01 August, 2019

Gitaris Tumbang Lagi

Welcome to Guitarist With Epilepsy Blogger


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum! Selamat membaca ke entri terbaru Izaa!

Cuti semester ke-4 dalam pengajian sarjana muda. Ada berbaki lagi sebulan cuti di kampung. Izaa dah bertekad cuti kali ni mahu praktis gitar dengan lebih rajin. Iza dah aim, habis je final exam, mahu beli gitar elektrik. Mama pun dah setuju. Dia tak kisah pun. Suka hati kau la. Okey, boss besar dah bagi jalan!

Gigih pergi survey harga dan tengok model gitar elektrik mana yang berkenan di kedai muzik, juga di Lazada. Tapi, Iza tak dapat buat keputusan sama ada nak beli atau tak. Nak dijadikan cerita, masa tu memang banyak ujian kecil nak dapatkan gitar elektrik ni. Mungkin ini suatu petunjuk yang kita kena hold dulu keinginan kita untuk beli gitar elektrik. Tak apa la, mungkin belum masanya aku nak dapat beli. Mama pun pujuk Iza, nanti ada yang lebih baik menanti. Baiklah. Iza angguk. Sabar dulu.

Nak dijadikan kisahnya, ada seorang musician bantu Iza survey kedai gitar murah. Dengan bantuan beliau akhirnya Alhamdulillah, Iza dapat make a deal dengan owner gitar tu. Terima kasih otai sebab tolong Iza realisasikan impian Iza! Semoga Allah membalas kebaikanmu. Hari ni Iza berjaya memiliki sebuah set gitar elektrik sendiri bersama mini-amplifier. Walaupun harga murah, brand biasa je, tapi tak kisah, tak apa asalkan boleh buat praktis kat rumah! Amplifier 5 watt je pun tapi kalau on ‘overdrive’ sound, putar volume sampai ke-10, gitar volume pun pulas sampai 10, sudah cukup menjadi sumber kebisingan di dalam mini studio Iza. Itulah sound yang kita mahukan! Psstt! Gitaris je yang faham keseronokkan ini hahaha.


Gitar elektrik, nama dia Oreo Vanilla sebab warna dia merecik!

Itulah serba sedikit cerita keterujaan Iza bila memiliki sebuah gitar elektrik sendiri. Akhirnya Iza berjaya merealisasikan azam tahun 2019 ini untuk memiliki gitar elektrik sendiri. So, Iza plan mulai esoknya, Iza nak follow jadual untuk praktis gitar. Iza perlu mahirkan scalling dan praktis jari. Tetapi, manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Satu hari selepasnya, tanpa disangka-sangka, Iza tumbang lagi, dan hancur lagi azam tahun 2019 untuk seizure free sepanjang tahun :(

Keesokan harinya, pada waktu pagi, selepas bangun je daripada tidur, terasa sakit sepenuhnya pada lidah kesan gigitan sewaktu kekejangan, juga sakit di seluruh anggota badan. Bila dah rasa macam tu, dah boleh agak Iza sebenarnya memang baru sedar dari serangan, walaupun tak ada sesiapa yang menjadi saksi. Rasa kecewa. Hampa. Air mata deras mengalir lagi. Kali kedua kejadian serangan berlaku pada tahun ini. Hancur aim nak seizure free pada tahun 2019 ini. Malahan hancur juga plan hari pertama nak praktis gitar.

Iza tumbang pada hari ke 196 seizure free. 
Tak dapat genapkan hari ke 200 sudah tumbang lagi.

Gotta restart counting yang baru.
Last attack pada bulan Januari :(

Macam biasa kita tak akan mampu gerakkan badan ataupun mengangkat badan sendiri. Jadi dengan perasaan kecewa & keadaan yang masih lemah tu, Iza cuma terbaring atas katil. Tak ada daya nak angkat badan sendiri. Mama pula perasan dah lewat sangat Iza tak bangun lagi. Bila Mama masuk ke bilik untuk kejut, Iza hanya mampu tunjuk lidah yang sakit. Bila nampak je Iza tunjuk lidah sakit, Mama dah boleh agak, Iza fitting with seizure lagi. Mama lagi kecewa! Maaf, adik tak boleh lawan sakit ni :(

Iya, semua ni salah Iza sendiri yang culas daripada mengambil ubatan. Iza terlupa makan ubat dos waktu siang selama 2 hari. Jadi tak dapat disangkal lagi seizure triggers ialah lupa makan ubat. Tu la degil sangat padan muka. Haa, padan muka diri sendiri juga! Tapi dos ubat pada waktu malam Iza tak lupa ambil. Malam sebelum serangan, terasa sakit kepala sebelum tidur, ah cuma pening sikit je ni. Jadi, Iza tak mengesyaki apa-apa. Padahal, itu sebenarnya petanda seizure nak attack! Sebab biasanya, bila kita syak apa-apa, eh, okey je tak jadi apa-apa pun!

Pujuk diri, bersyukur walaupun tewas lagi. Sekurang-kurangnya, kita jatuh sakit di rumah, dekat dengan family, waktu cuti semester, bukan tumbang waktu minggu perkuliahan atau peperiksaan di kampus. Serangan kali ni berlaku pada waktu cuti juga sepertimana kisah last seizure attack yang Iza cerita pada tajuk ‘Akhirnya Tumbang Jua’. Mujur serangan kali ni tak seberapa teruk. Iza mampu berjalan dengan baik. Rasa sengal-sengal pada anggota badan itu biasa. Kesan tergigit lidah tu Iza sapu dengan ubat oral lotion.




Terima kasih semua yang beri Iza kata-kata semangat, ingatkan Iza untuk terus kuat! Iza tak boleh janji yang Iza akan makan ubat selalu, sebab Iza memang malas sikit bab ubat ni. Tapi Iza janji, Iza akan kuatkan semangat! Semoga kekuatan mengiringi!

Hari ni hari ke 3 recover from seizure. Semalam hari ke 2 lepas seizure pun Iza sudah bangkit untuk praktis gitar. Dia kalau pasal gitar ni semangat lebih sikit! Kah kah kah! Izaa, the guitarist, road to padu! Selamat berpraktis Izaa! Semoga maju jaya dearself! Akan datang, bila dah power, ada bajet lebih, kita sambar gitar yang lagi upgrade, lepastu sambar set gitar effect pulak hehehe. Jangan pernah lupa segala impian hidup kita. Kita nak berjaya. Sakit ni tak menghalang Iza untuk capai apa yang Iza nak. Kadang-kadang, kita jadi kuat semula sebab ingat orang yang kita sayang, juga ingat kembali segala impian kita. So.... Be positive! 

Doakan Iza maju dalam bidang muzik ini! Dan kita semua, semoga kita semua maju dalam bidang yang kita ceburi. Semoga kita semua dilindungiNya. Assalamualaikum!


Ayuh praktis !



24 July, 2019

Masih belum kutemui jawapannya


Tiga buah beruang teddy kesayanganku bergelimpangan di atas tilam. Momot 'si kucing', Dolphin 'si ikan lumba-lumba' dan Bunny 'si arnab'. Jangan main-main, siap ada nama tau walaupun teddy bear ! Sementara itu, aku duduk di atas bucu katil sambil memeluk lutut. Memerhati keadaan sekeliling kamarku. Mataku melilau ke segenap sudut. Dahulunya, kamar ini sunyi sepi. Kosong. Ibarat jiwa aku yang masih lagi kosong dalam mengerti maksud muzik yang sebenar.

Kini, kamar ini tidak lagi sesunyi yang dahulu. Ibarat sebuah studio mini bagi diri aku. Cehh, acah je. Dah kira lengkap la ni kalau setakat konon-konon nak jamming. Gitar dah ada, mini amplifier tersedia, keyboard asal boleh guna, drum pun asal ada bunyi, cukup dah la, kan? Berangan je lebih ni...

Rumah ini selalu sahaja bising. Padahal penghuninya tak ramai mana pun. Ayah, emak, dan seorang anak gadis. Sumber bunyi kebisingan itu memang datang dari instrumen muzik kepunyaan anak bongsu keluarga mereka. Seorang gadis yang hobinya entah dari mana diwarisinya. Padahal dalam sejarah keluarga mereka, tak ada langsung yang berlatarbelakangkan pemain muzik. Entah macam mana boleh terjebak dan terjerumus ke kancah bidang muzik ni.

Kedengaran dari kamar itulah, sentiasa dengan bunyi praktis dari petikan gitar yang tak berapa nak padu. Sesekali menyanyi dengan gaya syok sendiri. Saja nak hiburkan hati katanya walaupun tahu vokal nyanyiannya sumbang. Tak pernah jemu ulang lagu yang sama. Kalau dah kemaruk dengan lagu tu, memang tak bosan katanya. "Tidak engkau seorang, juang hingga titisan, rempuh, tak berharapan..." Bait lirik lagu Semangat Yang Hilang yang pernah dibawakan oleh kumpulan XPDC sentiasa tak lekang dari siulannya, malahan menjadi lagu tema hidupnya. Hajat di hati, semoga satu hari nanti dia berjaya menguasai solo gitar lagu ini. Ek eleh, major scale je Izaa, takkan tak boleh kot?

Kadang kala, bilik tidur itu bising dengan jari yang baru nak belajar mengenal dan menekan papan kekunci daripada keyboard. Pun sama, asyik ulang lagu yang sama je bila praktis. Bermula dengan kunci E minor, jari jemarinya tak pernah lelah cuba mengikuti melodi lagu Zombie yang pernah dipopularkan oleh The Cranberries. Pengaruh member band la ni sampai jadi lagu kegemaran pulak. Heh? Solo lagu ni dah boleh main ke belum? Intro je boleh la kot. Masuk solo time duet rythm, hancur terus ! Its okay, perlahan-lahan.

Ada kalanya, rancak pula dengan pukulan drum daripada instrumen drum elektronik walaupun kebiasaannya melalut bunyi beatnya. Pun serupa juga, tak kenal erti penat follow beat lagu yang sama."Kali pertama, ku bertentang mata... Kali kedua..." Pukulan drum lagu viral yang dipopularkan oleh kumpulan Ukays sentiasa menjadi ikutannya. Jadilah, janji ada bunyi, buat suka-suka nak ketuk drum. 

Pernah dikecam orang. Kalau nak belajar drum atau untuk beginner, mana boleh guna 'mainan' macam tu. Kena guna real drum. Iya bro aku tahu la walaupun tak sempurna macam satu set real drum, sekurang-kurangnya boleh juga belajar beat lagu. Ni pun sejak orang tahu aku ada alat macam tu, ramai juga yang private message aku, berminat nak beli juga katanya. So, aku layankan je la pertayaan diorang. Tak salah share info. Heheh. 

Apa yang kita ada, setakat yang kita mampu miliki, manfaatkannya. Tak ada masalah pun. Orang nak kecam? Respons aku macam biasa la, whatever ! Ahh peduli apa, biarlah orang nak mengata apa, janji kita sendiri happy.

Pandanganku beralih ke arah satu sudut. Sudut yang menempatkan sebuah gitar akustik vintage berwarna coklat kayu Mahogany berjenama Mentreel teguh berdiri di atas sebatang guitar stand. Sudut itulah yang menempatkan sekeping jiwa aku yang tersadai. Fuhh, tak habis-habis lagi dengan ayat ‘sekeping jiwa tersadai’. Nampak sahaja jiwa tersadai, tetapi ia teguh berdiri. Teguh berdiri ibarat impiannya yang masih teguh. Cewahh. Sentimental pulak ayat dia. Haaa, amacam, padu tak padu? Itu belum cerita dia punya game kalau main pick up line. Kah kah kah. Seorang guitarist kalau main pick up line ada cara dan gayanya tau! Alah, hiburan semata-mata je semua tu.

Aku tenung ia. Setia menjadi peneman hidupku. Bergaya smart dengan sebanyak enam tali yang disambungkan dari tuning keys ke bridgenya. Kemas tersemat rapi pula dengan bridge pin berwarna hitam. 20 jalur fret penanda bagi memisahkan nada pada note tersusun diukur. Fingerboard pula sentiasa menjadi saksi jari tanganku meraba tali bagi mencari bunyi. Cantik pula ukiran pada keliling lubang bunyinya. Dari sisi, gitar ini kelihatan lebih tebal dari jenis gitar yang biasa. Entah la, taste aku ni aneh sikit. Lagi minat body saiz besar.

Body dia? Fuhh, seksi... Hmmm, what I mean is, setiap bentuk body gitar memang ada seksi dia. Lebih-lebih lagi gitar akustik yang berbentuk semi-akustik. Lentik pada lengkung body dia pun ada nilai seksi dia. Begitu juga pada bentuk body gitar elektrik. Ada sesetengah bentuknya yang menjadi trademark kepada jenama sesebuah gitar. Contohnya Ibanez, trademark bentuk body dia kebiasaannya ada ‘tanduk’. Tak habis-habis dengan tanduk dia hahaha. Manakala Gibson, kebanyakannya bentuknya semi, iaitu mesti ada lengkung pada badannya. Sementara Fender, Squier atau adik-beradiknya juga, Stratocaster, mesti ada spesifikasi bentuk yang sama pada headnya. Itulah yang dinamakan seksi. Hanya gitaris je yang faham kot, hehehe.

Tak pernah terfikir, yang aku ada minat untuk mencuba instrument unik ini. 
Tak pernah terbayang, yang aku nekad untuk mempelajari alat muzik bertali enam ini. 
Tak pernah dalam imaginasi, yang aku boleh jadi seseorang yang bisa memetik tali gitar. 
Tak pernah dalam khayalanku, untuk punya impian menjadi pemain gitar yang hebat. 
Tak pernah dalam angan-angan, untuk dipanggil dengan gelaran guitarist.

Hehe, depends on what instrument you play, bila on the stage, orang tak akan panggil nama kita... Orang akan panggil dengan gelaran daripada instrument yang kita main. Aku masih tak boleh lupa bila diberi gelaran gitaris. Orang panggil guitarist? Perasaan jadi jakun sekejap. Bila dipanggil macam tu, tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri. Macam tak percaya, ibarat mimpi pula bila orang panggil kita dengan gelaran guitarist ni.

Untuk sentiasa tiupkan semangat aku, bila rasa kurang motivasi, aku guna tagline ‘I was born to be a guitarist’. Inilah cara untuk ingatkan semula impian kita yang tinggi melangit. Supaya kita tak lupa.

Mataku masih lagi tidak lekang dari merenung ke arah gitarku. Jauh di sudut hati, seringkali aku tertanya...

“Mengapa Tuhan hadirkan ia dalam hidup aku?”

“Kenapa aku insan yang terpilih untuk berusaha cuba memahaminya?”


Ku tulis nukilan ini, kularikkan ayat ini. Semoga ku temui jawapannya, suatu hari nanti. Noktah. Sekian.


Izaa,
2.00 am
24 Julai 2019
Batu Pahat, Johor

15 June, 2019

Epilepsy Group Potluck Picnic - Malaysia



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum! Entri pendek Iza nak share tapi moment yang amat special untuk dikongsi bersama.

27 April 2019 yang lalu, komuniti kecil kami telah mengadakan satu mini program gathering bersama keluarga penghidap epilepsi. Perjumpaan ini dipanggil ‘Epilepsy Group Potluck Picnic’ di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Izaa tak dapat join program ni atas beberapa kekangan seperti lokasi dan masa. Dan juga tak semua para sahabat kami dapat berkumpul, terutama yang dari negeri pantai timur, utara, mahupun kepulauan borneo. InsyaAllah, ada rezeki lain kali kita bertemu jua.

Walaupun Iza tak follow dan tak nampak flow program ni yang sebenarnya macam mana, tapi, Iza nak juga up dan share sedikit kisah ni dalam blog, sebagai bukti komuniti kecil kami terus gigih berjuang dan tak pernah kenal erti penat untuk sebarkan epilepsy awareness/kesedaran epilepsi. Iza bangga dengan usaha dan semangat mereka untuk adakan program yang istimewa macam ni. Salah satu usaha murni untuk kami semua teruskan perjuangan dan survive.

Tahniah atas segala usaha murni ini !


Meriah dengan hiasan belon dan banner khas...


Sebahagian komuniti kecil kami :)

Founder event ni, Aunty Su, orang penting dan nadi penggerak utama yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ni. Kami juga ada buat t-shirt khas serta penanda buku dengan lambang komuniti kami serta hashtag kesedaran penyakit epilepsi. Iza tak terkecuali dari mendapatkan sehelai t-shirt yang istimewa ni. Siapa tak merasa bangga bila menyarung t-shirt yang ada lambang komuniti kita?

Special bookmark

Walaupun usaha kecil ini tak nampak gah di mata dunia, tetapi sudah amat bermakna untuk komuniti kami. Kita bergerak perlahan-lahan, usaha sedikit demi sedikit, lama-lama membukit, kian lama akan datang akan menggunung. Selagi kudrat dan nyawa kita ada, jangan pernah berhenti sebarkan kesedaran epilepsi dalam hidup kita. Harapan Iza satu hari nanti usaha sebegini dapat diteruskan dan dapat dikembangkan lagi. Akan datang, Iza harap agar komuniti kami terus diterima masyarakat dan tiada lagi stigma dalam hidup kami.

Tahniah buat Aunty Su dan sahabat semua. Teruskan kekuatan kita. Keep it up purple fighter! Assalamualaikum.


#epilepsyfighter
#epilepsytapihappy
#ilovesomeonewithepilepsi

"SUPPORT EPILEPSY AWARENESS"

Facebook group support: klik 

Or search:

MALAYSIAN SOCIETY OF EPILEPSY (PERSATUAN EPILEPSI MALAYSIA )

02 June, 2019

Luluh hatinya

Malam penghujung bulan Ramadhan. Lagi beberapa hari aidilfitri kian tiba. Sebuah pasaraya terletak di daerah Muar, sesak dengan ramai pengunjung dari sekitar bandar Maharani. Semua sibuk dan rancak dengan persiapan menjelang aidilfitri. Aku sibuk nak beli t-shirt je. Malas nak sarung baju kurung katanya. Rancangnya sahaja. Boleh percaya ke raya tahun ni tak nak pakai baju kurung? Tapi tawaf tadi cuma dapat beli seluar je. Baju cuma jeling-jeling. Kasut tak sempat sambar sepasang. Esok je la kot cari kat Batu Pahat je.

Kaki diatur melangkah ke arah pintu keluar ke pasaraya. Mataku melirih ke arah lot pusat hiburan yang menempatkan sejumlah permainan kanak-kanak. Mataku tertancap ke arah sekujur tubuh kaku di atas lantai. Seorang lelaki terlentang. Jelas kelihatan air kencing dari celah lantai mengalir.

Ada orang pengsan!

Desas-desus ada yang menyatakan kemungkinan serangan sawan ke atas lelaki ini. Aku pun rasa macam tu.

Lelaki itu cuba dipapah bangun oleh seorang pemuda ke arah bangku. Namun tiada respons atau menujukkan tanda dia sedar. 2 orang anak kecilnya terus meraung melihat keadaan ayahnya yang tidak sedarkan diri. Jelas kelihatan pucat di wajah lelaki itu. Orang ramai terus bertindak membuat panggilan kecemasan.

Kasihan aku lihat anak-anaknya berteriak dan meraung memanggil ayahnya yang tidak sedarkan diri. Orang ramai cuba beri bantuan yang sewajarnya. Aku turut hulurkan bantuan setakat yang aku mampu. Aku syak kemungkinan lelaki itu diserang strok, tapi tanda serangan seperti serangan sawan. Aku memang tak sangka kedatangan aku ke pasaraya ini pada malam ini betul-betul untuk ditunjukkan di dalam situasi yang kita tak jangka.

Baru aku sedar, macam mana perasaan emak bila nampak aku kena seizure. Walau dah berkali-kali berlaku depan mata, tapi hati dan perasaan emak tetap sama. Walaupun aku dah berkali pesan kat emak, cara macam mana nak deal dengan person yang kena attack seizure, but everytime emak mesti hilang arah bila tengok aku tak sedarkan diri. Everytime aku sedar dari seizure, bila tengok emak kat sebelah, memang meruntun jiwa tengok perasaan emak.

Luluh hati bila kita dalam situasi family risaukan keadaan kita. Manakala kita tak dapat nak buat apa, tubuh rasa lemah, sakit kepala yang amat dahsyat, kebingungan, tak ingat apa-apa yang berlaku... Yang kita mampu cuma menangis tersedu-sedu sambil kesakitan dalam kekecewaan sebab kita tumbang lagi. 

Ye aku pernah tumbang depan khalayak ramai. It was embrassing moment for me. Btw orang sekeliling banyak bantu masa tu.

Semoga urusan keluarga itu dipermudahkan. Semoga lelaki itu diiringi kesihatan tubuh yang baik. Anak-anaknya masih kecil. Sedih aku tengok anak-anaknya menangis tiada henti. Macam mana la keadaan lelaki tu? Harap dia baik-baik je. 

Dan kita semua. Semoga komuniti kita terus kuat menempuh hidup. Iza pun sama. Jangan degil sangat malas makan ubat. Ikhtiar berubat pun kena konsisten. Semangat kena kuat.

Macam mana nak semangat study kalau badan kita tak sihat, tak kuat? Aku, just follow the flow... Sentiasa doa moga diberi kekuatan je.

Tak semua orang faham keadaan kita. Seksa nak telan ubat tiap hari, risiko bila lupa makan pil, kesan sampingan serangan, pelupa menjadi-jadi, side effect ubat nak kena hadap, azabnya nerve pain, peritnya sakit kepala, teguhnya aku berdiri melawan cemuhan orang, dan kuatnya semangat aku bangkit dari hinaan orang.

Terapi belajar & bermain instrument muzik membuatkan aku jadi positif. Jadi minta tolong faham apa yang aku cuba buat. Dan aku memang punya impian untuk maju dalam bidang muzik. Go gitaris, gooo !

Moga catatan kali ini jadi iktibar. Ambil pedoman. 

Lagu bertajuk Semangat Yang Hilang yang dipopularkan oleh kumpulan legenda tanah air, XPDC sering menjadi siulanku. Penuh makna bila kita dengar lagu ini berkumandang. Lagu ni menjadi tema hidup aku. Rockers la katakan? Hehe. Assalamualaikum.

28 March, 2019

Purple Day 26 March

Guitarist with epilepsy

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum & salam sejahtera !

26 Mac telah melabuhkan tirainya. Puple Day mewarnai seluruh pelosok dunia. Izaa nak ucap terima kasih pada yang sudi support kempen Purple Day sempena hari kesedaran epilepsi peringkat global. 


Adik-adik junior yang turut menyokong kempen Purple Day

Siapa tak terharu bila datang ke kelas, tengok sahabat-sahabat semua pakai baju/tudung warna purple, orang sekeliling dan masyarakat juga sudi menyokong kempen ini & memakai pakaian purple pada hari yang istimewa buat komuniti kami. Malahan yang kita tak kenal depan mata tetapi hanya kenalan di media sosial pun turut sama-sama meraikan Purple Day. Segala ucapan sokongan dan doa dari semua orang memang amat Iza hargai. Tak apa kalau tak dapat pakai pakaian warna purple, yang penting semangat untuk sokong kempen ini pun dah cukup bermakna bagi kami.


Supportive member/kenalan dari jauh & juga dekat 

Melalui sokongan anda semua la yang membuatkan kami untuk teruskan kekuatan. Kekuatan kami adalah dari anda semua. Iza harap komuniti pesakit serta keluarga pesakit epilepsi terus bangkit dengan semangat untuk survive. Kita boleh buat apa yang orang lain boleh buat. Malah, kita boleh buat apa yang orang lain tak boleh buat 😊


Sumber kekuatan Iza


Walaupun ini hanya usaha kecil Iza untuk perjuangkan komuniti kami, tetapi Iza harap agar mesej yang cuba Iza sampaikan dapat diterima baik oleh masyarakat. Iza tak pernah malu untuk cuba beri kesedaran pada semua orang. 

Di bawah ialah pautan link teks (melayu & english version) apa yang Iza telah cuba promote dalam semua media sosial, group whatsapp dalam komuniti pelajar UiTM, status, group facebook komunti kami, Instagram story, personal chat whats app dan juga whats app status Iza sendiri:

https://izaaguitarist.blogspot.com/2019/03/purple-day-is-coming.html?m=1

Dengan sokongan anda semua, kami harap tiada lagi stigma, diskriminasi, dan juga pengasingan terhadap komuniti pesakit epilepsi. Semoga Iza dapat teruskan usaha murni Iza pada masa akan datang. Perlahan-lahan bergerak. InsyaAllah dapat dimajukan lagi. Harapan pada tahun hadapan Iza dapat buat kempen ini secara besar-besaran pula dalam kalangan warga kampus UiTM Puncak Alam. Alright then. Keep spread the awareness. Assalamualaikum!


Classmate & lecturer yang sangat supportive 
@Fakulti Sains Kesihatan UiTM Puncak Alam

#purple day #purpleday2019 #epilepsyday #epilepsyawareness #guitaristwithepilepsy #epilepsyactivist

24 March, 2019

Purple Day is coming !

Assalamualaikum and hello ! I am Iza, an epilepsy activist 🥰

📌 PURPLE DAY is just around the corner 📌
 💜🔖💜🔖💜🔖💜🔖💜🔖💜🔖💜🔖 

What is epilepsy? 🧠
Epilepsy is a neurological condition that affect many people around the world. Epilepsy is one of the most brain disorder and not consider as a mental illness.

What is Purple Day? 🔖
Purple Day is an epilepsy awareness campaign. Purple color is the symbolic color for lavendar flower and it being choose for the symbol of isolation, loneliness, discrimination and stigma among the epilepsy communities.

On this 26th March, an epilepsy awareness day will be held surround the world 🌏 to support the patient, caregiver, family, and communities for those people that are living with epilepsy 💊

So lets come and join us to celebrate this campaign. Show your support by wearing your purple attire 👚 during this 26th March 2019, Tuesday. Set the date guys 🗓 and spread the awarness and make our world turn into purple !

Share your supportive pictures on your social media (make sure your post is public) with the hashtag:

🔖 #purpleday
🔖🔖 #epilepsyday
🔖🔖🔖 #epilepsyawareness

Thank you for your support. Your support are very meaningful to us and all of the epilepsy communities 🤗

Any question regarding to this campaign, you can inbox me, Izaa, an epilepsy fighter 💜

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum & salam sejahtera ! Saya Iza, seorang aktivis epilepsi 🥰

📌 PURPLE DAY hampir tiba lagi 📌
 💜🔖💜🔖💜🔖💜🔖💜🔖💜🔖💜🔖 

Apakah epilepsi? 🧠
Epilepsi iaitu sawan, adalah keadaan masalah neurologi (otak). Epilepsi adalah salah satu keadaan abnormal pada otak dan bukan diklasifikasikan sebagai penyakit mental.

Apa itu Purple Day? 🔖
Purple Day ialah kempen kesedaran penyakit epilepsi. Warna ungu adalah  simbolik untuk bunga lavendar dan ia dipilih sebagai satu simbol pengasingan, kesunyian, diskriminasi, dan stigma yang sering berlaku terhadap komuniti penghidap epilepsi.

Pada 26 Mac ini, hari kesedaran penyakit epilepsi akan diadakan di peringkat global di seluruh dunia 🌏 untuk menunjukkan sokongan kepada pesakit, penjaga, keluarga, dan komuniti penghidap epilepsi 💊

Jadi marilah sama-sama sertai kempen ini. Tunjukkan sokongan anda dengan memakai pakaian berwarna ungu/purple 👚
 pada 26 Mac 2019, Selasa ini. Set tarikh ini 🗓 bantu kami sebarkan kesedaran penyakit epilepsi 😊

Kongsikan sokongan & gambar anda di media sosial (pastikan post adalah public) dengan hashtag:

🔖 #purpleday
🔖🔖 #epilepsyday
🔖🔖🔖 #epilepsyawareness

Terima kasih atas sokongan dan usaha anda. Segala sokongan anda amat bermakna bagi komuniti kami & semua pesakit epilepsi 🤗


 PM Izaa di media sosial untuk sebarang pertanyaan 💜

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari kesedaran Epilepsi peringkat antarabangsa. Senang je. Pakai pakaian purple pada hari itu. Kita bagi satu hari & satu dunia with purple everywhere. Because we are the 'purple survivor'. Tunjukkan sokongan moral anda pada komuniti kami. 

Pada yang sudi support komuniti kami, mari join kempen Purple Day, 26 Mac 2019 nanti. Boleh ?

30 January, 2019

Akhirnya Tumbang Jua

Selamat datang ke catatan hidup Izaa !


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Terima kasih pada yang sudi singgah ke entri baru ni. Baru sempat nak menulis & update blog ni, walaupun sekarang tengah cuti semester tapi sibuk juga nampak gayanya. Eh, apa yang dikerjakan tu sampai sibuk? Ha ni la nak cerita.

Al kisahnya, banyak cerita ni. Tapi yang paling utama, Iza nak cerita semestinya catatan diari hidup sebagai pesakit epilepsi. Sendu la hmm, Iza fit with seizure (diserang sawan) lagi pada 15 Januari 2019 yang lalu ☹


Status IG story

Peperiksaan akhir semester pasti tiba apabila menjelang hujung semester. Waktu ni, macam biasa la, tekanan mendatang. Stress dengan lecture note nak kena baca, nak hafal formula, nak banyakkan latihan pengiraan, nak khatamkan buku, nak biasakan buat jawapan past year question, dan biasa la nak exam ni semua orang yang pernah bergelar student mesti pernah merasa kan macam mana tekanannya? Iza pun macam tu juga.

The last paper, subjek terakhir Iza duduki untuk peperiksaan semester ni. Dia punya pressure memang dahsyat. Sampaikan Iza hampir nak tumbang dalam dewan exam. Mujur pengawas peperiksaan perasan. 


“Awak okey tak ni?”

Iza cuma berdoa satu je sepanjang dalam dewan exam tu, supaya dapat bertahan. Takutnya kalau rebah ke lantai dan seizure fit. Dah la Iza duduk barisan paling depan. Malu kalau semua orang nampak. Kalau nak tumbang lepas exam pun tak apa. Tapi janganlah tumbang betul-betul. Kita nak sihat kan? Syukur, dapat bertahan sampai la habis exam. Betapa seronoknya bila dah merdeka & bebas dari segala tekanan.


Happynya dah habis exam (^__^)

Megah berdiri bangunan Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam

Tamat sahaja peperiksaan akhir untuk semester ni, Iza plan nak relaks dulu, stay kat kolej untuk beberapa hari. Tenangkan fikiran dulu. Rehatkan diri. Apa nak buat? Main gitar je la kot, tak kisah pun kalau semua housemate dah balik. Ada la buat cover gitar & upload dalam youtube, ini la masanya hehe. 


Gambar selepas selesai buat cover gitar lagu Nafisa (XPDC) 😊

Tak perlu la nak rushing balik kampung. Lagipun Iza tak ada orang yang nak ambik balik Johor. Tak nak la susahkan abang kakak ambik jauh-jauh kat Puncak Alam. Tak apa naik bas je dengan mengangkut luggage sebesar alam, beg berat, kita kasi kaut je sorang. Dah biasa berdikari kan?

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba mama call tanya bila nak balik kampung? Sebab nenek kurang sihat & masuk wad kat hospital. Jadi, lepas mama call, Iza pun tak senang duduk la. Kalau boleh nak balik Johor sekarang jugak. Bawa bertenang Zaa, kita settle slow-slow. Packing beg & luggage, urusan deal simpan barang, beli tiket bas & proses clearance kolej kita selesaikan satu-satu. Alhamdulillah urusan dipermudahkan walaupun pada awalnya banyak dugaan kecil. Gigih angkut beg berat & bagasi besar nak balik kampung hanya menaiki bas. Sampai pakcik driver bas pun tegur, satu bas penuh dengan barang Iza ! Hahaha. Mujur pakcik driver bas tu dah kenal Iza & abang tiket bas tu pun sporting gila-gila. Hampir-hampir je Iza nak busking kat terminal bas tu gara-gara diorang request lagu & mengusik pasal Iza mengangkut gitar !

Sampai je di Terminal Bas Ekspres Batu Pahat, Iza terus gerak ke Hospital Batu Pahat dengan Babang dan melawat nenek di wad, baru la pulang ke rumahku syurgaku. 

Kemudian, kami semua saudara mara ambil giliran untuk jaga nenek di wad. Tak semua boleh jaga nenek kat wad sepanjang masa, jadi kami bergilir ambil turn. So, sampai turn Iza, Iza pun tak kisah tolong jaga nenek kat wad tu dengan Mama. Dapat la berbakti pada nenek. Cuma kadang-kadang terdetik dalam hati, kan bagus kalau dulu aku habis study nursing, hahaha tak habis mengungkit. Sebab kadang-kadang Izaa tak tahu nak buat sesuatu, pasal benda simple, contohnya, drip air tu pun Iza tak tahu nak off kan aliran air ubat tu. Ye la, kalau dulu jadi nurse senang sikit hehe. Tak apa boleh tanya nurse kan…. Ni nak cakap, bukan rezeki kita dalam kejururawatan. Tapi Iza berbangga pernah menjadi sebahagian dari keluarga kejururawatan. Tabik spring pada semua yang menceburi bidang nursing 😊


Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Update : Nenek telah kembali ke rahmatullah pada 7 Febuari yang lalu. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. Al-Fatihah.

Sepanjang Iza jaga nenek kat wad, Iza rasa sihat je. Tak ada rasa nak tumbang, tak ada aura. Walaupun sepanjang malam tak tidur, okey je rasa. Lagipun Iza dah biasa tak tidur sepanjang malam sebab study kalau time stay kat kolej. Jadi Iza pun relax je. Tak ada masalah pun. Iza cuma fikir macam tu. Lagi satu hal, mana la boleh tidur lena kalau jaga orang sakit kat wad. Dengan sekelilingnya orang sakit, tak ada tempat nak baring, ada pun bersandar kat kerusi tepi katil nenek dengan berbekalkan bantal kecil. Ada la tertidur cuma selama satu jam atau dua jam je kot tapi tetap tak boleh lena. Sampai la ke siang mata Iza tetap segar bugar tanpa rasa mengantuk.


Makan mi segera pada jam 5 pagi sebab dah tak ada stok makanan lain

Tengahari tu Iza dengan Mama balik ke rumah Babang kejap. Nasib baik la rumah Babang ni dekat dengan hospital. Jadi plannya nak rehat kejap beberapa jam sebelum balik ke hospital lagi untuk sambung jaga nenek kat wad. Iza saja-saja baring atas tilam sementara nak tunggu sampai masuk waktu solat Asar. Ada satu jam je lagi. Baring kejap regangkan badan dulu la. Siap cakap kat Mama lagi, sedap la tilam ni hehe. Jadi Iza pun baring terlentang (amboi tak sopannya) sebab tilam tu sedap pulak buat baring. 

Nak dijadikan cerita, Iza terlelap. Padahal tak berniat nak tidur pun. Tapi biasa la, Iza ni senang nak tidur haha. Jadi baring je boleh terlelap terus. Atau mungkin senang lelap ni sebab sebenarnya memang mengantuk tak cukup tidur jadi kita senang nak tertidur.

Masuk waktu Asar, Mama pun solat. Baru je selesai solat, beri salam, Mama toleh ke sebelah tengok posisi Iza macam nak bangun dari tidur. Sebab tadi Iza baring terlentang kan? Jadi Mama fikir Iza nak bangun dari tilam tu. Dalam hati Mama fikir, eh dah bangun pulak Iza ni. Selalunya bukan main payah nak bangun sendiri. Dikejut pun kena gerak banyak kali baru la nak bangun. 

Rupa-rupanya, bukan nak bangun dari tidur, sebenarnya itu permulaan serangan seizure! Iza tak tahu nak cerita macam mana sebab masa tu Iza dah tak sedar apa yang berlaku sebenarnya. Mengikut penceritaan, badan bergoncang macam biasa, mengeras kaku & gigit lidah. Ini la fasa serangan sawan, tonic-clonic atau generalized seizure. Tak tahu la macam mana paniknya Mama masa tu. Mama terus panggil Babang & kakak ipar.

Mujur serangan tak lama. Mungkin purata selama 1 minit mengikut penceritaan saksi. Badan bergoncang pun tak terlalu teruk macam yang pernah berlaku masa Iza admitted kat wad. Jadi tak perlu sangat nak jadi kes kecemasan. Kalau serangan dulu, muka sampai biru & bibir pucat lesi.

Apa yang Iza ingat, bila Iza sedar buka mata, orang yang pertama Iza nampak ialah kakak ipar Iza tengah berdiri tengokkan Iza dengan mukanya yang risau. Lepastu ayat Mama tanya Iza, “Adik, adik ingat tak? Adik baru lepas kena serangan sawan lagi” 

Iza hanya mampu menggeleng. Iza tak ingat apa-apa pun. Masa tu rasa lemah je. Apa yang membuatkan meruntun jiwa bila tengok Mama kat sebelah dah macam hilang arah. Ye la, ibu mana la yang tak risau bila tengok anaknya tak sedar & diserang sawan.

Iza menangis tak berhenti lepas serangan berlaku. Sakitnya lepas serangan tu, Tuhan je yang tahu. Komuniti kami yang bergelar pesakit epilepsi je yang tahu macam mana sakitnya lepas serangan itu berlaku.

Mama urutkan badan Iza sambil pujuk jangan menangis. Mama lap air mata yang mengalir kat pipi sementara badan Iza masih rasa lemah. Petang tu juga kakak ipar hantarkan kami balik ke rumah. Punah rancangan untuk sambung jaga nenek kat wad. Cuba bangun lepas serangan memang perit. Kaki melangkah pun setapak-setapak je. Sakitnya nak bawa badan.

Iza sendiri tak menyangka Iza boleh kena serangan lagi. Kami sekeluarga memang tak menyangka. Walaupun Iza tak ada tertinggal ubat langsung sepanjang beberapa hari tu, tapi ini la risikonya. Bila-bila masa sawan tetap boleh menyerang. Sebab tu segala seizure triggers kena elak.


Bukti Iza tak ada tinggal ubat dari status & IG story

Asalnya masa last paper waktu exam week hari tu rasa nak tumbang kan? Tapi bila habis exam Iza fikir dah kembali sihat. Ye la, dah habis exam kan? Keluar dari dewan exam tu pun boleh gelak-gelak bercerita dengan member pasal kita ‘menggoreng’ jawapan dengan ‘bermacam ramuan sampai hangus’, dia punya bercerita tu macam tak ada apa yang berlaku. Padahal masa nak start paper, rasa hampir-hampir nak tumbang. 

………………………

Aku tipu diri aku. Aku cakap aku kuat. Tapi aku tak kuat. Kita memang tak boleh menyangka seizure boleh menyerang lagi. Kita tak akan pernah tahu bila kita akan tumbang lagi. Siapa sangka kan, walaupun rasa sihat, ok je, tapi akhirnya tumbang juga. Nak kata mulut masin ke? Tu la, siapa suruh cakap, kalau nak sakit pun, lepas habis exam tak apa la, jangan sampai masa tengah exam week. Tapi ini semua perancangan Tuhan. 
……………………….

Rasa patah semangat. Iza tak boleh penat, tak boleh kurang tidur, tak boleh terlampau pressure, kena cukup rehat sentiasa. Sakitnya lidah nak mengunyah makanan. Nak bercakap pun pelat. Ambil masa seminggu juga nak recover dari seizure. Gambar bekas lidah tergigit pun ada tapi takkn nak upload kat sini kan ? Hehe. Seram tengok bekas gigi pada hujung lidah tapi dah biasa sangat setiap kali serangan memang akan jadi macam tu. Sedih juga bila dikenang balik tak dapat nak capai target seizure free untuk tahun 2019 ni. Last seizure attack ialah pada bulan Febuari 2018. Tak sampai setahun, baru nak genapkan setahun tapi dah kena attack lagi :( 


Aim yang Iza post waktu menjelang tahun baru 2019

Apapun, Iza bersyukur sangat sebab serangan berlaku lepas habis exam. Tak dapat bayangkan kalau serangan berlaku dalam exam week, macam mana la nak hadap exam? Bersyukur la walaupun dapat serangan seizure lagi, walaupun jatuh sakit juga. Sekurang-kurangnya kita jatuh sakit waktu cuti semester, jadi tak mengganggu aktiviti perkuliahan & peperiksaan di UiTM. Bersyukurnya bukan kena serangan waktu di kolej. Dah la roommate balik awal dari Iza, kalau apa-apa perkara tak elok terjadi macam mana? 

Bersyukur jatuh sakit masa dah balik Johor, dan family pun nampak, boleh tolong apa yang patut. Bersyukur juga tak kena seizure waktu tidur teman nenek dalam wad, kalau la tumbang waktu tu, haru la, nanti Iza pulak masuk wad ! Sudah la nenek admitted kat wad yang sama waktu Iza first admission kat wad lepas serangan seizure tahun 2012 dulu tu. Haha wad yang sama tu la. Memang masih segar dalam ingatan lokasi katil Iza ditempatkan & masih ingat lagi ayat doktor bila didiagnos ada epilepsi. Hmmm. Hargai dan syukuri ujian kecil ini Zaa 😊

Alhamdulillah sekarang Iza dah bangkit untuk meneruskan perjuangan semula. Walau apa pun berlaku, kita kena kuatkan semangat. Dan Iza gunakan terapi bermain muzik sebagai penguat semangat Iza. Selepas sembuh dari serangan, Iza beli keyboard baru & belajar bermain keyboard/piano hehehe. Jadi sekarang, Iza seorang keyboard beginner. Dah lama sangat nak beli keyboard ni, akhirnya dapat juga beli. Murah je untuk beginner. Tak perlu beli yang mahal sebab kita baru beginner, setakat nak praktis jari je pun boleh. Bukan sebab bosan dengan gitar, tapi nak kembangkan ilmu dalam muzik. Portable drum pun Iza beli. Sebenarnya memang teringin nak jadi drummer juga tapi slow-slow la belajar sikit-sikit. Beli portable je dulu. Mana tahu kalau dapat ketuk-ketuk drum tu boleh release stress kan? Hehehe. Kalau dah minat muzik ni sanggup je dapatkan.


Keyboard baru

Portable electronic drum

Main instrument muzik ni bukan setakat seronok, tapi dapat membantu Iza untuk jadi lebih positif. Iza kena terus kuat melawan penyakit ni. Tak apa la kalau tahun ni tak dapat seizure free, kita start yang baru dengan semangat yang baru. Dan Iza juga akan teruskan semangat dan minat dalam muzik. Teruskan praktis gitar, teruskan belajar keyboard. Walau orang kecam, kritik, mengata, tapi kita tahu diri kita. Teruskan usaha!

Terima kasih semua kepada para sahabat Iza yang sentiasa doakan kesihatan Iza & kekuatan untuk terus survive. InshaAllah, terus kuat. Ada masa kita jatuh, nanti kita bangkit lagi. Ubat jangan lupa makan. Selalunya habis exam ubat ke laut, tapi kali ni ubat jaga ye Izaa. Okey? Assalamualaikum!


Mini studio di bilik tidur, ada gitar akustik, micro amplifier, keyboard & portable electronic drum ;)