29 August, 2016

Stress lagi

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum kepada pelawat & blog kesayangan Iza yang dah upgrade sikit, dah lawa sikit (perasannya dia!)

Harini dah masuk minggu ke 11 Iza dalam tempoh pengajian semester 5 ni. Diam tak diam, tak lama dah nak final exam, study tak habis lagi… Hmm, semester yang sangat pack, tough, busy, & menguji ketahanan emosi, fizikal, bahkan keimanan hah ambik kau. Kalau tak beria kuat semangat, memang dah lama nak berhenti. Tapi Iza takkan pernah sesekali terfikir nak quit dari diploma ni. Apa-apa terjadi, segulung diploma mesti dapat. Susah payah perit pedih macam mana sekalipun, Iza mesti dapatkan jugak diploma ni. Tak sabar nak keluar dari kampus kubur cina ni oops.

Jadi, apa natijahnya Iza tulis kat blog ni? Hmm, nak luahkan perasaan. Sebab blog ni la kawan baik Iza yang setia menyimpan segala cerita Iza. Iza ambil inisiatif untuk luahkan segala yang Iza pendam kat sini, sekurang-kurangnya lega sikit.

Sekarang ni, memang tak dapat dinafikan stress yang amat. Dan rasanya Iza ada mengalami kemurungan sikit, sikit laa. Tapi kena ingat, jangan stress sangat, kang tak pasal mulut berbuih lagi macam mana? Tekanan & stress ni berpunca dari banyak faktor. Antaranya:

  • Projek.

Projek itulah, projek inilah. Tak terkecuali banyak wang ringgit dah dilabur sebab projek ni. Ada pulak projek yang tak jadi hasilnya, so burn macam gitu je la duit tu. Then, rasa membazir sangat. Lepastu rasa bersalah sangat, teringat susah payah Abah kerja kebun, lepastu Za habiskan duit macam tu je . Lepastu dah tak boleh claim duit tu semula T_T

  • Jadual kelas bertindih.

Hal ni takkan terjadi kalau Iza ambil subjek Molecular Biology & Practical Molecular Biology (senang sebut, Biomole) waktu part 4 semester lepas. Tapi, KPP tak benarkan Iza ambil sebab Iza kena ikut pelan pengajian lama tu. Subjek ni kalau ikut pelan pengajian lama, kena ambil waktu semester 5, tapi, kalau ikut pelan pengajian baru, kena ambil waktu semester 4. So, Iza punya pelan pengajian lama, Iza kena ikut je la study plan tu. Lastly, sekarang, merana!!! Nak dijadikan cerita, lab punya dah bertindih dengan kelas ENT (Entrepreneurship). So, Iza kena pandai-pandai bahagi dua badan Iza untuk pergi ke 2 subjek dalam masa yang sama. Macam mana tu? So Iza terpaksa burn satu kelas, and tertinggal la satu subjek tu. Dah la lecturer Biomole tu tegas orangnya. Nak skip kelas dia untuk Iza pergi kelas ENT tu punya la dia tak kasi… Tapi Iza dah inform masalah Iza, so harap beliau faham la…. So, bila tertinggal kelas, Iza kena la study sendiri subjek ENT tu. Nasib baiklah kira tak susah sangat ENT ni. Lagipun dulu sekolah menengah ada belajar Prinsip Akaun (ada la kaitan sikit dengan ENT ni), ia sangat membantu Iza. Rasanya major sebab Iza jadi stress fasal benda ni kot.

  • Tekanan orang sekeliling

Kadang-kadang, Iza memang tak dapat tahan dengan tekanan orang. Sampai satu tahap, Iza ada ponteng kelas, satu subjek ni je la memang Iza poteng sebab stress sangat. Iza perlukan rehat. First time Iza ponteng sebab memang betul-betul stress. Nasib baik la lecturer tu memahami keadaan Iza. Hah suka hati je ponteng. Heh korang tak tahu lagi waktu kat UiTM Puncak Alam dulu Iza terus ponteng kelas sebab diarahkan tukar program. Suka hati mak bapak dia je kan nak ponteng?

  • Persiapan praktikal

Hmm hmmm semester depan ada praktikal. Iza risau sangat dalam resume Iza ada sertakan penyakit. Lastly, bila apply lagi praktikal tempat lain, Iza buang health status (suffering Epilepsy) daripada resume Iza tu. Risau kalau kena reject sebab ada penyakit macam tu. Satu hal lagi, bukan main susah lagi nak contact sesetengah department tu. Nombor telefon macam tak wujud je. Email macam berkurun tak online! Doakan Iza dapat tempat latihan industry yang sesuai dengan Iza ye!

