09 December, 2017

Keterujaan Seorang Doktor

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum! Ini catatan diari Iza untuk bulan Disember 2017 ni. Bila masuk bulan 12 ni, Iza rasa happy sangat. Sebabnya, kalau dikira, genap setahun Iza bebas dari serangan sawan tu. Syukur sangat. Sebelum ni, paling lama 2 tahun, lepas tu Iza tak dapat bertahan. Jadi, sekarang bila capai setahun semula, rasa impressive pulak. Hihi.

Iza buat follow up di Batu Pahat. Jadi, pagi hari Khamis, 30 November, Iza dah free tak ada kelas, jadi Iza balik kampung naik bas sebab Jumaat esok harinya cuti umum Maulidurrasul. 

So lepas sampai terminal bas Batu Pahat petang tu, Abah terus straight hantar Iza ke Klinik Kesihatan Batu Pahat untuk follow up. Ini la for the first time Abah yang hantar & temankan Iza ke klinik. Selama ni, pergi dengan Mama je tau sebab Iza memang lebih rapat dengan Mama. Kali ni Abah yang teman sebab dia yang jemput Iza dari terminal bas, & Mama pulak macam biasa ada kelas mengajar al Quran waktu petang kat surau. Jadi, nak tak nak, Abah la yang kena hantar Iza. Kata anak dara kesayangan kan? Hihihi. Rasanya sekarang anak angkat dia pun dah dapat title kesayangan, siapa lagi kalau bukan Momot si kucing la. 


Momot tengah tidur kat karpet

Bila masuk bilik doktor, okey, MO perempuan. Iza sangat selesa kalau dengan MO perempuan. Kalau dengan MO lelaki kurang selesa, yela lain jantina kan, walaupun doktor tu takkan sentuh kita, cuma yang biasa dia cuma check blood pressure je tapi still takut jugak kalau dengan doktor lelaki haha. Kalau time sekolah dulu masa form 1, tengah demam, doktor tu sentuh dahi nak rasa panas atau tak, means that suhu badan tinggi atau tak. Masa tu terkejut jugak la dia tetiba sentuh dahi, walaupun masa tu Iza belum akil baligh tapi memang kurang selesa rasanya.


Nombor giliran

Okey berbalik pada follow up tu tadi, doktor mesti tanya datang sini untuk apa? Iza jawab nak sambung ambil ubat Epilim. So doktor dah tahu la untuk sambung rawatan epilepsi. Sebenarnya dah lewat seminggu follow up tu tapi dia tak perasan kot tarikh tu dah lewat. And Iza pun tak ada cakap dah tukar appointment kat KK lain tapi nak pindah KK Batu Pahat lagi. Malas nak cerita nanti panjang soalan dia hehe. 

Then, dia tanya bila last kena sawan ni? Iza dengan confidentnya jawab, bulan 12 tahun lepas (waktu semester 6 Iza intern di UPM tapi serangan berlaku masa balik kampung sebab cuti perayaan hari natal/krismas). 

Ini link entri pasal Iza tewas, kalah lagi dengan seizure waktu Disember 2016 : click

Lepastu, nak tahu respons doktor tu? “Bagusnyaaaaaaaaa” sambil tersenyum excited tau. Hahaha terhibur pulak tengok doktor tu, happy semacam bila tahu patient dia dah lama tak kena seizure. 

Serius ah, memang excited la muka doktor tu cerita dia. Yela, tak semua patient boleh keep in constantly free daripada seizure. Salah satu sebab serangan sawan berlaku sebab terlupa makan ubat. Tu yang jadi spoil. Tapi ada juga serangan sawan tak boleh dikawal walaupun dengan ubat. Jadi, dia tanya lagi, so, ni dah setahun la ye, memang tak ada tinggal ubat ea? Tak ada tinggal langsung?

Iza tak tahu nak bagi respons apa. Iza sengih je. Dalam hati cakap, sebenarnya kerap sangat tu tinggal ubat. Dalam seminggu, mesti ada 2,3 kali tertinggal ubat. Cuma luck la, nasib baik tak kena seizure tu hahaha. Cuma malas la nak cakap kat doktor tu, nanti hilang terus keterujaan dia hahhahaa. Lepas tu dia pesan lagi, jangan tinggal ubat tau. Kena sentiasa makan ubat tau. Yela yela, Iza tahu. Cuma baru je hari tu rasa down tak nak makan ubat lagi, tapi harap, bila doktor cakap macam tu, Iza ada semangat lagi nak continue ubat. 


Nombor giliran pengambilan ubat di farmasi

Jadi, Iza kira-kira, tak sabar nak masuk tahun 2018. Nanti kiranya memang tepat setahun Iza free daripada seizure. To be specific, seizure convulsion la. Walaupun aura masih bertandang, & banyak kali rasa nak tumbang, rasa nak kena serangan lagi tu tak payah cakap la, memang banyak kali rasa tapi Iza masih lagi bertahan tak kena serangan sawan yang betul-betul punya. Yeay! 

Jadi itu je la yang Iza nak cerita. Harap dapat kekalkan seizure free tu. Nanti lama-lama boleh kurangkan dos. Tapi nak berhenti ubat tu tak tahu la sampai bila. Okey. Assalamualaikum!

09 November, 2017

Pertama Kali Allergik Ubatan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum & selamat sejahtera!

Kali ni Iza bukan nak cerita pasal epilepsi atau seizure dan sebagainya. Tapi Iza nak cerita berkenaan alahan ubat. Allergik ubat. Mesti ramai juga pernah mengalami masalah ni kan. Dan Iza pun terkena sekali baru-baru ni. Panjang ceritanya. Ni Iza dah bagi warning awal-awal ye, entri kali ni panjang sikit sebab kronologi cerita dari awal sampai habis. Ni pun ada yang kena potong scene dia sebab panjang sangat nak tulis.

Hujung minggu, Sabtu, 4 hb November Iza outing dengan half housemate kitorang, 4 orang dari 8 orang member satu rumah. Kitorang sewa kereta. Saje je round KL & area Selangor. Jalan agak jem & kitorang tak ingat pulak pasal perlawanan bola JDT menentang Kedah malam tu kat stadium Shah Alam. Bila nampak gerombolan kereta para penyokong Kedah & JDT, ouh aah la malam ni kan game Final Piala Malaysia, tak ingat langsung la. Jadi kitorang pun menyambil la cuci mata tengok gelagat penyokong pasukan masing-masing sepanjang jalan raya dengan semangatnya kereta dihias dengan bendera pasukan negeri masing-masing.


KLCC & Bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam


Banyak sangat tempat kitorang round. Pergi Plaza Alam Sentral Shah Alam, & beberapa tempat shopping mall sebab teman member nak beli phone. Lepas tu singgah Damansara kejap member pergi rumah family terdekat dia, lepastu malam tu pergi Kampung Bahru, konon nak makan sedap-sedap la tapi sayangnya salah pilih kedai makan. Pusing-pusing KLCC cuci mata pemandangan dia lawa sangat. Salah masuk parking, kitorang pergi masuk parking bawah tanah Suria KLCC tu nak buat apa dah tengah malam mana ada orang lagi haha. Lepastu round sekitar Bukit Bintang & tengok apa yang berlaku sebenarnya bila di Kuala Lumpur ni. Faham-faham kan kalau area situ ada apa, tapi kitorang cuma lalu je tak join mana-mana aktiviti yang tak elok tu ye. Then, teman member pergi dobi baju kat bandar Puncak Alam lepastu baru la balik kolej UiTM.


Terjumpa Bazaar PakNil pulak

Biasa la lepas balik jalan-jalan round KL tu, kitorang satu rumah memang tidur sepanjang siang tu sebab penat sangat. Dalam satu hari Ahad, 5 hb November tu Iza okey je. Tidur je la maklum la weekend kan. Lepastu Isnin memang Iza tak ada kelas sebab jadual Iza semester satu ni tak padat langsung sebab dapat banyak pengecualian kredit. So, ni la nak cerita, tapi ni pendahuluannya je. Yang tadi tu pengenalan dulu haha.

Ahad malam nak menjelang ke pagi Isnin, 6 November, Iza rasa sakit belakang sangat. Dalam masa yang sama sakit pinggang sebelah kiri. Sepanjang malam Iza tak dapat tidur langsung sebab sakit sangat. Terguling-guling atas katil. Nak baring pun sakit. Duduk pun sakit. Semua serba tak kena. Iza dah syak yang bukan-bukan takut kena batu karang. Kerap kencing pada malam tu tanda-tandanya tapi masa buang air tak sakit pun. Iza dah takut dah kalau kena batu karang ada risiko rosak buah pinggang. Sakit yang Iza kena ni menyerupai simptom sakit batu karang tu jadi Iza dah takut sangat. Sebelum ni Iza banyak kali juga kena. Mula-mula fikir mungkin nak period pain, tapi selalunya dia terjadi bukan dalam tempoh nak kedatangan haid.

Nak dijadikan cerita, member Iza yang sama-sama round KL pun ada sakit pinggang tapi sakit belakang dia lain sikit, kat bahagian tubuh dia yang lain la. Dia la yang drive kereta sepanjang perjalanan. Tapi sakit dia dah berlarutan beberapa hari sebelum kitorang plan nak outing tu. Jadi kitorang pergi la ke Unit Kesihatan (UK) UiTM tu sama-sama untuk dapatkan rawatan dalam pukul 2 petang masa Isnin tu [UK stands for Unit Kesihatan ye bukan United Kingdom].


Tunggu giliran

Kitorang tunggu giliran nombor sebelah-sebelah je. Member Iza, si N ni dia dulu masuk bilik doktor, baru Iza. Kitorang mengalami masalah yang sama cuma N ni ada masalah lain sikit je. Agaknya kalau la doktor tu bukak cerita, ea masalah awak sama dengan patient sebelum awak tu, nak je Iza cakap, haa itulah dia member yang keluar outing sekali round KL tu haha. Nasib baik tak bukak cerita. Yela, privasi & maklumat pesakit kena jaga, mana boleh suka hati buka depan pesakit lain kan.....

Pintu ke bilik rawatan untuk jumpa doktor

Alhamdulillah bukan sakit kidney stone. Doktor cakap sakit otot/muscle. Mungkin kalau sakit masa nak buang air kecil, baru la betul-betul kidney stone. Bila doktor tanya ada jatuh ke? Atau angkat benda berat? Iza tak ada buat atau angkat benda berat pun. Iza tak ada jatuh kat mana-mana. Mungkin sebab Iza penat sangat masa outing KL hari tu. Doktor tu sengih-sengih. “Ooh, ni memang jalan habis la ni. Time jadi student macam ni la nak jalan-jalan kan...” Iza pun cakap, yela time jadi student ni la masanya nak round KL, kalau dah kahwin nanti tak dapat, hehe. Iza banyak habiskan masa duduk kat dalam kereta je, bukannya terlalu banyak berjalan kaki. Kalau banyak berjalan kaki, selalunya cuma lenguh je. Doktor cakap terlalu banyak duduk pun tak boleh tau. Hmm tu la berjalan sakan tak ingat dunia akhirat, kan dah mendapat.

Doktor tanya ada gastrik atau tak, & boleh berjalan lagi ke? Iza cakap gastrik biasa tu ada. Boleh lagi berjalan secara normal. Lepastu doktor cakap, kalau Iza makan ubat tak okey lagi, kena buat x-ray untuk tengok kedudukan tulang dengan otot tu normal atau tak, takut benda tu la jadi penyebab sakit belakang sebab dia tercucuk pada otot.

So, doktor bagi la 5 jenis ubat ni. Satu lagi kena sapu kat tempat yang sakit tu.

Ni list ubat yang pegawai perubatan tu bagi:
  1. Menzza (krim sapu)
  2. Eperisone (Myonal) 50mg tablet
  3. Amorphous Aescin (Reparil) 20mg tablet
  4. Mecobalamin (Methycobal) 500mg tablet
  5. Diclofenac Potassium (Cataflam) 50mg tablet
Krim sapu

Pil tablet

Balik ke bilik around pukul 3 petang, Iza terus makan pil tu semua kecuali pain-killer sebab kalau sakit je baru makan. Iza ni biasa la, selagi tak betul-betul sakit selagi tu la bertahan tak nak makan pain-killer.

Around jam 4 petang, kitorang keluar lagi pergi area Kolej Rafflessia, Angsana & Casuarina. Iza teman member pergi uruskan pos barangan dia. Iza on je kalau tak busy atau penat. Kebetulan, ada program “Port Lepak 2.0” kat Padang Kawad UiTM tu, jadi dah alang-alang dekat kitorang pun datang tengok cuci-cuci mata apa yang ada. Selalunya kalau ada event atau program kat sini memang banyak orang jual-jual makanan & pakaian.


Kawasan kolej blok Rafflessia 2, tiba-tiba throwback zaman nursing, Iza duduk blok R2 tahun 2013, rindunya bilik tu!

Around pukul 5 petang tengah jalan-jalan, perut tiba-tiba gastrik. Melarat jugak sampai malam. Hmm dah fikir bukan-bukan, takkan la sebab makan ubatan untuk relief muscle pain tu. Sebab masa doktor check sakit pinggang tu beliau memang ada tanya, Iza ada gastrik tak? Iza just cakap, memang ada. Then dia tanya lagi, teruk ke? Iza jawab tak. Setakat ni kena biasa-biasa je. Tahap sampai muntah tu pernah kena sekali je. Tak tahu la, mungkin fakor pemakanan Iza yang tak berapa nak terjaga kot. Ok. Malamnya, Iza minum susu untuk legakan gastrik. Alhamdulillah lega dah tak sakit.

Sampai ke siang hari Selasa, 7 hb November, petang tu Iza okey je. Kelas petang Selasa tu cuma jam 2 hingga 3.50 petang. Iza pun balik bilik macam biasa, naik bas Rapid KL dengan tambang Touch n Go RM 0.80. Baru je jalan kaki turun tangga nak ke cafe singgah beli makanan, gastrik datang lagi. Iza biar je dulu. Tahankan beli makanan dulu, konon nak beli makanan tu buat makan alas perut lepas naik ke bilik kat aras 7. Bila sampai bilik, tak tahan juga sakit perut ni, Iza fikir baik pergi ke UK dapatkan rawatan sementara office hour masih buka. Iza naik UniRide (ala-ala macam GrabCar atau Uber tapi khas untuk pelajar dalam UiTM Puncak Alam ni.) Iza takut tak sempat jugak kalau sampai UK dah tutup.

Lepastu tanya kat driver tu, kalau UK tutup, boleh tak tolong hantar ke klinik 1 Malaysia? Dia cakap tak boleh sebab kereta tu limit kat dalam kawasan UiTM je. Aduhai. Kalau tutup macam mana? Terpaksa la Iza balik semula ke kolej minta bantuan wakil warden hantarkan ke klinik sebab dah habis office hour. Sebelum turun kereta, Iza minta driver tu tunggu kejap kalau UK tutup terpaksa la dia kena hantar Iza balik semula.

Hmm, sampai je tengok pintu tu dia letak sign ‘TUTUP’. Tapi Iza try masuk je sebab pintu tak kunci lagi & staff kat kaunter ada lagi. Ok, doktor pun ada lagi nasib baik. Ada juga beberapa orang staff yang masih ada. Then Iza sempat jengah balik ke luar pintu & bagi isyarat tangan kat driver tu okey dia dah boleh tinggalkan Iza & ambil passenger lain.


Nombor giliran

Alhamdulillah masuk-masuk je Iza terus dibagi nombor dan sempat lagi Iza dapatkan rawatan dari Medical Attendance/Pembantu Pegawai Perubatan (MA) perempuan. Keluar dari bilik rawatan, tunggu pegawai farmasi dispens ubat yang doktor dah arahkan. Tak lama pun tunggu. Dapat je kat tangan Iza ubatan tu, akak pegawai farmasi tu tanya kenapa muka merah sangat? Iza dah tersipu-sipu aduh yeke? Dia tanya, sebab tahan sakit sangat ke? Iza iyekan je la pasal Iza pun tak tahu sebab apa muka merah padam. Bila dia cakap okey dah cepat makan ubat dulu, kat situ jugak Iza cepat-cepat telan ubat.

Doktor bagi ubat ni:
  1. Mixture Magnesium Trisilicate (Zellox-LL Liquid)
  2. Ranitidine (Zantac) 150mg tablet
Ubat gastrik

Okey, lega sikit. Iza keluar & balik ke kolej kediaman semula naik bas Rapid KL je. Nasib baik larat lagi tak apalah. Tapi Za perasaan ramai macam perhatikan Iza. Mungkin sebab muka merah sangat tahan sakit kot. Iza memang jenis tak dapat sembunyi reaksi muka bila jatuh sakit.

Jadi Iza ikut laluan yang sama masa balik ke bilik. Sama macam tadi, baru turun tangga nak menghala ke Kolej Dahlia, Iza rasa macam gatal-gatal kat badan. Tapi Iza tak syak apa-apa. Naik lif, Iza dah tergaru-garu gatal badan semakin menjadi-jadi. Sampai bilik, Iza memang menggaru la satu badan. Bila selak, tangan semua naik ruam, bintik-bintik & merah. Ya Allah kenapa ni? Iza minta tolong housemate tengokkan belakang badan, haa memang meruam satu badan. Iza syak ni mesti allergik ubatan!

Tak tahan sangat, member suruh pergi sementara ke sickbay atau bilik sakit kat Dahlia 1, blok sebelah blok Iza, Dahlia 2 untuk minta pertolongan kecemasan. Iza pun terus sumbat tudung & anak tudung ke dalam beg & bawa semua ubatan yang ada (untuk kegunaan doktor ambil sejarah rawatan) dan terus berlari. Sampai kat sickbay, tak ada orang jaga & pintu kunci, Iza call wakil pelajar kolej bertugas yang tertera kat depan sickbay sambil terduduk menahan gatal depan bilik sakit tu. Call seorang, tak dapat. Call seorang lagi baru dapat. Dia nak bagi Iza nombor pegawai SRK yang bertugas tapi lambat tak dapat-dapat. Iza terus sarung tudung & pergi meluru depan pintu lif, ada papan kenyataan untuk pelajar. Ha! Ada pun jadual SRK bertugas untuk bulan November. Iza call la wakil warden bertugas untuk tarikh hari itu, Puan Z. Adui! Call nombor hp dia tak dapat. Dia dah tak guna nombor tu. Sabar. Iza call no rumah dia dulu. Ada lelaki jawabkan panggilan. Mungkin suami dia. Iza cerita la segala-gala yang berlaku sambil terduduk kat depan pintu lif kat lelaki tu. 

Dia pun bagi nombor Iza kat Puan Z. Lepastu Iza pergi toilet. Tak lama tu, Puan Z call Iza. Dia tanya Iza ada transport atau tak nak pergi ke UK ni? Mesti la tak ada huhu. Okey, dia suruh tunggu dia balik dulu untuk tolong hantar Iza ke UK sebab Iza tak ada transport. Dia pun otw balik dari office. Dalam masa yang sama dia tolong call UK sama ada doktor ada lagi atau tak even UK dah tutup sebab dah habis office hour. Nasib baik doktor yang rawat gastrik tadi tak balik lagi. Jadi dia suruh doktor tu tunggu Iza. Dia dah ceritakan sekali masalah Iza mungkin kena alahan ubatan.

Sampai je kat UK, doktor tu tengah duduk kat kaunter. Mula-mula ingatkan nurse yang bertugas haha rupanya doktor yang rawat Iza tadi. Sebenarnya Iza tak cam langsung muka doktor yang rawat Iza tadi sebab Iza kan pelupa, susah nak kenal orang yang baru jumpa! Nampak Iza masuk terus dia tanya, awak ke yang saya baru bagi ubat gastrik tadi? Iza jawab ye. Dia terus tanya kenapa ada alahan ubatan ke? Takkan la salah bagi ubat kot! Memang pelik la kejadian ni sebab jarang nak jumpa orang yang allergik ubat gastrik ni. Iza pun cerita la, ada ambil ubat untuk muscle pain tu.

Iza terus diarahkan ke wad kecemasan & disuruh baring atas katil. Puan Z tadi pun temankan masuk ke bilik rawatan. Iza dah tak fikir apa, cuma harap nak lega cepat je. Beg tercampak kat lantai, kad pelajar pun jatuh kat lantai, faham-faham la kecemasan tu macam mana kan. Doktor pun ambil keterangan sejarah penyakit. Doktor tanya ada sesak nafas atau tak? Iza cakap tak ada. Then, dia check la pernafasan tu semua. Okey, nasib baik sistem pernafasan semua okey. Doktor pasang juga yang ala-ala penyepit ketam bersambung dengan mesin kat hujung jari untuk detect degupan jantung. Bunyi mesin dia, teet teet teet teet teet teet teet.....


Tak habis-habis benda ni dengan gelaran penyepit ketam hahaha


Ni rentetan peristiwa Iza ambil semua ubatan dalam masa satu hari kejadian alahan ubatan:


  • Lunch tengahari: 12 tengahari
  • Makan ubat muscle pain + anti-epileptic: 1 petang
  • Makan ubat gastrik: 5 petang
  • Tindak balas allergik: Kira-kira jam 5.20 petang

Doktor cakap kena cucuk injection la kalau macam tu sebab alahan. Haa memang dah agak selalunya rawatan dia memang injection je la. Tapi dah tak fikir apa masa tu, kalau dah tengah sakit tak kisah pun doktor nak rawat macam mana, nak cucuk ke apa ke asalkan cepat sembuh. Masa dia nak prepare ubat tu semua, dia tanya semula, nak try sapu ubat dulu ke atau nak terus cucuk? Tapi kalau cucuk cepat sikit pulih. Haa Iza dah tak kisah la cucuk pun cucuk la asalkan lega. Seksa derita jugak ye bila alahan ubat ni huhu. Bila dah terlantar atas katil wad, faham-faham la perasaan dia macam mana kan.

"Okey, cucuk injection kat tangan lengan sebelah kanan" Dalam hati cuma mampu berdoa, Ya Tuhan, selamatkan hambaMu, ni tahap redha la sangat. Iza cuma pandang arah dinding je. Kadang-kadang jeling jugak apa lah yang dia nak buat kat aku ni? Nampak doktor prepare alatan nak rawat orang. Dia buat kerja seorang je tapi relax je. Cool tu memang penting. Mana boleh gelabah kan? Memang berpengalaman dan familiar handle kes pesakit. 

First dia nak cucuk branula dulu. Tiub tepi tu warna pink alololo comel sebab warna kegemaran Iza tapi bukan perkara best ye kena cucuk jarum. Dah seram jugak Iza kalau dia dah tekan-tekan urat tangan sebelah kanan sebab urat Iza kecik sikit. Bila urat kecik, nak cucuk jarum ambil darah selalunya susah, tapi bergantung keadaan patient kalau dia relaks, senang nak cucuk, kalau nervous sangat pun tak dapat cucuk. Iza tak takut jarum pun, relaks, jarum je kot. Tak mati pun. Setakat ambil darah tak nervous, tapi cucuk branula tu seram jugak la, pasal dulu pernah kena memang takkan lupa first time pengalaman kena cucuk branula untuk masuk air sebab baru lepas serangan sawan kat emergency ward masa kat hospital. Masa tu rasa nak lari dari katil je, takut sangat tapi nak buat macam mana, nurse dengan doktor nak selamatkan nyawa, serah diri je la? Hahahah


Kena cucuk jarum


First step, doktor memang akan tekan urat kita. Lepastu dia akan ikat 'torniquet' atau tali, ataupun boleh guna rubber glove. Lepastu sapu chloroform/alcohol & baru boleh cucuk jarum. Ni memang prosedur biasa semua doktor guna.

Pergh, bila dia sapu alkohol chloroform tu, Iza dah tahap redha je. Biasa la nak kena cucuk, mesti tahap ‘menyerah diri’ je kan. Tapi serah diri tu maksudnya serah diri atau tangan kita tu kat doktor untuk kena cucuk jarum, bukan Tuhan hahahaha. Nak cepat sembuh punya pasal. Bukan apa, siapa la yang suka kena cucuk jarum. Sakit kot. Tapi pelajar perubatan dah dilatih untuk ada sifat empati dalam diri bila rawat pesakit terutamanya bila melibatkan prosedur rawatan yang menyakitkan. Diorang kena pandang juga dari sudut perasaan pesakit yang diorang rawat. 

Bila doktor cakap “cucuk sikit ye”, haa that time kau tahu la tahap berserah dirinya tu macam mana. Masa cucuk tu memang la obviously tangan kita macam kejang sikit atau mengeras sebab sakit masa jarum masuk, jadi Iza keraskan tangan. Doktor suruh lembutkan tangan tu. Haaa habis cucuk. Dapat la sejarum kat tangan tu. Doktor pesan tangan jangan gerak-gerak. Memang tak berani la gerakkan tangan, kaku habis kat atas katil.

Lepas cucuk branula tu, doktor tutup tiub tu dulu. Lepastu dia prepare syringe/picagari & ubat untuk injection punya. Pergh bapak besar gila picagari dia nak guna tu aduhai macam mana la kalau dapat se’das’ tu. Selalunya injection untuk vaksin kita ambil saiz jarum & picagari dia kecik je comel je, tapi kali ni, ubat untuk hentikan alahan, memang terbaik la besar dia punya picagari. Tapi nasib baik cara dia bagi injection cucuk kat tiub branula tu, bukan cucuk kat kulit lengan atas macam selalu. Huh syukur tak cucuk macam biasa nanti bengkak seminggu nak buat apa-apa semua payah. Bukan setakat bengkak tangan, hati pun ‘bengkak’ je rasa.

Then lepas cucuk tu, tak lama, Alhamdulilah gatal tu kurang sikit. Doktor pun cakap dah okey sikit sebab tadi dia tengok bibir Iza bengkak & muka naik merah sangat. Lepastu datang seorang pegawai perubatan, MO perempuan jugak & nurse tanya keadaan Iza macam mana dah okey ke belum? Sebab pelik jarang orang allergik ubat gastrik ni. Doktor pun mintak keluarkan semua ubat yang Iza ada ambil sepanjang hari ini dari beg Iza.


Cardiac table

Ubat Epilim untuk kawal epilepsi tu memang Iza bawa sekali walaupun tak ada kena mengena pun dengan alahan ubat tu tapi at least kena tunjuk juga kan? Bila nampak je foil tulisan purple tu, doktor terus straight forward, awak ada epilepsi? Iza pun iyakan.

Iza tunjuk semua pil ubatan yang Iza ambil start dari kronologi yang Iza tulis kat atas tu. Walaupun doktor tak dapat detect ubat yang mana satu penyebab allergik ni, tapi Iza kena cuba elakkan dari semua ubatan yang Iza ambil buat sementara waktu ni. Jadi, Iza kena stop ubat muscle pain & ubat gastrik tu dulu. Sempat pulak doktor menyakat, tapi ubat Epilim tu tak boleh tinggal ye, kena makan jugak! Sambil bagi warning kat Iza. Yelaaa tahu hmm. Cuma ubat sapu je boleh guna macam biasa sebab kalau alahan sebab ubat sapu tu, mesti dia cuma bagi kesan alahan pada bahagian tubuh badan yang disapu ubat tu je. 

Then doktor bagi ubat yang baru untuk allergik:
  1. Prednisolone 5mg
  2. Cetrizine Dihydrochloride (Zyrtec) 10mg
Ubat allergik

Doktor yang MO tu pegang tangan Iza, rasa panas, ada demam ke? Iza jawab tak ada. Lepastu doktor check suhu badan, 34.6, okey memang confirm tak demam ni. Mungkin seba gatal ruam tu jadi suhu badan pun naik tapi tak mencecah demam. Tapi kepala Iza memang rasa sangat panas waktu alahan tadi. 

Bila semua tengok Iza dah lega, baru la doktor cabut balik jarum branula tu. Jadi, doktor bagi konklusi, kena elakkan dulu semua ubatan yang Iza ambil untuk muscle pain & gastrik tu dulu sebab tak tahu yang mana satu ubatan penyebab alahan. Atau mungkin juga faktor pemakanan yang Iza makan, sebab kita pun tak tahu yang mana satu tapi setakat ni segala jenis makan Iza bedal je okey je tak pernah alahan teruk. Ubat Epilim tu pulak kena makan macam biasa la haha tak pasal dia pulak terlibat sama. Iza kena makan pil yang dia bagi baru ni untuk legakan alahan. Tapi kalau nak try an error ubatan yang mana boleh menyebabkan alahan, boleh je cuba ikut satu-satu jenis, lepastu nanti makan pil alahan tu. Haha memang tak laa Iza nak try. Mungkin ubat gastrik yang jenis cecair putih kapur tu boleh la berani nak ambil kot kalau gastrik datang lagi.

Okey, dah boleh keluar dari bilik kecemasan tu. Iza sempat lagi dengar diorang berbual. Doktor yang rawat Iza tu memang dah biasa handle kes emergency alahan ubatan ni. Power la jugak doktor tu. Lepastu semua orang belum solat alaa semata-mata nak tolong pesakit, diorang sampai belum solat Asar hmmm kesiannya, sanggup berkorban demi pesakit... So, kitorang terus keluar sama-sama semua. Akak nurse tu siap tolong papah Iza sampai keluar dari UK sampai la ke kereta staff SRK tu. Dia takut kalau Iza pengsan huhu. Beg Iza pulak staff SRK tu nak bawakkan. Iza cakap tak apa Iza larat lagi semua tapi semua orang nak tolong ringankan sakit. Terharu sangat.

Jadi begitulah al kisahnya Iza for the first time kena allergik atau alahan ubat. Dahsyat jugak sakit alahan ubat ni ye. Jangan main-main. Hmm anggap la sakit ni penghapus dosa. Atau mungkin ini satu peringatan dari Tuhan. Sejak kebelakangan ni, Iza agak lalai dari Tuhan. Bila dibagi sakit, baru ingat Tuhan kan? 

Tapi Iza sangat bersyukur sebab baru kena pertama kali alahan ubatan. Macam mana la orang yang ada alahan makanan tu ye? Tak boleh makan seafood. Mesti sedih kan? Iza syukur sangat boleh lagi makan seafood. Cuma tak boleh makan kerang je tapi cuma sakit perut je, tak ada la sampai naik alahan seluruh badan. Tapi dalam tak boleh makan kerang tu, Iza bedal jugak sebab sedap kot makan kerang! Yela, degil kan? Tapi Iza jarang sangat makan kerang, sekali-sekala je makan hmm.

Jadi, memang macam-macam la peristiwa kejadian berlaku sepanjang beberapa hari tu. Satu-satu penyakit datang dan pergi. Kalau dah namanya malang sudah jatuh, ditimpa tangga kan? Ulang-alik ke UK 2 kali, naik UniRide dalam keadaan risau takut UK dah tutup, cari bantuan rakan bertugas waktu kecemasan, terduduk seorang diri depan lif, cari staff SRK mintak tolong hantar ke UK, lepastu datang lagi ke UK dalam waktu lepas office hour tapi syukur sangat doktor belum balik. 

Terima kasih pada semua member Iza yang tolong Iza walau sekecil bantuan pun Iza hargai, terima kasih pada Puan Z sebab jaga kebajikan pelajar kat sini, terima kasih staff perubatan Unit Kesihatan UiTM Puncak Alam, terutamanya para doktor, bantuan anda memang dihargai oleh pesakit, tugas anda memang mulia. Bila kita dalam kecemasan perlu perhatian perubatan, setiap saat yang berlalu dianggap sangat berharga. Orang tolong kita dari sekecil kebaikan sampai la yang paling besar, kita akan ingat sampai bila-bila. Cuma Tuhan je boleh balas budi semua orang. Terima kasih semua!

Okey, dah masuk page ke 7 words Iza tulis ni. Semoga bermanfaat. Ambil iktibar dari kisah Iza. Assalamualaikum!

28 October, 2017

Alamak kantoi sudah

Bismillahirrahmnirrahim 
Assalamualaikum! Salam sejahtera semua
Tiada secantik bahasamu

Kugubah lalu menjadi lagu

Tidak setanding paras 

Wajahmu itu menjadi rindu

Andainya bulan retak seribu

Bayangmu ada di mana-mana


Ok ok dah stop! Hehe tiap kali orang sebut salam sejahtera, Iza mesti terus dalam otak teringat intro lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Samudera ni. Syok weyh lagu ni. Lagu ni siap jadi caller ringtone phone Iza tau.


Minggu ni dah nak masuk minggu ke 7 Iza berstatuskan pelajar UiTM Puncak Alam. Alhamdulillah semua setakat ni okey je. Classmate & housemate semua baik. Iza pun dikelilingi orang sekeliling yang memahami keadaan Iza. Syukur sangat.


Bab sistem neurologi, yang mana organ utamanya ialah otak. Epilepsi berkaitan dengan otak & neurologi.


Kelas subjek Anatomy & Physiology di dewan kuliah Fakulti Sains Kesihatan.

To be honest, dah minggu ke 6 kalendar akademik berjalan, Iza baru la ingat nama-nama member kat kelas tu huhuhu. Iza kalau ada kawan baru memang take time sikit nak ingat muka & nama. Masa semester 1 diploma dulu, dah nak habis semester Iza baru hafal nama-nama member lelaki kat kelas tau huhu malunya tapi itu la realitinya.

Erm, masa awal-awal berkenalan dengan orang baru, kita mesti rasa malu & segan kan. Iza pun jenis malu-malu kucing. Kalau member tu ramah, Iza baru boleh ramah. Kalau member tu senyap, Iza pun jadi senyap. Tapi Iza jenis mudah mesra even pemalu.

Bercakap pasal bila kita jumpa kenalan baru, satu cabaran yang Iza nak hadap ialah, bila nak beritahu masalah neurologi yang Iza hadapi pada rakan-rakan baru. Heh, nampak macam benda simple je kan, tapi Iza tak berapa confident bab ni. Orang paling penting Iza kena beritahu ialah semestinya roomate, rakan sebilik. Second, mesti la housemate, rakan serumah. Dan selepas tu baru la classmate, rakan sekelas. Sebab apa roomate penting? Sebab dia la manusia yang memang akan jadi sebahagian dari hidup kita sepanjang semester pengajian berlangsung. Dia la yang akan menghadap segala karenah dan perangai kita sepanjang kita bersama di bawah satu bumbung. Housemate pun penting juga. Tapi, sebab Iza memang selalu fit waktu tidur, and roomate la yang jadi saksi Iza tidur sebab katil sebelah je kan.




Iza bersama sebahagian dari housemate kami semasa outing di Shah Alam (yang lelaki tu bukan ye haha)

Masa berkenalan tu, Iza takkan cakap direct pasal rahsia Iza. Selalunya Iza akan perhatikan dulu orang ni jenis macam mana. Mulut laser tapi hati baik? Atau sebaliknya. Jenis mudah simpati? Jenis faham keadaan orang lain? Kiranya Iza akan kenal dulu hati budi rakan sekeliling. Iza kena ambil masa dulu sebelum nak cerita hal sebenar.

Kecuali bila member banyak tanya contohnya sejarah Iza dulu ambil diploma dari course apa, then pasal apa Iza masuk degree agak lewat setahun dari diorang. Sebab itu semua punca dari Iza pernah tangguh pengajian selama 2 semester/1 tahun sebab pertukaran program kejururawatan kepada mikrobiologi. Haa, bila dengar jalan cerita Iza yang berliku ni, mesti diorang pelik, "pasal apa kena tukar course? Awak tak minat course tu?"




Rimbunan pepohon kawasan Fakulti Sains Kesihatan yang pernah menjadi saksi Iza mengimbau kembali kisah hidup Iza dengan kenalan baru

And you know that time, itu la masa Iza kena mengaku pasal penyakit epilepsi ni. Selalu Iza takkan cakap direct, "saya penghidap sawan." Iza akan cakap, "saya penghidap epilepsi" Sebab Iza suka uji tanggapan orang. 



"Tahu tak epilepsi tu apa?" 

Ikut pemerhatian Iza, memang majoriti takkan tahu epilepsi ni apa. Ada yang pernah dengar tapi tak tahu. Ada yang tak pernah tahu langsung. Tapi, bila member yang ada background study dalam medic, diorang memang sedia maklum dan faham. Jujur, Iza tak berapa suka cakap term ‘sawan’ ni. Sebab bila cakap pasal sawan, masyarakat akan ada bayangan atau tanggapan yang tak berapa nak elok untuk Iza dengar. Gila, sakit mental. Itu yang buatkan Iza benci nak sebut.

Bila cakap dengan staff perubatan, doktor, nurse, ataupun golongan professional macam pensyarah Iza sendiri contohnya, Iza memang akan guna term epilepsi. Sebab diorang memang faham & Iza tak perlu la nak terangkan banyak kali pasal penyakit ni. Kalau staff perubatan, diorang biasa je sebab dah biasa hadap patient yang penyakitnya macam-macam jenis. Tapi, selalunya lagi-lagi bila lecturer, diorang macam terkejut la selalunya bila dengar Iza mengaku. 



“Epilepsi? Sawan?” 

Dengan respons muka diorang yang tak boleh blah. Aduhai. Iza angguk je & tersengih-sengih sambil tahan malu. Tapi selalunya golongan professional macam diorang ni memang akan betul-betul faham masalah ni macam mana.


Subjek Anatomy & Physiology. Antara salah satu subjek wajib yang dipelajari pelajar perubatan & sains kesihatan. Iza tak terkecuali turut wajib ambil subjek ni. Kebiasaannya sesiapa yang belajar subjek ni, diorang akan lebih faham fungsi tubuh manusia & pelbagai penyakit. Jadi, pemikiran & pengetahuan staff perubatan tak akan ada stigma pasal penyakit epilepsi.


Mula-mula asalnya, Iza ada luahkan perasaan kat facebook pasal hal takut nak beritahu penyakit pada kawan-kawan baru ni. Then, kenalan Iza kat alam maya, facebook yang ramai dah sedia maklum Iza ada epilepsi ni, diorang bagi pendapat Iza patut bagitahu juga. Cuma Iza belum sedia nak beritahu. Bukan senang tau nak cakap perkara yang diri sendiri pun rasa rendah diri. Sebab tak semua orang faham dan boleh terima penyakit yang memang selalu disisihkan masyarakat.

Okey, Iza memang ada plan nak cakap pada roomate & housemate pasal sakit ni. Tapi nantilah dulu. Kita hold time dulu ye. Tunggu masa yang sesuai Iza nak cakap. Tapi semua yang dirancang tak menjadi. Sebab apa? Sebab dah kantoi dulu! Hahahaha.

Nak dijadikan cerita, Iza ada buat memo pada screenlock phone Iza. Macam ala-ala wasiat la tu. Ye la, kita ni hidup kat perantauan, sebatang kara, kalau jadi apa-apa, tapi tak ada orang terdekat atau waris nak dihubungi, kalau jadi apa-apa atau hal kecemasan, kan susah nanti? Tapi harap-harap la jangan berlaku perkara yang tak elok.


Iza letak nombor telefon Mama kalau dalam kawasan Batu Pahat atau Johor & roomate Iza untuk dihubungi kalau dalam kawasan UiTM atau berdekatan. Manalah tahu, kalau phone hilang tercicir, ada manusia yang baik hati nak pulangkan, boleh la contact nombor tu. Kalau dalam kes Iza diserang sawan, nombor telefon tu la waris atau kenalan Iza yang terdekat untuk dihubungi.



Screenshot dari lockscreen phone Iza
Iza (tengah) bersama roomate (kiri yang ada spec kat kepala) & salah seorang housemate kami

Satu hari, roomate pinjam phone Iza. Saja-saja nak selfie guna kamera phone Iza. Sekali tu, terbaca la memo tu kat lockscreen. Haa dah kantoi. Housemate pulak tahu pasal rahsia Iza ni pasal diorang terbaca status Iza kat WhatsApp status. Biasa la, Iza memang 24 jam asyik update status mengalahkan artis. Sekejap cakap pasal rindu kucing, sekejap cakap pasal mood down, sekejap cakap pasal tak ada semangat nak makan ubat, sekejap masukkan kesedaran pasal epilepsi ni. Waktu tu la terkantoi.

Tapi Iza bersyukur sebab semua orang faham pasal penyakit ni. Iza tak minta simpati, cuma nak orang faham dengan keadaan Iza. Cuma ada yang macam tak percaya Iza berstatus penghidap epilepsi ni sebab fizikal Iza nampak sempurna. Iya, kami memang secara fizikal sihat, cuma bila penyakit datang menyerang, baru la korang nampak kami ni sebenarnya ada masalah kesihatan. Selalunya Iza baik-baik je, Iza hidup macam orang normal tapi cuma bila sakit datang, waktu tu la harap semua orang faham & tolong Iza semampu yang boleh.

Masa Iza cerita segala-galanya pada member yang baru kenal, diorang memang ada effort nak tahu macam mana penyakit tu berlaku, seizure triggers, & macam mana nak handle situasi bila berhadapan dengan serangan sawan. Iza seboleh-bolehnya tak nak menyusahkan orang sekeliling, tapi Iza beritahu juga perkara yang boleh & yang dilarang buat kalau serangan sawan berlaku. Contohnya....


Perkara yang patut dilakukan:


> Ambil tempoh masa serangan sawan berlaku. Kebiasaannya, serangan sawan akan berhenti sendiri. Jadi, orang sekeliling tolong jangan panik dengan keadaan kami.
  1. > Jika serangan melebihi tempoh 5 minit, atau kami sedang melakukan aktiviti yang meningkatkan risiko kecederaan contohnya mandi, berenang, atau khusunya wanita hamil, bantu dapatkan perhatian & rawatan pegawai perubatan.
> Kalau macam Iza menetap di kolej kediaman, housemate kena contact Jawatankuasa Pengurusan Kolej & warden wakil kolej kalau berlaku selepas waktu office hour. Kalau dalam office hour, Unit Kesihatan UiTM la yang patut dihubungi.

> Pastikan pesakit dapat bernafas & oksigen. Baringkan pesakit dan tegakkan kepala dengan beralaskan bantal atau apa-apa objek. Pastikan pengudaraan yang mencukupi. Senang cerita, cara pertolongan kecemasan pesakit sawan macam kami ni macam bantuan orang yang pengsan.



Perkara yang dilarang:

> Jangan masukkan sebarang objek contohnya kain atau sudu ke dalam mulut. Walaupun kami tengah struggle gigit lidah atau mulut berbuih, biar sahaja. Cuma pastikan kami boleh bernafas atau tak tersedak kesan mulut berbuih. Masukkan apa-apa objek boleh jadi semakin bahaya. Jangan cuba paksa kami telan pil atau ubat yang kami biasa ambil walaupun sedia maklum kami memang terlupa makan ubat. Sebab ubat tu tak boleh hentikan serangan. Ubat yang kami ambil cuma berfungsi untuk kurangkan risiko serangan sawan berlaku dengan lebih kerap.

> Cuba goyangkan badan pesakit. Waktu sawan menyerang, kami takkan ingat apa-apa. Biar sahaja serangan berhenti & pesakit sedar sendiri. Jangan cuba tepuk-tepuk pipi atau kejutkan kami dengan cara kasar atau paksa. Kami sendiri tak sedar sawan sedang menyerang.


Okey boleh? 


Sekali lagi Iza ucap terima kasih sebab faham keadaan kami. Terima kasih orang sekeliling yang sentiasa ingatkan Iza makan ubat, ingatkan Iza jaga kesihatan sebab kadang-kadang kita tak kuat nak lawan penyakit ni. Dengan adanya orang sekeliling macam korang la kami jadi kuat semula. P/s, semalam Iza tertinggal ubat waktu malam & semalamnya pun sama hehe biasalah tu tapi Iza okey lagi. Okey la, sebenarnya tadi Iza baru lepas praktis gitar, jari sakit tau tekan tali gitar. So kena stop menaip. 

Bye assalamualaikum!

05 October, 2017

Aku tak kuat

Saat macam ni, aku rasa longlai. Sehingga terdetik dalam hati, kalau nak tewas, aku tak kisah. Tewas sahaja di mana-mana. 

Kepala aku terasa berat. Pening. Keadaan sekeliling sangat crowded. Keadaan macam ni tak sesuai dengan tubuh aku.

Ahh. Peduli apa. Baik aku search Grab Car. Asalkan aku cepat sampai ke katil bilik. Sekarang baru nak masuk jam 11 am. Ambulans UiTM cuma boleh ambil aku pada jam 2.30 petang nanti.  Sekarang baru jam 10.30 pagi. Ada lagi tempoh 4 jam. Memang tak la aku sanggup nak berlama kat sini.

RM 30 tambang tertera. Aku jeling wang tunai di dalam dompet. Nasib baik ada wang lebih. 

Tak sampai 5 minit aku booking, pemandu pun tiba. Haa, tak sabar nak sampai kolej.

Aku tahankan sahaja rasa nak muntah. Sepanjang perjalanan aku diam. Mujur pemandu Grab Car itu tak bertanyakan apa-apa. Mungkin jenis orang pendiam. Atau tak berapa peramah. 

Aku selamat tiba di kawasan kediaman kolej.

Aku berlari. Selaju yang mungkin walau dalam keadaan kepala aku melayang.

Aku rebahkan tubuhku. Lega!

Aku tak suka keadaan ini. Aku paling benci bila tersekat dalam dua keadaan. Seizure stuck tapi dia tak sampai ke kemuncaknya.

Aku tak rasa mahu menangis. Tapi aku geram dengan diri aku sendiri. Aku sakit hati dengan keadaan aku.

“Kenapa aku tak kuat? Kenapa aku tak dapat lawan?”

Perlahan-lahan air mata jatuh membasahi pipi. Titis derita yang tak mampu aku hadap. 


Titis air mata membasahi pipimu. Ku tahu kau cuba terbaik kau mampu.

Aku tewas bukan dengan cara rebah ke lantai. Tapi aku tewas dengan kekuatan aku sendiri. Aku tak mampu menghadapi perit ini. 

Terdetik dalam hati nak luahkan pada Mama? No. 

Aku tahu kekuatan itu semua daripada Mama. Tapi saat macam ni, aku tak mahu buat Mama susah. Apa yang berlaku sekarang ni cuma sebab aku tak kuat nak lawan cabaran hidup aku.

Termenung aku sehingga kering air mata. Air mata yang membawa segala pedihnya hati. Moga duka lara ini dibawa pergi bersama titisan air mata. 

Gadis itu terlelap. Bersama dengan sebuah kesedihan. Tanpa ada sesiapa mengetahui.


Babak Kehidupan Dunia

Tipikal suasana klinik kesihatan atau di mana-mana hospital utama. 
Pesakit di ruangan menunggu sangat padat dan sesak. Dalam keadaan begini, tubuh aku mula rasa tak sihat. Persekitaran yang macam ni tak sesuai dengan tubuh aku. Aku mula rimas.

Aku tercari-cari arah bilik pegawai perubatan. 
“Pada kad dia tulis 5A, tapi tak ada bilik tulisan 5A, cuma bilik 5 ada la. Hmmm.”

Aku perasan kelibat seorang anggota keselamatan. Pada mulanya aku syak itu seorang askar tetapi jelas pakaiannya sangat berbeza. Tapi aku tak tahu anggota keselamatan daripada jabatan mana? Ah, sekarang ni betul ke bilik 5A tu sama dengan bilik 5? 

Lama aku fikir fasal bilik pegawai perubatan yang aku nak tuju. Oh ye la ni, bilik itu kot. Terpampang di muka pintu bilik berlabel ‘BILIK 5’. 

Di hadapanku tersedia bangku di ruangan menunggu. Perlahan-lahan aku mendekati bangku itu. Aku duduk. Seorang lelaki duduk berselang satu buah kerusi dari aku. Sisi mata aku memperlihatkan seorang lelaki lengkap memakai kasut putih seperti seorang pelajar sekolah tetapi memakai seluar putih. 

“Serba putih? Pakaian apa ye? Macam seluar jururawat pun ada tapi aku syak kasut dia tak menunjukkan penampilan seorang jururawat.” Aku menjeling. Baju t shirt. Di sebelahnya pula seorang anggota polis. Aku terus membuat konklusi. Hmm....

Banduan dalam tahanan polis. 

Terdetik juga risiko bahaya bila duduk bersebelahan dengan seorang pesalah jenayah. Tapi takkan la dia biar macam tu je. Mesti la sepatutnya ada kawalan anggota keselamatan. Aku menoleh ke belakang. Ooh. Seorang pegawai polis dan juga seorang staff jabatan penjara. Baru aku faham.

Lama juga aku duduk bersebelahan lelaki itu. Nombor giliran silih berganti. Setibanya giliran lelaki itu, mereka semua beredar masuk ke dalam bilik rawatan pegawai perubatan dengan kawalan ketat. Pistol jelas terselit di bahagian sisi seluar anggota keselamatan yang mengawalnya. Sebelah tangannya sedia bergari bersama seorang anggota polis yang mengiringnya.

Inilah pertama kali aku melihat babak kehidupan yang tak pernah langsung terdetik dalam perasaan aku ingin melihatnya sepanjang aku bergelar pesakit di klinik mahupun hospital. Seorang banduan dirujuk ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan doktor.

Mindaku terus menerawang ke segenap pelusuk sisi kehidupannya. Aku cuba menyelami dari sisi hidupnya. Apakah agaknya perlakuan jenayah masa silamnya? Apakah kesalahan dalam masa lampau sehingga dia sanggup mencabar undang-undang negara lalu meringkuk di dalam tirai besi? 

Tergambar terus rutin harian banduan tahanan polis dari dalam dinding konkrit yang rapat dan di sebalik sebuah tirai besi yang kukuh. Sebuah realiti kehidupan manusia yang tak pernah tercapai pada akal fikiranku. Tersorok dari pandangan dunia luar. Tersembunyi dari pengetahuan masyarakat. 

Bagaimana pula tanggapan masyarakat sekelilingnya? Sedangkan aku yang hanya duduk bersebelahannya sahaja sudah memikirkan pelbagai persoalan. Masih adakah peluang untuk dia bertaubat? Sempat lagikah dia merebut peluang yang ada untuk memperbaiki kesilapan masa silamnya? Atau adakah dia masih ditakuk lama? Tanpa ada secebis usaha? Atau dia masih bergelut dengan status dirinya?

Persoalan yang berada di benak fikiranku aku biarkan ia berlalu.... Pergi....








01 October, 2017

Bermulanya Alam Sarjana Muda

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum. Now, dah nak masuk minggu ke 4 Iza further study kat UiTM Puncak Alam dalam Environmental Health and Safety Bachelor ni. Kalau ditanya sekarang macam mana, erm, Alhamdulillah setakat ni okey je, Iza happy kat sini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi setakat ni semua berjalan dengan lancar. I mean, nothing to worries about my health condition. Tak ada syarat kelayakan dari segi kesihatan untuk involve program ni. 


Okey, Iza cerita dari mula la. Kalau ikutkan, pelajar penerapan UiTM cawangan Selangor ni kena daftar kolej 10hb September, barulah 11 September untuk pendaftaran akademik. So, Iza gerak hari Ahad cuma untuk daftar kolej. Babang hantarkan lepastu Abah, Mama, & anak buah Iza yang first, Nur Zahratu Annisa je ikut. Kakak ipar & anak buah yang second, Nurzahra Ammara Zulaikha tak ikut sebab takut kereta tu tak muat & kakak ipar pun kena jaga baby jadi baby sitter. Hari Isnin tu la bermulanya minggu pertama dalam kalendar akademik UiTM.



Anak buah nak tidur masa perjalanan nak ke UiTM


Awalnya, sebelum sampai, Iza ada lalu depan UiTM Kampus Puncak Perdana. Terus teringat kenangan menetap kat situ lebih kurang 4 hari sebelum kena pindah ke kolej kediaman UiTM Puncak Alam masa Iza dalam nursing dulu. Throwback la tu kononnya.


Sepanjang perjalanan tu, shock sangat pasal kawasan sekeliling ni tak sama macam dulu. Pembangunan sini sana. Tak macam dulu okey. Last Iza ke sini 2013. Now dah 2017. Haha patut la dah makin maju.



Pintu hadapan Perpustakaan UiTM Puncak Alam


Bila belok je kat kawasan pintu gate UiTM tu, yuhuu Iza datang! Berdebar rasa. Tak sabar nak cuci mata tengok kampus yang dah lama ditinggalkan. Library yang waktu Za nampak tengah dibina, dah siap, cantik sangat. Dah tumbuh banyak fakulti baru contohnya Fakulti Pendidikan. Kolej kediaman pun dah tumbuh baru contohnya Kolej Dahlia & Kolej Casuarina. Waktu 2013, Kolej Casuarina tu tengah dalam proses pembinaan lagi tau. Lepastu Fakulti Alam Bina pun dah ada.



Bangunan FSK 1,6, FSK 7, FSK 2,3,4


Sebelum sampai ke kolej kediaman, kenderaan keluarga kena parking kat tampat yang disediakan kat kawasan fakulti. Jadi, kitorang kena naik bas yang UiTM sediakan untuk ke kolej kediaman untuk elakkan kesesakan. Iza ditempatkan di Kolej Dahlia ikut fakulti yang ditetapkan pihak kolej. 



Perkhidmatan shuttle bas dari kawasan parking kenderaan membawa pelajar ke kolej kediamana


Hahaha kebetulannya, Iza memang ada kenalan member lama masa Iza study kat UiTM Kuala Pilah. Nama panggilan dia Noni. Pernah juga la satu kelas dengan dia. Just kenal gitu-gitu je. Biasa la excited sibuk asyik upload gambar je kat media sosial, so dia ternampak la Iza upload gambar blok Kolej Dahlia tu kat instagram and dia pun pm Iza.



View Kolej Dahlia 1 dari jendela bilik Iza

Yang lawaknya, boleh pulak Iza dapat bilik bekas bilik dia tu. Bilik yang sama, rumah yang sama, aras yang sama, katil yang sama. Uish panjang jodoh tu. Kat sini pun, tak sangka jumpa ramai member yang dari UiTM Kuala Pilah zaman diploma.



Locker/almari &katil kesayangan Iza kat kolej


Perabot & meja tulis


Alhamdulillah Iza dikelilingi member housemate & classmate yang baik-baik. Minggu pertama kitorang cuma baru didedahkan dengan pengenalan kawasan UiTM, organisasi pentadbiran, staff sokongan, pengenalan program & fakulti, dan macam ala-ala mini oreintasi tapi bukan Minggu Destini Siswa yea. Lecturer pun semua okay. Subjek part 1/semester 1 pun okay lagi setakat ni. Ada subjek yang boleh buat pengecualian kredit jadi rasa ringan sikit bebanan study untuk semester 1. Just worrying about Anatomy & Physiology subjek sebab tu one of a killer-subject. Matilanak! 



Tayangan slide
Subjek & buku kegemaran: Anatomy & Physiology

Minggu ke 2 kalendar akademik, baru la start lecture. Itupun semua baru introduction to subjects. Then, hujung minggu Za balik kampung kat Batu Pahat, Johor. Saje je balik nak try tengok mana arah laluan bas nanti. Lagipun balik sebab semata-mata nak bawa gitar kesayangan balik ke PALAM. Sebab nak bawa gitar waktu lapor diri tu kereta Babang tak muat nak bawa. Jadi, Iza ambil kesempatan balik kampung masa cuti awal Muharam pada hari Jumaat tu untuk balik ke kampung halaman & bawa gitar. Gigih tau bimbit beg isi gitar besar gedabak naik bas travel semata-mata.


Then, next week, minggu ke 3 kalendar akademik, Iza baru ada medical check-up untuk kemasukan degree ni. Kalau UiTM cawangan Selangor, student wajib buat medical check-up kat Unit Kesihatan kampus masing-masing ikut tarikh yang ditetapkan UiTM. Unit kesihatan dia baru lagi sebab pusat kesihatan yang dulu lokasi dia kat area kolej kediaman Angsana & Rafflessia. Sekarang dia kat bangunan baru dekat dengan PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak) & dewan.



Unit Kesihatan UiTM Puncak Alam

So, Iza buat la urine test, lepastu x-ray. Alhamdulillah tulang ribs semua cukup tak ada yang kekurangan, tak ada yang hilang hehe. Lepas tu check mata, ujian warna bagai, blood pressure, ukur ketinggian & timbang berat badan. Yeahoo berat Iza tak naik lagi setakat ni sejak weight loss dratically sebanyak 7 kilogram. Mungkin ada naik turun sikit sebanyak 200 atau 300 gram je. InshaAllah, Iza nak try kurangkan lagi untuk dapatkan berat badan yang agak slim sikit. No wonder la ramai tegur Iza macam dah kurus sikit. Huihui kembang hidung, blushing pipi.



Tunggu giliran


Masa isi borang pengakuan kesihatan secara online sebelum lapor diri, Iza dah buat pengakuan kesihatan diri & keluarga. Jujur je la, Iza tulis yang Iza memang penghidap epilepsi. So, data peribadi Iza dah disimpan oleh pihak UiTM. Waktu jumpa doktor masa pemeriksaan perubatan tu, Iza baru melangkah masuk dalam bilik tu. Doktor tu (doktor perempuan la semestinya sebab nak periksa seluruh badan kan...) suruh baring terus kat katil. Soalan first dia tanya, “awak ada epilepsi?” 


Masa tu, Iza terpinga-pinga nak jawab. Mungkin reaksi muka Iza jelas kelihatan shock depan doktor tu. Sebetulnya Iza dah boleh agak doktor mesti akan tanya dulu soalan tu, tapi biasalah, bila dah masuk bilik doktor, semua benda boleh lupa. Kadang-kadang, nak tanya soalan kat doktor pun boleh jadi lupa. Itu yang Iza macam terkejut bila dia tanya. So, Iza angguk je la. And dia pun macam biasa tanya, ada makan ubat tak.


Yang malunya Iza ingat dia tanya dah makan ubat? Rupanya “ada makan ubat tak?” Huhu nahas Iza. Dah la waktu tu Iza tak makan ubat lagi. Kalau tak nanti banyak la soalan & bebelan yang Iza kena jawab. Sepatutnya jangan lewat makan ubat tapi biasalah, Iza kan, ubat siang sepatutnya makan pagi pun Iza makan pada jam 4 petang. Tapi, nampak macam doktor ni baik, jadi possibility dia nak bebel tu kurang la sikit hihi. Then dia tanya, makan ubat apa, berapa dos, kerap kena fit atau tak, & bila last kena fit. Dia tanya last kena yang Iza kena attack bulan Disember lepas sebab apa, Iza jawab tak tahu, sebab secara tiba-tiba je tanpa aura datang. Tapi semua kemungkinannya sebab lupa makan ubat la walaupun masa tu Iza macam jarang tinggal ubat. Penyebab epilepsi ni pun ditanya juga, so Iza jawab kalau keluarga setakat ni tak ada, tapi ayah saudara pernah ada. So, doktor pun dah boleh buat konkulsi, epilepsi Iza ni secara genetically la kan. 



Hidup bergantung pada bekalan ubat


Bila dah habis check-up tu semua, haa yang ni la Iza lupa lagi. Padahal tadi doktor dah tanya Iza selalu follow up kat mana, & bila lagi tarikh jumpa doktor. Tapi kenapa la Iza tak teringat langsung nak tanya kalau Iza nak buat follow up kat Puncak Alam ni kat mana. Adoi! (tepuk dahi). Kalau boleh Iza tak nak follow up kat Sungai Buloh sebab tak suka. Tapi tengok la macam mana. Next week Iza kena datang unit kesihatan lagi untuk continue rx ni huhuhu.


Homesick tak Iza kat UiTM Puncak Alam ni?



Pemandangan Kolej Dahlia dari atas bukit




Pemandangan di sekitar Kolej Dahlia & Kolej Casuarina dari aras 7 Kolej Dahlia 2

Okey, secara jujurnya, Iza tak rasa lagi homesick. Duduk kat Kolej Dahlia ni rasa seronok la juga. Tak ada la obviously rindu kat mak ayah sangat. Kalau rindu kat kucing, Momot si kuaci tu memang la confirm sebab selalu kat rumah asyik dengan dia je kan. Masa balik rumah haritu, nasib baik la Momot sayang tak merajuk. Bila Iza sampai kat halaman rumah, ternampak Momot duduk kat bawah gerabak Abah. Alololo comelnya!


Lepastu bila tengok reaksi dia, Iza terus terbuat dialog kalau Momot cakap dalam hati, dia mungkin cakap macam ni, “eh, Adik balik?”


Hahaha. Bila naik rumah pergi dapur buka pintu, Iza panggil dia, terus dia berlari menuju ke tuan kesayangannya yang setelah sekian lama dirindui. Alololo. Nampak sangat excited dia dah lama tak jumpa tuan dia hihihi. Mungkin sebab 2 minggu lepas dia dapat sampel Friskies percuma & dia tahu ni mesti Iza punya kerja la hantar biskut dia tu.



Nampak sangat Momot si kucing rindu kat Iza hik hik



Sampel Friskies percuma dari pihak Friskies Malaysia


Sebenarnya Iza dah lama apply permohonan sampel percuma tu kat facebook. Rasa dah sebulan kot baru la dia pos. Iza dah sambung study kat UiTM baru la dia nak pos. Btw, terima kasih Friskies Malaysia. Kucing saya menggemarinya. Sebenarnya semua jenis makanan kalau yang ada title makanan kucing memang kegemaran dia pun haha.


Bila masuk minggu ke 3 kalendar akademik ni, Iza tak homesick sebab baru seminggu lepas balik kampung kan. Tapi masalah Iza satu je, selalu sangat tak ada selera makan. Lepas tu teringat nak makan asam pedas Mama masak huhuhu. Tengahari weekend Iza tak turun beli lunch sebab tak selera. So, Iza makan je la biskut atau makanan ringan je. Dinner, kononnya turun cafe dengan housemate nak makan sama-sama. Tapi bila tengok pilihan makanan yang dijual, hmm tak teringin nak makan. So Iza cuma beli makanan segera yang fishball, naget bagai. Tengok member makan berselera je, tapi Iza tak teringin nak makan. Hmm. Entah la apa masalah Iza. Mungkin sebab nak makan masakan Mama je. Sedih.



Medan selera pelajar Kolej Dahlia


Pasal hal ni la Iza start tulis blog lagi. Sebab nak luahkan perasaan hahaha. Bila dah tulis, haa rasa lega sikit. Tapi bila ingat balik, ala macam la Iza tak biasa kan? Rindu masakan mak tu memang la selalu bila unilife ni. Semua orang akan ada rasa macam tu kan? So, ingat Za, ni cuma sedikit pengorbanan untuk kau capai cita-cita. Make sure segala pengorbanan ni terbalas dengan jayanya. Anyway, semester 1 ni Iza kena dapatkan Dean List. Mesti kena dapat sebab pointer ni penting. Kena maintain pointer tau! Sekarang ni dah ijazah tak mahu main-main lagi macam diploma dulu!



Selfie dengan anak buah


Anak buah Iza snap gambar dengan memo Iza buat untuk naikkan semangat study


Nak maintain pointer, mesti ada stress kan? Haa sebut pasal stress, Iza jadi volunteer untuk research pelajar master dari Fakulti Farmasi buat. Diorang buat topik berkaitan stress. So, Iza jadi salah seorang ‘mangsa’ ujikaji diorang la. Diorang kena ambil sampel darah, sampel air kencing, & sampel rambut. Okey, Iza tak takut jarum, so boleh la try join. Diorang jalankan research ni dari awal sem sampai la waktu final week nanti. Okey, kita tunggu je la result dia, sama ada tahap stress Za okey atau tak.



Blood test (dalam tube tu Iza punya sampel darah)

Btw, dalam nak kena jaga akademik, kita kena balance dengan sosial. So, Iza ada try interview jawatan dalam persatuan akademik. Dapat tak dapat, tu lain cerita. Zaman diploma, Iza dah pernah merasa bersosial dalam organisasi persatuan. Zaman ijazah ni, takkan tak nak cuba kan? Sebab banyak kebaikan yang Za dapat waktu jadi salah seorang biro dalam persatuan. Kalau dapat jawatan tu, InshaAllah Iza cuba yang terbaik. Kalau tak dapat, tak ada rezeki la tu. Cuba lagi akan datang atau pun persatuan lain pula.


Surat tawaran temuduga pengambilan ahli jawatankuasa baharu persatuan


Okey la. Setakat ni je catatan Iza. Baru nak masuk 4 minggu mengharungi alam ijazah. Lagi 4 tahun nak merangkak habiskan unilife ni. Tentu ada macam-macam story Iza nak share. Doakan Iza yang baik-baik. Assalamualaikum!

07 August, 2017

Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM (Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum!

Hehe walaupun belum tentu orang baca entri kali ni tapi Iza tetap juga rasa nak curahkan tulisan. Bila baca post di blog orang pasal dapat tawaran study, Za pun rasa nak menulis juga la. Mana tahu akan datang adik-adik yang rajin google tu baca pulak blog Iza hehe. Okey, sekarang Iza dapat berita gembira. Keputusan permohonan penerapan pelajar semester akhir diploma UiTM sesi 2017/2018 dah pun diumumkan. 

Firstly, Iza memang tak tahu menahu tarikh dia akan diumumkan. Bila member Whatsapp, kak Faziera inform petang tu jam 3 pm result keluar, baru la tahu haha. Betapa teruknya saya. Result tu diumumkan satu hari selepas result UPU diumumkan. Iza memang tak nak fikir sangat pasal tarikh pengumuman tu sebab takut kecewa kalau tak dapat penerapan ni. Sebab Iza dah pernah rasa gagal waktu permohonan UPU selepas SPM tu. Tuhan je la tahu betapa sedihnya. 

Alhamdulillah kali ni permohonan Iza berjaya dan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran di bawah Fakulti Sains Kesihatan di UiTM Kampus Puncak Alam. Iza diterima dari penerapan semester akhir Diploma Mikrobiologi UiTM Kuala Pilah (semester 6). 

Alkisahnya, member classmate Iza ramai dah dapat penerapan ni pasal diorang tak ada latihan industri. Jadi semester 5 diorang dah boleh apply. Iza tak layak apply semester 5 sebab Iza perlu menjalani latihan industri pada semester 6 disebabkan Iza ikut sistem batch senior sebab Iza pernah tangguh pengajian & cuti khas waktu pertukaran program dari Diploma Kejururawatan UiTM Puncak Alam. Ini semua sebab epilepsi juga tapi Iza dah redha tak ada rezeki nak jadi nurse. 

Iza tak ambil kisah hal masalah neurologi Iza iaitu epilepsi bila nak sambung degree dalam sains kesihatan ni. Sebab Iza bukan dibanned terus dari fakulti ni, cuma dahulunya pihak Jabatan Jururawat sahaja yang tak benarkan Iza involve dalam nursing ni. Kalau Iza diblacklist, sepatutnya waktu apply dia dah banned Iza kan? Tak apa, course kali ni bukannya 24 hours nak merawat pesakit kan. Bukan sepenuhnya kat hospital kan? Jadi, Iza tetap nak sambung dalam bidang kesihatan ni sebab memang passion Iza.

Bila terpampang je perkataan tahniah, under sains kesihatan & lebih-lebih lagi dapat kampus kesayangan hamba iaitu PALAM, Ya Allah rasa nak mengalir air mata betapa gembiranya Iza! Iza memang dah berniat nak further study kat PALAM lagi waktu degree. Memang teruja la bila impian tu dah nak tercapai. Walaupun tak dapat jadi pharmacist seperti yang diinginkan pada waktu mulanya, Iza redha. Mungkin bukan rezeki nak jadi pharmacist. Lagipun, tengok pointer Iza rasa tak layak dan memang tak mampu.


Surat tawaran penerapan

Course ni memang first choice Iza dalam permohonan tu. Masa nak mohon tu, kalau tengok pointer, hmm lepas la kot, tu yang Iza cuba mohon je. Waktu link permohonan tu dibuka, Iza intern di UPM. Awalnya, Iza macam malas nak mohon sebab masa tu Iza mengalami homesick yang sangat parah waktu praktikal di UPM. Tak ada semangat untuk praktikal, asyik nak nangis, mengadu kat Mama tiap hari nak balik, setiap minggu sanggup balik Batu Pahat, rasa takut macam gangguan pun ada, dan kemurungan berpanjangan. Semua ni ada kaitan dengan masalah epilepsi Iza jugak. 


3 pilihan program yang Iza pilih

Waktu Iza dapat bertenang, Iza dapat kekuatan dari orang sekeliling, dan boleh berfikir secara waras, Iza pun cuba la apply penerapan ni. Dapat tak dapat, tu lain cerita. Kalau dapat, rezeki. Kalau tak dapat, Iza tak rugi pun. Sebab masa tu Zaa memang tak ada semangat nak sambung degree sebab dah cukup stress study diploma ni. Tapi, yang beri kekuatan ni juga, antaranya ialah sebab Iza masih ingat impian Iza nak sambung degree, bila tengok pointer pun memenuhi syarat kelayakan, lepas tu nak study kat PALAM lagi, and tetap nak juga further dalam bidang health science, dan semestinya nak tingkatkan taraf pendidikan la, sebab Iza belum puas lagi setakat ada diploma ni walaupun belum konvo huhu. So, dari sebab-sebab itu la Iza kuat hati nak apply penerapan ni. 

Waktu mohon, Iza dah survey 3 pilihan tu. Memang ada kemungkinan dapat antara salah satu tu kan. Kalau fisioterapi, Iza kena sedia la nak menghafal bahagian tulang rangka manusia macam waktu nursing dulu. Ulna, radius, femur, carpals, metacarpals, metatarsals, phalanges... Ingat lagi tau walaupun dah lama tinggalkan nursing tu huhu. Kalau dietetik, Iza akan berhadapan dengan perkara yang menjadi kegemaran ramai orang, iaitu makanan.

Last, bila survey kesihatan dan keselamatan persekitaran, Iza akan deal dengan kawalan penyakit, kawalan kualiti air, alam sekitar, makanan, kebersihan, industri dan semestinya more to environment la. Ok, kelihatannya variasi sangat and Iza memang ada minat dengan alam sekitar, jadi Iza pilih course ni sebagai pilihan first dan pilihan yang paling berminat. Alhamdulillah, syukur dapat juga course ni. Ikut hati bila baca surat tu, memang dah confirm la nak pergi. 

Tapi....... Ada tapinya juga....

Bila beritahu Abah, beliau macam tak setuju Iza nak sambung study, sebab dia mungkin tak mampu. Abah nak suruh Iza cari kerja je. Tapi Iza tetap nak sambung study lagi. Hmm, Iza dah fikir dari dulu lagi hal ni. Kali ni Iza memang nak mohon pembiayaan PTPTN tu. Sebab waktu diploma Iza tak mohon PTPTN, cuma memang biasiswa penuh dari PAMA, iaitu biasiswa Papa & Mama. PAMA bukan FAMA tau. Tapi lebih kurang je. Father & Mama. Tapi betul juga, sebab FAMA ni pertanian. Parents Iza bekerja dalam pertanian, sumber pendapatan memang sepenuhnya dari pertanian, jadi Iza gelarkan sebagai biasiswa PAMA la hehehe. Biasiswa ni automatik dapat tau, bila dapat tawaran study, dia automatik lulus tau hehe. 

Alhamdulillah Iza cukup keperluan waktu study diploma kat UiTM dulu. Kali ni Iza tak mahu la susahkan Abah. And Iza nak try mohon mana-mana bantuan kewangan atau pembiayaan untuk ringankan beban parents. How about gaji part time job haritu? Dah lesap ke? Hehehe. Ada la ciput jugak. Iza dah belanja wang tu untuk beli gitar idaman Iza. Takde la idaman pun sebab beli yang murah lagi, bukan macam Taylor yang Iza nak tu. Takpe, Mentreel pun okey la. Iza belum tahap pro lagi kalau nak beli yang mahal pun. Dan wang tu juga Iza beli smartphone baru. Hmm sebabnya smartphone lama asyik restart je, tu yang rasa nak hempas lantai. Bila nak trade in atau jual, macam murah sangat. So, tak jadi jual sebab macam sayang lagi. Bila dah ada yang baru, ya ampun, dia dah tak buat hal dah. Takde restart lagi macam dulu. Sabar je la. Iza tak menyesal pun belanja wang hasil gaji tu sebab aim kerja memang nak beli barang yang kita impikan.


Iza bersama gitar akustik kesayangan, Mentreel

Okey Mama pulak 50/50. Mama cuma risau kalau Iza tak mampu atau tak kuat nak menempuh alam ijazah. Sebab waktu intern je Iza tak tahan, lagi kan pula ijazah nanti? Nanti nangis-nangis mengadu nak balik kampung la, tak tahan la. Erkk tu rasanya every student pun merasa macam tu kan? Tapi Iza ikut kata hati. Iza boleh, Iza kuat. Jadi Iza pun pujuk Mama, memang la waktu intern Iza tak ada semangat. Tapi sarjana muda ni lain. Ni peluang datang hanya sekali. Ini salah satu matlamat hidup Iza jugak. Hati Iza kuat nak sambung study lagi. Iza masih ada semangat nak menempuh alam universiti. Iza masih mampu nak menuntut ilmu. Akhirnya, Mama pun redha. Mama tak kisah pun asalkan Iza sendiri kuat. Alhamdulillah Mama dah beri restu. Lagipun, bukan susah nak pujuk Mama sebab Mama memahami.

Kakak pula awalnya mengesyorkan Iza kerja tapi degree apply PJJ iaitu pelempang jarak jauh pengajian jarak jauh. Hmm Iza rasa tak boleh la kalau buat 2 benda dalam masa yang sama. Pada Iza, kalau nak kerja, baik fokus kerja sahaja. Kalau nak study, baik fokus study sahaja. Tapi last-last, bila tengok qualified ijazah ni Iza boleh dapat peluang pekerjaan yang baik, dia pun tak kisah. Hehe.

Babang pulak tak ada bantahan. Dia tak kisah pun. Lagi-lagi memandangkan Puncak Alam ni tak ada la terletak ceruk pedalaman macam kat Kuala Pilah tu, transport bas awam banyak, kemudahan kat situ pun lebih lengkap, jadi dia tak menghalang. Walaupun Babang dah tak duduk Banting, Iza tak kisah pun tak ada waris terdekat. Iza boleh jaga diri. Relaks, masa seizure ditahan kat sickbay unit kesihatan tu pun Iza tak menyusahkan waris. 

Kakak ipar pulak atau gelarannya kak cuk ataupun kakak oren/kakak oyen, cuma suggest Iza buat PJJ. Ini sebab awal permasalahannya Abah nak suruh Iza kerja tapi Iza nak study. Jadi, jalan ambil PJJ ni jalan terbaik la. Tapi Iza tak boleh nak bahagikan kerja sambil belajar. Iza tak boleh kot. Apapun, itu pendapat orang sekeliling. Bukan tak nak dengar, tapi kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kita sendiri yang merancang masa depan kita. 

Oklah, InshaAllah Abah beri restu. Iza dah pun terima surat tawaran tu. Ini pilihan Iza. Sanggup lagi nak bersusah-payah menuntut ilmu kan. Ikut tarikh, lagi sebulan nak berperang ilmu ni. Counting days. Lepas ni tak ada istilah bermalas-malasan, terlebih tidur, main-main. Iza kena usaha. Doakan Iza berjaya tamat pengajian dengan sempurna and on time, tak nak extent sem hehe. Selamat berjaya wahai diri. Assalamualaikum.