Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum ! Saat Za baru nak menulis entri ni, Za duduk kat luar Klinik Kesihatan Kuala Pilah, baru je lepas appointment dengan doktor & ambil ubat. Za baru je disapa seorang lelaki, staf ape entah. Rasa dia kerja kat klinik nie kot. Dia tanya tengah tunggu siapa ? Za nie tengah tunggu van Unit Kesihatan nak balik kampus. Dia tanya lagi UiTM mana la & dah lama ke belajar & asal mana. Lepastu dia tanya lepas nie sambung mana ? Hmm ramah pulak pak cik nie. Za kalau orang tegur & ramah, walaupun Za ni pemalu, tapi Za boleh je bersembang. Dulu kecik-kecik takut sangat nak bercakap dengan orang tapi bila dah dewasa, baru berani. Za cakap tak tahu lagi, yelah mana tahu perancangan Tuhan. Za memang nak sambung Ijazah, kalau ada rezeki nak sambung sampai Master & phD. In Sha Allah.
Tadi dapat doktor perempuan bangsa India, doktor yang sama last follow up 2 bulan yang lepas. Doktor cuba kurangkan dos, Epilim 200mg atau Sodium Valproate tu asal makan BD (2 biji sehari, 1 kali siang 1 kali malam) sekarang OD (1 biji je satu hari) tapi B Complex 5mg & Folic Acid 5mg tetap makan satu biji satu hari. Doktor tanya macam mana sekarang ? Ada kena seizure lagi tak ?
Za pun cakap, satu hari tu, masa bangun tidur, rasa lidah sakit ada kesan tergigit lidah. Nak tengok ke gambar lidah tu ? Tak payah la ! Tapi badan tak sakit, okey je, sihat je. Sebab selalu Za kalau kena attack, mesti mulut keluar buih + darah + gigit lidah + kaki tangan terangkat. Certain orang sampai keluar najis, terkencing atau terberak tapi setakat ni Iza tak pernah lagi sampai macam tu. Za pun cakap kat doktor yang Za tak confirm yang Za ni kena seizure lagi atau tak sebab tak ada orang yang nampak Za kena sawan. Tuhan je Yang Maha Mengerti. Dia tanya masa tu memang ada tertinggal atau lambat makan ubat ke ? Za cakap tak ingat la. Lagipun Za memang kadang tertinggal makan ubat, kalau bab lambat makan ubat tak payah cerita la, memang kerap sangat. Tapi Za tak cakap pun, nanti kena marah dengan doktor padan muka wekk. Saat Za sedang menaip ni dah waktu petang lepas Asar. Aikk ! Lama benor menaip dari pagi sampai petang ? Yelah tadi ada kelas tak sempat habis taip. Ini Za still belum makan ubat lagi hehe. Kalau doktor tahu mesti marah sebab potensi untuk dapat seizure atau triggers ni tinggi kalau lewat makan ubat. Haha lantak la. Kadang Za tak ingat pun Za dah makan ubat ke belum. Sebab tu Za guna application My Epilepsy Diary untuk rekod pengambilan ubat & seizure. Ni memo untuk refill ubat :
Doktor tanya bila last ambil darah, memang dah lama tak ambil darah. Za dalam hati cakap, tak payah laa. Bukan fasal takut jarum, tak takut pun, tapi malas la nanti kena pergi klinik banyak kali pulak. Nasib baik dia tak ambik borang ambil darah tu, padahal nurse tu dah sedia nak beri hehe. Selalunya test blood ni dia nak check LFT (liver function test), FBC (full blood count), & Hb (hemoglobin). Plan treatment still sama lagi, ubat teruskan makan jugak. Hmm bila la nak berhenti makan ubat nih. Lepastu dia tanya, study okey tak ? Jujur Za cakap, tak okey, susah nak belajar, apa yang dibelajar cepat lupa. Iza cakap mungkin sebab ubat kot. Doktor cakap tak la. Pelupa tu effect dari penyakit tu sendiri. Ha dengar tu. Epilepsi memang menyebabkan pesakit tu mudah lupa. Next follow up, lagi 3 bulan. Masa tu cuti semester. Memang kena appointment kat Batu Pahat la jawabnya. Ubat diberi cukup untuk 2 bulan. Nanti kena datang lagi untuk ambil ubat.
Masa kat kaunter farmasi, Za terdengar seorang wanita Cina, dukung baby, dia cakap ambil ubat sawan. Za memang nampak ubat sawan dalam botol, untuk bayi tu. Kesiannya, dari baby lagi dah kena, dah ada penyakit. Moga tabah ye dik ?
Balik dari klinik, Za masuk kelas macam biasa. Huwaa pening naik van ambulans Unit Kesihatan tadi. Za ni senang mabuk kenderaan. Jalan nak masuk ke UiTM ni banyak selekoh ditambah bau air-cond, memang pening + nak muntah !
Yang sadisnya, dapat pulak markah test. Sedih dapat sikit je markah. Lecturer membebel. Za bukan tak buat tutorial. Za buat past year, buat tutorial, baca nota, hafal nota, soalan banyak kali buat. Dah padam Za cuba lagi buat banyak kali. Sayangnya, soalan senang tu pun Za tak ingat nak jawab. Tak dapat markah penuh dalam soalan bahagian yang paling senang. Tak tipu, Za memang study. Lastly, waktu test, Za susah nak ingat apa yang dah study. Memang sedih sangat. Semenjak ada penyakit macam ni, Za memang menghadapi masalah pembelajaran. Tapi Za fikir positif, sabar. Ada hikmahnya. Za kena perbaiki diri. Ada banyak lagi test lain yang Za boleh cuba dapatkan markah yang lebih baik. Sekali gagal tak bererti gagal untuk selamanya kan ? Ada jugak test lain yang Za dapat markah yang baik. Itu namanya rezeki Tuhan beri. Alhamdulillah.
Semalam, 5 Ogos, ulangtahun hari lahir kakak yang ke 35. Siti Suhaidawati binti Sahib nama diberi. Selamat hari lahir kakak kesayangan ! Moga murah rezeki & perniagaan bertambah maju. Untunglah semalam dapat jumpa Tengku Mahkota Johor masa tonton perlawanan JDT vs KL Sime Darby FC. 4-0 haha Harimau Selatan mengganas kat laman sendiri. Hmm bila la nak dapat tengok live kat Stadium Larkin ni...
Hari ni pulak 6 Ogos, ulangtahun hari lahir kawan Za masa sekolah menengah yang ke 20, nama diberi Nurul Habriza binti Mohd Hadis. Selamat hari lahir kawan ! Dia la geng yang boleh cakap Jawa dengan Iza. Doakan persahabatan kami kekal ye.
Hari ni pun salah seorang member Za zaman sekolah menengah baru je meninggal dunia sebab kemalangan. Al-Fatihah. Dah ajal dia kan ? Kita ni tak tahu bila kita meninggal. Takut ! Ramai kawan Za muda lagi dah meninggal. Sebab tu kita kena buat amal banyak-banyak. Za sekarang Alhamdulillah dah dapat jaga solat, waktu Subuh Za boleh bangun solat. Tapi dengan syarat alarm kena pasang sampai nak pecah speaker la. Kalau tak tak bangun jugak. Doakan Za dapat perbaiki diri ye.
Okey lah, Za nak berhenti menulis. Sampai ketemu lagi ye. Doakan Za tabah mengharungi hidup sebagai pesakit Epilepsi ni. Okey bye-bye Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment