Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum
semua.. Peace be upon you…Dah lama Za
tak masukkan entri baru ke dalam blog kesayangan Za ni. Sebenarnya Za ada
masalah sikit dengan wifi Za tu, mungkin setting tak betul, jadi internet pun
tak boleh guna. Tapi takpe, Za boleh teruskan hidup tanpa internet, mungkin
sesetengah orang rasa macam tak boleh hidup kalau takde internet, tapi kalau Za
tak kisah pun.
Hari
ini, 9 April 2014, hari Rabu bersamaan 9 Jamadilakhir 1435. Tak sampai 3 bulan
lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia lagi
penuh dengan keberkatan. Korang yang bercuti tu dah ganti puasa ke belum ? Za
Alhamdulillah, awal-awal lagi Za dah qada’ puasa.
Za baru
je lebih kurang 2 minggu lebih balik kampung. Sebelum ni Za ikut Babang dengan
kakak ipar duduk kat Banting. Maklumlah, Za baru je dapat anak buah yang
pertama, nama dia, Nur Zahratu Annisa. Za rasa excited sangat. Hampir 4 minggu juga Za duduk kat Banting. Last-last, Za tak tahan nak balik, sebabnya yang pertama, Za rasa bosan pulak.
Dan yang kedua yang paling Za tak tahan, Za rindu sangat kat ‘adik-adik’ kat
rumah tu. Sampai termimpi-mimpi yang Ommie dengan Mommie dah takde. Bila dah
balik kampung, rasa lega dapat peluk diorang, walaupun mula-mula diorang macam
takut. Merajuk kot sebab tuan dia tinggalkan lama sangat. Tapi tak sampai 1 jam
diorang dah manja lagi. Hihihi…. Mommie pula sekarang dah gemuk gedempol.
Amboi, makan banyak nampak ? 3 minggu tak nampak, tahu-tahu je dah debab. Hmm,
macam manalah kat UiTM nanti, boleh ke Za bertahan nak berjauhan dengan si
cinonet tu ?
Kira
punyalah kira, Za ada masa lagi lebih kurang 2 bulan sebelum masuk UiTM semula.
Za tulis entri ni pun sebab nak luahkan perasaan je. Bila Za bangkitkan perkara
ni pada Mama beberapa hari yang lepas, Mama pula yang rasa risau sangat. Nak
tau sebab apa ?
Sebab,
Za dah lama sangat tinggalkan alam persekolahan. Za dah lama sangat tak
belajar. Jadi Mama rasa ragu-ragu dengan keupayaan Za untuk belajar semula.
Takut nanti Za rasa tak semangat nak belajar, takut nanti Za tak kuat nak
belajar, takut nanti Za tak mampu nak hadapi tekanan belajar.
Satu
lagi, kawan-kawan Za yang ambil program Asasi dan Matrikulasi dah habis belajar
dah. Lepas ni diorang akan teruskan pembelajaran ke peringkat yang lagi tinggi,
iaitu Ijazah. Waima, Za pula baru nak masuk Diploma, tempoh pengajian selama 3
tahun, ini bermakna Za akan ketinggalan jauh dari kawan-kawan. Jujur Mama
beritahu, dia rasa cemburu sangat tengok kawan-kawan Za yang akan melangkah
lebih tinggi sedangkan Za baru nak bertatih.
Za rasa
sedih sangat mengenangkan hakikat tu. Waktu Za menaip papan kekunci komputer
riba ni, bergenang air mata Za. Bila-bila masa je empangan air mata ni nak
pecah. Za tak sanggup tengok Mama sedih. Tapi Za sendiri tak menyangka akan
jadi macam ni. Za tak berniat pun nak kecewakan Mama.
Za baru
je lap air mata Za. Za tetap cuba tabahkan diri. Za cuba bersabar, bersabar,
dan bersabar. Za harap sangat Mama dapat bersabar. Ada hikmah yang menanti.
Cuma kita je tak tahu bila.
“Mama,
Za janji, Za akan buktikan pada Mama, yang Za pun boleh berjaya macam orang
lain. Bukti ada di depan mata. Za teringat waktu keputusan SPM 2013 diumumkan
baru-baru ni, ada seorang pelajar tu dapat keputusan cemerlang, walaupun dia
lewat memasuki alam sekolah menengah. Dia masuk ke Tingkatan 1 pada usia 14
tahun. Jadi, tempoh lewat daripada rakan-rakan seusia bukan jadi batu
penghalang untuk kita berjaya.” Kata-kata itulah yang Za beritahu pada Mama.
“Takpelah
Ma, kita tengok orang berjaya, hari ini hari dia, esok lusa, hari kita pula.
Tunggulah.” Za cuba pujuk Mama. Za janji dengan diri Za.
Sekarang
ni pun, Za dah mula selak-selak kembali, nota-nota yang Za belajar waktu
sekolah menengah. Za cuba intai-intai semula nota Kimia dan nota Biologi. Buku The Human Body : Anatomy & Physiology
yang Za beli waktu belajar Nursing dulu
pun Za cuba telaah sebab kandungan notanya juga berkait dengan Biologi dan
Kimia.
Buat
masa sekarang, Za hanya berkarya untuk penuhi minat dan asah bakat dalam bidang
penulisan. Za lebih suka luangkan masa dengan berkarya. Za minat sangat dalam
bidang penulisan, sama macam kakak Za tapi, Za tak fikir pun nak jadi penulis novel,
cuma Za teringin sangat nak hasilkan novel sendiri, macam kakak Za. Kakak Za
pernah hasilkan novel, tajuknya, ‘Gugurnya Kuntum Sena’ di bawah terbitan
Syarikat Pelangi. Kalau ada peluang, Za tak berminat nak jadi penulis sepenuh
masa, tapi Za cuma berminat nak jadi penulis secara sambilan, sebab Za ada
cita-cita lain. Setakat ni, Za sedang cuba hasilkan 2 buah kisah. Kisah yang
pertama tajuknya, ‘Kisah Hidup’. Kisah inilah kisah hidup Za yang
sebenar-benarnya. Tapi kisah ni mungkin ambil masa yang lama untuk siap, sebab
Za nak rangkumkan kisah ni sampai Za dewasa nanti, barulah sempurna. Kisah yang
kedua pula tajuknya ‘Impiannya Menjadi Artis Popular’. Kisah ni lebih kepada
angan-angan Za. Tapi yang ini belum pasti boleh lengkap atau tidak sebab Za
baru je buat sikit. Cuma untuk curahkan angan-angan je.
Hobi Za
yang suka berkarya ni sedikit sebanyak membantu Za untuk lepaskan tekanan. Bila
Za rasa tertekan, Za akan sambung menulis kisah tu. Contohnya macam sekarang
yang Za tengah buat ni. Bila Za rasa tension
atau sedih, Za akan menaip di blog untuk curahkan perasaan Za. Alhamdulillah,
bila Za hampir tamatkan taipan ni, Za rasa lebih lega dan tenang. Tengok Ommie
dan Mommie yang nyenyak dibuai mimpi kat sofa yang empuk tu pun boleh
membuatkan Za rasa tenang dan gembira. Rasa tension
tu sedikit sebanyak boleh dihilangkan bila kita tengok kucing tidur.
Satu
lagi Mama pesan, mulai sekarang, buatlah solat hajat. Mohon dipermudahkan
pembelajaran kat sana nanti. Jangan tunggu dah nak masuk UiTM baru nak buat.
Hmm, betul juga. Alhamdulillah, beberapa hari ni setiap lepas pukul 12 malam,
Za akan lakukan solat hajat. Za berdoa supaya dikuatkan semangat, dipermudahkan
segala urusan, dipermudahkan belajar, diberi kesihatan yang baik, dan harap
dapat sentiasa bersabar. Za percaya pada Allah yang Dia pasti akan tolong Za.
Baiklah.
Dah lebih jam 12 malam ni. Kejap lagi Za nak ambil wudhu’, Za nak tunaikan
solat hajat untuk mohon doa kepadaNya. Mudah-mudahan Za dapat mengharungi hidup
Za yang dah memang ditentukan Qada’ dan Qadar olehNya. Ammin.
Okeylah,
bye-bye, Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment