30 April, 2015

Luahan Hati


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum !

Tajuk entri kali ni jiwang pulak. Macam lagu Luahan Hati yang dipopularkan oleh kumpulan Kristal. Haha tak dapat dinafikan lagu ni memang best, video lagu ni pun Zaa simpan lagi. Boleh dikatakan minat jugak kumpulan Kristal ni. Lagu-lagu dia semua best-best. Tambahan pulak dalam video tu Zaa memang excited tengok part Rody Kristal main gitar Hello Kitty yang pink gitu.. Lagi satu Zaa ni memang minat tengok orang main gitar. Orang yang pandai main gitar ni, dia ada satu value yang tak semua orang ada. Muzik itu seni dan seni itu indah. Cewah ayat poyo giler. Tapi yang sedihnya Zaa sampai sekarang tak dapat menguasai kesemua kord gitar dengan baik. Lagipun tak ada orang nak ajar, cuma belajar guna you tube, Alhamdulillah boleh laa sikit, ulang suara, sikit... Ok lah daripada dulu tak tahu langsung.

Eh apa ni merapu pulak. Post kali ni Zaa nak luahkan hati jer. Sebab tu tajuk tu Luahan Hati. Bukan tengah angau bercinta tapi memikirkan masa depan Zaa ni. Hmm, Zaa selalu fikir, nak jadi apalah lepas graduate nanti. In Sha Allah nak sambung Degree jugak. Kalau boleh nak masuk Puncak Alam balik sebab rindu tempat tu. UiTM Puncak Alam memang perfect.

Terus terang Zaa minat 4 ni :

Nak jadi doktor
Nak jadi doktor gigi
Nak jadi pegawai farmasi
Nak jadi doktor haiwan

Ok firstly, doktor. Medic. Zaa minat medic. Semenjak kecik ada la minat sikit tapi pengalaman Zaa duduk kat wad Hospital Batu Pahat, Zaa baru sedar yang tugas doktor ni sangat mulia. Doktor yang rawat Zaa baik-baik je. Tapi nak jadi doktor ni, Zaa tak dapat memenuhi kriteria syarat kelayakan, antaranya syarat kesihatan & akademik. Zaa akui Zaa memang tak berapa pandai, kalau pointer haha jangan cakap la conform tak layak, tambahan pulak ada penyakit. Sawan. Ulang sekali lagi, sawan. Penyakit yang sampai sekarang tak dapat dikenalpasti puncanya. Tapi beberapa triggers yang mencetuskan penyakit Epilepsi ni dapat dikenalpasti. Hmmm, ada orang cakap, kalau kita ada penyakit tak boleh jadi doktor, nak rawat orang, nak menghadap orang yang ada penyakit sama macam kita, makin bertambah stress, makin teruk penyakit kita. Ada yang cakap bagus lah jadi doktor, nanti kita tahu ubat untuk penyakit kita. Hmm tak tahulah. Dulu ada doktor psikiatri cakap kat Zaa, kawan dia pun ada masalah macam Zaa, tapi boleh je ambil medic ? Entahlah. Kalau pasal darah, Zaa tak takut. Tapi pasal tengok mayat, Zaa tak berani lagi. Kalau tengok cerita pasal pembedahan macam Medic TV masa Zaa sekolah rendah dulu, Zaa memang minat. Perasaan ingin tahu tu sentiasa ada & rasa nak tengok. Tapi kalau tengok orang melahirkan anak, Zaa ada sikit rasa takut, dan dalam masa yang sama, insaf, teringat macam manalah Mama lahirkan Zaa dalam kesakitan, dah lah lahir songsang keluar kaki dulu. Haha ! Kata orang kalau lahir songsang budak tu pandai. Hmm Zaa rasa dulu2 je pandai, sekarang dah tak, makin lama makin merosot semenjak kena Epilepsi ni. Hmmm.

Secondly, nak jadi doktor gigi. Macam best pulak. Dulu anti sangat dengan doktor gigi. Sekarang tak takut dah. Jadi doktor gigi ni orang pun panggil doktor jugak. Kerja pun cuma ikut waktu pejabat. Doktor kerja shift macam-macam, shift malam, 24 jam, macam-macamlah. Ada staff kat hospital dulu pernah cerita kerja doktor ni penat. Hmm Zaa kena pertimbangkan jugak betul ke aku nak jadi doktor. Macam-macam cabaran kena tempuh. Zaa takut Zaa tak kuat. Tapi, nak jadi doktor gigi, pointer nak sebagus dengan doktor biasa. 4 flat. Allahuakhbar. Doktor gigi pun mulia jugak, walaupun cuma rawat gigi, tapi bila kita bekerja dengan kerajaan yang beri perkhidmatan percuma/murah, & kita beri perkhidmatan yang baik, kita pun dapat saham yang baik sebab kita tolong masyarakat yang memerlukan. Contohnya doktor gigi yang beri rawatan percuma di sekolah kerajaan. Kalau Zaa jadi doktor gigi, Zaa tak akan jadi doktor yang garang atau menakutkan. Zaa akan buat kerja baik-baik supaya pesakit selesa dan tak takut.

Thirdly, pegawai farmasi. Minat ni tercetus semenjak Zaa ulang alik ke hospital untuk ambil ubat. Kerja dia nampak mudah tapi gaji boleh tahan lumayan. Tapi masa belajar pun susah. Kalau student Pharmacist kat UiTM, diorang pun ada semester pendek macam Nursing. Ohh itu bermakna Zaa kena bersedia berkorban masa tenaga jiwa raga kalau nak masuk Pharmacist. Tapi Fakulti Farmasi ni ada kat kampus Puncak Alam, wahh rindu sangat nak duduk sana balik. Hmm tapi kalau Zaa nak sambung Farmasi, pointer pun nak kena tinggi, bawah medic. Hmm Zaa tak tahu lah Zaa boleh ke capai pointer yang tinggi. Allah.

Lastly, doktor haiwan. Ini cita-cita Zaa semenjak dari sekolah menengah. Niat Zaa cuma satu je. Nak tolong rawat haiwan. Bila Zaa dah ada pusat perlindungan untuk kucing terbiar nanti, Zaa bolehlah tolong rawat kucing-kucing yang sakit. Tapi, jadi doktor haiwan ni bukan setakat skop kepada kucing, termasuklah haiwan lain. Ha lagi satu, bila sesetengah kucing yang sakit tenat, dan dia terpaksa di'tidur'kan sebagai salah satu cara yang terbaik. Yelah daripada dia melarat sakit terseksa, sebaiknya dia di'tidur'kan saja. Tapi part tu yang Zaa takut. Zaa tak kuat semangat. Takut nanti Zaa pulak yang lebih-lebih menangis sedih. Hmm lagipun sekarang macam dah kurang sikit minat jadi doktor haiwan ni. Pointer pun satu hal. Nak kena tinggi jugak.

Sejujurnya, Zaa tak yakin dengan apa yang Zaa cita-citakan. Semuanya memerlukan pointer yang tinggi. Semester satu ni pointer tak tinggi pun. Dekan jauh sekali. Semester dua ni lagi 2 minggu je result nak keluar. Harap-harap ok lah. Walau tak dekan pun kalau dapat lebih tinggi dari yang lepas dah cukup bersyukur. Hmm tapi apa yang penting, Zaa kena jugak habiskan belajar. Zaa kena graduate jugak. Zaa kena dapatkan segulung sijil Diploma tu jugak. Walau orang cakap diploma jer pun, diploma tak laku dah, tapi sekeping sijil tu sangat bermakna buat diri Zaa. Walau susah macam mana sekalipun, walau ramai yang quit, Zaa janji Zaa akan guna peluang ni untuk graduate. Ramai dah yang tolong Zaa nak masuk UiTM ni. Abah yang banyak habis duit, Mama yang tak jemu berdoa, Kakak & Abang Ipar yang hantar Zaa, tak kurang Abang & Kakak Ipar yang luangkan masa hantar Zaa jugak, teringat saudara-mara yang banyak tolong Zaa masa Zaa tukar course, kredit untuk Kakak Long, Abang Ib, Cik Ain, Cik Nong, Cik Mah, tak kurang yang beri sumbangan, & penduduk kampung (kawan2 Mama) yang selalu ambil berat tentang Zaa. Ramai lagilah yang Zaa tak dapat nak senaraikan tapi Zaa takkan lupa pada yang dah beri sokongan pada Zaa.

Zaa sentiasa berdoa pada Tuhan. Dipermudahkan belajar, dapat result yang baik, dah graduate nanti dapat pekerjaan yang baik macam Zaa cita-citakan, dapat gaji yang bagus, dengan niat Zaa cuma nak balas jasa Abah & Mama, Zaa nak ubah kehidupan keluarga Zaa yang serba kekurangan ni. Jadi Zaa nak ada tahap pendidikan yang baik,  tinggal Zaa jelah yang menjadi harapan keluarga. Bukan nak kata abang kakak tak boleh ubah nasib keluarga, tapi Zaa sendiri rasa inilah masanya. Kalau bukan Zaa siapa lagi. Zaa cuma harap pertolongan Tuhan. In Sha Allah Zaa takkan lupa Tuhan, Zaa tak lupa keluarga & orang sekeliling bila Zaa dah berjaya nanti.

Kekuatan Zaa adalah sabar & doa. Zaa kena yakin, tak semestinya pointer rendah kita tak dapat sambung degree ? Tak dapat kerja yang baik ? Rezeki tu ditentukan Tuhan. Jangan takut Zaa. Jangan. Kau kena yakin. Doa Mama sentiasa mengiringi hidup Zaa. Alhamdulilah. Zaa harap Abah & Mama sentiasa sihat, panjang umur & murah rezeki. Supaya Zaa dapat balas jasa diorang. Dapat bawak Abah makan luar, belikan Mama baju cantik, bawa diorang pegi Mekah, pegi jalan-jalan. In Sha Allah. Doakan Zaa kuat ye ? Doakan Zaa tabah mengharungi hidup sebagai penghidap Epilepsi ni. Sokongan moral lah yang paling penting untuk kami teruskan hidup.

Okey lah, penat dah berceloteh. Nanti Zaa masukkan entri baru lagi. Sayang korang. Terima kasih sebab baca post ni. Ok bye-bye. Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment