27 February, 2016

Seizure datang lagi !

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum! Dah lama rasanya tak update blog Iza yang serba pink & comel ni (perasan !). Tentunya setiap kali ada entri baru, mesti la ada cerita baru nak beritahu. Iya. Iza nak cerita pasal Iza kena serangan mengejut (seizure) atau senang cakap, sawan lagi kelmarin.

25 FEBRUARI 2016, KHAMIS

Lebih kurang jam 4.30 @ 5.00 a.m.
Seizure attack ! (tapi Iza langsung tak ingat apa-apa). Ini menurut penceritaan roommate, berdasarkan apa yang dia nampak & dengar, dia cakap Iza macam menangis, disusuli katil macam bergegar tapi dia tak nampak dengan jelas sebab gelap. Rasanya mulut Iza mesti berbuih kadamg sampai berdarah. Itu namanya Epilepsi jenis Tonic Clonic (kaki dan tangan kejang, seluruh badan, mulut berbuih). Tapi dia tak dapat nak buat apa-apa. Panik, seram, takut, semua perasaan ada. Kalau Iza nampak orang kena sawan pun Iza takut. Sorry kalau menakutkan awak ! Malu pun ada. Triggers : Yang Iza dapat beri kesimpulan, tak makan ubat, asyik lewat tidur & tak cukup tidur, stresss, & penat yang overload.

Jam 6.00 a.m.
Tersedar dari tidur. Eh ! Kenapa gigit lidah ni ? Bapak pedih giler ! Eh, kejap, kena sawan lagi ke ? Tengok jam, dah masuk waktu Subuh.

Cuba bangkit dari katil. badan rasa berat sangat. Iza menonong ke tandas untuk berwudhu. Ya Allah, kenapa dengan badan Iza ni ? Rasa macam tak kuat ! Sakit sangat ! Satu badan pulak tu. Tengok lidah depan cermin, pehh, kesan tergigit ni nampak dalam sangat. Pedihnya ! Ini sudah terlebih sakit dari yang dulu Za pernah kena.

“Allahuakhbar”. Takbiratullihram bersama niat menunaikan solat Subuh di hening pagi. Rasa macam nak pitam ! Sudah-sudahnya, solat hanya ala kadar & cepat-cepat rebahkan diri ke katil. Za tahu perasaan ni. Confirm fitting with seizure !

Alamak hari ini ada kuiz pulak. Za memang tak larat nak menghadapi kuiz hari ni. Terpaksa beritahu lecturer. Dah la lecturer tu tak tahu Iza ada sawan. Terpaksa la mengaku jugak. Ada juga lecturer yang memang dah tau Iza ada masalah sakit macam ni, tapi bila yang tak tahu tu, kena buang rasa segan tu jauh-jauh.

Jam 10.00 a.m.
Perjalanan ke Unit Kesihatan dirasakan terlalu lama. Sealunya kalau nak diikutkan kalau jalan kaki 10 minit la kot. Tapi ni rasanya lama sangat. Jauhnya. Bila nak sampai ni ? Selalunya pergi kelas tak ada la lama macam ni.

Sampai je di Unit Kesihatan, bila Iza beritahu kena sawan tadi pagi, semua staff kat situ terkejut. “Hah ? Memang pernah kena ke ?” “Iya. (Banyak kali dah)” Iza cepat-cepat disuruh duduk. Di kaunter saringan, bacaan blood pressure yang Iza jeling, 122 per berapa tak nampak. Okey je. Pulse pun rasa normal. Siap pasang penyepit macam ketam tu hahaha tak habis-habis dengan penyepit ketam dia.

Di bilik pembantu pegawai perubatan (PPP), macam-macam soalan ditanya. First, dia tengok respons Iza terhadap pertanyaan dia. Nama siapa ? Sekarang pukul berapa ? Sekarang ni waktu siang ke waktu malam ? Soalan typical seorang pegawai perubatan kepada pesakitnya yang baru je sedar daripada sawan. Perkara ni biasa demi untuk memastikan ingatan patient tu dah pulih sepenuhnya. Maksudnya, patient tu alert dan beri respons terhadap pertanyaan  doktor. Dulu kat hospital, doktor tu siap tunjuk kat kakak Iza lagi, kenal tak itu siapa ? Iza kenal. Sedangkan pagi tadi jam 6 a.m. pun Iza boleh lagi  teringat nak bangun solat Subuh, ada kuiz yang perlu Iza hadapi. Yang tak ingat apa-apa tu waktu seizure attack je.

