18 January, 2016

Susah sikit - (Doktor)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Iza baru je balik ke kampung, balik Batu Pahat semalam gara-gara 'homesick'. Baru je konon-konon semangat pulih daripada 'homesick' tu. Walaupun sekejap tapi rasa nikmatnya kat kampung tu macam lama. Petang Jumaat baru balik sebab ada test tengahari tu, jadi lepas habis test baru gerak naik bas 'lompat-lompat' sampai rumah Maghrib, hari Sabtu bermalas-malasan, Ahad tengahari baru gerak balik ke kampus. Walau kejap je tapi dapat balik tengok kucing, usap Marie, usap anak bulus baru yang cinonet tu, dapat makan Azwan Ali  sotong, dapat luangkan masa dengan Abah & Mama, tapi seronok & berbaloi.Alhamdulillah syukur dapat balik kampung.

Ni konon dah segar semula la lepas dapat semua tu. Tak kisah pun penat sikit naik bas henti-henti tu semata-mata nak tengok kucing. Mahu 7 jam jugak lama jugak la sebab kadang  tunggu bas lama, nak tunggu dia jalan pun 15 minit. Tapi seronok naik bas panorama pusing-pusing Melaka yang terkenal dengan trademark "Melaka Maju Negeriku Sayang" sebelum balik ke Pilah.Tengok negeri orang memang seronok.

Tak sampai 24 jam semangat yang pulih tu lenyap sekejap. Petang Isnin, Za pergi ke Klinik Kesihatan Kuala Pilah untuk jumpa doktor & ambil ubat sebab dah cukup 2 minggu stok ubat dah habis. Aduh malasnya nak pergi tapi kalau hari lain ada kelas, tak free, makin busy nanti. Jadi Za terpaksa la pergi jugak Isnin petang sebab Za memang tak ada kelas. Sebelum pergi macam biasa kena booking ambulance dulu. Tak apa la asalkan free. Nak naik teksi mahu habis belasan ringgit. Itu baru pergi, belum baliknya lagi. Hehe nanti kalau tak pak cik driver tu nanti tak ada kerja, baik hantar Za kejap. Tak lama pun kalau jumpa doktor tu.

Kat klinik, macam biasa ar, doktor mesti tanya last attack bila ? Bulan Ogos Oktober tahun lepas la. Lepastu laju je dia tanya, masa tu makan ubat tak ? Alamak ! Hehehe tak ingat. Doktor India tu pulak asyik nak menyakat je. Iza selalu kena sakat dengan doktor pasal tak makan ubat. Haa baru Za ingat ! Za cakap masa tu tengah percubaan kurangkan dos.

Lepastu Za kan dah lama tak follow up kat situ, dia pun mula nak menuduh Za tak makan ubat ni dah berapa bulan ? 4 bulan dah tak makan ubat ? Eh syco pulak doktor ni. Bukan la... Iza selalu follow up kat Batu Pahat sebab memang asyik kebetulan tengah cuti je sebab tu dah lama tak datang.

Bila doktor baca rekod, doktor cakap, baru ingat nak kurangkan dos sebab dalam rekod, 2 tahun lepas last fitting with seizure. Iye, itu dulu. Lepastu dia cakap kena la makan ubat macam biasa. Kalau setahun free tak attack lagi, boleh cuba kurangkan dos. Za cepat-cepat tanya nak sampai bila nak kena makan ubat je ?

Respons doktor, kena try kalau setahun okey & free from seizure, boleh cuba kurangkan dos sikit-sikit. Lepastu baru boleh berhenti. Kalau macam Iza ni, nampaknya macam susah sikit la. Bila dia tanya umur berapa, Za cakap 21, itu lagi susah. Nanti kalau kahwin, pregnant pun susah. Nak kena manage ubat takut effect kat baby. Nanti penyakit ni pun boleh diwarisi pada baby. Iye, Za tahu. Za dah fikir semua tu.

Habis tu sampai bila ? Doktor cakap, kita kena cuba. Ubat tu kena makan sebab awak pun tak okey kalau tak makan ubat. Hmmm hmmm. Iza rasa mata dah merah masa doktor cakap "susah sikit nak berhenti". Seriously rasa nak nangis bila bayangkan kena telan ubat hari-hari & mungkin seumur hidup. Za jujur cakap kat doktor, penat la hari-hari nak makan ubat. Respons doktor, kena makan, nak buat macam mana ? Kita kena cuba jugak.

Keluar dari bilik doktor, ambil ubat kat bahagian farmasi. Za rasa muka Za memang tengah nak nangis tapi tahan jer.

Masa tunggu pak cik ambulance datang ambik Iza, Za pandang ke langit. Cuaca mendung di awan langit Kuala Pilah seakan-akan turut berdukacita dengan perasaan Za yang rasa lemah semangat. Apa Iza ni ? Kejap orangnya kuat, kejap orangnya lemah. Hmm hmm T_T.

Melangkah lemah keluar dari ambulance, ucap terima kasih pada pak cik driver tu sebab dah tolong hantarkan Iza. Tapi mood Za spoil bila fikir bila la nak berhenti makan ubat ? Pandang ke langit kat atas UiTM ni, Allah je tahu jawapannya.

Haritu Jumaat Za ada test kan waktu tengahari, habis test keluar dari bilik kuliah, Za jalan beriringan dengan lecturer yang ajar subjek tu sebab Iza yang paling last keluar, dia pun tanya, Iza punya kes haritu kenapa ea sampai tercicir? Dia tak ingat fasal apa. So, Iza pun cerita la. Dulu dapat Nursing tapi tukar program. Lepastu macam biasa la, orang mesti akan tanya, kenapa, tak minat ke, Iza jawab dengan jujur dan berani mati, Iza minat. Tapi masalahnya Iza ada sakit, so keadaan Iza tak boleh la nak masuk program nursing ni. Mesti orang kalau dengar cerita Iza ni tertanya-tanya penyakit apa a sampai tak boleh ambik nursing ni. Za pun jawab la dengan jujur, "saya ada Epilepsi". Ouh, okey lecturer tu faham. Iza cakap kat lecturer tu, tak apa la, mungkin memang tak ada rezeki nak jadi nurse. Betul, Allah dah rancang benda ni, Ada yang lebih baik menanti. Redha je Za. Iza sebagai orang Islam kena percaya. Kena positif. Walau bukan Islam pun diorang kena positif jugak.

Okey la. Sesi meluahkan perasaan berhenti di sini. Macam ni la hidup ada penyakit. Kena terima sebab itu ketentuan. Tak boleh ubah. Benda dah jadi. Bye & Assalamualaikum !

13 January, 2016

Mama,,, nak balik.......

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum ! Straight to the topic, Za nak balik Jumaat ni Ya Allah hati meronta-ronta nak balik Johor.

Sebab nak balik kampung :

1. Dah rindu Abah & Mama.

Za dah 2 atau 3 kali mimpi Abah. Mula-mula mimpi Abah dah bertaubat, pergi masjid. Lepastu Za happy sangat nampak dia lepastu nak nangis nampak Abah sebab rindu. Mimpi kedua Za naik motor Abah yang bonceng, lepastu Abah ajak pergi solat pun kat masjid yang sama, masjid tu kat kampung sebelah. Tapi realitinya masjid tu tengah dalam proses pembinaan yang baru lepas dirobohkan 2 tahun lepas.

Orang cakap, mimpi nampak orang solat atau diajak solat ada petanda baik & buruk. Dah la Iza ni mimpi selalunya mesti ada kaitan dengan realiti. Tapi harap petanda baik la. Jangan percaya sangat dengan mimpi kan.

2. Nak tengok anak kucing baru. Tak sanggup nak tunggu lagi 3 minggu baru cuti lagi.

Aii kucing punya pasal sanggup nak balik ? Iye.... Iza sanggup. Ni baru kes Marie beranak, kalau Marie mati macam mana ? Rasa waktu tu jugak kot Iza berdesup balik. Tapi tak dapat nak bayangkan la kalau ada kucing Za tiba-tiba dah tak ada. Tak nak la fikir.

Bila Za cakap kat roomate nak balik sebab nak tengok anak kucing, dia buat muka hahaha. Roomate Za tak berapa suka kucing. Dia geli sikit. Ex roomate Za pun beri reaksi muka yang sama. Aah pelik la Iza ni kucing je pun nak balik kampung. Tapi diorang memang faham perangai Za yang gedik pasal kucing ni hehehe. Diorang pun terima je la ada roomate pelik macam Za ni.

Kucing kesayangan Za kat rumah tu dah rindu. Nak belai diorang, nak main dengan diorang. Nak tahu jugak khabar Marie lepas beranak tu.

3. Nak makan sotong.

Makanan kegemaran Za memang sotong lagi-lagi masakan sendiri atau Mama yang masak. Dah rindu nak makan masakan kat rumah. Kat kolej ni makanan kan tak berapa banyak pilihan. Makanan kat kampung jugak la yang teringin nak makan. Haritu beli nasi goreng seafood, bila dah dapat, haaa cuma 3 ketul je sotong dia, dengan udang seekor. Huwaa tak puas. Buat tahi gigi je atau orang jawa cakap 'nyeliliti untu' atau buat 'gudel' je. Hmm nak beli yang mentah lepastu suruh Mama masak.

4. Nak berehat kat rumahku syurgaku.

Seminggu yang sangat pack. Za perlukan rehat. Tempat rehat tu bukan kat atas katil kesayangan kat kolej, bukan keluar pergi mall, tapi rumah Za yang buruk kat kampung tu la lokasi yang sangat mujarab untuk berehat. Berehat dari segala kesibukan aktiviti pembelajaran kat sini hehehe.


Harini Rabu kelas semua cancel. Esok Khamis cuti untuk Negeri Sembilan. Jumaat Za ada kelas lagi & test. Nampaknya balik lepas tengahari atau petang Jumaat tu la. Sabar Za sabar. Tak lari la rumah tu.

Jadi kesimpulannya, Za memang homesick. Sebab penat punya pasal la. Tambahan lagi faktor-faktor lain jadi Za pun ambik keputusan nak balik kampung walaupun baru seminggu lebih naik cuti mid sem. Nak nangis kot bila nak menahan rasa tak sabar nak balik kampung lagi. Ya Allah kuatkan semangat Iza.

Okey la. Sesi meluahkan perasaan Za yang sedang homesick berakhir di sini. Ini la realiti hidup seorang anak rantau yang menimba ilmu di tempat orang demi untuk mengubah kehidupan keluarganya & hidupnya. Okey, bye Assalamualaikum !

09 January, 2016

Kesudahan La Sangat

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum ! Nampaknya dah menjengah tahun baru 2016. Umur Iza dah 21 dah tapi kalau ikut birthday sebenarnya baru je cukup 20 tahun kira-kira 2 bulan lepas. Tak rasa lagi kedewasaannya tu. Bukan ke kalau umur dah 21 kita dah ada tanggungjawab yang lebih besar contohnya kewajipan mengundi, BR1M pun dah boleh dapat hehehe. Maksudnya kalau umur 21 ni Iza rasa dah memang cukup matang & dewasa la.

Tapi Iza tak rasa pun, masih rasa kebudak-budakannya, still manja lagi dengan Mama, tidur pun bawah ketiak Mama lagi hehehe. Umur 21 tapi ‘ngempeng’ ataupun ‘ngamplok’ dengan ‘kelonan’ lagi dengan Mama bahasa Jawa la. Tau kan ngempeng ? Maksudnya bermanja-manja la. Eee tak malu ke dah besar ngempeng lagi ataupun orang jawa cakap “wes gerang gapuk kok ijik ngempeng” ? TAK. Buat apa nak malu ? Kenapa ? Sebab itu la syurga kita. Pada Iza, selagi Za ada Mama dalam hidup, Za takkan berhenti manja dengan Mama. Mama pun tak kisah jer. Tak akan okey ?

Pengajian semester 4 ni nampaknya dah masuk sebulan. Pejam celik pejam celik nanti tak pasal-pasal dah nak final exam. Cepatnya masa berlalu alahai. Apa cer dengan kesudahan masalah Za yang diklasifikasikan sebagai kes pelajar tercicir tu ? Subjek Economics yang Za terpaksa rela ambil tu dah ada member. Sekarang satu kelas cuma 4 orang je student tu. Tahu tak, lecturer tu dipanggil semula oleh KPP khas untuk mengajar Iza seorang je, tapi ada student lain yang tercicir jugak so jadi la 4 orang. Kesian jugak bila Za  fikir, menyusahkan KPP, menyusahkan lecturer. Dah la lecturer tu major kampus kat Seremban.  Kalau nak diikutkan lecturer tu tak perlu ajar subjek tu lagi, tapi disebabkan masalah pelajar tercicir macam Za ni, kena la ajar semula.

Lagi satu, subjek Microbial Physiology. Subjek tu cuma 8 orang je student termasuk repeaters. Aish, susah jugak ea kalau repeat dan subjek tu pulak dah jumud & tak offer lagi untuk next sem, lecturer kena ajar semula la. Ada lagi satu subjek Iza tak boleh daftar untuk kelas sebab kod subjek lain. Masa tu petang yang hening lagi damai, Za tengah nyenyak tidur siang, pehh memang sedap tidur kat kolej ni, bilik dia nyaman je, tiba-tiba telefon Iza berdering lagu Salam Sejahtera nyanyian Samudera pehh bapak ah jiwang kot haha. Tertera nama KPP sebab Iza memang save nombor pejabat beliau kalau in case ada apa-apa problem.

Alamak KPP call ! Dengan mata terpisat-pisat, Iza jawab la call tu. Beliau cakap kes Iza kena email ke Shah Alam semata-mata untuk buka link kelas dengan subjek yang tak boleh daftar tu sebab itu luar kuasa beliau. Aish, sampai ke kampus induk pulak. Mujurlah dalam tempoh 24 jam dah settle. Za teringat masa ke UiTM Shah Alam masa uruskan penukaran program ni, staff kat HEA tu cakap belajar betul-betul, jangan main-main, nanti Za punya result dia akan pantau every sem. Serious ke dia akan ingat Iza ni.

Susah jugak ea jadi lecturer, ni. Bukan setakat mengajar je, tapi nak kena handle masalah student jugak lagi-lagi macam Za ni ataupun repeaters. Lagi satu, Iza nak nasihat la kalau boleh elak, jangan la tangguh semester, kecuali la kalau memang masalah sakit ke, apa ke, sebab nanti memang menyusahkan. Tapi nak buat macam mana kan ? Dulu Iza nak tukar program pun bukan main susah, surat bukan sekali je buat. First dia tolak surat Iza sebab pihak HEA anggap Za dah sihat sebab diorang bukan pegawai perubatan. Last-last lecturer yang tolong Za buat surat melalui jabatan jururawat baru la diterima. Mesyuarat pun kena buat untuk bincang masalah Za boleh ke tak nak tukar program sebab bukan senang-senang pihak universiti nak beri kita kelulusan untuk tukar program.

Semester depan Za dah dapat menghidu masalah yang sama bakal berlaku. Adoi bersedia je la. Semester ni Za cuma ambil 6 subjek, tapi semester 5 banyak la nampaknya huhuhu. 6 subjek je tapi dalam seminggu ni Za rasa tak stabil. Penatnya rasa. Rasa macam segala tenaga dikerah, ATP dah digunakan sepenuhnya. Stress. Ubat pun banyak tinggal, sampai tak sempat nak makan sebab penat sangat. Nafsu makan Za makin berganda-ganda sebab Iza kalau stress, penat, dapat makan sedap-sedap nanti okey la sikit. Ataupun kalau ada kucing datang depan rumah Za ambik kesempatan belai dia, sebab kucing ni ibarat terapi untuk manusia. Betul, bila main kucing, dapat hilangkan stress. Lepastu dapat berita gembira dari Mama pulak, Marie kucing kesayangan Za dah melahirkan anak, 6 ekor kot tanggal 6 Januari lepas. Heehee seronok dapat anak bulus lagi. Warna bulu pun macam-macam kata Mama. Sebenarnya Iza sekarang meronta-ronta nak balik kampung nak tengok kittens baru tu tapi baru je minggu lepas balik kan. Hmm hmm.

Program mengurangkan pemakanan kurang sihat Za jadi tergendala sekejap. Biarlah Iza makan puas-puas untuk gembirakan hati. Tapi risau jugak berat makin naik. Cuti mid sem hari tu bukan main ligat ‘menternak’ lemak dalam badan. Makan, makan, makan. Naik cuti makan lagi kerjanya. Aduh. Ubat pun pemangkin berat badan. Ramai penghidap Epilepsi yang ambil ubat Epilim tu mengeluh sebab kesannya peningkatan berat badan. Hmm so kalau Iza nampak makin gemuk, tu sebab ubat la. Hmm bila la nak slim macam dulu ni. Tapi Alhamdulillah belum dikira obes lagi. BMI masih normal lagi.

Ini je la diari Za kali ni. Ada pulak tulis diari kat blog ? Yela tak semestinya diari ni semua rahsia kan ? Dulu rajin sangat tulis diari, siap ada lock lagi, lepastu semua kartun-kartun, sekarang dah tak pernah sebab malas nak tulis. Guna je la teknologi yang ada macam blog ni ataupun aplikasi dalam telefon pintar, kan lagi seronok & interaktif. Okey la. Jumpa lagi entri seterusnya. Bye-bye & Assalamualaikum !






03 January, 2016

Kena ugut doktor sampai termimpi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ! Selamat Tahun Baru 2016. Moga tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya. Za tak berazam sangat, sebab selalu azam tu tak tercapai pun, biarlah perubahan tu datang sendiri, baru kita boleh istiqamah. Lama rasa tak membebel kat sini. Ni Iza nak cerita pasal follow up Sabtu semalam sebelum cuti mid sem melabuhkan tirai. Kena ugut dengan doktor sampai terbawa dalam mimpi !

Kalau nak diikutkan, stok ubat Iza dah habis, tapi ada lagi beberapa biji disebabkan Za yang memang asyik lupa nak makan. Kadang-kadang, dah lewat nak makan tapi sebab malas, malas, malas, jadi selamat tinggal la, kira halal je la ea ubat yang waktu tu tak makan ? Boleh pulak ? Haha.

Bila dikira, ada lagi sebulan Iza kena pulang ke ‘sarang’ a.k.a duduk kolej sebelum pulang cuti Chinese New Year yang bakal menjelma. Jadi, stok yang sebulan tu Iza kena dapatkan sebab nanti kat UiTM dah malas nak pergi keluar ke klinik. So, pagi Sabtu sebelum petangnya berangkat pulang ke ‘sarang’, Iza pergi Klinik Kesihatan Batu Pahat. Konon nak dapatkan ubat untuk sebulan la. Lepastu boleh relax tak perlu susah-susah pergi klinik masa kat Pilah nanti.

Nak dijadikan cerita, Iza datang ke klinik hari Sabtu. Klinik ni buka kalau hari Sabtu tapi sampai tengahari je, orang yang nak dapatkan rawatan biasa pun tak ramai. Cuma ramai pesakit dari kalangan baby mungkin sebab memang hari untuk bayi follow up. Johor sekarang cuti Jumaat & Sabtu, jadi waktu perkhidmatan kerajaan dah ditukar-tukar.

Kalau hari Sabtu, doktor cakap polisi pemberian ubat cuma boleh dibekalkan kepada pesakit untuk tempoh 2 minggu je. Hah ? La pulak. Kalau Iza datang hari biasa boleh la diberi untuk sebulan. Alamak ! (tepuk dahi). Nampaknya terpaksa la Iza datang ke klinik kat Pilah nanti untuk dapatkan lagi stok ubat lepas 2 minggu tu. Punyalah Iza dengan Mama beriya-iya pergi konon nak mintak  untuk stok sebulan, cuma dapat 2 minggu je. T_T Hmm hmm. Terpaksalah jugak. Iza bukan apa, malas la, nak menyempatkan keluar, nak curi waktu yang tak ada kelas. Tak hadir ke kelas, rugi rasanya. Pandai-pandai la nanti Iza cari waktu. Kalau ada kelas terpaksa la Iza ponteng untuk continue rx tu. Malas la nak pergi Unit Kesihatan nak booking ambulance, segan kadang rasanya. Naik bas pun boleh tapi jadual bas jarak masa pun lama, pergi dengan balik nanti lama pulak. Nak naik teksi mahal, guna je la kemudahan van Unit Kesihatan tu. Benda tu memang dah disediakan untuk kebajikan pelajar, cuma Iza je malas nak menyempatkan pergi klinik kat Pilah.

Kat klinik, dapat doktor perempuan, masa doktor check guna stetoskop, ada sesetengah doktor rajin nak ambik bacaan blood pressure, ada yang check jantung guna stetoskop tu, ada yang tak check pun. Dia tanya ubat ni awak makan tak ni ? Aik, macam tahu-tahu je Iza selalu tinggal ubat. Ke dia memang dah ada instinct kalau patient tak makan ubat ? Haha tak la. Sebab dia tanya bila last attack, Iza cakap 3 bulan yang lepas kot, ada pada entri yang Iza cerita sebab doktor kurangkan dos. Sebab Iza cakap kena sawan lagi, tu la dia tanya Iza ni makan ke tak ubatnya ? Iza jujur je la, kadang-kadang tinggal jugak sebenarnya.

Dulu masa awal-awal, Iza selalu tipu doktor. Kalau dia tanya makan ubat ke tak, Iza cakap makan. Padahal tak makan pun. Tapi satu hari tu kat hospital, Iza jumpa doktor pakar, bila Iza dah asyik kena attack je, dia pun tanya Iza betul-betul, ubat Epilim tu makan ke tak sebenarnya ? So, kalau dah dengan doktor pakar, takkan la nak menipu kot. Mesti dia tahu Iza tak makan ubat. Tengok keputusan ujian darah pun tahu kan. Lepastu la doktor tu pujuk Iza makan ubat. Kalau tak makan nanti makin teruk. Sudah-sudahlah tu, dah banyak dosa, lepastu kerja asyik tipu orang je. Lepastu Za dah tak pernah tipu doktor. Kalau dia tanya jawab la dengan jujur. Kalau tak makan ubat, cakap je tak makan. Kena beri kerjasama dengan doktor sebab doktor ni nak tolong rawat kita.

Bila Iza baca rekod perubatan kali ni, Nauzubillah, tulisan dia Masha Allah, macam cakar ayam, Iza tak faham langsung apa dia tulis. Ada doktor tulisan kalau cantik, cantik sangat, kalau buruk, buruk sangat pulak. Agak-agak la kalau nak cepat sangat pun, baik tak payah tulis kalau sampai susah nak baca semula. Tapi nasib baik la doktor ni lawa. Haha. Kalau Iza jadi doktor, Iza akan tulis cantik-cantik, tak nak buruk-buruk hahaha.

Berbalik pasal soalan doktor tadi tu, bila Iza cakap tinggal-tinggal ubat (sebenarnya penat la asyik makan ubat je), doktor cakap, awak jangan, nanti kalau tak makan ubat, kena lagi nanti macam mana ? Dah la ada akak nurse tu perhatikan je doktor tu warning kat Iza. Okey fine, Iza tahu risiko tinggal ubat tu, tapi Iza penat la makan ubat, penat, penat, penat ! Senang la semua doktor suruh makan ubat, yang menelannya tu kita, kita yang merasa. Sedangkan nurse yang punyalah jaga orang, suruh orang makan ubat, tapi bila diri sendiri yang sakit,  dia pun tak makan ubat jugak kan ? Kan ? Macam la Iza tak tahu. Bukan semua nurse la kot.

Kata-kata doktor yang menakut-nakutkan Iza kalau tak makan ubat nanti kena attack lagi, Iza terbawa-bawa dalam tidur. Malamnya, sudah la Iza keseorangan. Semua housemate belum balik, diorang balik Ahad, Iza pulak didatangi mimpi yang Iza ni diserang sawan lagi. Mula-mula, aura atau dejavu tu datang. Iza dah jarang rasa dejavu tu tapi dalam tidur ni Iza boleh rasa macam betul-betul, lepastu disusuli serangan mengejut. Tapi yang peliknya, masa diserang tu Iza tahu Za kena sawan, kalau biasanya Iza takkan ingat yang Iza kena serang. Tapi mimpi jer kan ? Bangun tidur, Iza rasa okey je, rasa sihat, jadi, tak consider la yang Iza kena betul, cuma mimpi je sebab Iza memang selalu kena sawan masa tidur. Tapi seriously, mimpi tu macam betul-betul Iza kena sawan. Takut beb kalau kena sawan lagi. Even tu mimpi je, tapi cukup menakutkan Iza.

Bayangkan la, kalau betul-betul Iza kena attack, sudahlah tak ada seorang pun housemate, roommate tak balik lagi, pintu berkunci, apa-apa pun boleh jadi. Iza paling takut kena attack & tak ada orang nampak. Kalau ada orang nampak tapi dia tak tahu nak tolong, at least dia  boleh la call ambulance kan. Orang kena sawan ni muka sampai pucat & tak dapat oksigen. Kalau tak dapat oksigen yang cukup, boleh sampai meninggal dunia. Iza takut sangat. Kalau seorang diri macam mana ? Tapi kalau kena sawan depan classmate waktu lecture atau kat lab, Iza pun takut jugak. Malu kot kalau member nampak ! Tak nak ! Iza pernah kot rasa macam nak pitam waktu lecture kat kelas. Takut sangat kalau kena sawan depan classmate, depan lecturer lagi la malu. Nanti menyusahkan orang pulak. Susah kalau ada penyakit macam ni.

Beberapa minggu yang lepas, Iza baru je menghadapi stigma masyarakat. Rasa tak perlu la cakap siapa. Boleh pulak diorang gelakkan pasal sawan. Sudahlah Iza ni tengah pening-pening masa tu, kepala asyik rasa berat, diorang jadikan sawan sebagai bahan lawak. Tak lawak okey ? Iza diam je. Tak senyum langsung. Diorang bukan main lagi gelak sakan pasal orang sawan. Diorang memang tak tahu pun Iza ada sawan, so berani la cakap macam tu. Sebenarnya Iza dah lali dengan stigma masyarakat yang selalu pandang rendah pada penderita Epilepsi. Bengkak hati juga la rasanya tapi Iza kena sabar. Ni la salah satu cabaran hidup penghidap Epilepsi. Za kan kuat. Be strong dear ! Tak sia-sia Mama beri nama Iza macam tu kalau Iza tak kuat. "Cahaya Kekuatan, Cahaya Kemuliaan, Cahaya Kebanggaan."

Cuti mid sem selama 11 hari telah pun tamat. Iza balik petang lepas pergi klinik tu. Kebetulan Babang nak balik Banting, boleh la menghantarkan ‘adik kesayangan’ balik kolej. Tak apa balik awal, boleh relax. Tapi seriously, belum sampai 24 jam balik Pilah, Za dah rindu masakan Mama kat kampung, rindu Marie si kucing, risau perut dia tu tengah memboyot menunggu hari nak beranak. Tak sabar nak dapat baby bulus lagi yeay ! Si Marie ni, ada Babang balik cuti lama dengan kakak ipar dengan 2 orang anak buah Iza yang semakin membesar, dia jadi malu-malu nak menonjolkan diri. 3 ekor kucing ginger tu pun takut-takut. Mungkin sebab ada ramai orang kot, kucing mana selesa kalau ada ramai-ramai orang, bau manusia yang dia tak biasa nanti dia jadi takut.
-
Okey la, panjang membebel. Nanti Iza update pulak yang masalah kod lama yang belum selesai untuk semester ni. Naik cuti mid sem ni la kot baru selesai. Ambik la pengajaran dari semua catatan entri yang Iza tulis kat blog ni. Saja nak cerita, nak luahkan perasaan, nak kongsi pengalaman hidup Iza. Okey bye bye Assalamualaikum !





[Unit Farmasi Klinik Kesihatan Batu Pahat]