19 September, 2013
Kehilangan
Assalamualaikum...
Hari ini, 18 September 2013 bersamaan 12 Zulkaedah 1434, Rabu..
Dah masuk 3 hari, iaitu pada 15 September, Ku-Chan tak balik rumah..
Iza pun tak tau kenapa,, kebimbangan semakin menyelubungi hati, kerisauan semakin menerjah diri. Ku-Chan tengah sarat bunting, tinggal tunggu hari nak melahirkan anak, kebetulan ni musim hujan, tambahan pula kawasan kampung banyak anjing berkeliaran...
Tak putus-putus doa Iza.. Berita kehilangan sudahpun disebarkan di laman muka buku, bagi meminta doa simpati agar Ku-Chan selamat..
Tapi sampai ke saat entri ini ditulis, Ku-Chan tak pulang-pulang lagi.. Hancur hati bila memikirkan impian yang Iza baru nak merancang buat bersama-sama Ku-Chan..
Sebenarnya, 9 September lepas, Iza ada beli sebuah gitar,.
Iza baru nak belajar bermain gitar semata-mata untuk menyanyikan lagu Sahabat pada Ku-Chan, tapi sekarang impian tu dah musnah sama sekali....
Kesal rasanya bila kita kehilangan sahabat yang kita sayangi waima seekor kucing, tapi dialah peneman Iza, dialah tempat nak bergurau, dialah tempat Iza kongsikan kasih sayang, dialah tempat Iza ajak bermain... Dialah segala-galanya !
Ok lah, entri kali nie sampai di sini je, Iza tak berapa ada mood nak menulis tentang dia,. Assalamualaikum..
14 September, 2013
Baru nak belajar
Assalamualaikum...
Hye semua (walhal sampai ke saat nie follower tak ada pun, erk ! Tutup muka malu sendiri).. Takpe takpe..
Berita apa kali ni Iza nak kongsikan yek ?
Aaaa ! Muka tembam Iza ditumbuhi jerawat ! Ni mesti kes kuat berangan nie... Setakat ni dah 2 tempat jerawat ni bermastautin.. Ohh Tuhan...
Eh eh eh, sebenarnya bukan berita tu yang nak dikongsikan..
Ini diaaa !
Haa, jeng jeng jeng !
Ini dia... Iza beli gitar akustik baru (lebih kepada gitar kapok) !
Kalau nak tahu, harga sebenar dia RM 110.. Tapi lepas ditawar, dapatlah RM 104.. Dapat 5 % diskaun je,,, Tak apalah.. Itu pun dikira yang paling murah tau.. Nak beli yang mahal-mahal pun, Iza bukannya tahu main pun..
Apa ?? Tak tahu main gitar tapi beli gitar ? Macam mana ?
Iyelah,, sebenarnya, dalam hati dah lama teringin nak belajar main gitar sejak dari sebelum SPM lagi, tapi niat tu terpaksa ditangguh dulu sebab masa tu sibuk dengan exam, tapi baru 9 September 2013 Iza dapat beli gitar ni..
Tapi, ramai yang pertikaikan kebolehan Iza ni pandai main gitar ke ?
Ha ha haa memang tak pandai pun..
Tapi ada hati nak main gitar ?
Takpe takpe.. Relaks ! Hmm memanglah Iza ni baru nak belajar main gitar.. Tapi, kos nak ke kelas muzik bukan murah tau..
Last-last, Iza ambil inisiatif sendiri, belajar daripada internet & you tube.. Hmm bolehlah..
Dan setakat ni Iza baru belajar & tahu beberapa kord gitar, contohnya kord C, Am, Em, F & G.. Itu jelah, hehe.. Lagi pun, bukan senang tau nak main gitar.. Tangan ni dah lah kaku...

[Gitar kapok@gitar akustik ynag jenis cikai-cikai je]

Doakan Iza dapat jadi seorang pemain gitar yang hebat ye! Assalamualaikum.
07 September, 2013
Kismis baik untuk kesihatan
Assalamualaikum
!
Hye semua ! Sempena bulan September yang menjelma ni, tentunya para pelajar semua mula resah, kan ?
Hye semua ! Sempena bulan September yang menjelma ni, tentunya para pelajar semua mula resah, kan ?
Aku mulai
resah
Hatiku jadi
kebah
Melihat dirimu aku
rebah
Hehehe, dah macam lagu
Carta Hati nyanyian Najwa Latif pula... :)
Ok, ok, sebab apa ? Sebab tentunya tarikh peperiksaan
yang just around the corner kan, Iza faham perasaan korang,
sebab Iza pun pernah bergelar pelajar, pernah juga mengalami
situasi macam tu,... Haa, kali ni, Iza nak kongsikan mengenai
kebaikan kismis. Iza rasa entri ini sangat menarik untuk
dikongsikan kepada para pembaca di luar sana, especially pada pelajar-pelajar
kat luar sana tuu.. Fakta ni Iza dapat melalui akhbar Harian
Metro.. Iza cuma salin bulat-bulat daripada akhbar tu, so,
kalau ada kesilapan, Iza mohon ampun banyak-banyak.. Okey,
check this out :
Gelap, kulit yang kering dan kecut.
Itulah pandangan pertama kita apabila terbayangkan kismis. Walaupun rupanya
kurang menarik, kismis adalah makanan alternatif kepada
gula-gula.
Kismis dihasilkan daripada anggur yang dikeringkan melalui kaedah haba matahari atau haba kering. Satu hidangan kismis mengandungi lebih banyak kalori daripada gula. Ia mungkin agak manis namun mempunyai manfaat yang baik dari sudut kesihatan.

Kandungan nutrsi di dalam kismis
:
1. Garam mineral
Magnesium - baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
Kalsium & fosforus - membina tulang & gigi yang baik.
Zat besi - membantu pembinaan sel-sel darah merah & tisu badan yang rosak.
Kalium - mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal & mengekalkan tekanan darah.

2.
Vitamin-vitamin
Vitamin C - penting untuk pembentukan kolagen & penyerapan zat besi ke dalam badan.
Vitamin B6 - mencegah pengekalan air & membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
Vitamin K - diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, & buah pinggang.
Folat - membentuk sel-sel darah merah & penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
Riboflavin - membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan & membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.

3. Makanan untuk
otak
Salah satu manfaat menarik kismis ialah untuk kecergasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik.
Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan & mata serta menambah memori. Boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium & magnesium.

4. Membantu mengurangkan
sembelit
Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar.
Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 gram serat yang boleh membantu tubuh badan anda daripada bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus & melawaskan pembuangan air.

Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat
lain seperti :
- Melindungi hati
- Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi
- Membantu sebagai penerang hati
- Membantu mengurangkan stress
- Membantu merawat penyakit anemia
- Membantu merawat masalah pelupa
5. Snek yang lazat &
berkhasiat
Oleh kerana kandungan serat yang tinggi & kalori yang rendah berbanding gula, kismis juga boleh dijadikan makanan ringan yang baik.
Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang masa. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir & menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.

kismis menurut perspektif Islam :
Kismis sememangnya sinonim dengan pelajar yang menuntut di sekolah tahfiz & pondok. Ini kerana sudah sekian lama, ulama dahulu mengetahui kebaikan kismis ini untuk hafalan.
Terdapat satu hadis tidak sahih daripada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Makanan paling elok ialah kismis kerana ia dapat menghilangkan letih, menguatkan saraf, meredakan marah, mengelokkan warna kulit, & menyegarkan bau mulut."
Seorang ulama bernama Az-Zuhri pernah berkata, " Sesiapa yang ingin menghafal hadis, hendaklah ia makan kismis."
Al-Mansur pula meriwayatkan daripada datuknya, Abdullah bin Abbas dengan berkata, "Biji kismis membawa penyakit, tetapi isinya adalah ubat."

