badan.

Vitamin B6 - mencegah pengekalan air & membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.

Vitamin K - diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, & buah pinggang.

Folat - membentuk sel-sel darah merah & penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.

Riboflavin - membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan & membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.
3. Makanan untuk otak
Salah satu manfaat menarik kismis ialah untuk kecergasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik.

Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan & mata serta menambah memori. Boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium & magnesium.
4. Membantu mengurangkan sembelit
Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar.

Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 gram serat yang boleh membantu tubuh badan anda daripada bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus & melawaskan pembuangan air.
Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat lain seperti :

  • Melindungi hati
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi
  • Membantu sebagai penerang hati
  • Membantu mengurangkan stress
  • Membantu merawat penyakit anemia
  • Membantu merawat masalah pelupa
5. Snek yang lazat & berkhasiat
Oleh kerana kandungan serat yang tinggi & kalori yang rendah berbanding gula, kismis juga boleh dijadikan makanan ringan yang baik.

Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang masa. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir & menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.
kismis menurut perspektif Islam :
Kismis sememangnya sinonim dengan pelajar yang menuntut di sekolah tahfiz & pondok. Ini kerana sudah sekian lama, ulama dahulu mengetahui kebaikan kismis ini untuk hafalan.

Terdapat satu hadis tidak sahih daripada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Makanan paling elok ialah kismis kerana ia dapat menghilangkan letih, menguatkan saraf, meredakan marah, mengelokkan warna kulit, & menyegarkan bau mulut."

Seorang ulama bernama Az-Zuhri pernah berkata, " Sesiapa yang ingin menghafal hadis, hendaklah ia makan kismis."
Al-Mansur pula meriwayatkan daripada datuknya, Abdullah bin Abbas dengan berkata, "Biji kismis membawa penyakit, tetapi isinya adalah ubat."
Kesimpulannya, kismis memang baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, tukar menu anda daripada makanan ringan seperti coklat & gula-gula kepada kismis. Ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan anda !

Lagi satu, ini senarai amalan untuk kecerdasan minda :
  • Baca ayat 25 hingga 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan & menambah ilmu pengetahuan.
  • Baca Surah al-Hasyr ayat 21 supaya mudah mengingat apa yang dibaca.
  • Baca Surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.
  • Baca Surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.
  • Membaca Bismillah enam kali untuk menerangkan hati & mencerahkan akal.

Okeylah, itu sahaja entri kali ini yang dapat Iza  kongsikan kepada para pembaca...
Iza pun dah tanamkan azam nak jadikan amalan makan kismis sebagai rutin harian, sebagai persediaan minda untuk kemasukan sesi semester yang baharu nanti... Insya-Allah kejayaan dapat diperoleh melalui usaha.. Ammin.. Korang doakanlah ye ?

Diharapkan info-info tadi tu sedikit sebanyak dapat membantu kalian terutama para pelajar di luar sana tu.. Iza juga doakan kalian berjaya menghadapi peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang....
Bye bye & wassalam...... :)


No comments:

Post a Comment