Assalamualaikum.
Iza baru je balik ke kampung, balik Batu Pahat semalam gara-gara 'homesick'. Baru je konon-konon semangat pulih daripada 'homesick' tu. Walaupun sekejap tapi rasa nikmatnya kat kampung tu macam lama. Petang Jumaat baru balik sebab ada test tengahari tu, jadi lepas habis test baru gerak naik bas 'lompat-lompat' sampai rumah Maghrib, hari Sabtu bermalas-malasan, Ahad tengahari baru gerak balik ke kampus. Walau kejap je tapi dapat balik tengok kucing, usap Marie, usap anak bulus baru yang cinonet tu, dapat makan
Ni konon dah segar semula la lepas dapat semua tu. Tak kisah pun penat sikit naik bas henti-henti tu semata-mata nak tengok kucing. Mahu 7 jam jugak lama jugak la sebab kadang tunggu bas lama, nak tunggu dia jalan pun 15 minit. Tapi seronok naik bas panorama pusing-pusing Melaka yang terkenal dengan trademark "Melaka Maju Negeriku Sayang" sebelum balik ke Pilah.Tengok negeri orang memang seronok.
Tak sampai 24 jam semangat yang pulih tu lenyap sekejap. Petang Isnin, Za pergi ke Klinik Kesihatan Kuala Pilah untuk jumpa doktor & ambil ubat sebab dah cukup 2 minggu stok ubat dah habis. Aduh malasnya nak pergi tapi kalau hari lain ada kelas, tak free, makin busy nanti. Jadi Za terpaksa la pergi jugak Isnin petang sebab Za memang tak ada kelas. Sebelum pergi macam biasa kena booking ambulance dulu. Tak apa la asalkan free. Nak naik teksi mahu habis belasan ringgit. Itu baru pergi, belum baliknya lagi. Hehe nanti kalau tak pak cik driver tu nanti tak ada kerja, baik hantar Za kejap. Tak lama pun kalau jumpa doktor tu.
Kat klinik, macam biasa ar, doktor mesti tanya last attack bila ? Bulan
Lepastu Za kan dah lama tak follow up kat situ, dia pun mula nak menuduh Za tak makan ubat ni dah berapa bulan ? 4 bulan dah tak makan ubat ? Eh syco pulak doktor ni. Bukan la... Iza selalu follow up kat Batu Pahat sebab memang asyik kebetulan tengah cuti je sebab tu dah lama tak datang.
Bila doktor baca rekod, doktor cakap, baru ingat nak kurangkan dos sebab dalam rekod, 2 tahun lepas last fitting with seizure. Iye, itu dulu. Lepastu dia cakap kena la makan ubat macam biasa. Kalau setahun free tak attack lagi, boleh cuba kurangkan dos. Za cepat-cepat tanya nak sampai bila nak kena makan ubat je ?
Respons doktor, kena try kalau setahun okey & free from seizure, boleh cuba kurangkan dos sikit-sikit. Lepastu baru boleh berhenti. Kalau macam Iza ni, nampaknya macam susah sikit la. Bila dia tanya umur berapa, Za cakap 21, itu lagi susah. Nanti kalau kahwin, pregnant pun susah. Nak kena manage ubat takut effect kat baby. Nanti penyakit ni pun boleh diwarisi pada baby. Iye, Za tahu. Za dah fikir semua tu.
Habis tu sampai bila ? Doktor cakap, kita kena cuba. Ubat tu kena makan sebab awak pun tak okey kalau tak makan ubat. Hmmm hmmm. Iza rasa mata dah merah masa doktor cakap "susah sikit nak berhenti". Seriously rasa nak nangis bila bayangkan kena telan ubat hari-hari & mungkin seumur hidup. Za jujur cakap kat doktor, penat la hari-hari nak makan ubat. Respons doktor, kena makan, nak buat macam mana ? Kita kena cuba jugak.
Keluar dari bilik doktor, ambil ubat kat bahagian farmasi. Za rasa muka Za memang tengah nak nangis tapi tahan jer.
Masa tunggu pak cik ambulance datang ambik Iza, Za pandang ke langit. Cuaca mendung di awan langit Kuala Pilah seakan-akan turut berdukacita dengan perasaan Za yang rasa lemah semangat. Apa Iza ni ? Kejap orangnya kuat, kejap orangnya lemah. Hmm hmm T_T.
Melangkah lemah keluar dari ambulance, ucap terima kasih pada pak cik driver tu sebab dah tolong hantarkan Iza. Tapi mood Za spoil bila fikir bila la nak berhenti makan ubat ? Pandang ke langit kat atas UiTM ni, Allah je tahu jawapannya.
Haritu Jumaat Za ada test kan waktu tengahari, habis test keluar dari bilik kuliah, Za jalan beriringan dengan lecturer yang ajar subjek tu sebab Iza yang paling last keluar, dia pun tanya, Iza punya kes haritu kenapa ea sampai tercicir? Dia tak ingat fasal apa. So, Iza pun cerita la. Dulu dapat Nursing tapi tukar program. Lepastu macam biasa la, orang mesti akan tanya, kenapa, tak minat ke, Iza jawab dengan jujur dan berani mati, Iza minat. Tapi masalahnya Iza ada sakit, so keadaan Iza tak boleh la nak masuk program nursing ni. Mesti orang kalau dengar cerita Iza ni tertanya-tanya penyakit apa a sampai tak boleh ambik nursing ni. Za pun jawab la dengan jujur, "saya ada Epilepsi". Ouh, okey lecturer tu faham. Iza cakap kat lecturer tu, tak apa la, mungkin memang tak ada rezeki nak jadi nurse. Betul, Allah dah rancang benda ni, Ada yang lebih baik menanti. Redha je Za. Iza sebagai orang Islam kena percaya. Kena positif. Walau bukan Islam pun diorang kena positif jugak.
Okey la. Sesi meluahkan perasaan berhenti di sini. Macam ni la hidup ada penyakit. Kena terima sebab itu ketentuan. Tak boleh ubah. Benda dah jadi. Bye & Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment