Kepala aku terasa berat. Pening. Keadaan sekeliling sangat crowded. Keadaan macam ni tak sesuai dengan tubuh aku.
Ahh. Peduli apa. Baik aku search Grab Car. Asalkan aku cepat sampai ke katil bilik. Sekarang baru nak masuk jam 11 am. Ambulans UiTM cuma boleh ambil aku pada jam 2.30 petang nanti. Sekarang baru jam 10.30 pagi. Ada lagi tempoh 4 jam. Memang tak la aku sanggup nak berlama kat sini.
RM 30 tambang tertera. Aku jeling wang tunai di dalam dompet. Nasib baik ada wang lebih.
Tak sampai 5 minit aku booking, pemandu pun tiba. Haa, tak sabar nak sampai kolej.
Aku tahankan sahaja rasa nak muntah. Sepanjang perjalanan aku diam. Mujur pemandu Grab Car itu tak bertanyakan apa-apa. Mungkin jenis orang pendiam. Atau tak berapa peramah.
Aku selamat tiba di kawasan kediaman kolej.
Aku berlari. Selaju yang mungkin walau dalam keadaan kepala aku melayang.
Aku rebahkan tubuhku. Lega!
Aku tak suka keadaan ini. Aku paling benci bila tersekat dalam dua keadaan. Seizure stuck tapi dia tak sampai ke kemuncaknya.
Aku tak rasa mahu menangis. Tapi aku geram dengan diri aku sendiri. Aku sakit hati dengan keadaan aku.
“Kenapa aku tak kuat? Kenapa aku tak dapat lawan?”
Perlahan-lahan air mata jatuh membasahi pipi. Titis derita yang tak mampu aku hadap.
Titis air mata membasahi pipimu. Ku tahu kau cuba terbaik kau mampu.
Aku tewas bukan dengan cara rebah ke lantai. Tapi aku tewas dengan kekuatan aku sendiri. Aku tak mampu menghadapi perit ini.
Terdetik dalam hati nak luahkan pada Mama? No.
Aku tahu kekuatan itu semua daripada Mama. Tapi saat macam ni, aku tak mahu buat Mama susah. Apa yang berlaku sekarang ni cuma sebab aku tak kuat nak lawan cabaran hidup aku.
Termenung aku sehingga kering air mata. Air mata yang membawa segala pedihnya hati. Moga duka lara ini dibawa pergi bersama titisan air mata.
Gadis itu terlelap. Bersama dengan sebuah kesedihan. Tanpa ada sesiapa mengetahui.
No comments:
Post a Comment