02 December, 2015

An an an tottemodaisuki, Doraemon...

Dekodemodoaaaaa !

Bismillahirrahmanirrahim...

(suara normal) Assalamualaikum ! (suara bertukar jadi Doraemon) Hai awak semua apa khabar ?

(suara normal) Harini Iza nak review cerita Doraemon sikit. Hehe tak dapat dinafikan cerita animasi Doraemon ni memang favourite dari kecik lagi. Ni umur lagi beberapa hari nak cukup 20 pun still melekat dengan cerita ni. Watak kartun yang diilhamkan oleh Fujiko F Fujio ni diinspirasikan waktu beliau sedang duduk di meja mencari idea untuk komik beliau dan beliau terus terbayangkan sebuah robot keluar dari laci meja beliau.

Lalu watak seekor robot berbentuk kucing dari masa hadapan pun tercipta dan diberi nama DORAEMON. Tapi korang perasan tak kenapa dia warna biru ? Mana ada kucing warna biru kan ? Haa ni Iza baik hati nak cerita.

Waktu Doraemon tidur, datang seekor tikus telah menggigit telinga Doraemon waktu Doraemon sedang nyenyak tidur, waktu itu Doraemon memang telah dicipta dengan sepasang telinga (sejibik macam telinga kucing normal tu haa). Habis kedua-dua belah telinga dia dimakan tikus tu (jahatnya tikus tu! Dahlah pembawa penyakit Leptospirosis!). Lalu Doraemon ni pun menangis kesedihan. Disebabkan terlalu banyak menangis, warna tubuh badan robot comel ni yang asalnya berwarna kuning bertukar menjadi biru. Warna kuning dia sama macam adik dia, Dorami. Sebab tu la Doraemon warna biru & tak ada telinga macam kucing normal. Kalau hang semua perasan la, waktu lagu sebelum permulaan cerita Doraemon yang an an an, tottemodaisuki tu, lagu tu disertakan animasi sejarah pasal yang Iza cerita tu la.

Cuti semester ni Iza memang terpacak depan tv saluran nTv 7 setiap Sabtu jam 7.30 malam. Lepas solat maghrib & baca Quran, Za cepat-cepat hidupkan tv. Lagi la sekarang nie waktu solat masuk awal, jadi ada masa untuk beribadah dengan tenang. Kalau waktu solat lewat, Iza agak terburu-buru nak solat. Mama & Abah tak marah pun kalau Iza tengok tv waktu maghrib asalkan solat. Iza buka pun perlahankan sikit sound supaya tak ganggu diorang. Iza cuma tengok tv waktu maghrib ni pun kalau tengok Doraemon je, hari lain tak pernah. Cerita melayu waktu maghrib buta tu Iza tak pernah tengok. Sorry tak minat. Cerita Melayu zaman sekarang entah apa-apa je. Tayangan waktu maghrib pulak tu. Kat kolej je Iza jarang tengok Doraemon ni.


Boleh dikatakan, hampir semua Doraemon the series yang ditayangkan tu Iza dah hafal jalan cerita dia. Cerita dia dari dulu sampai sekarang sama jer, cuma animasi dia lebih cantik. Eee dah la comel, Iza suka cerita ni sebab ada unsur persahabatan & kekucingan. Kalau ada part sedih, memang nangis la.

Watak Doraemon yang dialih suara dalam bahasa Melayu ni dimainkan oleh Ruhaiyah Daharun. Comel gitu suara dia. Terlalu fanatik dengan Doraemon, sampaikan Iza suka tiru suara beliau hehehe. Dari zaman sekolah rendah Iza memang selalu buat suara kartun, kena ejek dengan budak lelaki sebab suara macam kartun pun tak terkira banyaknya. Iza dah lali dah. Its okey. Iza ni minat nak menceburi bidang alih suara untuk watak kartun atau 'dubbing' tapi belum berpeluang. Doakan Iza dapat capai impian yer. Amin.


Nak tahu tak ? Iza pernah digelakkan warga sekolah sewaktu beri ucapan penghargaan di atas kecemerlangan memperoleh 8A PMR (Penilaian Menengah Rendah) masa tingkatan tiga tahun 2010. Waktu kejadian tu hari pertama persekolahan sesi 2011 Iza baru masuk tingkatan empat (menengah atas), waktu perhimpunan rasmi sekolah. Semua pelajar cemerlang diberi peluang beri ucapan. Macam biasa la kalau bercakap depan orang ramai, Iza memang nervous. Rasa kalau dipam tekanan darah, bacaan dia mesti tinggi. Jantung rasa nak pecah. Punyalah menggigil. Guna mikrofon pulak tu. Baru je beri salam, terdengar hilai tawa terutama budak lelaki la. Kenapa ? Bila masa Iza buat lawak ? Masa tu rasa nak menangis je. Malunya Tuhan je yang tahu. Tapi Iza tebalkan muka. Biarlah orang gelak, sekurang-kurangnya Iza dah dapat gembirakan Mama. Dapat straight A. Semua ni untuk Mama & Abah.

Peristiwa tu masih lagi segar dalam ingatan Iza. Sebab tu sampai sekarang, Iza agak trauma nak bercakap depan orang ramai. Lagi-lagi guna mikrofon. Iza takde keyakinan diri, tapi hati teringin sangat nak bercakap. Hmm entah la. Kalau suruh nyanyi atas pentas pulak ? Ha sampai sekarang Za tak ada keberanian lagi. Teringin sebenarnya, tapi takut ! Kalau kat rumah, Iza tak tahu malu nyanyi depan family. Ala family je kan. Kalau menjerit main kucing memang dengar la suara yang kebudak-budakkan. Kucing ni macam budak kecik, jadi suara Za pun jadi budak kecik. Kalau baca Quran pun, suara macam budak kecik. Ha, Iza pernah ikut sepupu sertai majlis khatam Quran kat majlis perkahwinan dia, saja jer, nak test keberanian mengaji depan masyarakat kampung. Lagipun Mama ni mengajar orang mengaji, jadi senang la Za nak praktis betulkan bacaan. Hehe nasib baik tak guna mikrofon. Tapi okey la. Tak nervous sangat.

Okey merujuk kembali pada Doraemon tadi, tak salah kita tengok cerita tu. Okey ada ustaz pernah cakap hukum menonton hiburan contohnya kartun & ada unsur kurang logik ni hukumnya makruh. Tapi pada Iza, asalkan dah tunaikan solat, boleh jer kan tengok tv ? Memang la cerita dia tak logik, poket ajaib la, boleh kembali ke masa lampau, boleh pergi ke masa hadapan, lagi part 'pintu ke mana sahaja' yang warna pink tu, tak logik betul boleh tembus ke mana-mana.

Tak kisah la umur korang dah 30 ke, dah kahwin ke, dah ada anak 3 ke, tak ada siapa yang larang korang tengok cerita Doraemon ni. Macam Za ni tak malu pun kalau orang tegur still minat Doraemon ke ? Hehe buat apa nak malu. Cerita-cerita macam ni la yang mengimbau kembali kenangan indah kita waktu kanak-kanak dulu. Iza ingat lagi dulu waktu kecik-kecik tengok cerita Doraemon dengan abang & kakak. Tak sangka sampai sekarang jadi peminat setia. Ada satu ketika dulu, stesen minyak Shell ada buat pertandingan apa entah fasal Doraemon. Hadiahnya kalau tak silap dapat pergi ke ekspo pameran Doraemon kat Tokyo. Kat mana-mana stesen minyak tu Iza perhati mesti ada model watak Doraemon besar gedabak kat depan pintu masuk kedai kat Shell tu. Iza dok perhati je. Comelnya kucing gemuk ni !

Yang penting, kita boleh ambik macam-macam pengajaran dari cerita ni. Nilai persahabatan, setia kawan, kekeluargaan, & kasih sayang banyak terselit dalam rancangan kartun kegemaran ramai ni. Tak kisah la apa orang nak kata kita ni macam budak kecik je tengok kartun Doraemon. Lantak la. Macam rancangan Hannah Montana tu, ramai orang cakap macam budak-budak jer tengok cerita tu. Hello, rancangan tu bukan untuk budak-budak. Asalnya, rancangan ni untuk kekeluargaan. Tapi bila watak Miley yang hidup dalam 2 orang yang berbeza menjadikan rancangan ni kegemaran ramai kanak-kanak & remaja terutamanya yang mengimpikan kehidupan sebagai selebriti popular. Rancangan ni pun berunsurkan komedi, persahabatan, & percintaan selain dari kekeluargaan. Seronok cerita ni. Tapi yang utama, ada unsur persahabatan yang diterapkan dalam rancangan ni. Sebab itu Za minat giler rancangan ni.

Okey la dah banyak melalut nie. Apapun, majulah kartun untuk negara. Salam satu kartun. Bye Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment