Assalamualaikum & selamat sejahtera!
Kali ni Iza bukan nak cerita pasal epilepsi atau seizure dan sebagainya. Tapi Iza nak cerita berkenaan alahan ubat. Allergik ubat. Mesti ramai juga pernah mengalami masalah ni kan. Dan Iza pun terkena sekali baru-baru ni. Panjang ceritanya. Ni Iza dah bagi warning awal-awal ye, entri kali ni panjang sikit sebab kronologi cerita dari awal sampai habis. Ni pun ada yang kena potong scene dia sebab panjang sangat nak tulis.
Hujung minggu, Sabtu, 4 hb November Iza outing dengan half housemate kitorang, 4 orang dari 8 orang member satu rumah. Kitorang sewa kereta. Saje je round KL & area Selangor. Jalan agak jem & kitorang tak ingat pulak pasal perlawanan bola JDT menentang Kedah malam tu kat stadium Shah Alam. Bila nampak gerombolan kereta para penyokong Kedah & JDT, ouh aah la malam ni kan game Final Piala Malaysia, tak ingat langsung la. Jadi kitorang pun menyambil la cuci mata tengok gelagat penyokong pasukan masing-masing sepanjang jalan raya dengan semangatnya kereta dihias dengan bendera pasukan negeri masing-masing.
KLCC & Bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam
Banyak sangat tempat kitorang round. Pergi Plaza Alam Sentral Shah Alam, & beberapa tempat shopping mall sebab teman member nak beli phone. Lepas tu singgah Damansara kejap member pergi rumah family terdekat dia, lepastu malam tu pergi Kampung Bahru, konon nak makan sedap-sedap la tapi sayangnya salah pilih kedai makan. Pusing-pusing KLCC cuci mata pemandangan dia lawa sangat. Salah masuk parking, kitorang pergi masuk parking bawah tanah Suria KLCC tu nak buat apa dah tengah malam mana ada orang lagi haha. Lepastu round sekitar Bukit Bintang & tengok apa yang berlaku sebenarnya bila di Kuala Lumpur ni. Faham-faham kan kalau area situ ada apa, tapi kitorang cuma lalu je tak join mana-mana aktiviti yang tak elok tu ye. Then, teman member pergi dobi baju kat bandar Puncak Alam lepastu baru la balik kolej UiTM.
Terjumpa Bazaar PakNil pulak
Biasa la lepas balik jalan-jalan round KL tu, kitorang satu rumah memang tidur sepanjang siang tu sebab penat sangat. Dalam satu hari Ahad, 5 hb November tu Iza okey je. Tidur je la maklum la weekend kan. Lepastu Isnin memang Iza tak ada kelas sebab jadual Iza semester satu ni tak padat langsung sebab dapat banyak pengecualian kredit. So, ni la nak cerita, tapi ni pendahuluannya je. Yang tadi tu pengenalan dulu haha.
Ahad malam nak menjelang ke pagi Isnin, 6 November, Iza rasa sakit belakang sangat. Dalam masa yang sama sakit pinggang sebelah kiri. Sepanjang malam Iza tak dapat tidur langsung sebab sakit sangat. Terguling-guling atas katil. Nak baring pun sakit. Duduk pun sakit. Semua serba tak kena. Iza dah syak yang bukan-bukan takut kena batu karang. Kerap kencing pada malam tu tanda-tandanya tapi masa buang air tak sakit pun. Iza dah takut dah kalau kena batu karang ada risiko rosak buah pinggang. Sakit yang Iza kena ni menyerupai simptom sakit batu karang tu jadi Iza dah takut sangat. Sebelum ni Iza banyak kali juga kena. Mula-mula fikir mungkin nak period pain, tapi selalunya dia terjadi bukan dalam tempoh nak kedatangan haid.
Nak dijadikan cerita, member Iza yang sama-sama round KL pun ada sakit pinggang tapi sakit belakang dia lain sikit, kat bahagian tubuh dia yang lain la. Dia la yang drive kereta sepanjang perjalanan. Tapi sakit dia dah berlarutan beberapa hari sebelum kitorang plan nak outing tu. Jadi kitorang pergi la ke Unit Kesihatan (UK) UiTM tu sama-sama untuk dapatkan rawatan dalam pukul 2 petang masa Isnin tu [UK stands for Unit Kesihatan ye bukan United Kingdom].
Tunggu giliran
Kitorang tunggu giliran nombor sebelah-sebelah je. Member Iza, si N ni dia dulu masuk bilik doktor, baru Iza. Kitorang mengalami masalah yang sama cuma N ni ada masalah lain sikit je. Agaknya kalau la doktor tu bukak cerita, ea masalah awak sama dengan patient sebelum awak tu, nak je Iza cakap, haa itulah dia member yang keluar outing sekali round KL tu haha. Nasib baik tak bukak cerita. Yela, privasi & maklumat pesakit kena jaga, mana boleh suka hati buka depan pesakit lain kan.....
Pintu ke bilik rawatan untuk jumpa doktor
Alhamdulillah bukan sakit kidney stone. Doktor cakap sakit otot/muscle. Mungkin kalau sakit masa nak buang air kecil, baru la betul-betul kidney stone. Bila doktor tanya ada jatuh ke? Atau angkat benda berat? Iza tak ada buat atau angkat benda berat pun. Iza tak ada jatuh kat mana-mana. Mungkin sebab Iza penat sangat masa outing KL hari tu. Doktor tu sengih-sengih. “Ooh, ni memang jalan habis la ni. Time jadi student macam ni la nak jalan-jalan kan...” Iza pun cakap, yela time jadi student ni la masanya nak round KL, kalau dah kahwin nanti tak dapat, hehe. Iza banyak habiskan masa duduk kat dalam kereta je, bukannya terlalu banyak berjalan kaki. Kalau banyak berjalan kaki, selalunya cuma lenguh je. Doktor cakap terlalu banyak duduk pun tak boleh tau. Hmm tu la berjalan sakan tak ingat dunia akhirat, kan dah mendapat.
Doktor tanya ada gastrik atau tak, & boleh berjalan lagi ke? Iza cakap gastrik biasa tu ada. Boleh lagi berjalan secara normal. Lepastu doktor cakap, kalau Iza makan ubat tak okey lagi, kena buat x-ray untuk tengok kedudukan tulang dengan otot tu normal atau tak, takut benda tu la jadi penyebab sakit belakang sebab dia tercucuk pada otot.
So, doktor bagi la 5 jenis ubat ni. Satu lagi kena sapu kat tempat yang sakit tu.
Ni list ubat yang pegawai perubatan tu bagi:
- Menzza (krim sapu)
- Eperisone (Myonal) 50mg tablet
- Amorphous Aescin (Reparil) 20mg tablet
- Mecobalamin (Methycobal) 500mg tablet
- Diclofenac Potassium (Cataflam) 50mg tablet
Krim sapu
Pil tablet
Balik ke bilik around pukul 3 petang, Iza terus makan pil tu semua kecuali pain-killer sebab kalau sakit je baru makan. Iza ni biasa la, selagi tak betul-betul sakit selagi tu la bertahan tak nak makan pain-killer.
Around jam 4 petang, kitorang keluar lagi pergi area Kolej Rafflessia, Angsana & Casuarina. Iza teman member pergi uruskan pos barangan dia. Iza on je kalau tak busy atau penat. Kebetulan, ada program “Port Lepak 2.0” kat Padang Kawad UiTM tu, jadi dah alang-alang dekat kitorang pun datang tengok cuci-cuci mata apa yang ada. Selalunya kalau ada event atau program kat sini memang banyak orang jual-jual makanan & pakaian.
Kawasan kolej blok Rafflessia 2, tiba-tiba throwback zaman nursing, Iza duduk blok R2 tahun 2013, rindunya bilik tu!
Around pukul 5 petang tengah jalan-jalan, perut tiba-tiba gastrik. Melarat jugak sampai malam. Hmm dah fikir bukan-bukan, takkan la sebab makan ubatan untuk relief muscle pain tu. Sebab masa doktor check sakit pinggang tu beliau memang ada tanya, Iza ada gastrik tak? Iza just cakap, memang ada. Then dia tanya lagi, teruk ke? Iza jawab tak. Setakat ni kena biasa-biasa je. Tahap sampai muntah tu pernah kena sekali je. Tak tahu la, mungkin fakor pemakanan Iza yang tak berapa nak terjaga kot. Ok. Malamnya, Iza minum susu untuk legakan gastrik. Alhamdulillah lega dah tak sakit.
Sampai ke siang hari Selasa, 7 hb November, petang tu Iza okey je. Kelas petang Selasa tu cuma jam 2 hingga 3.50 petang. Iza pun balik bilik macam biasa, naik bas Rapid KL dengan tambang Touch n Go RM 0.80. Baru je jalan kaki turun tangga nak ke cafe singgah beli makanan, gastrik datang lagi. Iza biar je dulu. Tahankan beli makanan dulu, konon nak beli makanan tu buat makan alas perut lepas naik ke bilik kat aras 7. Bila sampai bilik, tak tahan juga sakit perut ni, Iza fikir baik pergi ke UK dapatkan rawatan sementara office hour masih buka. Iza naik UniRide (ala-ala macam GrabCar atau Uber tapi khas untuk pelajar dalam UiTM Puncak Alam ni.) Iza takut tak sempat jugak kalau sampai UK dah tutup.
Lepastu tanya kat driver tu, kalau UK tutup, boleh tak tolong hantar ke klinik 1 Malaysia? Dia cakap tak boleh sebab kereta tu limit kat dalam kawasan UiTM je. Aduhai. Kalau tutup macam mana? Terpaksa la Iza balik semula ke kolej minta bantuan wakil warden hantarkan ke klinik sebab dah habis office hour. Sebelum turun kereta, Iza minta driver tu tunggu kejap kalau UK tutup terpaksa la dia kena hantar Iza balik semula.
Hmm, sampai je tengok pintu tu dia letak sign ‘TUTUP’. Tapi Iza try masuk je sebab pintu tak kunci lagi & staff kat kaunter ada lagi. Ok, doktor pun ada lagi nasib baik. Ada juga beberapa orang staff yang masih ada. Then Iza sempat jengah balik ke luar pintu & bagi isyarat tangan kat driver tu okey dia dah boleh tinggalkan Iza & ambil passenger lain.
Nombor giliran
Alhamdulillah masuk-masuk je Iza terus dibagi nombor dan sempat lagi Iza dapatkan rawatan dari Medical Attendance/Pembantu Pegawai Perubatan (MA) perempuan. Keluar dari bilik rawatan, tunggu pegawai farmasi dispens ubat yang doktor dah arahkan. Tak lama pun tunggu. Dapat je kat tangan Iza ubatan tu, akak pegawai farmasi tu tanya kenapa muka merah sangat? Iza dah tersipu-sipu aduh yeke? Dia tanya, sebab tahan sakit sangat ke? Iza iyekan je la pasal Iza pun tak tahu sebab apa muka merah padam. Bila dia cakap okey dah cepat makan ubat dulu, kat situ jugak Iza cepat-cepat telan ubat.
Doktor bagi ubat ni:
- Mixture Magnesium Trisilicate (Zellox-LL Liquid)
- Ranitidine (Zantac) 150mg tablet
Ubat gastrik
Okey, lega sikit. Iza keluar & balik ke kolej kediaman semula naik bas Rapid KL je. Nasib baik larat lagi tak apalah. Tapi Za perasaan ramai macam perhatikan Iza. Mungkin sebab muka merah sangat tahan sakit kot. Iza memang jenis tak dapat sembunyi reaksi muka bila jatuh sakit.
Jadi Iza ikut laluan yang sama masa balik ke bilik. Sama macam tadi, baru turun tangga nak menghala ke Kolej Dahlia, Iza rasa macam gatal-gatal kat badan. Tapi Iza tak syak apa-apa. Naik lif, Iza dah tergaru-garu gatal badan semakin menjadi-jadi. Sampai bilik, Iza memang menggaru la satu badan. Bila selak, tangan semua naik ruam, bintik-bintik & merah. Ya Allah kenapa ni? Iza minta tolong housemate tengokkan belakang badan, haa memang meruam satu badan. Iza syak ni mesti allergik ubatan!
Tak tahan sangat, member suruh pergi sementara ke sickbay atau bilik sakit kat Dahlia 1, blok sebelah blok Iza, Dahlia 2 untuk minta pertolongan kecemasan. Iza pun terus sumbat tudung & anak tudung ke dalam beg & bawa semua ubatan yang ada (untuk kegunaan doktor ambil sejarah rawatan) dan terus berlari. Sampai kat sickbay, tak ada orang jaga & pintu kunci, Iza call wakil pelajar kolej bertugas yang tertera kat depan sickbay sambil terduduk menahan gatal depan bilik sakit tu. Call seorang, tak dapat. Call seorang lagi baru dapat. Dia nak bagi Iza nombor pegawai SRK yang bertugas tapi lambat tak dapat-dapat. Iza terus sarung tudung & pergi meluru depan pintu lif, ada papan kenyataan untuk pelajar. Ha! Ada pun jadual SRK bertugas untuk bulan November. Iza call la wakil warden bertugas untuk tarikh hari itu, Puan Z. Adui! Call nombor hp dia tak dapat. Dia dah tak guna nombor tu. Sabar. Iza call no rumah dia dulu. Ada lelaki jawabkan panggilan. Mungkin suami dia. Iza cerita la segala-gala yang berlaku sambil terduduk kat depan pintu lif kat lelaki tu.
Dia pun bagi nombor Iza kat Puan Z. Lepastu Iza pergi toilet. Tak lama tu, Puan Z call Iza. Dia tanya Iza ada transport atau tak nak pergi ke UK ni? Mesti la tak ada huhu. Okey, dia suruh tunggu dia balik dulu untuk tolong hantar Iza ke UK sebab Iza tak ada transport. Dia pun otw balik dari office. Dalam masa yang sama dia tolong call UK sama ada doktor ada lagi atau tak even UK dah tutup sebab dah habis office hour. Nasib baik doktor yang rawat gastrik tadi tak balik lagi. Jadi dia suruh doktor tu tunggu Iza. Dia dah ceritakan sekali masalah Iza mungkin kena alahan ubatan.
Sampai je kat UK, doktor tu tengah duduk kat kaunter. Mula-mula ingatkan nurse yang bertugas haha rupanya doktor yang rawat Iza tadi. Sebenarnya Iza tak cam langsung muka doktor yang rawat Iza tadi sebab Iza kan pelupa, susah nak kenal orang yang baru jumpa! Nampak Iza masuk terus dia tanya, awak ke yang saya baru bagi ubat gastrik tadi? Iza jawab ye. Dia terus tanya kenapa ada alahan ubatan ke? Takkan la salah bagi ubat kot! Memang pelik la kejadian ni sebab jarang nak jumpa orang yang allergik ubat gastrik ni. Iza pun cerita la, ada ambil ubat untuk muscle pain tu.
Iza terus diarahkan ke wad kecemasan & disuruh baring atas katil. Puan Z tadi pun temankan masuk ke bilik rawatan. Iza dah tak fikir apa, cuma harap nak lega cepat je. Beg tercampak kat lantai, kad pelajar pun jatuh kat lantai, faham-faham la kecemasan tu macam mana kan. Doktor pun ambil keterangan sejarah penyakit. Doktor tanya ada sesak nafas atau tak? Iza cakap tak ada. Then, dia check la pernafasan tu semua. Okey, nasib baik sistem pernafasan semua okey. Doktor pasang juga yang ala-ala penyepit ketam bersambung dengan mesin kat hujung jari untuk detect degupan jantung. Bunyi mesin dia, teet teet teet teet teet teet teet.....
Tak habis-habis benda ni dengan gelaran penyepit ketam hahaha
- Lunch tengahari: 12 tengahari
- Makan ubat muscle pain + anti-epileptic: 1 petang
- Makan ubat gastrik: 5 petang
- Tindak balas allergik: Kira-kira jam 5.20 petang
Doktor cakap kena cucuk injection la kalau macam tu sebab alahan. Haa memang dah agak selalunya rawatan dia memang injection je la. Tapi dah tak fikir apa masa tu, kalau dah tengah sakit tak kisah pun doktor nak rawat macam mana, nak cucuk ke apa ke asalkan cepat sembuh. Masa dia nak prepare ubat tu semua, dia tanya semula, nak try sapu ubat dulu ke atau nak terus cucuk? Tapi kalau cucuk cepat sikit pulih. Haa Iza dah tak kisah la cucuk pun cucuk la asalkan lega. Seksa derita jugak ye bila alahan ubat ni huhu. Bila dah terlantar atas katil wad, faham-faham la perasaan dia macam mana kan.
"Okey, cucuk injection kat tangan lengan sebelah kanan" Dalam hati cuma mampu berdoa, Ya Tuhan, selamatkan hambaMu, ni tahap redha la sangat. Iza cuma pandang arah dinding je. Kadang-kadang jeling jugak apa lah yang dia nak buat kat aku ni? Nampak doktor prepare alatan nak rawat orang. Dia buat kerja seorang je tapi relax je. Cool tu memang penting. Mana boleh gelabah kan? Memang berpengalaman dan familiar handle kes pesakit.
First dia nak cucuk branula dulu. Tiub tepi tu warna pink alololo comel sebab warna kegemaran Iza tapi bukan perkara best ye kena cucuk jarum. Dah seram jugak Iza kalau dia dah tekan-tekan urat tangan sebelah kanan sebab urat Iza kecik sikit. Bila urat kecik, nak cucuk jarum ambil darah selalunya susah, tapi bergantung keadaan patient kalau dia relaks, senang nak cucuk, kalau nervous sangat pun tak dapat cucuk. Iza tak takut jarum pun, relaks, jarum je kot. Tak mati pun. Setakat ambil darah tak nervous, tapi cucuk branula tu seram jugak la, pasal dulu pernah kena memang takkan lupa first time pengalaman kena cucuk branula untuk masuk air sebab baru lepas serangan sawan kat emergency ward masa kat hospital. Masa tu rasa nak lari dari katil je, takut sangat tapi nak buat macam mana, nurse dengan doktor nak selamatkan nyawa, serah diri je la? Hahahah

Kena cucuk jarum
First step, doktor memang akan tekan urat kita. Lepastu dia akan ikat 'torniquet' atau tali, ataupun boleh guna rubber glove. Lepastu sapu chloroform/alcohol & baru boleh cucuk jarum. Ni memang prosedur biasa semua doktor guna.
Bila doktor cakap “cucuk sikit ye”, haa that time kau tahu la tahap berserah dirinya tu macam mana. Masa cucuk tu memang la obviously tangan kita macam kejang sikit atau mengeras sebab sakit masa jarum masuk, jadi Iza keraskan tangan. Doktor suruh lembutkan tangan tu. Haaa habis cucuk. Dapat la sejarum kat tangan tu. Doktor pesan tangan jangan gerak-gerak. Memang tak berani la gerakkan tangan, kaku habis kat atas katil.
Lepas cucuk branula tu, doktor tutup tiub tu dulu. Lepastu dia prepare syringe/picagari & ubat untuk injection punya. Pergh bapak besar gila picagari dia nak guna tu aduhai macam mana la kalau dapat se’das’ tu. Selalunya injection untuk vaksin kita ambil saiz jarum & picagari dia kecik je comel je, tapi kali ni, ubat untuk hentikan alahan, memang terbaik la besar dia punya picagari. Tapi nasib baik cara dia bagi injection cucuk kat tiub branula tu, bukan cucuk kat kulit lengan atas macam selalu. Huh syukur tak cucuk macam biasa nanti bengkak seminggu nak buat apa-apa semua payah. Bukan setakat bengkak tangan, hati pun ‘bengkak’ je rasa.
Then lepas cucuk tu, tak lama, Alhamdulilah gatal tu kurang sikit. Doktor pun cakap dah okey sikit sebab tadi dia tengok bibir Iza bengkak & muka naik merah sangat. Lepastu datang seorang pegawai perubatan, MO perempuan jugak & nurse tanya keadaan Iza macam mana dah okey ke belum? Sebab pelik jarang orang allergik ubat gastrik ni. Doktor pun mintak keluarkan semua ubat yang Iza ada ambil sepanjang hari ini dari beg Iza.
Cardiac table
Ubat Epilim untuk kawal epilepsi tu memang Iza bawa sekali walaupun tak ada kena mengena pun dengan alahan ubat tu tapi at least kena tunjuk juga kan? Bila nampak je foil tulisan purple tu, doktor terus straight forward, awak ada epilepsi? Iza pun iyakan.
Iza tunjuk semua pil ubatan yang Iza ambil start dari kronologi yang Iza tulis kat atas tu. Walaupun doktor tak dapat detect ubat yang mana satu penyebab allergik ni, tapi Iza kena cuba elakkan dari semua ubatan yang Iza ambil buat sementara waktu ni. Jadi, Iza kena stop ubat muscle pain & ubat gastrik tu dulu. Sempat pulak doktor menyakat, tapi ubat Epilim tu tak boleh tinggal ye, kena makan jugak! Sambil bagi warning kat Iza. Yelaaa tahu hmm. Cuma ubat sapu je boleh guna macam biasa sebab kalau alahan sebab ubat sapu tu, mesti dia cuma bagi kesan alahan pada bahagian tubuh badan yang disapu ubat tu je.
Then doktor bagi ubat yang baru untuk allergik:
- Prednisolone 5mg
- Cetrizine Dihydrochloride (Zyrtec) 10mg
Ubat allergik
Bila semua tengok Iza dah lega, baru la doktor cabut balik jarum branula tu. Jadi, doktor bagi konklusi, kena elakkan dulu semua ubatan yang Iza ambil untuk muscle pain & gastrik tu dulu sebab tak tahu yang mana satu ubatan penyebab alahan. Atau mungkin juga faktor pemakanan yang Iza makan, sebab kita pun tak tahu yang mana satu tapi setakat ni segala jenis makan Iza bedal je okey je tak pernah alahan teruk. Ubat Epilim tu pulak kena makan macam biasa la haha tak pasal dia pulak terlibat sama. Iza kena makan pil yang dia bagi baru ni untuk legakan alahan. Tapi kalau nak try an error ubatan yang mana boleh menyebabkan alahan, boleh je cuba ikut satu-satu jenis, lepastu nanti makan pil alahan tu. Haha memang tak laa Iza nak try. Mungkin ubat gastrik yang jenis cecair putih kapur tu boleh la berani nak ambil kot kalau gastrik datang lagi.
Okey, dah boleh keluar dari bilik kecemasan tu. Iza sempat lagi dengar diorang berbual. Doktor yang rawat Iza tu memang dah biasa handle kes emergency alahan ubatan ni. Power la jugak doktor tu. Lepastu semua orang belum solat alaa semata-mata nak tolong pesakit, diorang sampai belum solat Asar hmmm kesiannya, sanggup berkorban demi pesakit... So, kitorang terus keluar sama-sama semua. Akak nurse tu siap tolong papah Iza sampai keluar dari UK sampai la ke kereta staff SRK tu. Dia takut kalau Iza pengsan huhu. Beg Iza pulak staff SRK tu nak bawakkan. Iza cakap tak apa Iza larat lagi semua tapi semua orang nak tolong ringankan sakit. Terharu sangat.
Jadi begitulah al kisahnya Iza for the first time kena allergik atau alahan ubat. Dahsyat jugak sakit alahan ubat ni ye. Jangan main-main. Hmm anggap la sakit ni penghapus dosa. Atau mungkin ini satu peringatan dari Tuhan. Sejak kebelakangan ni, Iza agak lalai dari Tuhan. Bila dibagi sakit, baru ingat Tuhan kan?
Tapi Iza sangat bersyukur sebab baru kena pertama kali alahan ubatan. Macam mana la orang yang ada alahan makanan tu ye? Tak boleh makan seafood. Mesti sedih kan? Iza syukur sangat boleh lagi makan seafood. Cuma tak boleh makan kerang je tapi cuma sakit perut je, tak ada la sampai naik alahan seluruh badan. Tapi dalam tak boleh makan kerang tu, Iza bedal jugak sebab sedap kot makan kerang! Yela, degil kan? Tapi Iza jarang sangat makan kerang, sekali-sekala je makan hmm.
Jadi, memang macam-macam la peristiwa kejadian berlaku sepanjang beberapa hari tu. Satu-satu penyakit datang dan pergi. Kalau dah namanya malang sudah jatuh, ditimpa tangga kan? Ulang-alik ke UK 2 kali, naik UniRide dalam keadaan risau takut UK dah tutup, cari bantuan rakan bertugas waktu kecemasan, terduduk seorang diri depan lif, cari staff SRK mintak tolong hantar ke UK, lepastu datang lagi ke UK dalam waktu lepas office hour tapi syukur sangat doktor belum balik.
Terima kasih pada semua member Iza yang tolong Iza walau sekecil bantuan pun Iza hargai, terima kasih pada Puan Z sebab jaga kebajikan pelajar kat sini, terima kasih staff perubatan Unit Kesihatan UiTM Puncak Alam, terutamanya para doktor, bantuan anda memang dihargai oleh pesakit, tugas anda memang mulia. Bila kita dalam kecemasan perlu perhatian perubatan, setiap saat yang berlalu dianggap sangat berharga. Orang tolong kita dari sekecil kebaikan sampai la yang paling besar, kita akan ingat sampai bila-bila. Cuma Tuhan je boleh balas budi semua orang. Terima kasih semua!
Okey, dah masuk page ke 7 words Iza tulis ni. Semoga bermanfaat. Ambil iktibar dari kisah Iza. Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment