Tiga buah beruang teddy kesayanganku bergelimpangan di atas tilam. Momot 'si kucing', Dolphin 'si ikan lumba-lumba' dan Bunny 'si arnab'. Jangan main-main, siap ada nama tau walaupun teddy bear ! Sementara itu, aku duduk di atas bucu katil sambil memeluk lutut. Memerhati keadaan sekeliling kamarku. Mataku melilau ke segenap sudut. Dahulunya, kamar ini sunyi sepi. Kosong. Ibarat jiwa aku yang masih lagi kosong dalam mengerti maksud muzik yang sebenar.
Kini, kamar ini tidak lagi sesunyi yang dahulu. Ibarat sebuah studio mini bagi diri aku. Cehh, acah je. Dah kira lengkap la ni kalau setakat konon-konon nak jamming. Gitar dah ada, mini amplifier tersedia, keyboard asal boleh guna, drum pun asal ada bunyi, cukup dah la, kan? Berangan je lebih ni...
Rumah ini selalu sahaja bising. Padahal penghuninya tak ramai mana pun. Ayah, emak, dan seorang anak gadis. Sumber bunyi kebisingan itu memang datang dari instrumen muzik kepunyaan anak bongsu keluarga mereka. Seorang gadis yang hobinya entah dari mana diwarisinya. Padahal dalam sejarah keluarga mereka, tak ada langsung yang berlatarbelakangkan pemain muzik. Entah macam mana boleh terjebak dan terjerumus ke kancah bidang muzik ni.
Kedengaran dari kamar itulah, sentiasa dengan bunyi praktis dari petikan gitar yang tak berapa nak padu. Sesekali menyanyi dengan gaya syok sendiri. Saja nak hiburkan hati katanya walaupun tahu vokal nyanyiannya sumbang. Tak pernah jemu ulang lagu yang sama. Kalau dah kemaruk dengan lagu tu, memang tak bosan katanya. "Tidak engkau seorang, juang hingga titisan, rempuh, tak berharapan..." Bait lirik lagu Semangat Yang Hilang yang pernah dibawakan oleh kumpulan XPDC sentiasa tak lekang dari siulannya, malahan menjadi lagu tema hidupnya. Hajat di hati, semoga satu hari nanti dia berjaya menguasai solo gitar lagu ini. Ek eleh, major scale je Izaa, takkan tak boleh kot?
Kadang kala, bilik tidur itu bising dengan jari yang baru nak belajar mengenal dan menekan papan kekunci daripada keyboard. Pun sama, asyik ulang lagu yang sama je bila praktis. Bermula dengan kunci E minor, jari jemarinya tak pernah lelah cuba mengikuti melodi lagu Zombie yang pernah dipopularkan oleh The Cranberries. Pengaruh member band la ni sampai jadi lagu kegemaran pulak. Heh? Solo lagu ni dah boleh main ke belum? Intro je boleh la kot. Masuk solo time duet rythm, hancur terus ! Its okay, perlahan-lahan.
Ada kalanya, rancak pula dengan pukulan drum daripada instrumen drum elektronik walaupun kebiasaannya melalut bunyi beatnya. Pun serupa juga, tak kenal erti penat follow beat lagu yang sama."Kali pertama, ku bertentang mata... Kali kedua..." Pukulan drum lagu viral yang dipopularkan oleh kumpulan Ukays sentiasa menjadi ikutannya. Jadilah, janji ada bunyi, buat suka-suka nak ketuk drum.
Pernah dikecam orang. Kalau nak belajar drum atau untuk beginner, mana boleh guna 'mainan' macam tu. Kena guna real drum. Iya bro aku tahu la walaupun tak sempurna macam satu set real drum, sekurang-kurangnya boleh juga belajar beat lagu. Ni pun sejak orang tahu aku ada alat macam tu, ramai juga yang private message aku, berminat nak beli juga katanya. So, aku layankan je la pertayaan diorang. Tak salah share info. Heheh.
Apa yang kita ada, setakat yang kita mampu miliki, manfaatkannya. Tak ada masalah pun. Orang nak kecam? Respons aku macam biasa la, whatever ! Ahh peduli apa, biarlah orang nak mengata apa, janji kita sendiri happy.
Pandanganku beralih ke arah satu sudut. Sudut yang menempatkan sebuah gitar akustik vintage berwarna coklat kayu Mahogany berjenama Mentreel teguh berdiri di atas sebatang guitar stand. Sudut itulah yang menempatkan sekeping jiwa aku yang tersadai. Fuhh, tak habis-habis lagi dengan ayat ‘sekeping jiwa tersadai’. Nampak sahaja jiwa tersadai, tetapi ia teguh berdiri. Teguh berdiri ibarat impiannya yang masih teguh. Cewahh. Sentimental pulak ayat dia. Haaa, amacam, padu tak padu? Itu belum cerita dia punya game kalau main pick up line. Kah kah kah. Seorang guitarist kalau main pick up line ada cara dan gayanya tau! Alah, hiburan semata-mata je semua tu.
Aku tenung ia. Setia menjadi peneman hidupku. Bergaya smart dengan sebanyak enam tali yang disambungkan dari tuning keys ke bridgenya. Kemas tersemat rapi pula dengan bridge pin berwarna hitam. 20 jalur fret penanda bagi memisahkan nada pada note tersusun diukur. Fingerboard pula sentiasa menjadi saksi jari tanganku meraba tali bagi mencari bunyi. Cantik pula ukiran pada keliling lubang bunyinya. Dari sisi, gitar ini kelihatan lebih tebal dari jenis gitar yang biasa. Entah la, taste aku ni aneh sikit. Lagi minat body saiz besar.
Body dia? Fuhh, seksi... Hmmm, what I mean is, setiap bentuk body gitar memang ada seksi dia. Lebih-lebih lagi gitar akustik yang berbentuk semi-akustik. Lentik pada lengkung body dia pun ada nilai seksi dia. Begitu juga pada bentuk body gitar elektrik. Ada sesetengah bentuknya yang menjadi trademark kepada jenama sesebuah gitar. Contohnya Ibanez, trademark bentuk body dia kebiasaannya ada ‘tanduk’. Tak habis-habis dengan tanduk dia hahaha. Manakala Gibson, kebanyakannya bentuknya semi, iaitu mesti ada lengkung pada badannya. Sementara Fender, Squier atau adik-beradiknya juga, Stratocaster, mesti ada spesifikasi bentuk yang sama pada headnya. Itulah yang dinamakan seksi. Hanya gitaris je yang faham kot, hehehe.
Tak pernah terfikir, yang aku ada minat untuk mencuba instrument unik ini.
Tak pernah terbayang, yang aku nekad untuk mempelajari alat muzik bertali enam ini.
Tak pernah dalam imaginasi, yang aku boleh jadi seseorang yang bisa memetik tali gitar.
Tak pernah dalam khayalanku, untuk punya impian menjadi pemain gitar yang hebat.
Tak pernah dalam angan-angan, untuk dipanggil dengan gelaran guitarist.
Hehe, depends on what instrument you play, bila on the stage, orang tak akan panggil nama kita... Orang akan panggil dengan gelaran daripada instrument yang kita main. Aku masih tak boleh lupa bila diberi gelaran gitaris. Orang panggil guitarist? Perasaan jadi jakun sekejap. Bila dipanggil macam tu, tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri. Macam tak percaya, ibarat mimpi pula bila orang panggil kita dengan gelaran guitarist ni.
Untuk sentiasa tiupkan semangat aku, bila rasa kurang motivasi, aku guna tagline ‘I was born to be a guitarist’. Inilah cara untuk ingatkan semula impian kita yang tinggi melangit. Supaya kita tak lupa.
Mataku masih lagi tidak lekang dari merenung ke arah gitarku. Jauh di sudut hati, seringkali aku tertanya...
“Mengapa Tuhan hadirkan ia dalam hidup aku?”
“Kenapa aku insan yang terpilih untuk berusaha cuba memahaminya?”
Ku tulis nukilan ini, kularikkan ayat ini. Semoga ku temui jawapannya, suatu hari nanti. Noktah. Sekian.
Izaa,
2.00 am
24 Julai 2019
Batu Pahat, Johor
No comments:
Post a Comment