Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum!
Sudah pulih dari homesick sepenuhnya yeay Alhamdulillah..
Kali ni Za nak cerita keseronokan serta kekurangan hidup di
kampung. Haha. Selamat datang ke Kampung
Parit Lubok Utara, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Za adalah anak jati negeri
Johor dan memang anak orang kampung. Kampung yang Iza diami ni adalah salah
sebuah kampung yang terletak di bahagian pedalaman sikit. Maknanya, dari jalan
utama ni, perlu masuk dan melalui satu buah kampung sebelum sampai ke kampung
yang Iza duduk ni. Lepas kampung Iza ni, ada lagi kampung-kampung sehinggakan
kalau hanya merentasi sebanyak 4 buah kampung, Iza dah boleh sampai ke daerah
Muar, tapi bukan Bandar Muar tau, jauh lagi tu. Kalau nak ke Muar, lebih kurang 45 kilometer. Kalau nak ke pusat bandar, kitorang akan tertumpu ke Batu Pahat, lebih kurang 25 kilometer. Pekan yang paling hampir adalah
pekan Parit Sulong ataupun pekan Semerah. Kedua-dua pekan ni pun boleh dikatakan
jauh juga la dari kampung ni. Tapi kitorang selalunya tertumpu ke Parit Sulong. Parit Sulong
terletak menghala ke Sri Medan, Batu Pahat manakala Pekan Semerah
terletak di bahagian utara daerah Batu Pahat, dan hampir dengan sempadan daerah
Muar-Batu Pahat. Mak aii, panjang pulak latar belakang kampung ni.
[Dataran Penggaram di Bandar Batu Pahat]
Kat sini ada tugu tangan memegang penukul pada batu yang dipahat sebagai simbol nama asal daerah Batu Pahat
[Kawasan sawah padi di Kampung Sarang Buaya, Semerah]
Gambar diambil dari dalam bas, so tak berapa jelas. Tapi pemandangan dia memang indah.
[Kawasan halaman rumah Iza]
Kawasan kiri, kanan, hadapan & belakang rumah dilindungi tanaman kelapa sawit
Kawasan kiri, kanan, hadapan & belakang rumah dilindungi tanaman kelapa sawit
Duduk kampung ni, yang seronoknya, jauh dari kesibukan kota.
Tenang daripada segala hiruk pikuk dan kesesakan lalu lintas. Cuma yang
bisingnya kalau ada lori sebijik dua lalu, ataupun remaja yang kurang akal
merempit tengah-tengah malam buta, tu la sumber pencemaran bunyi di kampung
kami. Kalau bising-bising pun cuma dari pembesar suara dari program atau majlis kenduri
kahwin, selalunya mesti la ada karaoke & lagu bagai, lepastu boleh dengar
bunyi alunan kompang, ha itu je la. Bercerita pasal udaranya pulak segar, nyaman, dan bebas
dari segala pencemaran bau. Memang tenang la duduk kampung, pagi-pagi, dengar
ayam berkokok mengejutkan warga kehidupan, waktu senja pula matahari terbenam
dengan burung berkicauan pulang ke sarang.
[parit di hadapan rumah]
Ini juga salah satu bekas lokasi kegemaran Iza mandi-manda dalam parit waktu zaman kanak-kanak atau bahasa jawanya lomban parit
Ini juga salah satu bekas lokasi kegemaran Iza mandi-manda dalam parit waktu zaman kanak-kanak atau bahasa jawanya lomban parit
Rugi kalau ada tanah tapi kita tak usahakan. So, kat
sekeliling rumah Iza ni macam-macam pokok boleh korang observe. Semua ni Abah dengan Mama yang tanam. Iza? Haha tahu tengok je la.... Meh sini Iza
senaraikan, dari sekecil-kecil hinggalah ke saiz besar, dan daripada jenis
sayuran hinggalah kepada jenis buah-buah. Daun saderi, serai, kunyit, halia padi,
lengkuas, lempuyang (saudara-mara halia tapi pahit), cili, pokok daun bunga
kantan, sayur ranti, pokok ubi, selatah, keladi, keledek, terung, timun, sayur
pucuk manis, labu manis, nanas (nanas madu, nanas Sarawak, nanas Kristal), tebu, kelapa, limau
purut, betik, nangka, cempedak, pisang (belum kira lagi pelbagai jenis dia),
ciku, rambutan (rambutan gading & rambutan merah), pulasan, manggis, durian
(tapi setakat ni tak pernah berbuah), pelam/mangga, jambu bol (Iza tak tahu
bahasa Melayu dia) tak ketinggalan juga, pokok sawit kat belakang rumah yang
merupakan sumber pendapatan keluarga kami.
Dengan tanaman ni la sedikit
sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan harian dan boleh menjadi sumber
pendapatan sampingan, sebab mudah dan boleh didapati dari sekeliling rumah. Kalau bosan dengan sayur yang beli kat pasar, petik je la daun pucuk manis tu atau pokok sayur ranti. Tapi dengan syarat, kena rajin juga la. Nak kena baja, nak kena elakkan
binatang perosak. Tapi tak semua tu ada hasilnya, kadang susah nak dapat hasil
tanaman ni, tak ada rezekinya kan.
Lagi satu kitorang kalau masak nasi lemak, kitorang akan makan nasi lemak tu beralaskan daun pisang yang cuma petik kat tepi rumah je. Wah kalau alas daun pisang, memang bertambah selera. Kadang-kadang, kalau macam Iza nak bawa balik kolej bekal nasi dengan lauk, Mama pun bungkuskan daun pisang. Haha memang betul-betul kampung ni. Bila cerita kat roomate Iza, dia pun pelik dengar. Haha.
[Pokok nanas]
Kepelbagaian tanaman nanas menghiasi pemandangan kebiasaan hidup kami. Lebih kurang 4 hingga 5 jenis pokok nanas boleh didapati.
[pokok ubi]
Tanaman yang terkenal dengan makanan datuk nenek moyang kita zaman penjajahan Jepun sebelum kemerdekaan Tanah Melayu
Lagi satu kitorang kalau masak nasi lemak, kitorang akan makan nasi lemak tu beralaskan daun pisang yang cuma petik kat tepi rumah je. Wah kalau alas daun pisang, memang bertambah selera. Kadang-kadang, kalau macam Iza nak bawa balik kolej bekal nasi dengan lauk, Mama pun bungkuskan daun pisang. Haha memang betul-betul kampung ni. Bila cerita kat roomate Iza, dia pun pelik dengar. Haha.
[Bunga kantan]
Selalu mama petik kat tepi rumah buat penyedap atau tangkal dia masak asam pedas hingga menjilat jari kaki. Actually, daun kantan ni guna untuk hilangkan hanyir ikan. Boleh dimakan juga bila dah campur kuah asam pedas. Segar & masam rasa dia.
Bila tiba musim buah-buahan, haa ini la masanya kita bedal
apa yang ada. Contohnya sekarang ni musim durian, rambutan, manggis dan
pulasan. Tapi rezekinya cuma dapat rambutan yang berbuah lebat. Haha apa lagi ambil sabit kita petik la rambutan tu.. Tapi
Alhamdulilah, seronok dapat makan free. Nikmat Allah beri. Puas dapat makan
rambutan. Durian terpaksa beli kalau nak makan sebab pokok sendiri tak berbuah.
Bila musim perayaan Aidilfitri dan Aidladha pulak, mesti buat ketupat kan? Iza
akan anyam ketupat daun kelapa dan hanya didapati daripada daun kelapa dari
sekeliling rumah je. Senang kan? Iza jarang masak ketupat segera. Ha, bila ada
kelapa muda pulak, boleh minum air kelapa, dapat makan isi kelapa dia atau
orang jawa sebut “degan”. Bila mahu guna santan, cuma cari dan ambil kelapa,
siat sabutnya, pecahkan, parut, dan terus perah santannya. Pendek kata, mak
ayah Iza tak pernah beli santan kelapa. Semua fresh dari sekeliling rumah.
Serbut kunyit pun jarang guna sebab dalam masakan, kitorang selalunya akan guna
kunyit ‘hidup’ yang fresh hasil tanaman sekeliling rumah. Halia pun sama.
[Buah cipluk'an (sebut:cee-pe-lu-an) kalau orang jawa cakap]
Rasa dia macam anggur, tomato masam manis
[Buah rambutan gading@kuning]
segar dari ladang
[Buah rambutan merah]
Antara buah-buahan yang boleh didapati di sekitar rumah Iza
Waktu malam, kalau rumah kayu, pergh sejuk je, sampai ke
pagi. Tu yang tarik selimut sambung tidur. Tak bangun solat Subuh dihangatkan
lagi dengan ‘selimut kulit babi’. Memang nikmat la tidur macam tu. Pukul 8 pagi
pun masih boleh lagi dirasai kedinginannya. Tambahan kalau musim hujan, haa
macam ala-ala kat Antartika je rasa. Apa lagi, si beruang kutub ni pun sambung
la berhibernasi dan menternak lemak. Lagi satu, korang akan ditemani dengan
bunyian sang cengkerik di sekitar rumah waktu malam. So, kalau semua orang dah
senyap dan tidur, korang boleh dengar cengkerik menyanyi lagu riang untuk
dodoikan korang sampai korang tertidur.
Tandas luar dari rumah dah jadi rutin kehidupan Iza
sekeluarga. Ada saja rumah yang dah ada toilet dalam rumah, tapi rumah Za belum
upgrade lagi. So, tak kisah la hujan ribut taufan ke, cirit-birit tengah malam
buta ke, kena la harungi. Cuma bahaya sikit kalau musim hujan, kang takut ada lipan atau kala jengking pulak lalu kat sebelah kaki, ataupun katak melompat-lompat haha scary kan? Toilet dan bilik
air tu tak jauh mana pun, sebelah rumah, cuma menapak beberapa langkah je, tapi
kalau kurang keberanian & keimanan, memang akan teruji la sebab sekeliling
gelap gelita, eleh dalam kubur lagi gelap. Iza dah tak pernah minta teman mak
ayah nak ke tandas waktu malam tak kira la jam berapa. Bukan nak berlagak. Sebab
dah biasa. Dah biasa hidup susah.
Alhamdulillah, setakat Iza hidup kat sini, tak pernah la lagi diganggu, atau dinampakkan dengan benda-benda halus ni. Percayalah, kalau dah nature’s call ni, tak payah nak fikir apa, yang penting urusan ‘keduniaan’ tu mesti diselesaikan dengan segera! Mungkin hantu-hantu ni faham kot, manusia ni nak pergi membuang, so tak payah la kacau dia, kang nanti terbantut pulak kesian dia hahaha. Air pulak, walaupun bukannya air perigi macam zaman nenek kita, tapi air paip pun menggigil jugak kalau baru pulas kepala paip. Nak tak nak, redah je la air paip tu ataupun tunggu dia kurang sejuknya baru guna. Shower air panas? Hemh, tak ada. Memang kehidupan kampung betul nih hehe.
Alhamdulillah, setakat Iza hidup kat sini, tak pernah la lagi diganggu, atau dinampakkan dengan benda-benda halus ni. Percayalah, kalau dah nature’s call ni, tak payah nak fikir apa, yang penting urusan ‘keduniaan’ tu mesti diselesaikan dengan segera! Mungkin hantu-hantu ni faham kot, manusia ni nak pergi membuang, so tak payah la kacau dia, kang nanti terbantut pulak kesian dia hahaha. Air pulak, walaupun bukannya air perigi macam zaman nenek kita, tapi air paip pun menggigil jugak kalau baru pulas kepala paip. Nak tak nak, redah je la air paip tu ataupun tunggu dia kurang sejuknya baru guna. Shower air panas? Hemh, tak ada. Memang kehidupan kampung betul nih hehe.
[Suasana hujan lebat di sekitar rumah Iza]
Mama cerita pulak, waktu zaman atuk nenek Iza baru nak teroka atau buka kampung ni, masa tu kampung ni memang hutan hujan tropika. Banyak sangat pokok kayu kena tebang sebelum dapat dirikan rumah. Masa tu kalau waktu malam, nenek still boleh dengar lagi bunyi ngauman harimau, si belang kat belakang rumah. Uuih Harimau Malaya ni. Lagi satu, awal-awal dulu nenek dengan atuk boleh jumpa lagi sisa-sisa tengkorak & tulang manusia kat tanah bekas penjajahan waktu zaman Jepun dahulu. Lagipun, kawasan Parit Sulong ni pun pernah melalui detik ngeri apabila kawasan jambatan Parit Sulong menjadi saksi kes pembunuhan beramai-ramai waktu zaman peperangan dahulu. Sekolah menengah tempat bekas Iza belajar, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat/Saad, pun pernah menjadi kubu anggota tentera Jepun sebelum mereka menyerang jambatan Parit Sulong. Ceritanya la yang Iza pernah dengar.
Okey sambung balik pasal rumahku syurgaku ni. Antara binatang yang boleh korang tengok kat sekeliling rumah Iza selain babi ni antaranya, tupai melompat-lompat riang ria kat atas pokok rambutan, ayam bertelur sebiji riuh sekampung, rama-rama & kupu-kupu yang cantik terbang dari pokok ke pokok, kumbang serta lebah pelbagai jenis, spesies-spesies serangga kecil mahupun serangga perosak seperti lipas serta tikus, cicak serta biawak, dan tak ketinggalan kucing-kucing kesayangan Iza yang bebas berkeliaran di sekeliling rumah tanpa perlu dikurung di dalam sangkar.
[Marie si kucing]
Kenangan Marie si kucing bersama anak-anaknya sedang riang-ria meneroka halaman rumah
[Pokok puding kesayangan Mama ]
Variasi pokok bunga mewarnai halaman serta hidup Mama
Keluarga Iza bukanlah dari keluarga berada. Ada juga orang
kampung yang berpendapatan sumber dari tanaman kelapa sawit & banyak kebun
sampai bertan-tan sawit, itu pun boleh rasa kehidupan mewah & lebih selesa.
Tapi keluarga Iza cuma berpendapatan sederhana. Alhamdulillah cukup segala
makan minum. Rumah pun tak perlu nak fikir bayar sewa rumah tiap-tiap bulan
walaupun rumah buruk. Cuma ada lagi kekurangan yang belum Iza dapat rasa selesa
macam orang lain. Tapi Iza cukup seronok dengan kehidupan kampung kat sini.
Kalau sebulan je tak balik kampung, rasa rindu sangat kat kampung. Yelah, tempat asal usul
Iza, uri waktu bayi pun Abah tanam kat bawah rumah, jadi, jasad & jiwa Iza
memang tak boleh pisah dari kampung ni.
Harap kampung ni terus harmoni & semakin maju sampai akhir hayat bumi ni. Okey lah, salam sayang dari Batu Pahat. Bye & Assalamualaikum!
Harap kampung ni terus harmoni & semakin maju sampai akhir hayat bumi ni. Okey lah, salam sayang dari Batu Pahat. Bye & Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment