Guitarist with epilepsy
Assalamualaikum & salam sejahtera !
26 Mac telah melabuhkan tirainya. Puple Day mewarnai seluruh
pelosok dunia. Izaa nak ucap terima kasih pada yang sudi support kempen Purple
Day sempena hari kesedaran epilepsi peringkat global.
Adik-adik junior yang turut menyokong kempen Purple Day
Siapa tak terharu bila datang
ke kelas, tengok sahabat-sahabat semua pakai baju/tudung warna purple, orang
sekeliling dan masyarakat juga sudi menyokong kempen ini & memakai pakaian
purple pada hari yang istimewa buat komuniti kami. Malahan yang kita tak kenal
depan mata tetapi hanya kenalan di media sosial pun turut sama-sama meraikan
Purple Day. Segala ucapan sokongan dan doa dari semua orang memang amat Iza hargai. Tak apa
kalau tak dapat pakai pakaian warna purple, yang penting semangat untuk sokong
kempen ini pun dah cukup bermakna bagi kami.
Supportive member/kenalan dari jauh & juga dekat
Melalui sokongan anda semua la yang membuatkan kami untuk
teruskan kekuatan. Kekuatan kami adalah dari anda semua. Iza harap komuniti
pesakit serta keluarga pesakit epilepsi terus bangkit dengan semangat untuk
survive. Kita boleh buat apa yang orang lain boleh buat. Malah, kita boleh buat
apa yang orang lain tak boleh buat 😊
Sumber kekuatan Iza
Walaupun ini hanya usaha kecil Iza untuk perjuangkan
komuniti kami, tetapi Iza harap agar mesej yang cuba Iza sampaikan dapat
diterima baik oleh masyarakat. Iza tak pernah malu untuk cuba beri kesedaran
pada semua orang.
Di bawah ialah pautan link teks (melayu & english version) apa yang Iza telah cuba promote dalam semua media sosial, group whatsapp dalam komuniti pelajar UiTM, status, group facebook komunti kami, Instagram story, personal chat whats app dan juga whats app status Iza sendiri:
https://izaaguitarist.blogspot.com/2019/03/purple-day-is-coming.html?m=1
https://izaaguitarist.blogspot.com/2019/03/purple-day-is-coming.html?m=1
Dengan sokongan anda semua, kami harap tiada lagi stigma,
diskriminasi, dan juga pengasingan terhadap komuniti pesakit epilepsi. Semoga
Iza dapat teruskan usaha murni Iza pada masa akan datang. Perlahan-lahan bergerak. InsyaAllah dapat dimajukan lagi. Harapan pada tahun hadapan Iza dapat buat kempen ini secara besar-besaran pula dalam kalangan warga kampus UiTM Puncak Alam. Alright then. Keep spread the
awareness. Assalamualaikum!
#purple day #purpleday2019 #epilepsyday #epilepsyawareness #guitaristwithepilepsy #epilepsyactivist
No comments:
Post a Comment