30 November, 2015

Aduh

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum ! Adoi aduh au sakit ! Dah kenapa pulak Iza ni ? Aii bukan baru je baik sakit gusi sebab tumbuh gigi bongsu.... ?

3 hari Iza sakit telinga bahagian kanan. Disangkanya jerawat atau mungkin bisul bertenggek kat bahagian lubang telinga. Sakitnya melarat sampai ke leher. Nak mengunyah, baring menghadap ke kanan, nak sujud waktu solat, nak salin baju, malahan tersentuh sikit pun sakit yang amat ! Daripada mulut Iza yang ligat mengunyah makanan menjadi sopan santun, tidur dikurangkan lasaknya, solat cuma buat perkara rukun, buat kerja apa-apa perlahan-lahan. Ambil wudhu basuh muka pun kena hati-hati. Telinga pun Iza tak berani nak basuh. Nasib baik bukan anggota wudhu yang wajib dibasuh. Nak menoleh ke kanan pun kena pusingkan badan sekali macam orang leher teleng ! Nak senyum atau gelak besar pun tak boleh, kena cover biar tak sakit ! 3 hari tu la Iza jadi pendiam. Tak ada nak bising-bising, tak ada jerit-jerit dengan kucing, tak ada nak nyanyi-nyanyi lagu Najwa Latif macam selalu.

Iza ni tengah kemaruk belajar buat kuih. Ada la belajar buat kuih gula melaka, kuih donat, kuih puding jagung kastard, kuih seri muka, dan kuih masyarakat Indonesia dipanggil Jemblem. Belum berani buat sendiri, cuma berguru dulu dengan Mama... Tengok cara dia buat & tolong kacau-kacau. Iza ni suka makan, jadi minat la cara nak buat kuih tu. Nak dijadikan cerita, projek belajar buat kuih terus tergendala sebab sakit telinga ni. Mama ada suruh Iza cuba buat puding jagung sendiri, haritu dah tahu kan cara nak buat, tapi mood Iza jadi spoil gara-gara sakit telinga yang menyeksakan !

Aduh apa benda la yang melekat kat telinga ni... Cuba dijolok Ya Allah sakitnya. Iza sampai fikir, kalau nak tumbuh sebijik jerawat tu tumbuh la kat tempat lain, nak tumbuh kat muka, tumbuh la tapi jangan kat telinga ataupun dalam hidung. Seksa jiwa raga... Macam mana la minggu depan kuliah dah start. Nak pakai tudung berjam-jam mesti sakit.

Kalau bisul, takkan la sebab Za guna earphone sampai luka ? Sampai melecet ? Okey saat-saat macam tu la Iza rasa menyesal asyik guna earphone je kalau dengar lagu. Lepas nie kena kurangkan penggunaan earphone ni. Takut pekak pulak. Za takut gegendang telinga jadi rosak. Kalau kerap sangat guna earphone pun takut ada pengumpulan bakteria kan ? Lagi sejak belajar Mikrobiologi ni, macam-macam penyakit yang Iza belajar, macam-macam bayangan Iza dalam kepala.

Aduh aduh ! Malam kali nie Za tak dapat tidur. Sakit sangat ! Baring kat katil pun sakit ! Adoi ! Dalam diam air mata Za pun menitis sambil peluk teddy bear Dolphin yang berbulu lagi menghangatkan sambil mengenang nasib. Tapi still boleh tahan lagi. Hmm tak boleh jadi ni, esok pagi Iza mesti ke klinik minta tolong Encik Doktor.

Adoi ! Nak pakai anak tudung pun bercinta... Nasib baik la Mama baru belikan Iza sehelai anak tudung terbaru di pasaran. Memang dah lama Iza nak beli. Bahagian telinga anak tudung tu lubang boleh selak, jadi Iza boleh la pakai. Kalau anak tudung jenis biasa tu memang tak boleh la jawabnya.

Tudung ? Heh. Iza tak pakai tudung lilit sana lilit sini, pin sana pin sini... Iza cuma pakai tudung sarung yang simple tu haa.. Lagipun nanti kalau doktor nak check senang nak selak-selak.

Di klinik, Mama teman Iza masuk dalam bilik doktor. Mama pun nak tahu jugak apa penyakit Iza ni. Alamak ! Dapat doktor lelaki pulak adoi. Terpaksa la kalau dah sakit tak kisah la doktor lelaki pun. Nasib baik la peramah & layanan baik. Apa lagi, dia suruh selak la tudung. Doktor pun periksa.

Lepastu dia cuba keluarkan benda yang menumpang kat telinga Za ni guna forcep atau penyepit. Aaaaaaaaaaaa sakit ! Iza kesakitan sampai mengelak. Adoi ! Lepastu kali ni dia nak keluarkan betul-betul. Doktor tu suruh tahan sakit. Aaaaaa aaaa aaa !

Jeng jeng jeng !

Apa benda ni ? Binatang ? Doktor pun tak pasti sampaikan dia tanya kawan sekerja dia kat bilik sebelah.

KUTU !

Bulat, gemuk, hitam, teksturnya licin, berkaki. Gemuk sebab hisap darah kot !

Hah ? Mak aii ! Terkejut beruk Iza & Mama. Bendanya bulat & berkaki, still hidup lagi pulak tu. Doktor pun tanya, ada bela kucing tak ? Rasanya dari kucing. Iye, Za tak dapat menafikan yang Za memang bela kucing. Sekarang 4 ekor dah. Terus rasa sakit tu hilang sikit. Patut la sakit giler ! Rupanya benda tu menghisap darah Iza kumpulan O ni. Hadui !

Haaa segannya la bila difikir balik. Dah la dengan doktor lelaki pulak tu. Nasib baik Mama teman. Kalau berdua je, dah la nurse tak ada, doktor lain pun tak ada. Segan la. Dah la masa dia keluarkan benda tu Iza kesakitan nak mengelak sampai tersentuh tangan dia. Tapi tak sengaja okey ?

Dah alang-alang ubat Epilim untuk kawal Epilepsi tu dah nak habis stok, Iza mintak refill lagi la. Doktor bagi sebulan. Mama tanya tak ada kesan sampingan ke kalau asyik makan ubat je ? Za ni muda lagi. Doktor cakap tak ada la. Tak payah risau. Tapi Iza risau jugak. Doktor cakap kena makan jugak. Lagi kalau still kena attack lagi memang kena makan. Kalau tak makan nanti lagi teruk. Kalau still attack lagi mungkin kena naikkan dos ! Iza awal-awal cakap kat doktor tak nak ! Terima la kenyataan Za, kau belum sihat lagi, ubat kena makan jugak walau tak rela.

Di bahagian farmasi, Iza dibekalkan sekali dengan ubat tahan sakit & ear drops untuk antibiotik. Lepastu Za terbaca kat carta organisasi jabatan farmasi tu.


Pegawai Farmasi UD41
1. Bla bla bla
2. Bla bla bla
3. Kosong
4. Kosong
5. Kosong

Iza cakap kat Mama, nanti bahagian yang kosong tu satu hari nanti nama Iza pulak kat situ. In Sha Allah amin. Menjadi graduan farmasi dari UiTM Kampus Puncak Alam adalah impian Iza yang Za cuba kejar.

Benda yang diperkatakan kutu tu Iza pun bawa balik bungkus dengan tisu. Lagipun doktor tu pun tanya nak Iza bawak balik tak ? Iza pun bawa balik & tunjuk kat Abah. Kata Abah bukan kutu babi. Entah la. Bila dipicit badan dia, pecah keluar darah yang dia selama 3 hari ni dia dok sedap menyedut kat telinga Iza. Iza cakap, aku tak halalkan apa yang dia makan ! Tapi mungkin memang kutu babi kot !

Kutu babi ? Allah, batal air sembahyang saya... Salah satu dialog perbualan lucu seorang pak cik tua bersama Ramli dari petikan drama Seniman Bujang Lapok lakonan utama & arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramli sewaktu beliau mengintai bilik tidur Cik Salmah kemudian dia ditegur oleh seorang pak cik. Dia pun nak cover malu beri alasan terjumpa kutu babi. Dialog pak cik tu bermain-main di fikiran Za. Lucunya cerita tu.

Abah pun membebel, tu la sayang sangat dengan kucing, suka sangat main dengan kucing, ini la hasilnya. Hello ! Iza langsung tak marah atau salahkan Marie atau anak-anak beliau. Benda nak jadi kan ? Apa boleh buat ? Tak semestinya dari kucing yang Iza bela. Semua orang nak salahkan Marie ! Tapi Za still sayangkan dia ketat-ketat.

Baru je 2, 3 hari lepas Iza rasa macam kening senget, tak selesa macam tak balance. Sebelah kiri senget ke bawah sebelah kanan ke atas. Kata Mama mungkin kesan Iza terhantuk dinding waktu kecik masa dalam walk chair tu. Punyalah hyper dalam walk chair tu, syok sendiri laju jer jalan sampai terhantuk dinding. Kata Mama memang nampak kesan macam lekuk sikit pada kepala sebelah kiri bahagian depan lagi-lagi kalau kerutkan muka. Dan Iza terfikir, mungkin ni la salah satu penyebab Iza dapat Epilepsi ni. Tapi CT scan ok jer tak ada nampak abnormal, mungkin sikit je tak nampak kot. Hmmm nampak tak, benda nak jadi kan ? Menyesal pun tak ada guna. Tak payah nak berangan nak ada pintu ke mana sahaja ala-ala Doraemon punya tu. Itu semua imaginasi jer.

Ok lah. Itu la coretan orang sakit telinga disebabkan kutu... Bila dikenang balik, lawak pun ada. Tapi walau macam benda kecik je pun, tapi sakitnya Allah je tahu. Baru diberi sakit sikit kita dah mula mengeluh. Tapi dengan sakit itu la kita akan lebih bersyukur dengan nikmat kesihatan yang kita ada. So, hati-hati la dengan setiap perkara yang kita buat, mencegah itu lebih baik dari merawat. Tak tahu la apa jadi kalau dibiarkan. Kalau kutu tu kat bahagian dalam telinga ? Ha lagi susah tu.


Kebetulan kan, esoknya, 27 November 2015 ni dah genap setahun Marie menjadi sebahagian dari keluarga kami. Tiba-tiba pulak kejadian kutu ni dapat dari dia. Kebetulan kan ? Macam ada konspirasi je ? Ataupun komplot ? Haha tak ada la. Yang penting persahabatan kami masih utuh. Kejadian kutu menyerang telinga Za sedikit sebanyak langsung tak mengurangkan kasih sayang Iza pada Marie. Makin sayang ada la ! Terima kasih Marie sebab menceriakan hari Iza walaupun memberi kesakitan dek kutu tu. Hehe.

Ok bye Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment