13 November, 2015

13 November 1995

Bismillahirrahmanirrahim...

13 November 1995, Isnin
5.04 a.m.
Dewan Bersalin
Hospital Batu Pahat, Johor

"Anak awak menyongsang," kedengaran kata-kata doktor itu kepada Mama selepas melihat bayi yang bakal dilahirkan itu keluar dengan kakinya dahulu. Menyongsang adalah keadaan di mana bayi lahir dengan mengeluarkan kakinya dahulu berbanding normalnya, iaitu kepala.

Lalu hening pagi di wad bersalin Hospital Batu Pahat itu dipecahkan dengan tangisan seorang bayi perempuan.

Lantas seorang jururawat membawa bayi itu merapati tubuh wanita itu yang lemah. Kalimah suci iqamah segera dibacakan di telinga bayi itu.

"Allahuakhbar Allahuakhbar" Allah Maha Besar. Lahirnya seorang insan bersama fitrahnya sebagai seorang beragama Islam.

Nama bayi itu diberi dengan maksud :
Cahaya Kekuatan
Cahaya Kebanggaan
Cahaya Kemuliaan

13 November 2015, Jumaat

Bila dibayangkan, macam manalah sakitnya Mama melahirkan Iza ke dunia ni ? Macam manalah keadaan masa tu ? Siapalah doktor & jururawat yang bertungkus lumus dalam situasi tu ? Kata Mama doktor perempuan yang sambut.

Iza terfikir, masa Iza lahir dalam keadaan songsang, doktor tu mesti tarik Iza dengan kuat. Iyelah, nak selamatkan bayi daripada lemas. Mengikut penceritaan Mama & sanak saudara, lepas lahir, Iza tak berhenti menangis selama lebih kurang seminggu. Sebabnya, leher Iza agak 'terkehel' mungkin sebab kesan masa lahir kot. Lagipun tulang bayi masa tu lembut lagi. Mama cerita, kepala Iza tak boleh sembarang letak. Kalau tak hati-hati, menangislah jawabnya.

Kesian kat nenek Iza. Dia tolong jaga Iza sampai tak cukup tidur sebab Iza ni kerjanya asyik menangis je. Malam-malam pun tak berhenti menangis. Mungkin sebab sakit pada leher tu kot. Disebabkan nenek tak cukup tidur jaga Iza, dia hampir-hampir nak jatuh terlanggar pintu waktu jalan. Hehe sorry lah menyusahkan semua orang. Sampai sekarang, kalau jumpa nenek-nenek saudara, semua still ingat lagi, "ooh, ini kan yang masa kecik-kecik dulu nangis tak berhenti ? Dah besar dah" (selalu diorang cakap dalam bahasa Jawa lah) haha... Kalau dalam bahasa Jawa macam ni = "ooh, iki sing mbiyen jamane ijek cilik an ne gor kerjo naaaaangis wae yo ? wes gedi iki" haha nasib korang la yang tak pandai Jawa tu nak baca macam mana.

Tapi walaupun menyongsang, ada kelebihannya tau ! Sampai sekarang, orang kampung akan cari Iza minta ubat kalau diorang tertelan tulang atau tercekik duri. Tak pasal-pasal Za jadi dukun. Tapi bukannya buat apa pun, Iza selalunya bacakan selawat kat segelas air, tiupkan, & minumkan pada diorang. Ini mengikut kepercayaan orang tua-tua la, katanya kalau orang yang lahir songsang ni boleh ubatkan orang yang tertelan tulang, duri, atau tersedak. Ha, korang kalau nak mintak bantuan Iza In Sha Allah Iza sudi tolong. Iza suka tolong orang sakit ni hehe.

Lagi satu, orang cakap, orang lahir songsang ni pandai. Hmm okey Alhamdulillah dulu Iza memang cemerlang dalam pelajaran. Tapi semenjak Epilepsi ni la agak merosot. Hari ini pulak result final exam. Kenapa yek time birthday pulak tu. Alhamdulillah walaupun tak dekan tapi okey la kali ni. Dah cukup menggembirakan hati Za. Mungkin hadiah birthday yang paling bermakna. Mama pun bersyukur. Mama tahu Iza tak secemerlang macam dulu. Lain kali kot dekan hehe.

Tapi bila Za fikir balik, Za dah pernah juga membanggakan Mama Abah. Waktu UPSR & PMR Za dah dapat tatap wajah gembira Mama menitiskan air mata kegembiraan. Cumanya, kat universiti ni, Mama tak mengharapkan Iza cemerlang sebab Mama pun tahu kebolehan Iza tak macam dulu. Tapi yang penting, Iza dah dapat capai sebahagian impian Za iaitu menjejakkan kaki ke manara gading. Walaupun result exam tak adalah dekan pun, tapi asalkan Iza dapat jadi manusia yang berguna. Asalkan tak jadi perosak masyarakat macam penagih dadah, rosak akhlak, atau terjebak dalam maksiat kan ? Cukuplah walau tak cemerlang mana pun result, asalkan Iza jadi insan yang berguna kan ?

Iza pernah terfikir, dilahirkan menyongsang tu takkanlah sebab tu Iza dapat Epilepsi ni ? Tapi kalau ada abnormal kat otak, masa buat EEG & CT scan tu semua normal pulak. Hmm bukanlah kot.

Haritu Za sambung follow up kat Klinik Kesihatan Batu Pahat. Iza sedikit kesal dengan sikap sesetengah doktor yang Za jumpa tak kisah la kat mana-mana klinik. Za dah duduk kat kerusi sebelah meja menghadap doktor, tapi boleh pulak dia still main phone. Iza dah banyak kali kena. Za perhati jer attitude doktor tu. Tolong la, takkan la tak boleh letak tepi gajet tu kejap ? Bukan ke pesakit diutamakan ? Ke atau nak tahap Iza dah tahap nazak tercungap-cungap baru nak diberi keutamaan ? Mentang-mentang la Iza ni nampak sihat jadi dia pun relaks je la ? Okey takpe... Tapi yang Iza tabik bila tengok handwriting dia. Bapak ah, cantik, kemas, senang nak baca, tak macam cakar ayam. Bukan apa, selalunya tulisan doktor ni Mashallah, susah nak baca, susah nak faham.

Iza tanya doktor, boleh tak kalau Vitamin B Complex tu tak payah makan ? Dia cakap tak boleh, sebab ubat Epilim@Sodium Valproate tu beri side effect, jadi Za kena makan B Complex tu. Yang Iza tahu vitamin tu untuk selera makan. Tapi kalau Iza tak ambil pun selera makan okey je. Kalau Folic Acid tu okey je nak ambil. Lepastu doktor tu tanya Za, kenapa tak nak makan ? Bukan ke ubat tu kecik-kecik je ? Senang nak telan. Alamak ! Iza tak tahu nak jujur atau tak. Dalam hati Iza menjerit, masalahnya ubat tu bau busuk ! Tapi Iza sengih je macam kerang busuk. Okey fine, kena makan jugaklah.

Mak aii, nampak sangat ubat yang Iza makan tu memang dadah.
Dia nak beri prescription pun kena isi borang permohonan ni :



[Borang pesanan dadah merbahaya untuk pesakit luar]

Hmmm tak tahu la nak sampai bila kena makan ubat ni. Iza kadang-kadang memang fed up nak makan ubat. Selalu jugak la tinggal ubat. Sepatutnya makan 2 kali Iza makan sekali je. Kadang-kadang fikir, lantaklah apa nak jadi, jadi la. Mana boleh tahan kalau hari-hari asyik nak makan ubat je. Penat tau ! Lagipun kalau Iza tinggal ubat pun selalu rasa okey je.

Iza ada tertengok cerita Buku Harian Baim kat tv 9 pukul 5.30 petang. Rancangan tu bersiaran setiap hari Isnin sampai Jumaat. Iza tak tengok sangat pun, Mama je yang beriya-iya tengok. Iza cuma nak menghabiskan waktu petang tu dengan bermalas-malasan. Dalam cerita tu, watak Baim tu kecik lagi, dan dia menghidap Epilepsi. Iza tengok lakonan dia hebat. Kecik lagi tapi pandai menjiwai watak. Iza tengok betapa sukarnya dia hidup sebagai penderita Epilepsi. Iya, Za tahu betapa sukarnya. Lagi-lagi sewaktu awal-awal Za dirundung penyakit tu. Iza faham perasaan tu walaupun itu cuma lakonan. Tapi hakikatnya, realitinya, tak semudah yang orang fikir.

Perkembangan cerita tu, disebabkan terlalu banyak pengambilan ubat-ubatan, Baim disahkan pula mengalami kerosakan ginjal@buah pinggang. Perkara inilah yang paling Iza risau. Ini lah yang paling Iza takut.


Iza pernah cerita yang Mama ada masalah kesihatan sikit kan ? Alhamdulillah sekarang okey sikit. Iza bersyukur. Iza tak nak Mak Ayah Za sakit. Oh ye, 9 November haritu birthday Abah. Iza tak beri hadiah pun.

Iza dilahirkan dalam darah keturunan Jawa. Iza tak pernah malu nak mengaku anak orang jawa@wong jowo. Malahan Iza makin bangga. Dah memang dilahirkan sebagai keturunan jawa nak buat macam mana kan ? Tapi Za bersyukur sebab diberi kelebihan boleh berbahasa jawa dengan baik. Tak payah nak malu la kalau disuruh cakap jawa. Iza risau anak muda sekarang ramai tak fasih berbahasa jawa, jangankan cakap, faham pun belum tentu. Jangan sampai bahasa jawa ni hilang lenyap ditelan zaman. Macam kat rumah, Za berusaha cakap jawa dengan family. Takut nanti lupa pula asal usul kalau tak amalkan.

Iza nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Mama yang melahirkan Iza ke dunia ni. Iza sayang Mama.

Okeylah bye Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment