30 August, 2015

Catatan orang tak balik kampung :p

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum ! Menulis lagi si Iza ni kerjanya haha. Selalunya entri baru akan dipost kalau ada benda nak cerita la, kalau takde agenda takde isu mesti tak update.

31 Ogos tarikh yang biasa kita tahu kan. Hari Kemerdekaan negara kita & cuti umum la kan. So, takde class la Isnin ni. Huhu ramai la balik kampung start Jumaat tu. Iza tak balik pun. Macam tak percaya kan Iza tak balik ? Padahal Batu Pahat tak jauh pun. Tapi Iza tak sempat nak beli tiket. Nak beli on the spot memang susah la mesti dah habis kan. Nak naik bas henti-henti dari sini ke Melaka, lepastu lalu Muar & ke Batu Pahat, berani je, tapi malas la. Fikir nanti duit habis, penat, cuti pun tak seberapa. Pendek kata, macam tak puas. Balik Jumaat tengahari, sampai dah petang, gomol-gomol kucing tahu-tahu dah malam. Sabtu Ahad tak buat apa-apa. Isnin pagi dah bersiap nak balik kolej lagi. Hmm baik tak payah. Assignment banyak ni confirm tak buat. Sedangkan tak balik nie pun banyak tak siap apatah lagi kalau balik memang tak sentuh langsung la. Asyik layan Marie je. Hmmm rindu sangat kat Marie.

Nak dijadikan cerita, Iza pegi la outing ke Giant dengan 2 orang member nie daripada mereput kat bilik. Lagipun ada komitmen nak survey hadiah sebab Iza diberi amanah cari hadiah untuk satu program. Jalan punya jalan, Iza terjumpa pulak sepasang kasut nie kat Verns. Bapak ah smart giler. Colour dia hitam macam kain jeans, tepi-tepi dia & tali ada fuschia means pink colour la. Perh memang cantik la. Perfect habis. Memang dah lama Iza mengidam kasut macam tu. Akhirnya jumpa. Dan Iza pun berkorban la wang sekeping gambar kelapa sawit biru hijau RM 50 tu. Harga asal dia lebih kurang RM 47. Ditambah GST cukai yang membebankan rakyat tu lebih kurang RM 2 lebih. So, pum pam pum pam jadi la RM 49.99. Rounding adjust jadi la RM 50. Lagipun kasut raya haritu beli tak puas hati. Ni dah dapat yang diidamkan so puas hati la. Iza sekarang memang selesa pakai kasut ke mana-mana. Jadi tak kisah la spend sikit. Lagipun kasut sekarang dah menunggu masa je nak ke laut.

Iza nak tunjuk Mama tapi susah la. Kenapa ? Sebab Mama tak ada whats app, Mama tak guna phone canggih, beliau cuma guna phone biasa. Asal boleh call, asal boleh mesej okey lah. Iza merungut, kan bagus kalau Mama ada whats app. Mak orang lain semua ada whats app, ayah orang lain pun sama. Abah lagi la, cuma tahu dial & jawab call je. Mesej cuma pandai baca, tak pandai taip. Yelah, mak ayah Iza tak sekolah tinggi pun. Tak macam orang lain.

Kalau Mama ada whats app, boleh la Iza send gambar kasut yang Za beli tu, nak tunjuk Mama. Tapi sayangnya Mama takde phone yang boleh dapat mesej bergambar, takpe la tunggu la balik kampung nanti baru tunjuk. Tapi bila Iza fikir balik, Za bersyukur masih ada insan yang dipanggil Mama. Balik kampung still boleh jumpa Mama. Ramai kawan Za dah tak ada Mak. Iza bersyukur Mama panjang umur lagi. Za tak pernah lupa doakan Abah Mama panjang umur. Walaupun serba kekurangan, tapi kasih Mama dah cukup buat diri Iza.

Ni semalam Iza ada tengok video, orang share kat group, fasal Ibu. Dia buat survey, dia beri soalan kat pekerja & kena jawab sempena Hari Ibu, contoh soalannya :


-Bila last jumpa Mak ?
-Apa last topik kita berbual dengan Mak ?
-Bila last ketawa dengan Mak ?
-Bila last makan sama-sama dengan Mak ?
-Apa makanan kegemaran Mak ?
-Kalau kita jumpa Mak, apa yang kita nak tengok ?
-Kalau kita jumpa Mak, kita nak cakap apa kat Mak ?

Masa Iza baca soalan Iza pun turut la menjawabnya. Sambil tengok reaksi diorang dalam video tu, Za pun turut terasa. Lalu air mata yang jernih pun menitis sederas-derasnya. Huhuu sedih woo. Dah la Iza tak balik cuti ni, siapa la yang jahat bagi video time macam nie. Tapi serba-sedikit kita dapat muhasabah diri kita. Pentingnya insan bernama Ibu, Mama, Emak, Mama, & Ummi. Mama la penasihat hidup, Mama la insan yang beri kekuatan pada Iza di saat Iza menderita penyakit Epilepsi ni. Mama la yang beri dorongan & semangat pada Za untuk berjaya dalam hidup. Okey air mata dah menitis lagi ni.

Sedih tu memang sedih. Dah la minggu ni stress, macam-macam kejadian berlaku, busy dengan tanggungjawab dalam persatuan Mikrobiologi, assignment bertimbun, duit banyak habis, study kencang tapi masa test tak ingat apa yang dah study even dah saty up satu malam tidur lewat jam 5 pagi. Stress jugak. Tapi think positive. Pujuk diri. Rasa nak balik nak peluk Mak Ayah nak peluk kucing je. Tapi tabahkan hati. Sabar. Hidup anak perantauan macam nie la. Tapi jarak bukan halangan, boleh je call tiap-tiap hari. Selalunya Iza kalau call Mama, nie la soalan wajib yang akan ditanya, ayat yang sama jer :

-Buat apa ?
-Dah tidur ?
-Tadi masak apa ?
-Abah mana ? Dia buat apa ?
-Marie kat mana ? Marie buat apa ?
Dan nanti mula la sesi laporan, segala aduan & liputan terkini tentang isu-isu yang perlu dibangkitkan. Bla bla bla, bila dah last,
-Kirim salam kat Abah & Marie
-Cakapkan kat Marie kite dah rindu
Pesan Mama pulak :
-Jangan tinggal solat
-Al Quran jangan lupa
-Belajar betul-betul
-Dah makan ubat ?
-Duit tu jimat

Pengubat rindu namanya. Tak sabar nak balik kampung lagi. Jadi natijahnya, ada hikmahnya Iza tak balik kampung. Dapat beli kasut yang diidamkan. Okey lah. Nanti Iza update lagi. Nantikan entri yang baru, In Sha Allah Iza nak dapat anak buah yang kedua. Tunggu nanti Iza menulis lagi. Tak sabar nak tengok baby. Okey la, bye Assalamualaikum !

20 August, 2015

Seizure convulsion strike again !

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum !

17 Ogos 2015

Dua ke tiga hari nie, Za fikir balik-balik, rasanya Za memang strike with a seizure again last week. Masa tidur, Za mimpi kena attack lagi. Dua ke tiga hari nie, asyik pening je. Dah la lidah pedih, hari ni dah kurang sikit pedih. So, Za decide kena pegi klinik jugak, sebab Za agak, mesti dia akan naikkan dos sebab kena lagi.

Kat Unit Kesihatan, Za kena jumpa medical asisstant baru jumpa doktor dulu. Blood pressure okey, 126 mm/hg per berapa entah tak perasan. Siap pasang benda yang ala-ala penyepit ketam tu kat hujung ibu jari, untuk detect degupan jantung. Macam ECG punya mesin tapi yang nie tak tahu la nama dia apa. Selalunya alat ECG tu diguna waktu doktor & nurse nak check degupan jantung masa check vital sign, means that after the patient admitted kat emergency ward, firstly dia akan buat vital sign, benda paling wajib kena buat. Contohnya dia akan check blood pressure, body temperature, & degupan jantung. Lepastu dia akan masukkan air/buffer solution & pasang bantuan oksigen. Ha ambik kau dah belajar medic pulak.

Okey berbalik pada cerita tadi, body temperature okey, 36°C. Memang takde demam. Za cakap sekarang memang tengah kurangkan dos ubat. Lepastu akak nurse tu tanya, memang awak sendiri yang kurangkan dos atau doktor ? Za cakap memang doktor yang kurangkan tapi dalam hati cakap itu pun sebab Za yang mintak kurangkan dos. Bunyinya macam menuduh Za yang pandai-pandai kurangkan dos sendiri je. -_-# Mana ada ! Walaupun Za berangan nak berhenti makan ubat, Za takkan pandai-pandai buat keputusan sendiri. Za tahu la apa yang proper apa yang tak proper. Lagipun Za rajin buat research kat internet pasal penyakit nie. So, Za dikira patient yang educated la, kalau doktor tipu pun Za boleh tau. Hello, dulu Za bekas bakal nurse okey ? Tulisan doktor macam cakar kucing pun Za faham. Kalau doktor tu cakap bahasa Inggeris & term-term medical, In Sha Allah Za faham.

Dengan doktor, Za cakap la apa yang berlaku, apa yang Za rasa, sebab masalah sawan ni masa dia attack, patient tak ingat apa yang berlaku. Za cakap ada bekas tergigit lidah, tapi tak perasan la kalau berbuih mulut tu. Lagipun no urinary detect masa bangun tidur. Doktor pun tengok jugak bekas lidah yang luka tu. Doktor tanya tak pergi hospital ke ? Memang tak pegi la. Kalau setakat kena biasa-biasa tak lebih dari 5 minit, tak perlu jadi emergency case. Tapi kalau incase seizure attack lebih dari 5 minit, patient tak sedar lebih dari 5 minit, patient ada masalah susah bernafas, ada kencing manis, atau involve dalam aktiviti air, memang kena call ambulance. Lepastu doktor manage memang kena naikkan dos ubat, maksudnya harini kena 2 kali makan. Tapi masalahnya, kalau hari-hari makan ikut prescription dia, mesti tak cukup stok untuk 2 bulan akan datang. So, doktor pun buat surat rujukan untuk diberi pada Medical Officer kat KK Kuala Pilah, untuk refer balik masalah Za, naikkan dos ubat, buat appointment baru & tambah stok ubat.

Hmm hmmmm. Mesti esok kena naikkan semula dos ubat Epilim tu. Percaya la. Za baru jer berangan nak kurangkan dos ubat. Nampaknya punah la harapan & angan-angan untuk berhenti makan ubat. Nak berhenti makan ubat ? Hampeh lagilah jauh panggang dari api.


18 Ogos 2015

Kebetulan, kelas subjek English hari ni cancel, lab pun dah habis, dengan senang hati pagi-pagi lagi dah terpacak kat depan Unit Kesihatan dengan 2 orang member Za nak naik van Unit Kesihatan yang dah booking semalam. Diorang ke klinik gigi. Iza pulak Klinik Kesihatan Kuala Pilah menjadi destinasi utama. Agenda utama ? Beri surat rujukan doktor dari Unit Kesihatan ke Medical Officer untuk jumpa doktor & refer balik symptom Za nie.

Dah agak dah, dos ubat Epilim tu dinaikkan semula. Epilim 200mg yang Za try makan cuma OD (sebiji sehari) sekarang Za kena ambil jadi BD (2 biji sehari). Hmm sedihnya, bila la nak berhenti makan ubat ni. Hari-hari mengeluh bila la nak berhenti makan ubat tapi belum tercapai. Makin dinaikkan balik dos. Hish.

Lepas dah balik dari klinik, Za baru perasan yang kat selimut kesayangan Za, berbulu hangat pink ada gambar Hello Kitty, kat satu bahagian tu, ada kesan darah, tak pekat pun, cair warna coklat, sikit je. Za rasa itu memang bekas darah, kesan daripada tergigit lidah waktu tidur, selalunya memang akan berdarah dan logik la. Nak kata kesan darah daripada ABC (Allah Beri Cuti) atau period, Za tak period pun. Ha lagi satu, waktu malam tu, Za tersedar waktu tidur, dan Za perasan yang Za dalam keadaan gigit lidah tapi tak expect pun kena seizure. Za sambung tidur balik je. Lagipun dulu waktu trial kurangkan dos ubat dalam masa 2 bulan tu, Za ada tergigit lidah masa tidur tapi tak pasti kena seizure atau tak. Za cakap kat doktor yang Za tak pasti. Sebabnya, masa seizure strike, patient unable to recall the attack, sebab kita takkan ingat apa-apa masa sawan menyerang. Yang kali nie, consider as seizure occur lagi la sebab even kita mimpi yang kita dapat seizure, seizure tu sebenarnya memang berlaku walaupun badan tak sakit tapi badan kita sendiri rasa something wrong. Ramai penghidap Epilepsi merasai pengalaman yang macam tu.

Jadi conclusionnya, eh macam buat lab report pulak. Secara kesimpulannya, Iza tak boleh kurangkan dos ubat lagi huwaaa sedihnya. Baru-baru nie Za search kat internet yang ubat Sodium Valproate atau Epilim tu, give other side effect. Dia boleh menghakis tulang pesakit tu atau menyebabkan tulang tu mudah rapuh. Ya Allah ! Takutnya ! Tapi apa boleh buat, Za terpaksa makan ubat tu. Mama nasihatkan banyakkan berdoa & bersabar. Kita tak mintak pun jadi macam nie. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Okey la, bye-bye Assalamualaikum !

15 August, 2015

Kena Sawan Lagi Ke ?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum !

Hari nie penuh tanda tanya. Kenapa yek ? Sebab Iza tak tahu yang Za fitting with a seizure or not. Siang tadi Za perasan yang lidah Za ada bekas tergigit. Lepastu petang tu pening kepala. Dah malam nie Za baru perasan, masa tidur 2 hari lepas Za termimpi yang Za macam kena convulsion lagi. Za memang kerap kena sawan waktu tidur. Kadang-kadang mimpi macam kena sawan, dan selalunya memang kena sawan betul pun, kalau ada saksi yang nampak, memang diorang akan cakap yang Za kena sawan. Tapi kat kolej nie, roomate tak nampak & tak perasan pun kalau Za kena sawan.

Permasalahannya sekarang, Za selalu sangat rasa tergigit lidah masa tidur. Takkan la kena kancing gigi atau tetanus ? Tapi effect dia pening kepala. Cuma badan tak rasa sakit, macan tak kejang pun. Last appointment haritu, doktor cakap kalau ada rasa tak kena, atau tak okey, kena pegi klinik. Jumpa doktor. Hmm ni tengah hujung minggu klinik tak buka, adanya hospital je. Nanti la minggu depan kalau sempat pegi klinik la.

Okey fine Za mengaku kebelakangan nie tak cukup tidur. Bukan tak cukup tidur, selalunya malam tidur lewat & tak cukup tidur, tapi siang balik dari kelas Za akan qada' balik tidur. Memang tak proper kan macam tu tapi dikira cukup la. Rutin harian seorang siswi ni memang sibuk. Penat.

Satu perkara lagi, Za mungkin lewat makan ubat kot. Iye salah Iza jugak tapi Za makan ubat dengan hati tak rela. Za takut ubat tu bagi effect buruk pada tubuh Iza. Iza takut liver function rosak, kidney rosak, atau other side effect. Takut sangat. Makan ubat banyak sangat pun bahaya untuk kesihatan. Susah hati rasanya. Sekarang tengah cuba kurangkan dos, nanti tak pasal doktor naikkan dos balik lagi banyak kena makan ubat ! Huwaaa tak nak ! Sob sob.

Za baru je call Mama. Za bagitahu jer kalau rasa macam kena attack lagi. Tahu, tak nak Mama susah hati tapi serba salah kalau tak bagi tau. Mama pesan, kuatkan diri, lawan penyakit tu dik, lawan penyakit tu dik. Tapi ternyata Za tewas dengan diri sendiri. Rasa nak menangis dengar nasihat Mama tu. Za tak mintak dibagi penyakit yang macam ni. Tapi Za bersyukur jugak, sebab ada orang lain yang diberi penyakit yang lagi teruk daripada Iza nie.

Tengok la nanti kalau ada masa free, Za pergi klinik la. Ni rasa lidah pedih sangat, nak makan pun kena hati-hati, perlahan-lahan. Kerap sangat berlaku macam nie. Okey la, banyak assignment nak buat nie. Nanti Za update lagi. Bye, Assalamualaikum !

13 August, 2015

Lupa lupa lupa !

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum ! Hmm hmm hmmm. Sigh. Malunya !

Kenapa ? Jatuh depan orang ramai ke ? Taklah !
Kena sawan depan classmate ke ? Taklah !
Habis tu ?

Masalah pelupa terjadi saat kau on the time perlukan untuk ingat something.

Based on the true stories,


SITUASI 1

"Siapa nama jurulatih awak ?"

"Aaaa....." Tak ingat !

"Ha tak kenal la tu"

"Kenal tapi tak ingat ! Kejap !" Kau cuba refresh balik tapi still tak ingat jugak.

"Ha siapa nama dia ?" Kau still tak ingat jugak !

Eee siapa nama dia ? Kenapa tak ingat nie ?

"Tak kenal la tu. Nama jurulatih sendiri pun tak tahu macam mana."

"Bukan macam tu ! Saya kenal saya tahu tapi saya nie pelupa !"

Kau still try ingatkan balik tapi kau gagal !

Kenapa dengan aku nie ?

Saat-saat macam tu kau cuma teringat kata-kata doktor yang mengatakan pelupa itu sebenarnya effect dari penyakit tu sendiri terngiang-ngiang di gegendang telinga dan bermain-main di fikiran.

Saat-saat macam tu orang sekeliling menuduh kau tak tahu padahal kau tahu & semua orang judge you are a bad person.

Bila semua orang tak tahu & tak faham apa masalah sebenar kat diri kau & rasa,

Saat-saat macam tu kau rasa yang kau nak menjerit and tell to all people surrounding you that you are suffering an Epilepsy and it effect to your brain & memory.


SITUASI 2

Dup dap ! Jantung kau berdegup kencang bila kau ternampak kawan punya assignment laboratory report for Biochemistry 2 subject kena submit before jam 5 petang hari nie & kau baru terfikir nak submit.

Lepastu kau tak ingat yang kau dah hantar atau belum lab report tu.

Dalam hati kau bertelagah sesama sendiri, aku dah hantar ke belum ? Aku dah hantar ke belum ? Tak ingat langsung !

Loading....

Kau pun terpaksa tanya pada kawan,

"Eh kite dah hantar ke belum lab report BCM tu ? Tak ingat."

"Dah la. Kak Za dah hantar semalam yang dengan Farah tu."

Loading....

Cuba menganalisis & mencerna balik kata-kata kawan kau tu.

Beberapa saat lepastu baru la kau ingat yang sebenarnya kau memang dah hantar lab report yang dimaksudkannya tu.

Sedangkan orang lain pun ingat apa yang kau buat tapi kau sendiri tak ingat apa yang kau dah buat. Eee kenapa dengan aku nie ?


SITUASI 3

Question 1

a) List the steps involved during analysis. (6 marks)

Answer :

-Define the problem.
-Selecting method.
-?
-Perform measurement.
-Conduct the experiment and calculating data
-?

Apa ye yang lagi 2 nie ? Tak ingat ! Biarlah dulu.

30 minit kemudian kau cuba review balik apa yang kau dah hafal tapi tak ingat jugak.

55 minit tempoh masa untuk menjawab soalan Test 1 hampir tamat. Tinggal hanya 5 minit masa menjawab & kau cuba ingat semula apa yang tertulis kat nota tu tapi kau still tak ingat.

60 minit masa berlalu & kesudahannya kau tak ingat langsung jawapan yang sepatutnya kau boleh jawab & kau patut dapat full marks for the question, the simplest and easy question but you can't answer it.

Situasi 4

"Arah kiblatnya menghadap ke mana ?" Soal Mama selepas selesai mengambil wudhu.

Aku memandang ke arah sejadah & telekung yang tergantung di besi penyangkut.

Mataku beralih ke arah lantai di mana tempat aku sering bersujud menghadap Ilahi.

Eh mana ye arah kiblat ? Senget ke kanan ? Senget ke kiri ? Menghadap pintu kan ? Kalau menghadap tingkap memang bukan. Tapi kalau tegak tak mungkin.

Aku terdiam.

Ish mana ye ? Nak beritahu tak ingat, kang nanti dilabel macam tak pernah tunaikan solat je sampai tak ingat arah kiblat, kan ? Malu la nak beritahu. Dah la sepupu pun ada.

Baru 2 minggu tak mendiami bilik kolej ni, tapi arah kiblat dah tak ingat.

Lalu aku pun membuka pintu bilik dan keluar lalu berpura-pura hendak melakukan sesuatu sedangkan hakikatnya aku keluar mencari sign arah kiblat yang tertampal di bahagian atas dinding bagi memudahkan penghuni kolej menunaikan solat tanpa perlu bersusah-payah menentukan sendiri arah kiblat.

Oh arah ni.

Dan aku pun kembali masuk ke dalam bilik dan menghamparkan sejadah untuk kegunaan Mama menunaikan solat.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Masalah pelupa datang waktu kita perlukan benda yang kita nak ingat tu memang selalu terjadi. Tapi bila kau kaitkan dengan masalah neorologi yang kau hidap tu, serta-merta kau akan rasa down disebabkan status penyakit itu sendiri.

Anti-epileptic drug yang kau ambil tiap-tiap hari tu, tiap-tiap hari kau telan, tiap-tiap hari kau tenung, ditambah lagi side effect from the seizure, menyebabkan kau jadi pelupa. Siapa tak rasa sedih ?

Bertabahlah wahai diri.

Epilepsy give bad impact on your life but you can't blame yourself.

You need to be strong to live with it and you know you can be strong even that you feel you can't.

#EpilepsyProblem

More information, read on this link :

http://www.epilepsysociety.org.uk/how-epilepsy-can-affect-memory#.Vc2QeSWwowj

http://www.epilepsysociety.org.uk/medication-epilepsy#.Vc2Q7yWwowg

07 August, 2015

Abah...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum ! Salam hari Jumaat, salam penghulu segala hari. Hari Jumaat hari yang mulia. Hari Jumaat pun hari berlaku kiamat kan ?

Hari nie ramai yang balik ke kampung halaman masing-masing. Hari nie pun ramai mak ayah datang jenguk anak-anak kat kolej nie.

Hmm rindunya nak balik kampung. Baru 2 minggu naik cuti, rasa macam dah 2 tahun tak balik kampung. Rindu family, rindu rumah, rindu Marie. Rasa macam nak balik je tapi penat la nanti. Duit pun banyak habis. Duit raya tahun nie dapat sikit je. Tak sampai RM 200. What ? Banyak la jugak tu. Hehehe Alhamdulillah.

Za rasa nak balik sebab dengar Abah batuk-batuk, Mama pun tak sihat sangat. Sekarang pun musim demam kan. Za nak balik nak jenguk ayahanda & bonda tercinta di teratak kami.

Ni Za nak share sikit. Satu luahan hati dari seorang bapa kepada anaknya. Tapi tak tahu la rekaan atau betul. Za screenshot dari facebook jer. Cer korang baca & bayangkan ayah korang yang cakap. Bapak sedih giler bila bayangkan suara garau Abah yang cakap kat Za.








Ha siapa yang tengah pegang tisu tu ? Siapa yang tengah lap air mata tu ? Siapa yang tengah meleleh hingus tu ? Za kali pertama baca menangis. Sebak rasa. Lagi-lagi bila bayangkan Abah yang cakap.

Za selalu sangat menyusahkan Abah. Mintak itu la mintak ini la. Selagi tak dapat selagi tu asyik mintak je. Kalau tak dapat, rasa macam Abah tak sayang kita. Tak fikir Abah ni berduit ke tak. Dah la kerja kebun je mata pencarian Abah. Kebun pun tak besar mana. Tanam kelapa sawit & nanas secara kecil-kecilan. Sekarang harga sawit makin menurun. Ape la nak jadi dengan ekonomi Malaysia nie ? GST bukan main lagi.

Za cuba berbakti pada Abah. Bila Abah & Mama pergi kebun, Za tinggal seorang kat rumah. Jujur, Za jarang sangat tolong diorang kat kebun. Tapi Za rasa bertanggungjawab memasak kat dapur bila diorang pergi kebun. Masak jelah apa-apa, nanti diorang balik tinggal makan. Lagipun Za memang minat memasak sebab suka makan. Ni list masakan yang Za boleh la buat, & rasa pun lebih kurang macam masakan Mama.

1.Nasi putih cukup untuk 4 hingga 5 orang makan
2. Asam pedas
3. Goreng ikan@ayam@telur ? Senang je
4. Siang ikan ? Boleh walaupun tak expert macam Mama
5. Sayur masak air atau orang Jawa cakap masak bening
6. Ayam masak ungkep - masakan Jawa@orang Johor
7. Sambal goreng - masakan orang Johor
8. Ayam/ikan masak kicap
9. Sambal tumis
10. Sambal belacan
11. Sambal kicap - sambal orang Johor
12. Sambal tutuk - sambal orang Jawa + ikan bilis
13. Nasi goreng
14. Telur dadar
15. Megi   Mi segera mesti la pandai
16. Sayur tumis biasa
17. Udang masak kunyit
18. Sotong masak tumis

Itu la antara masakan yang Za paling pandai buat. Walaupun kadang-kadang ada masanya tak berapa nak menjadi jugak. Sebab tu la jadi anak dara kena rajin tolong Mak masak. Lagi-lagi yang masih ada Mak tu, belajar la masak dari sekarang, sebelum Mak kita meninggal, berguru la tentang ilmu masakan. Susah nanti kalau Mak kita dah tak ada, kita tak tahu masak. Masa tu baru nak menyesal.

Bercerita pasal Mak, Mama sekarang jadi guru mengaji kat surau. Dia ajar orang kampung baca al-Quran dengan tajwid yang betul tapi tarannum tak pandai lagi. Murid-murid dia orang-orang dewasa. Mama nie ada sifat kepimpinan. Dia la ketua bacaan Yassin kat surau. Dia la ketua marhaban raya. Dia la yang jadi leader kaum Hawa dalam kampung.

Huwaa nak balik kampung. Tapi memikirkan assignment banyak, tak jadi la. Lain kali la. Cuma telefon tanya khabar je la sebagai pengubat hati yang lara. Rindu jugak kat Marie. T_T

Okey la. Tunggu entri yang baru. Banyak cerita nak kongsi kat blog pink ni. Okey la, bye, Assalamualaikum !

06 August, 2015

Lagi-lagi follow up !

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum ! Saat Za baru nak menulis entri ni, Za duduk kat luar Klinik Kesihatan Kuala Pilah, baru je lepas appointment dengan doktor & ambil ubat. Za baru je disapa seorang lelaki, staf ape entah. Rasa dia kerja kat klinik nie kot. Dia tanya tengah tunggu siapa ? Za nie tengah tunggu van Unit Kesihatan nak balik kampus. Dia tanya lagi UiTM mana la & dah lama ke belajar & asal mana. Lepastu dia tanya lepas nie sambung mana ? Hmm ramah pulak pak cik nie. Za kalau orang tegur & ramah, walaupun Za ni pemalu, tapi Za boleh je bersembang. Dulu kecik-kecik takut sangat nak bercakap dengan orang tapi bila dah dewasa, baru berani. Za cakap tak tahu lagi, yelah mana tahu perancangan Tuhan. Za memang nak sambung Ijazah, kalau ada rezeki nak sambung sampai Master & phD. In Sha Allah.

Tadi dapat doktor perempuan bangsa India, doktor yang sama last follow up 2 bulan yang lepas. Doktor cuba kurangkan dos, Epilim 200mg atau Sodium Valproate tu asal makan BD (2 biji sehari, 1 kali siang 1 kali malam) sekarang OD (1 biji je satu hari) tapi B Complex 5mg & Folic Acid 5mg tetap makan satu biji satu hari. Doktor tanya macam mana sekarang ? Ada kena seizure lagi tak ?

Za pun cakap, satu hari tu, masa bangun tidur, rasa lidah sakit ada kesan tergigit lidah. Nak tengok ke gambar lidah tu ? Tak payah la ! Tapi badan tak sakit, okey je, sihat je. Sebab selalu Za kalau kena attack, mesti mulut keluar buih + darah + gigit lidah + kaki tangan terangkat. Certain orang sampai keluar najis, terkencing atau terberak tapi setakat ni Iza tak pernah lagi sampai macam tu. Za pun cakap kat doktor yang Za tak confirm yang Za ni kena seizure lagi atau tak sebab tak ada orang yang nampak Za kena sawan. Tuhan je Yang Maha Mengerti. Dia tanya masa tu memang ada tertinggal atau lambat makan ubat ke ? Za cakap tak ingat la. Lagipun Za memang kadang tertinggal makan ubat, kalau bab lambat makan ubat tak payah cerita la, memang kerap sangat. Tapi Za tak cakap pun, nanti kena marah dengan doktor padan muka wekk. Saat Za sedang menaip ni dah waktu petang lepas Asar. Aikk ! Lama benor menaip dari pagi sampai petang ? Yelah tadi ada kelas tak sempat habis taip. Ini Za still belum makan ubat lagi hehe. Kalau doktor tahu mesti marah sebab potensi untuk dapat seizure atau triggers ni tinggi kalau lewat makan ubat. Haha lantak la. Kadang Za tak ingat pun Za dah makan ubat ke belum. Sebab tu Za guna application My Epilepsy Diary untuk rekod pengambilan ubat & seizure. Ni memo untuk refill ubat :



Doktor tanya bila last ambil darah, memang dah lama tak ambil darah. Za dalam hati cakap, tak payah laa. Bukan fasal takut jarum, tak takut pun, tapi malas la nanti kena pergi klinik banyak kali pulak. Nasib baik dia tak ambik borang ambil darah tu, padahal nurse tu dah sedia nak beri hehe. Selalunya test blood ni dia nak check LFT (liver function test), FBC (full blood count), & Hb (hemoglobin). Plan treatment still sama lagi, ubat teruskan makan jugak. Hmm bila la nak berhenti makan ubat nih. Lepastu dia tanya, study okey tak ? Jujur Za cakap, tak okey, susah nak belajar, apa yang dibelajar cepat lupa. Iza cakap mungkin sebab ubat kot. Doktor cakap tak la. Pelupa tu effect dari penyakit tu sendiri. Ha dengar tu. Epilepsi memang menyebabkan pesakit tu mudah lupa. Next follow up, lagi 3 bulan. Masa tu cuti semester. Memang kena appointment kat Batu Pahat la jawabnya. Ubat diberi cukup untuk 2 bulan. Nanti kena datang lagi untuk ambil ubat.

Masa kat kaunter farmasi, Za terdengar seorang wanita Cina, dukung baby, dia cakap ambil ubat sawan. Za memang nampak ubat sawan dalam botol, untuk bayi tu. Kesiannya, dari baby lagi dah kena, dah ada penyakit. Moga tabah ye dik ?

Balik dari klinik, Za masuk kelas macam biasa. Huwaa pening naik van ambulans Unit Kesihatan tadi. Za ni senang mabuk kenderaan. Jalan nak masuk ke UiTM ni banyak selekoh ditambah bau air-cond, memang pening + nak muntah !
Yang sadisnya, dapat pulak markah test. Sedih dapat sikit je markah. Lecturer membebel. Za bukan tak buat tutorial. Za buat past year, buat tutorial, baca nota, hafal nota, soalan banyak kali buat. Dah padam Za cuba lagi buat banyak kali. Sayangnya, soalan senang tu pun Za tak ingat nak jawab. Tak dapat markah penuh dalam soalan bahagian yang paling senang. Tak tipu, Za memang study. Lastly, waktu test, Za susah nak ingat apa yang dah study. Memang sedih sangat. Semenjak ada penyakit macam ni, Za memang menghadapi masalah pembelajaran. Tapi Za fikir positif, sabar. Ada hikmahnya. Za kena perbaiki diri. Ada banyak lagi test lain yang Za boleh cuba dapatkan markah yang lebih baik. Sekali gagal tak bererti gagal untuk selamanya kan ? Ada jugak test lain yang Za dapat markah yang baik. Itu namanya rezeki Tuhan beri. Alhamdulillah.

Semalam, 5 Ogos, ulangtahun hari lahir kakak yang ke 35. Siti Suhaidawati binti Sahib nama diberi. Selamat hari lahir kakak kesayangan ! Moga murah rezeki & perniagaan bertambah maju. Untunglah semalam dapat jumpa Tengku Mahkota Johor masa tonton perlawanan JDT vs KL Sime Darby FC. 4-0 haha Harimau Selatan mengganas kat laman sendiri. Hmm bila la nak dapat tengok live kat Stadium Larkin ni...
Hari ni pulak 6 Ogos, ulangtahun hari lahir kawan Za masa sekolah menengah yang ke 20, nama diberi Nurul Habriza binti Mohd Hadis. Selamat hari lahir kawan ! Dia la geng yang boleh cakap Jawa dengan Iza. Doakan persahabatan kami kekal ye.

Hari ni pun salah seorang member Za zaman sekolah menengah baru je meninggal dunia sebab kemalangan. Al-Fatihah. Dah ajal dia kan ? Kita ni tak tahu bila kita meninggal. Takut ! Ramai kawan Za muda lagi dah meninggal. Sebab tu kita kena buat amal banyak-banyak. Za sekarang Alhamdulillah dah dapat jaga solat, waktu Subuh Za boleh bangun solat. Tapi dengan syarat alarm kena pasang sampai nak pecah speaker la. Kalau tak tak bangun jugak. Doakan Za dapat perbaiki diri ye.

Okey lah, Za nak berhenti menulis. Sampai ketemu lagi ye. Doakan Za tabah mengharungi hidup sebagai pesakit Epilepsi ni. Okey bye-bye Assalamualaikum !