05 December, 2015

Cerita Pelan Pengajian Tak Sama Dengan Member

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum ! Bermulanya episod pengembaraan hidup Iza dalam menuntut ilmu untuk semester 4 di UiTM Kuala Pilah ni. Iza sebenarnya dah tak sabar nak graduate & nak keluar dari sini. Bukannya tak suka kat sini tapi tak sabar nak habiskan diploma Iza yang penuh ranjau & berliku ni. Kali ni masalah apa pulak ? Ni Iza nak cerita.


Iza punya pelan pengajian tak sama dengan member huwaa ! Yang sadisnya, ada 2 subjek tu, Za tak boleh ambil masa part 4, cuma boleh ambil masa part 5 je. Nanti part 5 makin banyak la Za kena ambil subjek huwaa ! Lepastu kan, kan, member semua tak ada Industrial Training macam student biasa sebab batch diorang memang tak ada praktikal, tapi Iza ada praktikal masa part 6 nanti. Dulu Za teringin sangat nak ada praktikal macam kakak-kakak dengan abang-abang senior tu. Tengok kat Twitter, kat Instagram, diorang praktikal kat hospital-hospital, dalam makmal, lepastu main dengan darah, wahh bestnya. Sebenarnya Iza dah lama perasan dalam pelan pengajian tu ada praktikal tapi ingatkan ikut batch diorang  Za tak ada praktikal. Tapi bila dikhabarkan dengan KPP (Ketua Pusat Pengajian), Za tak tahu la nak rasa suka atau sebaliknya. Tak ada rasa hati melonjak-lonjak keriangan pulak. Sebab KPP cakap yang akan ada praktikal sikit je la. Kalau nak diikutkan Iza seorang yang akan ada praktikal dengan member yang lagi seorang tu. Tapi maybe ada lebih juga, contohnya senior yang extent semester sebab banyak subjek repeat & diorang kena cover balik banyak subjek baru la sambung praktikal. Kiranya Iza ni lain sikit la, tapi sama je extent sem juga cuma atas sebab cuti khas & cuti tangguh pengajian sebab tukar program. Maknanya Iza lambat lagi la nak masuk Degree nanti ? Tak apa, ada hikmahnya nanti.



[Masalah pendaftaran subjek yang biasa Iza lalui walaupun tak kena repeat disebabkan pelan pengajian & masalah pelajar tercicir]

Iza tak dapat menyembunyikan muncung Iza yang memanjang bila diberitahu terpaksa ambil 2 subjek tu untuk part 5 nanti. Tapi nasib baik KPP tu baik sangat. Beliau pujuk Iza “Jangan sedih-sedih, tugas awak cuma perlu datang kelas & belajar je, yang lain tu, tugas kitorang. Awak tak perlu susah-susah ye?” Hmm, sampai Iza balik ke bilik, Iza tak dapat terima hakikat tu. Apa lagi, nangis la puas-puas. Iza macam ni la, sikit-sikit nak nangis, sikit-sikit nak nangis. Maklumlah, orang Jawa cakap gembeng, menjeng. Maksudnya kuat menangis. Iza nak call Mama, nak mengadu kat Mama, tapi waktu petang pukul 2.30 sampai Asar waktu Mama kat surau, ajar orang kampung mengaji Al-Quran, tak payah la, nanti mengganggu Mama pulak. Nanti Mama tak sedap hati pulak. Tak apa la, Iza kan dah dewasa, tak payah nak mengadu sangat la.

Iza tak boleh salahkan sesiapa dalam hal ni walaupun mula-mula rasa bengkak hati jugak la. Bengang memanjang. Iza tak minta pun jadi macam ni. Nak salahkan siapa ? Benda dah jadi. Kita sebagai seorang Islam tak boleh nak salahkan Tuhan. Ini cuma tanda Allah nak uji Iza. Nak salahkan manusia ? Semua ni dah Qada’ & Qadar Tuhan. Ketentuan & ketetapan Tuhan. Maaflah kalau Iza ni menyusahkan banyak pihak tapi Iza tahu semua ni ada hikmahnya nanti. Iza cuma kena tunggu cepat atau lambat je, kan ?

Dalam nangis-nangis tu, Iza pun sampai tertidur. Bila bangun, masih lagi terngiang-ngiang masalah tadi, tapi lama-lama Za dah okey. Za sedih tak lama pun, asal dapat nangis dulu, tidur, bangun, barulah boleh selesaikan segala masalah yang ada. Barulah boleh fikir positif. Malam tu baru Iza call Mama dengan hati yang tenang walaupun sedih tu masih bersisa lagi. Tapi dah tak nangis-nangis tau. Mama pujuk, Iza kena sabar. S A B A R.


 Lepastu kan, kan, member Iza semua ambil subjek Management yang ala-ala business tu, Za kena ambil subjek Economics. Nak dijadikan cerita, semester nie, cuma 2 orang je yang ambil subjek tu sebab kitorang nie ketinggalan semester. Yang lagi seorang tu sama nasib la dengan Iza, dulu pun dia cuti sebab sakit kat hospital. Rupanya dunia nie kecik je kan ? Jadinya, dalam group subjek tu, Iza dengan dia je yang ambik. Kiranya kes Iza ni kes terpencil. Lecturer tu sebenarnya sepatutnya dah tak perlu ajar subjek ni tapi disebabkan kes Iza ni, beliau dipanggil oleh KPP semula untuk mengajar khas untuk Iza dengan member Iza seorang. Dah cuma 2 orang je dalam subjek tu, lecturer cuma buat kelas dalam bilik beliau jer, nasib baik la lecturer perempuan. Kiranya consultation secara personal la hehe beruntung jugak Iza. Dapat belajar secara face to face memang seronok. Tak payah malu-malu nak tanya kalau tak faham.


Mula-mula beliau tak percaya Iza ni nursing. Tak ramai orang tahu UiTM sekarang dah ada nursing program. Biarlah. Yang kelakarnya, lecturer ni selamba jer mengajar Iza sambil mengunyah makanan, makan kerepek la, minum air la, dan Iza pun diajak join sekali makan kerepek dengan beliau. Tak rasa formal pun macam dalam kelas selalu tu. Iza pun beruntung dapat Penasihat Akademik yang baik hati tolong Iza kalau Iza perlukan beliau.


Macam gini la,
Bila Iza ada masalah atau kesedihan atau diuji Tuhan memang susah nak bersabar. Mula-mula Za kena nangis dulu puas-puas. Bila dah kering air mata tu baru lega. Bila dah tenang baru boleh berfikir. Sekali lagi Iza pujuk diri, tak payah sedih-sedih, kan Za datang sini nak belajar kan ? Sekarang Iza dah diberi peluang kedua dapat belajar kat universiti ni, Za kena harungi semua dugaan ni. Cuba ingat balik, segala impian Za yang Za nak capai. Dapat belajar kat menara gading ni la selangkah ke depan Iza akan capai impian-impian Iza tu. Bila rasa lemah semangat, cuba ingat balik, keluarga Iza yang banyak susah-payah memastikan Iza dapat sambung belajar lagi. Ingat balik, Abah yang cuma kerja kebun tu penat lelah cari duit untuk Iza dapat belajar lagi. Doa Mama yang tak putus-putus untuk kesihatan Iza. Abang ipar Iza yang tengah sakit kaki kena gout tu pun sanggup drive jugak hantar Iza naik semester baru ni. Kakak yang sanggup korbankan waktu berniaga dia untuk hantar Iza. Keluarga Iza yang tolong angkat barang Iza yang berat macam batu tu sampai ke bilik tak kira la tingkat berapa. Penat kan ? Kalau Iza tak hargai pengorbanan diorang, Iza tak belajar sungguh-sungguh, Iza berhenti ke, tak sia-sia ke semua tu ?


Bukan Iza nak cakap kena jaga hati diorang, kalau contohnya Iza berhenti study sebab tak sanggup lagi, bukan macam tu. Za pun fikir segala impian yang Iza dah lama angan-angankan tu. Za mesti jadikan kenyataan. Katab nak sambung Ijazah ? Kata nak tolong keluarga ? Kata nak dapat kerja yang baik-baik ? Kata nak beli kereta warna Magenta ?