Kesimpulannya, kismis memang baik untuk
kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, tukar menu anda daripada
makanan ringan seperti coklat & gula-gula kepada kismis. Ia bukan sahaja
sedap malah mengenyangkan anda !
Lagi satu, ini senarai amalan untuk kecerdasan minda :
Lagi satu, ini senarai amalan untuk kecerdasan minda :
- Baca ayat 25 hingga 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan & menambah ilmu pengetahuan.
- Baca Surah al-Hasyr ayat 21 supaya mudah mengingat apa yang dibaca.
- Baca Surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.
- Baca Surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.
- Membaca Bismillah enam kali untuk menerangkan hati & mencerahkan akal.
Okeylah, itu sahaja entri kali ini yang
dapat Iza kongsikan kepada para
pembaca...
Iza pun dah tanamkan azam nak jadikan amalan makan kismis sebagai
rutin harian, sebagai persediaan minda untuk kemasukan sesi semester yang baharu
nanti... Insya-Allah kejayaan dapat diperoleh melalui usaha.. Ammin.. Korang
doakanlah ye ?
Diharapkan info-info tadi tu sedikit sebanyak dapat
membantu kalian terutama para pelajar di luar sana tu.. Iza juga doakan kalian berjaya menghadapi peperiksaan dan mendapat keputusan yang
cemerlang....
Bye bye & wassalam...... :)
06 September, 2013
Peluk teddy bear ketat-ketat
(peluk teddy bear
ketat-ketat)
Merenung masa
hadapan
Kadang-kadang kita
takut nak berdepan
dengan realiti
kehidupan
Hidup ini ketentuan
Tuhan
Cuma aku yang tiada
kekuatan
Assalamualaikum... Hye hye semua (dalam hati kata, walhal tak ada follower pun), haha ! :)
Agak lama jugaklah Za dah tak masukkan entri baru sebab Iza sibuk berkarya dengan cerpen tentang kisah hidup sebenar Iza.. Kiranya kalau ada masalah, sedih, atau nak luahkan perasaan, Iza bukan setakat tulis di blog, tapi Iza rangkumkan pada cerpen tu, hehe manalah tahu,, suatu hari nanti masyarakat teringin nak tahu tentang kisah hidup Iza, bolehlah baca cerpen tu, ishh, berangan pula !
Satu lagi karya yang sekarang Iza cuba nak hasilkan bertajuk "Impiannya Menjadi Artis Popular !".. Hehehe kelakar tak ? Sebenarnya kisah ni pun diadaptasi daripada diri Iza yang hobinya sentiasa berangan-angan,..
Oh ye kalau korang nak tahu, Iza ni memang kuat berangan ! Tapi mujurlah kulit muka Za ni bukan jenis yang berjerawat, sebabnya bukan apa, kata orang tua-tua kalau kita kuat berangan nanti muka banyak jerawat !
Hari ni, sebenarnnya, Iza rasa 'down' sikit..
Frust, dan agak 'bad mood' jugaklah..
Kenapa ? Hurmm... Last week Iza cuba nak apply cashier kat salah sebuah pasaraya terkemuka kat Bandar Batu Pahat dengan seorang cousin, dia pun nak apply jugak sebab mula-mulanya dia yang ajak Iza jugak.
Tapi, permohonan Iza ditolak disebabkan Za ada tulis kat borang tu pasal masalah kesihatan.. So, cousin Iza jelah yang dapat tawaran job kat situ..
Yelah kan... Penuntut universiti yang tengah cuti 1 semester ni tak laku nak bekerja.. Diorang pun malas nak 'kotorkan' buku kan.. Lagi pun kalau Iza berdiri terlalu lama, yelah kan kerja cashier mesti berdiri berjam-jam, takut-takut nanti pengsan, atau tiba-tiba kejang, siapa yang susah ?
Hmm, kiranya Iza ni makan hati berulam jantung jugalah, bukan pada cousin tu, tapi, memikirkan nasib badan..
Lagi satu, Iza rasa jealous sangat tengok gambar di facebook, kawan-kawan kat UiTM tu praktikal nursing sementara Eyza Chommie-Chommie ni cuma duduk di kampung menghabiskan Cuti Khas 1 Semester...
Cemburu rasanya bila tengok kawan-kawan sedang sibuk belajar bersungguh-sungguh, bergambar dengan geng diorang, hidup jauh daripada keluarga & rumah, hidup berdikari.. Sebab Iza pun nak juga merasa pengalaman berharga macam tu.. Bukan senang tau !
Tak apalah, Iza doakan mereka berjaya, nanti Iza yang tumpang gembira juga...
Hmm, lupa pula nak beritahu, Iza sedang bercuti khas ni disebabkan penukaran program pembelajaran.. Sekarang ni, mungkin bercuti sampai ke bulan November kot, Iza kena tunggu semester baharu untuk belajar 'course' yang baru..
Diploma Mikrobiologi &
Diploma Perbankan menjadi pilihan..
Cuma perlu tunggu berita seterusnya oleh pihak jabatan.
Kerap kali Iza termenung, bila kita ada niat yang baik, kenapa Tuhan tak tunjukkan jalan ?
Iza cuma nak menuntut ilmu jer, kenapa Tuhan belum makbulkan doa Iza ?
Hmm, mungkin belum tiba waktunya kan ?
Selalu Iza terfikir, kalau nak kerja nurse pun tak boleh, kalau nak kerja cashier pun tak boleh, habis tu, Iza nak kerja apa nanti ?
Apa pun tak boleh
!
Sabar...
Sabar.... Think positively... Memandangkan hari ni hari Khamis, so, lepas solat
Maghrib, Iza baca Surah Yassin.. Alhamdulillah, lepas selesai baca ayat suci
Al-Quran, hati Iza rasa lebih tenang..
Oklah,
kalian semua doakanlah yang terbaik untuk diri Iza ye ! Tunggu
berita Iza akan dimuatkan pada entri yang akan
datang...
Bye bye bye
!
Subscribe to:
Posts (Atom)