Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum ! Selamat Tahun Baru 2016. Moga tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya. Za tak berazam sangat, sebab selalu azam tu tak tercapai pun, biarlah perubahan tu datang sendiri, baru kita boleh istiqamah. Lama rasa tak membebel kat sini. Ni Iza
nak cerita pasal follow up Sabtu semalam sebelum cuti mid sem melabuhkan tirai. Kena ugut dengan doktor sampai terbawa dalam mimpi !
Kalau nak diikutkan, stok ubat Iza dah habis, tapi ada lagi
beberapa biji disebabkan Za yang memang asyik lupa nak makan. Kadang-kadang,
dah lewat nak makan tapi sebab malas, malas, malas, jadi selamat tinggal la,
kira halal je la ea ubat yang waktu tu tak makan ? Boleh pulak ? Haha.
Bila dikira, ada lagi sebulan Iza kena pulang ke ‘sarang’ a.k.a
duduk kolej sebelum pulang cuti Chinese New Year yang bakal menjelma. Jadi,
stok yang sebulan tu Iza kena dapatkan sebab nanti kat UiTM dah malas nak pergi
keluar ke klinik. So, pagi Sabtu sebelum petangnya berangkat pulang ke
‘sarang’, Iza pergi Klinik Kesihatan Batu Pahat. Konon nak dapatkan ubat untuk
sebulan la. Lepastu boleh relax tak perlu susah-susah pergi klinik masa kat
Pilah nanti.
Nak dijadikan cerita, Iza datang ke klinik hari Sabtu.
Klinik ni buka kalau hari Sabtu tapi sampai tengahari je, orang yang nak
dapatkan rawatan biasa pun tak ramai. Cuma ramai pesakit dari kalangan baby
mungkin sebab memang hari untuk bayi follow up. Johor sekarang cuti Jumaat
& Sabtu, jadi waktu perkhidmatan kerajaan dah ditukar-tukar.
Kalau hari Sabtu, doktor cakap polisi pemberian ubat cuma
boleh dibekalkan kepada pesakit untuk tempoh 2 minggu je. Hah ? La pulak. Kalau
Iza datang hari biasa boleh la diberi untuk sebulan. Alamak ! (tepuk dahi).
Nampaknya terpaksa la Iza datang ke klinik kat Pilah nanti untuk dapatkan lagi
stok ubat lepas 2 minggu tu. Punyalah Iza dengan Mama beriya-iya pergi konon
nak mintak untuk stok sebulan, cuma
dapat 2 minggu je. T_T Hmm hmm. Terpaksalah jugak. Iza bukan apa, malas la, nak
menyempatkan keluar, nak curi waktu yang tak ada kelas. Tak hadir ke kelas,
rugi rasanya. Pandai-pandai la nanti Iza cari waktu. Kalau ada kelas terpaksa
la Iza ponteng untuk continue rx tu. Malas la nak pergi Unit Kesihatan nak
booking ambulance, segan kadang rasanya. Naik bas pun boleh tapi jadual bas
jarak masa pun lama, pergi dengan balik nanti lama pulak. Nak naik teksi mahal,
guna je la kemudahan van Unit Kesihatan tu. Benda tu memang dah disediakan
untuk kebajikan pelajar, cuma Iza je malas nak menyempatkan pergi klinik kat
Pilah.
Kat klinik, dapat doktor perempuan, masa doktor check guna
stetoskop, ada sesetengah doktor rajin nak ambik bacaan blood pressure, ada
yang check jantung guna stetoskop tu, ada yang tak check pun. Dia tanya ubat ni
awak makan tak ni ? Aik, macam tahu-tahu je Iza selalu tinggal ubat. Ke dia
memang dah ada instinct kalau patient tak makan ubat ? Haha tak la. Sebab dia
tanya bila last attack, Iza cakap 3 bulan yang lepas kot, ada pada entri yang
Iza cerita sebab doktor kurangkan dos. Sebab Iza cakap kena sawan lagi, tu la
dia tanya Iza ni makan ke tak ubatnya ? Iza jujur je la, kadang-kadang tinggal
jugak sebenarnya.
Dulu masa awal-awal, Iza selalu tipu doktor. Kalau dia tanya
makan ubat ke tak, Iza cakap makan. Padahal tak makan pun. Tapi satu hari tu
kat hospital, Iza jumpa doktor pakar, bila Iza dah asyik kena attack je, dia
pun tanya Iza betul-betul, ubat Epilim tu makan ke tak sebenarnya ? So, kalau
dah dengan doktor pakar, takkan la nak menipu kot. Mesti dia tahu Iza tak makan
ubat. Tengok keputusan ujian darah pun tahu kan. Lepastu la doktor tu pujuk Iza
makan ubat. Kalau tak makan nanti makin teruk. Sudah-sudahlah tu, dah banyak
dosa, lepastu kerja asyik tipu orang je. Lepastu Za dah tak pernah tipu doktor.
Kalau dia tanya jawab la dengan jujur. Kalau tak makan ubat, cakap je tak
makan. Kena beri kerjasama dengan doktor sebab doktor ni nak tolong rawat kita.
Bila Iza baca rekod perubatan kali ni, Nauzubillah, tulisan
dia Masha Allah, macam cakar ayam, Iza tak faham langsung apa dia tulis. Ada
doktor tulisan kalau cantik, cantik sangat, kalau buruk, buruk sangat pulak.
Agak-agak la kalau nak cepat sangat pun, baik tak payah tulis kalau sampai
susah nak baca semula. Tapi nasib baik la doktor ni lawa. Haha. Kalau Iza jadi
doktor, Iza akan tulis cantik-cantik, tak nak buruk-buruk hahaha.
Berbalik pasal soalan doktor tadi tu, bila Iza cakap
tinggal-tinggal ubat (sebenarnya penat la asyik makan ubat je), doktor cakap,
awak jangan, nanti kalau tak makan ubat, kena lagi nanti macam mana ? Dah la
ada akak nurse tu perhatikan je doktor tu warning kat Iza. Okey fine, Iza tahu
risiko tinggal ubat tu, tapi Iza penat la makan ubat, penat, penat, penat !
Senang la semua doktor suruh makan ubat, yang menelannya tu kita, kita yang
merasa. Sedangkan nurse yang punyalah jaga orang, suruh orang makan ubat, tapi
bila diri sendiri yang sakit, dia pun
tak makan ubat jugak kan ? Kan ? Macam la Iza tak tahu. Bukan semua nurse la
kot.
Kata-kata doktor yang menakut-nakutkan Iza kalau tak makan
ubat nanti kena attack lagi, Iza terbawa-bawa dalam tidur. Malamnya, sudah la
Iza keseorangan. Semua housemate belum balik, diorang balik Ahad, Iza pulak
didatangi mimpi yang Iza ni diserang sawan lagi. Mula-mula, aura atau dejavu tu
datang. Iza dah jarang rasa dejavu tu tapi dalam tidur ni Iza boleh rasa macam
betul-betul, lepastu disusuli serangan mengejut. Tapi yang peliknya, masa
diserang tu Iza tahu Za kena sawan, kalau biasanya Iza takkan ingat yang Iza
kena serang. Tapi mimpi jer kan ? Bangun tidur, Iza rasa okey je, rasa sihat,
jadi, tak consider la yang Iza kena betul, cuma mimpi je sebab Iza memang
selalu kena sawan masa tidur. Tapi seriously, mimpi tu macam betul-betul Iza
kena sawan. Takut beb kalau kena sawan lagi. Even tu mimpi je, tapi cukup
menakutkan Iza.
Bayangkan la, kalau betul-betul Iza kena attack, sudahlah
tak ada seorang pun housemate, roommate tak balik lagi, pintu berkunci, apa-apa
pun boleh jadi. Iza paling takut kena attack & tak ada orang nampak. Kalau
ada orang nampak tapi dia tak tahu nak tolong, at least dia boleh la call ambulance kan. Orang kena sawan
ni muka sampai pucat & tak dapat oksigen. Kalau tak dapat oksigen yang
cukup, boleh sampai meninggal dunia. Iza takut sangat. Kalau seorang diri macam
mana ? Tapi kalau kena sawan depan classmate waktu lecture atau kat lab, Iza
pun takut jugak. Malu kot kalau member nampak ! Tak nak ! Iza pernah kot rasa
macam nak pitam waktu lecture kat kelas. Takut sangat kalau kena sawan depan
classmate, depan lecturer lagi la malu. Nanti menyusahkan orang pulak. Susah
kalau ada penyakit macam ni.
Beberapa minggu yang lepas, Iza baru je menghadapi stigma
masyarakat. Rasa tak perlu la cakap siapa. Boleh pulak diorang gelakkan pasal
sawan. Sudahlah Iza ni tengah pening-pening masa tu, kepala asyik rasa berat,
diorang jadikan sawan sebagai bahan lawak. Tak lawak okey ? Iza diam je. Tak
senyum langsung. Diorang bukan main lagi gelak sakan pasal orang sawan. Diorang
memang tak tahu pun Iza ada sawan, so berani la cakap macam tu. Sebenarnya Iza
dah lali dengan stigma masyarakat yang selalu pandang rendah pada penderita
Epilepsi. Bengkak hati juga la rasanya tapi Iza kena sabar. Ni la salah satu
cabaran hidup penghidap Epilepsi. Za kan kuat. Be strong dear ! Tak sia-sia
Mama beri nama Iza macam tu kalau Iza tak kuat. "Cahaya Kekuatan, Cahaya
Kemuliaan, Cahaya Kebanggaan."
Cuti mid sem selama 11 hari telah pun tamat. Iza balik
petang lepas pergi klinik tu. Kebetulan Babang nak balik Banting, boleh la
menghantarkan ‘adik kesayangan’ balik kolej. Tak apa balik awal, boleh relax.
Tapi seriously, belum sampai 24 jam balik Pilah, Za dah rindu masakan Mama kat
kampung, rindu Marie si kucing, risau perut dia tu tengah memboyot menunggu
hari nak beranak. Tak sabar nak dapat baby bulus lagi yeay ! Si Marie ni, ada
Babang balik cuti lama dengan kakak ipar dengan 2 orang anak buah Iza yang
semakin membesar, dia jadi malu-malu nak menonjolkan diri. 3 ekor kucing ginger
tu pun takut-takut. Mungkin sebab ada ramai orang kot, kucing mana selesa kalau
ada ramai-ramai orang, bau manusia yang dia tak biasa nanti dia jadi takut.
-
Okey la, panjang membebel. Nanti Iza update pulak yang
masalah kod lama yang belum selesai untuk semester ni. Naik cuti mid sem ni la
kot baru selesai. Ambik la pengajaran dari semua catatan entri yang Iza tulis
kat blog ni. Saja nak cerita, nak luahkan perasaan, nak kongsi pengalaman hidup
Iza. Okey bye bye Assalamualaikum !
[Unit Farmasi Klinik Kesihatan Batu Pahat]
No comments:
Post a Comment