09 January, 2016

Kesudahan La Sangat

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum ! Nampaknya dah menjengah tahun baru 2016. Umur Iza dah 21 dah tapi kalau ikut birthday sebenarnya baru je cukup 20 tahun kira-kira 2 bulan lepas. Tak rasa lagi kedewasaannya tu. Bukan ke kalau umur dah 21 kita dah ada tanggungjawab yang lebih besar contohnya kewajipan mengundi, BR1M pun dah boleh dapat hehehe. Maksudnya kalau umur 21 ni Iza rasa dah memang cukup matang & dewasa la.

Tapi Iza tak rasa pun, masih rasa kebudak-budakannya, still manja lagi dengan Mama, tidur pun bawah ketiak Mama lagi hehehe. Umur 21 tapi ‘ngempeng’ ataupun ‘ngamplok’ dengan ‘kelonan’ lagi dengan Mama bahasa Jawa la. Tau kan ngempeng ? Maksudnya bermanja-manja la. Eee tak malu ke dah besar ngempeng lagi ataupun orang jawa cakap “wes gerang gapuk kok ijik ngempeng” ? TAK. Buat apa nak malu ? Kenapa ? Sebab itu la syurga kita. Pada Iza, selagi Za ada Mama dalam hidup, Za takkan berhenti manja dengan Mama. Mama pun tak kisah jer. Tak akan okey ?

Pengajian semester 4 ni nampaknya dah masuk sebulan. Pejam celik pejam celik nanti tak pasal-pasal dah nak final exam. Cepatnya masa berlalu alahai. Apa cer dengan kesudahan masalah Za yang diklasifikasikan sebagai kes pelajar tercicir tu ? Subjek Economics yang Za terpaksa rela ambil tu dah ada member. Sekarang satu kelas cuma 4 orang je student tu. Tahu tak, lecturer tu dipanggil semula oleh KPP khas untuk mengajar Iza seorang je, tapi ada student lain yang tercicir jugak so jadi la 4 orang. Kesian jugak bila Za  fikir, menyusahkan KPP, menyusahkan lecturer. Dah la lecturer tu major kampus kat Seremban.  Kalau nak diikutkan lecturer tu tak perlu ajar subjek tu lagi, tapi disebabkan masalah pelajar tercicir macam Za ni, kena la ajar semula.

Lagi satu, subjek Microbial Physiology. Subjek tu cuma 8 orang je student termasuk repeaters. Aish, susah jugak ea kalau repeat dan subjek tu pulak dah jumud & tak offer lagi untuk next sem, lecturer kena ajar semula la. Ada lagi satu subjek Iza tak boleh daftar untuk kelas sebab kod subjek lain. Masa tu petang yang hening lagi damai, Za tengah nyenyak tidur siang, pehh memang sedap tidur kat kolej ni, bilik dia nyaman je, tiba-tiba telefon Iza berdering lagu Salam Sejahtera nyanyian Samudera pehh bapak ah jiwang kot haha. Tertera nama KPP sebab Iza memang save nombor pejabat beliau kalau in case ada apa-apa problem.

Alamak KPP call ! Dengan mata terpisat-pisat, Iza jawab la call tu. Beliau cakap kes Iza kena email ke Shah Alam semata-mata untuk buka link kelas dengan subjek yang tak boleh daftar tu sebab itu luar kuasa beliau. Aish, sampai ke kampus induk pulak. Mujurlah dalam tempoh 24 jam dah settle. Za teringat masa ke UiTM Shah Alam masa uruskan penukaran program ni, staff kat HEA tu cakap belajar betul-betul, jangan main-main, nanti Za punya result dia akan pantau every sem. Serious ke dia akan ingat Iza ni.

Susah jugak ea jadi lecturer, ni. Bukan setakat mengajar je, tapi nak kena handle masalah student jugak lagi-lagi macam Za ni ataupun repeaters. Lagi satu, Iza nak nasihat la kalau boleh elak, jangan la tangguh semester, kecuali la kalau memang masalah sakit ke, apa ke, sebab nanti memang menyusahkan. Tapi nak buat macam mana kan ? Dulu Iza nak tukar program pun bukan main susah, surat bukan sekali je buat. First dia tolak surat Iza sebab pihak HEA anggap Za dah sihat sebab diorang bukan pegawai perubatan. Last-last lecturer yang tolong Za buat surat melalui jabatan jururawat baru la diterima. Mesyuarat pun kena buat untuk bincang masalah Za boleh ke tak nak tukar program sebab bukan senang-senang pihak universiti nak beri kita kelulusan untuk tukar program.

Semester depan Za dah dapat menghidu masalah yang sama bakal berlaku. Adoi bersedia je la. Semester ni Za cuma ambil 6 subjek, tapi semester 5 banyak la nampaknya huhuhu. 6 subjek je tapi dalam seminggu ni Za rasa tak stabil. Penatnya rasa. Rasa macam segala tenaga dikerah, ATP dah digunakan sepenuhnya. Stress. Ubat pun banyak tinggal, sampai tak sempat nak makan sebab penat sangat. Nafsu makan Za makin berganda-ganda sebab Iza kalau stress, penat, dapat makan sedap-sedap nanti okey la sikit. Ataupun kalau ada kucing datang depan rumah Za ambik kesempatan belai dia, sebab kucing ni ibarat terapi untuk manusia. Betul, bila main kucing, dapat hilangkan stress. Lepastu dapat berita gembira dari Mama pulak, Marie kucing kesayangan Za dah melahirkan anak, 6 ekor kot tanggal 6 Januari lepas. Heehee seronok dapat anak bulus lagi. Warna bulu pun macam-macam kata Mama. Sebenarnya Iza sekarang meronta-ronta nak balik kampung nak tengok kittens baru tu tapi baru je minggu lepas balik kan. Hmm hmm.

Program mengurangkan pemakanan kurang sihat Za jadi tergendala sekejap. Biarlah Iza makan puas-puas untuk gembirakan hati. Tapi risau jugak berat makin naik. Cuti mid sem hari tu bukan main ligat ‘menternak’ lemak dalam badan. Makan, makan, makan. Naik cuti makan lagi kerjanya. Aduh. Ubat pun pemangkin berat badan. Ramai penghidap Epilepsi yang ambil ubat Epilim tu mengeluh sebab kesannya peningkatan berat badan. Hmm so kalau Iza nampak makin gemuk, tu sebab ubat la. Hmm bila la nak slim macam dulu ni. Tapi Alhamdulillah belum dikira obes lagi. BMI masih normal lagi.

Ini je la diari Za kali ni. Ada pulak tulis diari kat blog ? Yela tak semestinya diari ni semua rahsia kan ? Dulu rajin sangat tulis diari, siap ada lock lagi, lepastu semua kartun-kartun, sekarang dah tak pernah sebab malas nak tulis. Guna je la teknologi yang ada macam blog ni ataupun aplikasi dalam telefon pintar, kan lagi seronok & interaktif. Okey la. Jumpa lagi entri seterusnya. Bye-bye & Assalamualaikum !






No comments:

Post a Comment