Lepastu dia suruh cerita balik apa yang dah terjadi. Iza cerita yang Za ingat, bangun tidur je dah rasa lidah tergigit & pedih. Dan Iza mengaku Iza asyik tertinggal ubat je. 3 minggu kot Iza asyik tak makan ubat je. Rutin harian yang semakin sibuk, terlupa nak makan ubat on the time, memo dah buat pun asyik lupa jugak. Sebab, memo & alarm untuk ambil ubat anti-epileptic drug tu seolah-olah macam dah biasa kita tengok pada skrin phone ataupun pada tulisan kat whiteboard tu. Jadi, bila dibaca, Iza macam dah tak ada nak beri tindak balas sebab perkara tu dah jadi rutin kebiasaan.

Dia tanya apa Iza rasa sekarang ? Pening. Kepala rasa berat. Lepastu dia suruh masuk dalam sickbay (wad sementara). Baring je kat mana-mana katil. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, peribahasa ni Iza tukar jadi, bagaikan orang pening kepala baru lepas sawan disorongkan bantal. Memang, kalau baru lepas kena sawan, kita akan rasa nak baring & nak tidur sebab badan rasa lemah sangat, pening kepala, otak rasa macam berat.

Datang seorang akak nurse tu, tanya Iza dah sarapan belum ? Iza tak sarapan pun (cuma makan gula-gula je sebiji) sebab sakit lidah nak mengunyah. Lepastu dia buatkan air Milo panas &  beri 2 keping biskut dalam pinggan, diletakkan kat cardiac table tu. Iza cuba jamah, pehh sakitnya lidah ni dibuat mengunyah. Sedangkan minum air pun dah pedih, nak bercakap pun pelat, nak telan saliva pun sakit inikan lagi mengunyah benda keras. Sudahlah beberapa hari ni Iza tak berselera nak makan, ditambah lagi lidah sakit luka kesan tergigit, memang tak sedap nak makan ar cerita dia…. Iza cuma makan sekeping biskut (nasib baik biskut Marie, tapi lagi satu bentuk petak macam biskut Jacobs Iza tak sanggup nak mengunyah lagi) & minum air Milo panas tu setengah gelas je.

Datang pulak seorang pegawai perubatan (doktor). Macam-macam soal siasat dia. Iza cakap je la yang jujur. Sebenarnya dah seminggu lewat ambil ubat kat farmasi Klinik Kesihatan Kuala Pilah. Tak sempat, busy, banyak kelas, test & kuiz berderet tiap hari, mini project lagi. Tambahan pulak Iza rasa sihat je kalau tak makan ubat, memang tak makan ubat terus la cerita dia….. 30 minit kat sickbay, Iza pun dengar la leteran & bebelan doktor tu. Nak buat macam mana, benda dah jadi. So, doktor beri mc/sijil cuti sakit untuk satu hari ni.

Doktor nasihat, walau sibuk macam mana sekalipun jangan sampai lupa nak makan ubat. Kalau kelas pack sangat pun, tak apa tak payah datang kelas. Kalau lecturer straight sangat pun, Iza boleh mintak mc (medical certificate) dari doktor, doktor boleh beri cuti untuk Iza ambil ubat. Yelah-yelah okey fine. Lepastu doktor tanya bila Iza nak ambil ubat ? Hmm Isnin minggu depan la. Lepastu dia risau pulak, untuk tempoh 3 hari ni Iza boleh ke bertahan tak makan ubat nak menunggu Isnin minggu depan ? Kalau apa-apa jadi macam mana ? Yelah, Iza ambil keputusan petang tu jugak pergi ke klinik. Padahal stok ubat ada je lagi, tapi Iza malas nak cakap sebab kalau ikut tarikh memang patutnya dah habis.

Jam 2.00 p.m.
Iza bertolak ke Klinik Kesihatan Kuala Pilah untuk pergi ambil ubat di kaunter farmasi. Kebetulan ada seorang pelajar tu pun nak pergi ke klinik untuk ambil darah, ada la jugak temannya. Walaupun lewat seminggu, pegawai farmasi tu tak ada kecoh-kecoh pulak tanya kenapa lewat ke, stok ubat ada lagi ke tak…. Tak ada, dan nasib baik slip ubat tu boleh guna lagi, kira belum expired la. Tapi kalau slip ubat tu misalnya dari KK Kuala Pilah, dan Iza nak ambil di KK Batu Pahat, slip tu tak boleh guna lagi tau. Kena jumpa doktor dulu. Iza dah banyak kali kena huhuhu. Bila Iza cerita kat doktor Unit Kesihatan tu, dia pun pelik, menyusahkan orang dia cakap. Tahu pun !


[Suasana dalam ambulans tergolek-golek]

Balik dari Unit Kesihatan, Za mintak pak cik driver ambulans tu hantar sampai blok. Sebab Iza dah tak tahan lagi. Dah la setiap kali naik ambulans  mesti pening, lagi la baru lepas kena sawan. Tuhan je la yang tahu macam mana rasanya. Kat klinik masa tunggu member siap ambil darah pun Iza sempat lagi tidur kat bangku luar klinik tu.

[Kucing Iza jumpa kat bangku luar klinik]

Iza beritahu kat Mama cuma dah waktu malam tu. Iza tak nak susahkan Mama tapi serba salah kalau tak beritahu Mama. Jadi Iza pun call la Mama & beritahu je la. Mama pun nasihat, ubat jangan lupa makan., Ye ye okey.

Hari ini hari ketiga, Iza tak berani nak makan nasi. Hari pertama lepas diserang sawan tu Iza ada beli nasi tapi tak boleh nak habiskan langsung. Makan lauk je. 2 hari ni Iza makan oat & roti je. Minum air pun sakit. Makan makanan yang lembut-lembut, itu pun sakitnya Ya Allah ! Bayangkan la air panas menggelegak tu korang curahkan kat lidah, mesti tinggalkan kesan kan kat lidah ? Macam tu la rasanya sakitnya. Tak tahu la sampai bila tak dapat mengunyah. Seminggu la kot huhuhu. Rasa macam nak putus lidah rasanya. Bila dibelek-belek, ada 3 area kat lidah nampak bekas tergigit, jadi warna putih-putih. Paling nampak sekali kesan dia kat bahagian belakang. Rasanya dalam banyak-banyak Iza kena sawan, kali ni kesan gigitan kat lidah tu yang paling teruk. Seriously, kalau Iza ada duit banyak, nak pasang cctv je, nak jugak tengok diri sendiri kena sawan tu macam mana :P

Okey la. Nanti Iza update lagi. Tunggu je la sakit kat lidah Iza hilang sikit. Ni badan sakit-sakit rasa nak berurut je tapi nak berurut kat sini malu. Lain kalau dah kenal orang satu kampung tak apa. Okey la, Iza janji takkan lupa makan ubat lagi. Kalau ada appointment kat klinik atau kena ambil ubat, Iza kan pergi juga walaupun korbankan masa kelas. Dengar cakap doktor. Orang-orang sekeliling Iza banyak beri nasihat cuma Iza je tak nak dengar. Sebab kadang fed up nak makan ubat. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang tak dapat nak paksa diri. Ingat senang ke nak paksa diri telan berbiji-biji ubat ? Orang yang tak kena makan ubat tiap hari memang tak akan tahu la peritnya nak telan ubat. Macam ni lah, kadang-kadang rasa bersemangat, konon nak sihat, kadang-kadang lantaklah. Emosi asyik berubah-ubah je.

2 minggu lepas, Iza baru beli buku online dari facebook, tajuknya Diagnosis 3 : Mortuari. Buku tentang himpunan kisah-kisah kematian dalam dunia perubatan. Satu hari je dah khatam satu buku tu. Siap dapat autograf dari penulisnya yeay siapa tak melompat-lompat kan ? 

Okey lah. Bertabahlah wahai diri. Kuatkan semangat. Doakan Iza kuat ye. Bye,  Assalamualaikum !





No comments:

Post a Comment