22 August, 2016

Kronologi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum!

Iza nak cerita kronologi apa yang berlaku pada diri Iza selepas Ramadhan meninggalkan kita. Pejam celik, kejap je dah nak raya Aidiladha pulak.

Last Iza fitting with seizure adalah pada 3 Syawal 1437H yang lepas iaitu lebih kurang sebulan lebih yang lepas. Harini masuk 19 Zulkaedah 1437H, raya dah lama habis dan musim Haji sudah pun bermula. Alhamdulillah Iza free daripada seizure setakat ni.

Sedihnya, raya tahun ni Iza tak beraya sangat. Raya pertama, Iza cuma pergi rumah nenek je waktu tengahari. Tapi Alhamdulillah, pagi tu Iza dapat tunaikan solat sunat Aidilfitri dengan Mama berjemaah di surau. Selalu, hari raya pertama ni Babang belum balik, kakak pun sibuk dengan perniagaan, so kitorang satu family tak pergi beraya waktu hari raya pertama tu. Raya kedua barulah kitorang berkumpul. Lagi satu hal, baju raya Iza last minute baru tukang jahit tu siapkan. Kalau tak siap Iza nekad pakai jeans je haha kisah pulak.

Nak dijadikan cerita, waktu hari raya ketiga tu, Iza diserang sawan lagi. Adoi. Waktu Subuh Iza bangun solat, then Iza sambung tidur lagi. And waktu tidur tu la Za kena sawan. Tak ada sesiapa pun nampak sebab waktu tu semua orang sibuk memasak kat dapur. Aik? Iza tak tolong ke? Tak. Hemh pemalasnya anak dara seorang ni. Padan muka siapa suruh tidur lepas Subuh.

Macam mana boleh tau Iza kena lagi padahal tak ada orang nampak pun? Waktu Iza bangun dari tidur, memang rasa kesan baru lepas kena.

  • Lidah pedih, ada kesan tergigit
  • Sakit seluruh badan
  • Tak boleh bangun
  • Mual & rasa nak muntah
  • Pening
  • Kebingungan



Kalau ada tanda-tanda macam kat atas ni, Iza memang tahu yang Iza diserang sawan lagi. And waktu tidur tu, Iza boleh rasa aura sebelum diserang sawan tu. Kadang-kadang mimpi pengsan, padahal hakikatnya diserang sawan.

Bila Mama kejut, terus Iza beritahu yang Iza kena lagi. Lepastu sebab rasa nak muntah sangat, Iza gagahkan diri bangun & muntah depan tangga rumah. Ya Allah, masa berjalan tu memang rasa tak balance. Tapi fikir kalau muntah kat atas katil nanti jadi satu hal lagi nak basuh tilam!

Abah, Mama, Babang & Kakak Ipar ajak Iza ikut beraya rumah sepupu & pakcik-makcik, tapi Iza tak larat la. Abah pulak pujuk kata nak belanja McDonald, tapi Iza langsung tak termakan dengan pujukan Abah. Iza memang tak larat langsung. Fasa drowsiness lepas diserang sawan. Memang patient akan rasa asyik nak tidur & tak kuat nak bangun, lemah seluruh badan. Dan akhirnya Iza akur ditinggalkan bersendirian kat rumah seorang diri. Habis kalau jadi apa-apa? Iza tawakal. Tapi Alhamdulillah kakak & abam beso kebetulan balik rumah so Iza ada la jugak temannya. Kakak tolong urutkan kaki Iza.

Seizure triggers beberapa hari sebelum kena ni Iza dah dapat rasa. Akhir bulan Ramadhan tu, cuaca panas sangat. Even waktu tu Iza “ABC” means Allah Bagi Cuti, tapi panasnya Ya Allah. Iza pun tak tahan. Itu baru panas dunia. Belum lagi kat akhirat. Rasanya ramai yang mengeluh waktu tu cuaca memang terik. And Iza memang dapat rasa kepala berdenyut-denyut.

Kalau hal tertinggal ubat tu biasalah. Ada la jugak 2, 3 kali. Tapi tak kerap okey? Dah kata kan, sebiji ubat pun langsung tak boleh tertinggal? Ha padan muka! Lagi satu orang cakap tak boleh selalu makan makanan pedas. Hmm memang la musim raya, boleh dikatakan tiap hari Mama masak rendang. Tapi tak tahu la kebenaran saintifik dia.

Raya keempat, baru Iza ikut family beraya. Abah pun belanja McD hehehe. Tapi badan still sakit jugak. Raya kelima, Iza dah kena balik kolej, naik bas weii bukan parent hantar naik kereta. Bayangkan la, baru lepas 2 hari diserang sawan, Iza dah berani travel seorang diri. Nak buat macam mana kan? Kena berdikari. Iza dah buktikan pesakit epilepsi pun boleh berdikari.


[Hari kedua selepas fitting with seizure, semangat nak pergi beraya]

Pergh, lidah pedih dalam masa seminggu memang keadaan biasa Iza kena tempuhi. Iza ada beli ubat kat farmasi tapi rasa sama je, tak berkesan pun. Badan sakit-sakit. Selera makan pun berkurang. Seminggu lepas tu, demam pulak tapi tak teruk. Cuma hilang selera makan. And Iza pun mengalami penurunan berat badan sebanyak 3 kilo yabedabedu! Demam tu, Iza pergi dapatkan rawatan & doktor beri vitamin C lagi. Wahh makin banyak vitamin kena makan nampaknya.

2 minggu lepas pulih dari serangan sawan, Iza rasa kepala pulak sakit. Sampai ke saat hari Iza tulis post ni pun tak hilang lagi. Boleh dikatakan setiap hari Iza akan rasa seolah-olah ada cas elektrik kat dalam kepala tapi Iza tak dapat nak terangkan macam mana. Walaupun Iza tak ada tertinggal makan ubat pun rasa sakit tu still ada. Tak selesa sangat! Doktor ada beri ubat tahan sakit tapi Iza selagi boleh tahan sakit tu, Iza takkan makan painkiller tu. Tahu kan Iza jenis tak suka telan pil?

Stress yang melampau pun menjejaskan kehidupan Iza. Subjek semester 5 memang tough. Iza stress sangat. Kali ni, stress yang Iza alami ni sama rasanya dengan stress waktu Iza alami waktu sebelum SPM tu. Takut jugak if kena sawan lagi. Kadang-kadang tengah duduk tu, kepala berdenyut rasa macam nak pitam je. Tapi Iza dapat makan ubat walau sibuk macam mana sekalipun. Tak nak kena bebel dengan doktor punya pasal.

Hal stress ni terjadi antaranya sebab:

  • Kelas antara 2 subjek bertindih
  • Tekanan dari orang sekeliling
  • Sesetengah orang yang langsung tak faham dengan keupayaan Iza
  • Kurang rehat/tidur

Iza bukan nak minta simpati. Iza cuma minta, semua orang boleh tak faham dengan keadaan Iza sekarang? I can’t stand anymore! Tapi Iza bersyukur ada lagi orang yang faham dengan keadaan Iza bila Za cerita masalah Iza. Terima kasih sangat-sangat.

Tapi Iza kena kuat. Iza pujuk diri sendiri. Iza boleh! Iza tak boleh kalah dengan penyakit ni. Iza kena lawan. Okey la, Iza berhenti kat sini.


[Iza bersama Mama & Nur Zahratu Annisa, anak buah kesayangan]


Bye & Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment