Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum kepada pelawat & blog kesayangan Iza yang dah upgrade sikit, dah lawa sikit (perasannya dia!)
Harini dah masuk minggu ke 11 Iza dalam tempoh pengajian
semester 5 ni. Diam tak diam, tak lama dah nak final exam, study tak habis lagi…
Hmm, semester yang sangat pack, tough, busy, & menguji ketahanan emosi,
fizikal, bahkan keimanan hah ambik kau. Kalau tak beria kuat semangat, memang
dah lama nak berhenti. Tapi Iza takkan pernah sesekali terfikir nak quit dari
diploma ni. Apa-apa terjadi, segulung diploma mesti dapat. Susah payah perit
pedih macam mana sekalipun, Iza mesti dapatkan jugak diploma ni. Tak sabar nak
keluar dari kampus kubur cina ni oops.
Jadi, apa natijahnya Iza tulis kat blog ni? Hmm, nak luahkan
perasaan. Sebab blog ni la kawan baik Iza yang setia menyimpan segala cerita
Iza. Iza ambil inisiatif untuk luahkan segala yang Iza pendam kat sini, sekurang-kurangnya lega sikit.
Sekarang ni, memang tak dapat dinafikan stress yang amat.
Dan rasanya Iza ada mengalami kemurungan sikit, sikit laa. Tapi kena ingat,
jangan stress sangat, kang tak pasal mulut berbuih lagi macam mana? Tekanan
& stress ni berpunca dari banyak faktor. Antaranya:
- Projek.
Projek itulah, projek inilah. Tak terkecuali banyak wang
ringgit dah dilabur sebab projek ni. Ada pulak projek yang tak jadi hasilnya,
so burn macam gitu je la duit tu. Then, rasa membazir sangat. Lepastu rasa
bersalah sangat, teringat susah payah Abah kerja kebun, lepastu Za habiskan
duit macam tu je . Lepastu dah tak boleh claim duit tu semula T_T
- Jadual kelas bertindih.
Hal ni takkan terjadi kalau Iza ambil subjek Molecular
Biology & Practical Molecular Biology (senang sebut, Biomole) waktu part 4
semester lepas. Tapi, KPP tak benarkan Iza ambil sebab Iza kena ikut pelan
pengajian lama tu. Subjek ni kalau ikut pelan pengajian lama, kena ambil waktu
semester 5, tapi, kalau ikut pelan pengajian baru, kena ambil waktu semester 4.
So, Iza punya pelan pengajian lama, Iza kena ikut je la study plan tu. Lastly,
sekarang, merana!!! Nak dijadikan cerita, lab punya dah bertindih dengan kelas
ENT (Entrepreneurship). So, Iza kena pandai-pandai bahagi dua badan Iza untuk
pergi ke 2 subjek dalam masa yang sama. Macam mana tu? So Iza terpaksa burn
satu kelas, and tertinggal la satu subjek tu. Dah la lecturer Biomole tu tegas
orangnya. Nak skip kelas dia untuk Iza pergi kelas ENT tu punya la dia tak kasi…
Tapi Iza dah inform masalah Iza, so harap beliau faham la…. So, bila tertinggal
kelas, Iza kena la study sendiri subjek ENT tu. Nasib baiklah kira tak susah
sangat ENT ni. Lagipun dulu sekolah menengah ada belajar Prinsip Akaun (ada la
kaitan sikit dengan ENT ni), ia sangat membantu Iza. Rasanya major sebab Iza
jadi stress fasal benda ni kot.
- Tekanan orang sekeliling
Kadang-kadang, Iza memang tak dapat tahan dengan tekanan
orang. Sampai satu tahap, Iza ada ponteng kelas, satu subjek ni je la memang Iza
poteng sebab stress sangat. Iza perlukan rehat. First time Iza ponteng sebab
memang betul-betul stress. Nasib baik la lecturer tu memahami keadaan Iza. Hah
suka hati je ponteng. Heh korang tak tahu lagi waktu kat UiTM Puncak Alam dulu
Iza terus ponteng kelas sebab diarahkan tukar program. Suka hati mak bapak dia
je kan nak ponteng?
- Persiapan praktikal
Hmm hmmm semester depan ada praktikal. Iza risau sangat
dalam resume Iza ada sertakan penyakit. Lastly, bila apply lagi praktikal
tempat lain, Iza buang health status (suffering Epilepsy) daripada resume Iza
tu. Risau kalau kena reject sebab ada penyakit macam tu. Satu hal lagi, bukan
main susah lagi nak contact sesetengah department tu. Nombor telefon macam tak
wujud je. Email macam berkurun tak online! Doakan Iza dapat tempat latihan industry
yang sesuai dengan Iza ye!
- Homesick.
Kurang selera makan. Mi segera pun dah rasa macam nak muntah.
Nak beli makanan pun boleh jadi isu besar macam memikirkan masalah Negara. Konflik
nak makan apa pun tak tahu. Krisis ni berlarutan setiap hari. Tapi berat badan
tak turun-turun jugak! Erk! Mi segera ni memang la tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya
beberapa bulan lepas Za dah berjaya mengawal nafsu & selera daripada
melahap mi segera ni, tapi kebelakangan ni la, terus tak dapat bendung, sebab
tak tahu dah nak makan apa. Pilihan makanan pun tak banyak sangat dijual kat
kolej ni. Hari-hari makan benda sama je. Dah terpaksa, makan mi segera je la,
jimat, mudah, enak, cepat disediakan. Lama-lama, jemu jugak. Masakan ibu je
yang boleh jadi penawar.
Teringin nak makan masakan yang Mama masak. Daripada masakan
yang simple & masakan kampung tu la yang diidamkan. Kadang-kadang rasa macam
orang pregnant pulak, mengidam masakan Mama dan kalau boleh waktu tu jugak nak dapatkan makanan
tu.
Rindu Marie si kucing & kucing kat rumah. Rindu nak tarik ekor, nak babap perut, nak dengki kucing, nak menjerit-jerit dengan kucing. Kucing kat kolej ni tak sama dengan yang kat rumah.
Rindu Marie si kucing & kucing kat rumah. Rindu nak tarik ekor, nak babap perut, nak dengki kucing, nak menjerit-jerit dengan kucing. Kucing kat kolej ni tak sama dengan yang kat rumah.
Terbayang gitar kat rumah. Mereput kat dalam beg. Semenjak
dah pandai sikit main gitar ni (cehhh), Iza rasa dengan main gitar ni boleh
kurangkan stress, sebab kita buat benda yang kita minat. Walaupun ulang lagu
yang sama, tak pernah rasa jemu. Tapi bila belajar lagu baru, susah, mula rasa
stress. Tak apa, asalkan tak putus asa, nanti bila dah pro lagu tu, hilang
semua stress, malahan jadi pengubat stress. Huwaa menyesal tak bawa gitar balik
kolej. Tapi susah sikit nak mengangkutnya pulak hmm.
Terbayang suasana kampung. Terbayangkan suasana indah kat
kampung, tenang, udara segar. Kat sini pun actually dalam kampung juga, indah
juga, tapi tak sama dengan kampung yang menjadi asal usul kita.
Terbayang muka Abah & Mama. Iza tak boleh berjauhan
dengan Mama & Abah selama sebulan. Confirm dah rindu. Tapi bila call
diorang cakap rindu, diorang macam tak rindu Iza je hmmm. Tapi tak tahu la
dalam hati & perasaan diorang, siapa tahu. Sedangkan kalau kakak &
abang dah lama tak balik, Abah sibuk tanya Kakak Abang tak balik ke? So takkan
Iza diorang tak terlintas dalam fikiran? Tipu la kalau tak rindu eleh….
- Hilang rasa syukur
Salah satu lagi sebab Iza stress, Iza tak bersyukur dengan
nikmat Tuhan. Bila tengok orang lain, dalam hati akan cakap, untungnya la jadi
dia, dapat itu dapat ini. So, terus hilang rasa syukur dengan apa yang ada.
Sebab, kadang kita nak sangat sesuatu perkara, dan orang lain dapat, kita tak
dapat. Lepastu tanya kat Tuhan, kenapa aku tak dapat macam dia? Astaghfirullah.
Iza kena syukur dengan apa yang ada. Ada lagi orang susah, ada lagi orang yang
kekurangan dari kita.
- Tak upaya
Lagi satu, sesetengah orang sekeliling Iza tak faham dengan
keupayaan Za. Please la, Iza bukan nak minta simpati, cuma please just
understand dengan keadaan Iza. Kalau Iza tak boleh jangan paksa Iza. Kalau
pasal cacian tu, Iza pekakkan telinga je la. Jadi consider penambah stress juga
la. Satu lagi Iza selalu sangat tak dapat tumpukan perhatian dalam kelas. Tak tahu la kenapa. Rasa nak menangis je bila rasa seolah-olah kita dalam dunia lain & tak dapat tangkap apa yang lectrurer cuba sampaikan. Terus, rasa ketinggalan dalam kalangan kawan-kawan. Hal ini terjadi selalunya dalam subjek yang sama, mungkin sebab Za tak minat subjek tu kot.
Okey la. Sekarang ni, Iza teringin sangat sangat nak pergi bercuti, tepi
pantai yang bersih, pulau yang indah, air laut yang jernih. Bestnya la kalau
ada peluang. Boleh hilangkan segala stress & penat. Lagipun Iza tak pernah
pergi melancong tempat macam tu. Setakat pergi tepi laut, air laut warna
coklat, memang tak laa. Bila tengok keindahan alam ciptaan Tuhan, at least kita
boleh kosongkan fikiran, refresh semula minda kita, badan pun jadi segar. Tengok gambar pemandangan kat Instagram je pun boleh tenangkan fikiran.
Ubat Iza usahakan tak tertinggal walau sebiji pun. Waktu
stress ni memang kena jaga ubat la. Cuma ada tertinggal sekali atau 2 kali je
kot dalam tempoh 3 hingga 4 minggu ni. Ni dikira satu pencapaian yang baik juga
la hehehe. Bukan senang tau nak telan ubat tiap hari!
So, boleh dikatakan, Iza dah kalah dengan stress kali ni.
Iza dah surrender dengan stress ni. Dia lagi hebat dari diri Iza. Tapi dalam
terms yang lain, Iza menang dengan penyakit ni yeay. Walaupun stress, seizure tak
ada menyerang. Mungkin sebab disiplin Iza dalam pengambilan ubat Anti-epileptic
hehe.
Okey la. Nak tidur. Tidur pun salah satu cara nak hilangkan
stress. Satu-satunya aktiviti paling nikmat dalam dunia ni. Terima kasih sebab
melawat blog Iza yang dah lawa sikit ni. Pada pendapat Iza memang makin lawa hik
hik! Pink gituuu. Bila tengok benda serba pink pun boleh hilang stress, sebab warna
kegemaran. Ada sesetengah orang makin stress haha padan muka. Bye &
assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment