18 November, 2013

Fakta (saje je nak tulis)

Fakta (Saje je nak tulis)

Assalamualaikum !

Hari nie Iza nak kongsi beberapa fakta.. Saje je nak tulis.. He heee..

1. Pada awal tahun 1900, warna merah jambu atau 'pink' dikhususkan untuk kaum lelaki, tapi, oleh sebab warna 'pink' ni terlalu lembut, jadi warna ni ditukarkan khusus untuk kaum perempuan.. (tapi tak kisah la citarasa setiap orang kan berbeza-beza)

2. Di Malaysia, dianggarkan bahawa kaum perempuan lebih berminat untuk menyambung pembelajaran di mana-mana Institut Pengajian Tinggi berbanding dengan kaum lelaki. (Kaum lelaki di luar sana jangan la berkecil hati, ni cuma kajian sahaja)

3. Dianggarkan remaja kini menghabiskan waktu mereka sehari-hari selama lebih 4 jam dengan melayari internet, dan bersosial di laman sesawang. (Hehe termasuklah Iza sendiri, yelahkan, zaman dah moden, dunia dah maju)


4. Kajian di Amerika mendapati bahawa memakan coklat boleh memanjangkan umur seseorang berbanding mereka yang kurang memakan coklat kerana coklat mengandungi bahan-bahan antioksidan... (Tapi semua ketentuan ajal dan maut di tangan Tuhan kan, tapi kalau selalu makan coklat pun tak elok untuk kesihatan, jadi berpada-padalah, hadkan kuantiti pengambilan coklat tu, kan tak pasal-pasal jadi kencing manis, ni bukan tahap memanjangkan umur tapi memendekkan umur adalah)


5. Terlalu lama duduk pun boleh mengundang kepada penyakit jantung.. Jadi, kalau korang terlalu lama duduk, kerap-kerapkanlah buat senaman ringan, contohnya bangun sekejap dan regang-regangkanlah urat-urat di tubuh badan kita, buat 'stretching' ke.. (Kita pun sebenarnya tak boleh nak mengelak daripada duduk terlalu lama, yelahkan, yang bekerja di pejabat, yang bersekolah duduk berjam-jam di kelas ketika cikgu mengajar, yang penuntut universiti duduk kat kuliah satu subjek pun berjam-jam, kan ? kan ? kan ?)
6. Dianggarkan, ketika Iza ni sibuk menaip, berjuta-juta orang di dunia ni sedang menghisap rokok, berkepul-kepul asap mereka keluar masuk dalam hidung, mendidih-didih paru-paru diorang, meluap-luap anak tekak diorang. (Yang peliknya, sampai saat entri ni ditulis, masih ramai lagi yang belum insaf untuk berhenti merokok.. Ishh... Tak sedar diri ke yang merokok tu membahayakan kesihatan ? Setiap sedutan membawa padah ! Setiap sedutan mendatangkan dosa ! Yalah kan, melakukan perkara yang mendatangkan mudarat pada diri sendiri..)
7. Setiap hari, semakin bertambah-tambah orang yang memiliki akaun di Facebook. Tidak mengira umur pun, semua orang pun dah memiliki akaun Facebook sendiri. (Kadang-kadang satu orang melebihi satu akaun Facebook kan ?)

Okey lah, sampai setakat tu je yang Iza boleh kongsikan.. Tunggu entri seterusnya yang akan datang.. Bye-bye !

No comments:

Post a Comment