  • Homesick.
Nak balik kampung, tapi dah nak cuti raya Aidiladha lagi 2 minggu je. Mula-mula nak balik waktu cuti merdeka, tapi nampaknya tak ada rezeki. Banyak test & presentation.Nah, ni lagi satu bila tanda-tanda kat bawah ni semua melanda dalam diri. Memang Iza akan didiagnos mengalami homesick:

Kurang selera makan. Mi segera pun dah rasa macam nak muntah. Nak beli makanan pun boleh jadi isu besar macam memikirkan masalah Negara. Konflik nak makan apa pun tak tahu. Krisis ni berlarutan setiap hari. Tapi berat badan tak turun-turun jugak! Erk! Mi segera ni memang la tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya beberapa bulan lepas Za dah berjaya mengawal nafsu & selera daripada melahap mi segera ni, tapi kebelakangan ni la, terus tak dapat bendung, sebab tak tahu dah nak makan apa. Pilihan makanan pun tak banyak sangat dijual kat kolej ni. Hari-hari makan benda sama je. Dah terpaksa, makan mi segera je la, jimat, mudah, enak, cepat disediakan. Lama-lama, jemu jugak. Masakan ibu je yang boleh jadi penawar.

Teringin nak makan masakan yang Mama masak. Daripada masakan yang simple & masakan kampung tu la yang diidamkan. Kadang-kadang rasa macam orang pregnant pulak, mengidam masakan Mama dan kalau boleh waktu tu jugak nak dapatkan makanan tu.

Rindu Marie si kucing & kucing kat rumah. Rindu nak tarik ekor, nak babap perut, nak dengki kucing, nak menjerit-jerit dengan kucing. Kucing kat kolej ni tak sama dengan yang kat rumah.

Terbayang gitar kat rumah. Mereput kat dalam beg. Semenjak dah pandai sikit main gitar ni (cehhh), Iza rasa dengan main gitar ni boleh kurangkan stress, sebab kita buat benda yang kita minat. Walaupun ulang lagu yang sama, tak pernah rasa jemu. Tapi bila belajar lagu baru, susah, mula rasa stress. Tak apa, asalkan tak putus asa, nanti bila dah pro lagu tu, hilang semua stress, malahan jadi pengubat stress. Huwaa menyesal tak bawa gitar balik kolej. Tapi susah sikit nak mengangkutnya pulak hmm.

Terbayang suasana kampung. Terbayangkan suasana indah kat kampung, tenang, udara segar. Kat sini pun actually dalam kampung juga, indah juga, tapi tak sama dengan kampung yang menjadi asal usul kita.

Terbayang muka Abah & Mama. Iza tak boleh berjauhan dengan Mama & Abah selama sebulan. Confirm dah rindu. Tapi bila call diorang cakap rindu, diorang macam tak rindu Iza je hmmm. Tapi tak tahu la dalam hati & perasaan diorang, siapa tahu. Sedangkan kalau kakak & abang dah lama tak balik, Abah sibuk tanya Kakak Abang tak balik ke? So takkan Iza diorang tak terlintas dalam fikiran? Tipu la kalau tak rindu eleh….

  •  Hilang rasa syukur

Salah satu lagi sebab Iza stress, Iza tak bersyukur dengan nikmat Tuhan. Bila tengok orang lain, dalam hati akan cakap, untungnya la jadi dia, dapat itu dapat ini. So, terus hilang rasa syukur dengan apa yang ada. Sebab, kadang kita nak sangat sesuatu perkara, dan orang lain dapat, kita tak dapat. Lepastu tanya kat Tuhan, kenapa aku tak dapat macam dia? Astaghfirullah. Iza kena syukur dengan apa yang ada. Ada lagi orang susah, ada lagi orang yang kekurangan dari kita.

  • Tak upaya

Lagi satu, sesetengah orang sekeliling Iza tak faham dengan keupayaan Za. Please la, Iza bukan nak minta simpati, cuma please just understand dengan keadaan Iza. Kalau Iza tak boleh jangan paksa Iza. Kalau pasal cacian tu, Iza pekakkan telinga je la. Jadi consider penambah stress juga la. Satu lagi Iza selalu sangat tak dapat tumpukan perhatian dalam kelas. Tak tahu la kenapa. Rasa nak menangis je bila rasa seolah-olah kita dalam dunia lain & tak dapat tangkap apa yang lectrurer cuba sampaikan. Terus, rasa ketinggalan dalam kalangan kawan-kawan. Hal ini terjadi selalunya dalam subjek yang sama, mungkin sebab Za tak minat subjek tu kot. 


Okey la. Sekarang ni, Iza teringin sangat sangat nak pergi bercuti, tepi pantai yang bersih, pulau yang indah, air laut yang jernih. Bestnya la kalau ada peluang. Boleh hilangkan segala stress & penat. Lagipun Iza tak pernah pergi melancong tempat macam tu. Setakat pergi tepi laut, air laut warna coklat, memang tak laa. Bila tengok keindahan alam ciptaan Tuhan, at least kita boleh kosongkan fikiran, refresh semula minda kita, badan pun jadi segar. Tengok gambar pemandangan kat Instagram je pun boleh tenangkan fikiran. 

Ubat Iza usahakan tak tertinggal walau sebiji pun. Waktu stress ni memang kena jaga ubat la. Cuma ada tertinggal sekali atau 2 kali je kot dalam tempoh 3 hingga 4 minggu ni. Ni dikira satu pencapaian yang baik juga la hehehe. Bukan senang tau nak telan ubat tiap hari!

So, boleh dikatakan, Iza dah kalah dengan stress kali ni. Iza dah surrender dengan stress ni. Dia lagi hebat dari diri Iza. Tapi dalam terms yang lain, Iza menang dengan penyakit ni yeay. Walaupun stress, seizure tak ada menyerang. Mungkin sebab disiplin Iza dalam pengambilan ubat Anti-epileptic hehe.

Okey la. Nak tidur. Tidur pun salah satu cara nak hilangkan stress. Satu-satunya aktiviti paling nikmat dalam dunia ni. Terima kasih sebab melawat blog Iza yang dah lawa sikit ni. Pada pendapat Iza memang makin lawa hik hik! Pink gituuu. Bila tengok benda serba pink pun boleh hilang stress, sebab warna kegemaran. Ada sesetengah orang makin stress haha padan muka. Bye & assalamualaikum.


22 August, 2016

Kronologi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum!

Iza nak cerita kronologi apa yang berlaku pada diri Iza selepas Ramadhan meninggalkan kita. Pejam celik, kejap je dah nak raya Aidiladha pulak.

Last Iza fitting with seizure adalah pada 3 Syawal 1437H yang lepas iaitu lebih kurang sebulan lebih yang lepas. Harini masuk 19 Zulkaedah 1437H, raya dah lama habis dan musim Haji sudah pun bermula. Alhamdulillah Iza free daripada seizure setakat ni.

Sedihnya, raya tahun ni Iza tak beraya sangat. Raya pertama, Iza cuma pergi rumah nenek je waktu tengahari. Tapi Alhamdulillah, pagi tu Iza dapat tunaikan solat sunat Aidilfitri dengan Mama berjemaah di surau. Selalu, hari raya pertama ni Babang belum balik, kakak pun sibuk dengan perniagaan, so kitorang satu family tak pergi beraya waktu hari raya pertama tu. Raya kedua barulah kitorang berkumpul. Lagi satu hal, baju raya Iza last minute baru tukang jahit tu siapkan. Kalau tak siap Iza nekad pakai jeans je haha kisah pulak.

Nak dijadikan cerita, waktu hari raya ketiga tu, Iza diserang sawan lagi. Adoi. Waktu Subuh Iza bangun solat, then Iza sambung tidur lagi. And waktu tidur tu la Za kena sawan. Tak ada sesiapa pun nampak sebab waktu tu semua orang sibuk memasak kat dapur. Aik? Iza tak tolong ke? Tak. Hemh pemalasnya anak dara seorang ni. Padan muka siapa suruh tidur lepas Subuh.

Macam mana boleh tau Iza kena lagi padahal tak ada orang nampak pun? Waktu Iza bangun dari tidur, memang rasa kesan baru lepas kena.

  • Lidah pedih, ada kesan tergigit
  • Sakit seluruh badan
  • Tak boleh bangun
  • Mual & rasa nak muntah
  • Pening
  • Kebingungan



Kalau ada tanda-tanda macam kat atas ni, Iza memang tahu yang Iza diserang sawan lagi. And waktu tidur tu, Iza boleh rasa aura sebelum diserang sawan tu. Kadang-kadang mimpi pengsan, padahal hakikatnya diserang sawan.

Bila Mama kejut, terus Iza beritahu yang Iza kena lagi. Lepastu sebab rasa nak muntah sangat, Iza gagahkan diri bangun & muntah depan tangga rumah. Ya Allah, masa berjalan tu memang rasa tak balance. Tapi fikir kalau muntah kat atas katil nanti jadi satu hal lagi nak basuh tilam!

Abah, Mama, Babang & Kakak Ipar ajak Iza ikut beraya rumah sepupu & pakcik-makcik, tapi Iza tak larat la. Abah pulak pujuk kata nak belanja McDonald, tapi Iza langsung tak termakan dengan pujukan Abah. Iza memang tak larat langsung. Fasa drowsiness lepas diserang sawan. Memang patient akan rasa asyik nak tidur & tak kuat nak bangun, lemah seluruh badan. Dan akhirnya Iza akur ditinggalkan bersendirian kat rumah seorang diri. Habis kalau jadi apa-apa? Iza tawakal. Tapi Alhamdulillah kakak & abam beso kebetulan balik rumah so Iza ada la jugak temannya. Kakak tolong urutkan kaki Iza.

Seizure triggers beberapa hari sebelum kena ni Iza dah dapat rasa. Akhir bulan Ramadhan tu, cuaca panas sangat. Even waktu tu Iza “ABC” means Allah Bagi Cuti, tapi panasnya Ya Allah. Iza pun tak tahan. Itu baru panas dunia. Belum lagi kat akhirat. Rasanya ramai yang mengeluh waktu tu cuaca memang terik. And Iza memang dapat rasa kepala berdenyut-denyut.

Kalau hal tertinggal ubat tu biasalah. Ada la jugak 2, 3 kali. Tapi tak kerap okey? Dah kata kan, sebiji ubat pun langsung tak boleh tertinggal? Ha padan muka! Lagi satu orang cakap tak boleh selalu makan makanan pedas. Hmm memang la musim raya, boleh dikatakan tiap hari Mama masak rendang. Tapi tak tahu la kebenaran saintifik dia.

Raya keempat, baru Iza ikut family beraya. Abah pun belanja McD hehehe. Tapi badan still sakit jugak. Raya kelima, Iza dah kena balik kolej, naik bas weii bukan parent hantar naik kereta. Bayangkan la, baru lepas 2 hari diserang sawan, Iza dah berani travel seorang diri. Nak buat macam mana kan? Kena berdikari. Iza dah buktikan pesakit epilepsi pun boleh berdikari.


[Hari kedua selepas fitting with seizure, semangat nak pergi beraya]

Pergh, lidah pedih dalam masa seminggu memang keadaan biasa Iza kena tempuhi. Iza ada beli ubat kat farmasi tapi rasa sama je, tak berkesan pun. Badan sakit-sakit. Selera makan pun berkurang. Seminggu lepas tu, demam pulak tapi tak teruk. Cuma hilang selera makan. And Iza pun mengalami penurunan berat badan sebanyak 3 kilo yabedabedu! Demam tu, Iza pergi dapatkan rawatan & doktor beri vitamin C lagi. Wahh makin banyak vitamin kena makan nampaknya.

2 minggu lepas pulih dari serangan sawan, Iza rasa kepala pulak sakit. Sampai ke saat hari Iza tulis post ni pun tak hilang lagi. Boleh dikatakan setiap hari Iza akan rasa seolah-olah ada cas elektrik kat dalam kepala tapi Iza tak dapat nak terangkan macam mana. Walaupun Iza tak ada tertinggal makan ubat pun rasa sakit tu still ada. Tak selesa sangat! Doktor ada beri ubat tahan sakit tapi Iza selagi boleh tahan sakit tu, Iza takkan makan painkiller tu. Tahu kan Iza jenis tak suka telan pil?

Stress yang melampau pun menjejaskan kehidupan Iza. Subjek semester 5 memang tough. Iza stress sangat. Kali ni, stress yang Iza alami ni sama rasanya dengan stress waktu Iza alami waktu sebelum SPM tu. Takut jugak if kena sawan lagi. Kadang-kadang tengah duduk tu, kepala berdenyut rasa macam nak pitam je. Tapi Iza dapat makan ubat walau sibuk macam mana sekalipun. Tak nak kena bebel dengan doktor punya pasal.

Hal stress ni terjadi antaranya sebab:

  • Kelas antara 2 subjek bertindih
  • Tekanan dari orang sekeliling
  • Sesetengah orang yang langsung tak faham dengan keupayaan Iza
  • Kurang rehat/tidur

Iza bukan nak minta simpati. Iza cuma minta, semua orang boleh tak faham dengan keadaan Iza sekarang? I can’t stand anymore! Tapi Iza bersyukur ada lagi orang yang faham dengan keadaan Iza bila Za cerita masalah Iza. Terima kasih sangat-sangat.

Tapi Iza kena kuat. Iza pujuk diri sendiri. Iza boleh! Iza tak boleh kalah dengan penyakit ni. Iza kena lawan. Okey la, Iza berhenti kat sini.


[Iza bersama Mama & Nur Zahratu Annisa, anak buah kesayangan]


Bye & Assalamualaikum!