03 May, 2014

Kegagalan vs Kejayaan


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum ! Apa khabar ye para pembaca sekarang ? Za pula baik-baik je. Sihat, tapi masalah yang dahulu tu belum lagi sembuh. Hari ni Jumaat, semalam 1 Mei, Hari Pekerja, dan baru je Ahad lepas turn Za kena ambil darah. Selalunya dia akan ambil sebanyak 2.5 ml. Sampai lebam woo tangan Za kena cucuk. Mula-mula doktor tu cakap macam kecik je urat Za, sampai dia tanya, biasanya cucuk kat bahagian mana… Huhu, memang patut la masa dia cucuk dengan tarik nak keluarkan jarum tu sakit. Sampai harini bekas ambil darah tu jadi lebam. Biasanya, kalau masa ambil darah tu tak rasa sakit, mesti bekas tu tak akan lebam. Tapi kalau sakit, memang confirm la lebam. Next week appointment dengan doktor. Harap-harap la result darah tu okey-okey jer sebab Za tak makan pun vitamin B complex dengan folic acid  tu. Malaslah. Vitamin tu fungsinya untuk tambah darah tapi yang namanya B complex tu bau dia busuklah. Tak suka.

Sambil menaip, Za tonton ‘The X Factor USA’ saluran 8tv. Best giler rancangan nyanyian ni. Baru je seorang peserta tadi nyanyi lagu kegemaran merangkap artis kegemaran Za, siapa lagi kalau bukan Miley Cyrus yang dulu dikenali dengan Hannah Montana. Lagu The Climb, yang merupakan lagu motivasi Za untuk berjaya dalam hidup. Za suka dengar lagu ni. Lagu ni sangat-sangat membantu Za untuk lebih bermotivasi dan bersemangat untuk mencapai kejayaan taktala Za perlukan motivasi.

Tadi Za ada terbaca dalam surat khabar Harian Metro, tentang advertorial mengenai testimoni produk dR101 keluaran Dr Rozmey Group. Alaa, produk yang popular kat televisyen tu. Tapi Za bukan nak bercerita mengenai produk ini tetapi mengenai kisah kecemerlangan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM). Namanya Nur Syahirah Jalal, 21. Pelajar ni merupakan salah seorang penuntut di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan dalam pengajian peringkat Diploma Mikrobiologi, program dan tempat yang sama Za bakal belajar tau. Tapi dia dah habis belajar, dan dia mampu peroleh Anugerah Dekan untuk lima semester berturut-turut tanpa keuzuran tau walaupun pada asalnya dia rasa berat hati dan ingin menolak tawaran. Tapi, semenjak dia mengamalkan produk tu di samping sokongan keluarga, dia dapat tingkatkan kecerdasan minda dan hilang masalah mengantuk yang sering dialaminya waktu ulang kaji pelajaran.

Jadi, Za akan jadikannya sebagai ikon untuk Za berjaya macam dia. Walaupun tak mengamalkan produk-produk macam tu, tapi Za yakin, dengan sokongan keluarga, dan minat, Za mesti boleh berjaya macam dia. Za sekarang dah nak kena ready untuk bergelar penuntut UiTM semula yang dijangka tak lama lagi. Minggu depan keputusan permohonan UPU akan diumumkan. Za memang takde mohon UPU sebab nama dah ada, cuma perlu rajin buka kalendar akademik UiTM untuk tahu tarikh lapor diri.

Oh ya, bercakap mengenai kejayaan, kita tak terlepas untuk berdepan dengan saat-saat kegagalan. Za pun tak terlepas daripada mengalami saat-saat yang seolah-olah menghancurkan harapan kita. Selalunya kita akan menangis-nangis disebabkan kekecewaan tu. Mungkin ada yang sampai mata bengkak hanya disebabkan satu kegagalan. Tapi percayalah, itu semua cuma permulaan untuk sebuah kejayaan.

Mungkin sukar untuk kita terima hakikat dan realiti. Tapi lumrahnya, ramai antara kita akan rasa seakan-akan hampir mati bila mengalami kegagalan. Betul, semua orang takkan sanggup mengalami kegagalan. Tapi, kegagalan itu bukannya titik noktah.

Kegagalan tu sebenarnya permulaan untuk kita menggapai kejayaan. Buang rasa putus asa dan kekecewaan tu jauh-jauh dari fikiran kita. Jadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran agar kita takkan ulanginya lagi pada masa akan datang. Fikir langkah seterusnya. Usah menoleh ke belakang lagi.

Sebenarnya, kita  sudah lakukan yang terbaik. Terimalah kegagalan dengan hati yang terbuka. Perbaiki segala kesilapan diri. Ubah sikap ke arah yang lebih baik.

Selidik kembali mengapa sebab kita mengalami kegagalan. Apa antara punca dan faktor yang menjadikan kita gagal. Siapkan perancangan untuk kita kembali menuju matlamat asal yang ingin digapai. Ingatkan diri jangan mudah putus asa. Jangan sesekali fikir kita mengalami kegagalan kerana disebabkan kita rasa kurang bagus daripada orang lain. Elakkan dari kerap membandingkan kelebihan dan keupayaan diri dengan orang lain .

Positifkan emosi. Tenangkan fikiran. Usah mempunyai tanggapan yang negatif. Selalunya, tanggapan negatif akan menguasai diri lebih-lebih lagi apabila kita mengalami situasi seperti diejek atau dipandang rendah oleh orang lain. Waima kita tidak diumpat pun, usah merasa rendah diri dengan kegagalan yang dialami.

Jadi, jangan peduli apa kata orang yang berada di sekelilling kita. Usah biarkan keadaan itu berulang lagi. Kita kena bangkit dari kegagalan dahulu. Cuba motivasikan diri untuk berusaha lebih gigih pada masa hadapan. Ambil iktibar dan contoh dari masyarakat yang kini sudah berjaya dalam hidup. Jika ditanya, pastinya mereka pernah mengalami kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Ramai yang di luar sana pasti akan menempuh saat-saat kegagalan sebelum mereka bangkit gigih berusaha dan akhirnya mencipta kejayaan.

‘Sekali gagal bukanlah gagal untuk selama-lamanya’. Pepatah yang acap kali kita dengar. Jadikan kegagalan sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Jadikan masyarakat luar yang berjaya sebagai ikon untuk kita. Jadikan matlamat yang kita kejar selama ini sebagai pemangkin untuk kita menggapai impian. Buktikan pada orang lain yang kita boleh lakukan yang lebih baik. Kita sebenarnya pun boleh mencapai kejayaan.

Za ni bukanlah pakar motivasi atau pencetus inspirasi terkenal macam Prof Dr Muhaya tu, tapi Za cuma nak kongsikan melalui pembacaan Za. Dalam menaip, Za pun sebenarnya untuk ingatkan diri Za juga. Za masih ada cita-cita, impian, harapan, dan matlamat yang Za ingin capai. Kejayaan tu akan Za gapai satu hari nanti. In Sha Allah, doakan Za.

Okeylah, dah penat Za taip ni, semoga kejayaan yang kita impikan akan tiba jua. Bye-bye, Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment