Hari ni sekali lagi Iza tak buat apa-apa.... Stay kat kolej je.
Macam biasa je xtvt berfacebook, tulis cerpen, dan semestinya merenung masa depan... Hu huu..
Hari nie hujan rahmat turun selebat-lebatnya kat Puncak Alam ni,
mungkin, hari ni satu permulaan yang baik untuk Iza berubah ke arah yang lebih baik untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang.. Insha-Allah doakan Iza supaya sentiasa lebih bersemangat & always think positively...
Sambil menyelam, minum air,
Sambil menaip, berangan-angan tak sudah,.
Dari jendela bilik ni memperlihatkan keindahan kawasan kampus UiTM Puncak Alam.. Hmm indahnya melihat bangunan kampus yang tersergam megah kebanggaan bumiputera ni,. Bersyukur sangat dapat diberi peluang untuk menuntut di sini, (walaupun setakat ni Iza dah tak pergi kuliah pun !)
[Tersergam indah kebanggaan milik bumiputera]
[Pemandangan sekitar kampus UiTM Puncak Alam dari jendela bilik Iza di Kolej Rafflesia 3]
Hmm setakat ni Zaa tak terfikir lagi nak balik kampung di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.. Mungkin balik ke rumah abang kat Banting, Selangor, tapi, nanti dululah.
Tapi Za tetap kena balik kampung juga, mungkin minggu depan, sebab ada temujanji dengan doktor pakar di Klinik Pakar 1 Hospital Sultanah Nora Ismail (dulunya dikenali sebagai Hospital Batu Pahat)
Hu hu huu.. Nanti mesti ada sesi "soal siasat" tentang diri Iza & apa perkembangan keadaan Iza..
Tak apalah, lagi pun Iza dah berazam nak lawan penyakit ni, jadi, kena jugalah merelakan hati ni, kena pergi jugalah jumpa dengan doktor pakar tuu..
Lagu AdaMu nyanyian Najwa Latif bergema di ruang bilik Iza (biasalah, roommate tak ada, pegi kuliah kan, so, buka lagu pun volume kuat-kuat juga lah)
Lagu ni menjadi inspirasi kepada Iza untuk lebih bersemangat dalam hidup..
Ok lah, hayatilah lirik lagu ni (walaupun pendek je)...
Hidup baik-baik !
Assalamualaikum !
AdaMu - Najwa
Latif
Merenung ke luar jendela
Melihat
kebesaran-Nya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu
Di sisiku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu...
No comments:
Post a Comment