Ni pulak antara impian besar dan senarai perkara yang Iza nak sangat buat dalam hidup Iza :

1. Balas jasa keluarga

Dapat beri duit untuk Abah & Mama, belanja family makan & melancong, belanja Abah ngeteh, belanja Mama shopping, tolong keluarga kalau diorang susah, bawa Abah & Mama mengerjakan ibadah Haji & Umrah

2.  Sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi

Ijazah sekurang-kurangnya dalam tangan, kalau diizinkanNya nak sambung sampai Master & Degree, kalau boleh nak sambung dalam banyak bidang bukan setakat Sains je

3. Nak tolong orang sakit
Jadi seorang pegawai farmasi yang cemerlang, kalau ada rezeki nak jadi pegawai perubatan, juga nak bantu golongan senasib yang menghidap Epilepsi

4. Khidmat di hospital
Berkhidmat di hospital atau klinik

5. Bantu kucing terbiar/kucing jalanan
Jaga kebajikan haiwan yang memerlukan, selamatkan haiwan dari kekejaman manusia, jadi sebahagian aktivis haiwan

6.  Memiliki sebuah kereta idaman
Body warna Magenta, wiper ada ekor kucing, perhiasan berbulu & everything pink

7. Rumah idaman yang selesa & indah
Lengkap dengan segala kemudahan

8. Pemain gitar professional
Mahir bermain gitar kapok seperti seorang yang professional

9. Menceburi bidang alih suara/dubbing

10. Menerbitkan 2 buah novel
Sebuah novel berkisarkan kisah hidup sebenar Iza dalam mengharungi hidup sebagai pesakit Epilepsi
Sebuah lagi novel tentang impian hidup ala-ala selebriti popular

11. Memiliki sebuah kafe kucing
Kafe berkonsepkan rest & relax sambil berseronok membelai kucing seperti di negara Jepun.

12. Belai, peluk & main anak harimau
Kalau la dapat bela harimau atau singa bestnya sebab diorang comel, kalau dapat peluk lagi happy

13. Bela kuda
Kalau Iza ada rezeki lebih nak bela seekor kuda

14. Belajar piano

15. Melancong & mengembara ke seluruh dunia
Melihat keindahan alam ciptaan Tuhan

16. Khidmat di zoo
Nak bekerja kat zoo, jaga haiwan yang comel-comel macam harimau, zirafah, panda, nak kawan dengan haiwan

Bila dibayangkan semula segala impian ni, ni baru sikit, banyak lagi sebenarnya, barulah Iza dapat pulihkan semula semangat yang hilang. Teringat seorang lecturer tu pesan, biasalah naik semester, baru mengalami zaman kejatuhan, semangat berkobar-kobar, nanti pertengahan sem, banyak cuti dah lupa kembali ke jalan yang lurus. Betul, awal sem ni bersemangat konon nak dapat Dean List, pertengahan semester, ala dapat pointer 3.0 ke atas pun okey kot, bila final exam, dapat lulus semua tak ada yang failed atau repeat pun dah cukup bersyukur. Hehe macam tu la hukum karma kehidupan seorang student. Lagi-lagi dah senior ni memang dah mengalami sangat la.


Haritu macam biasa la, kalau dah nak pisah, Mama mesti nasihat belajar sungguh-sungguh, guna duit yang cermat. Tapi tak nangis macam awal-awal Iza kat Puncak Alam tu. Hehe dah biasa berpisah tak sedih la. Masa kat Za duduk kat Puncak Perdana & Puncak Alam tu, rasa sebatang kara je. Tak pandai bersosial, tak pernah duduk asrama. Tak ada selera makan seminggu sampai kena gastrik. Tak pernah duduk jauh dengan family, ditambah kena tukar program memang menguji ketabahan. Tapi itu semua pengalaman yang Iza takkan lupa. Member Iza kat sana pun Iza still ingat lagi. Best friend Iza kat sana, Raihana pun Iza ingat lagi. Rindunya kat dia.


Haritu masa Iza jalan kat kaki lima blok, ada orang tegur,
“Hai !” Eh siapa pulak tegur ni, ramah pulak, berkerut muka Iza.
“Kita satu housemate la?” Terpinga-pinga.
“Tak ingat ke?” Tak T_T
“Sem lepas kita satu rumahlah.” Ooh ye sorry Iza tak ingat. Bukan Iza tak bersosial ye. Memang tak ingat. Sebab akak tu masuk satu rumah baru kejap. Memang tak ingat. Harap jangan sampai kronik la masalah pelupa Iza ni.


Okeylah penat membebel. Alamak, dah petang ni Iza belum makan ubat untuk waktu pagi tadi. Bye Assalamualaikum !


No comments:

Post a Comment