13 December, 2014

Kau ni dah sawan eh (Epilepsi)


Kau Ni Dah Sawan Eh ? >>> EPILEPSI

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum ! Catatan ni dah lama upload, ditulis masa cuti sem 1 cuma  update sikit je. Ok ? Teruskan membaca >>>> Rasanya dah lama sangat Zaa tak masukkan entri baru kat blog pink ni… Ni pun baru sempat menulis sebab cuti semester 1 dah mula yehaa ! Selama sebulan setengah ni, Zaa akan penuhi masa dengan terus menulis, berkarya dan berangan-angan ! Cerpen berkenaan diri Zaa sedang cuba ditambah kandungannya, tak kurang juga cerpen kedua yang mengisahkan tentang angan-angan Zaa yang nak jadi ala-ala Hannah Montana, pun sedang cuba diperbaiki, manalah tau boleh jadi novel kan he he… Zaa akui memang sekarang busy sangat-sangat sebab dah sambung study lagi, dah jadi microbians dah hehe.. Diploma Mikrobiologi yang selama ni diimpi-impikan dah pun jadi kenyataan, dah tertulis dah pada kad pelajar.. Kampus pun dah berpindah ke kampus Pekan Parit Tinggi, Jalan Beting, Kuala Pilah, Nogori Sembilan…  Dalam keterujaan belajar subjek yang pelik-pelik entah apa benda entah, ni baru Part 1 dah kena belajar Pre-Calculus yang “sejibik” macam Add. Math tu, kena belajar Computer Information and Processing la, Cell Biology yang pasal bakteria-bakteria tu, belum nanti Part 2 and next pulak. Tapi nasib baik la takde subjek yang adik-beradik dengan PHYSICS huh ! Lega sikit, kurang sikit rasa stress ni…

Eh kejap, kejap, ulang suara… Stress ? Haa ni la tujuan Zaa tulis entri ni. Stress ni salah satu simptom & penyebab Epilepsi. Hah mesti tergaru-garu kepala apa tu Epilepsi ? Epilepsi ni senang cakap sawan la baru orang tahu. Sesetengah orang tak tahu apa tu Epilepsi dan kadang-kadang bila diorang tanya apa tu Epilepsi kadang-kadang Zaa senyum je sebab malu nak mengaku. Sebabnya orang selalu fikir atau anggap Epilepsi masalah mental atau pesakit tu gila sebab pesakit tu tak ingat apa-apa. Selalu bila orang tanya apa tu Epilepsi, Zaa akan uji dahulu apa tanggapan awal diorang pada penyakit ni. Hmm dan selalunya Zaa bersabar jela sebab diorang mesti fikir pesakit tu tak betul la, separuh gila la, macam-macam lagi la stigma diorang. Zaa selalu sentap bila masyarakat sekililing ni anggap yang negatif pasal penyakit ni.

Selalunya memang Zaa akan betulkan & ubah tanggapan diorang. Memang sedih kadang-kadang masyarakat selalu mempersendakan orang yang ada Epilepsi ni. Kadang-kadang perkara ni pun jadi bahan lawak. Contohnya ayat yang selalu Zaa dengar atau baca, kalau kawan diorang buat perkara pelik or something else, maka keluar la ayat yang begitu deep untuk didengar (hashtag deep/sentap beb) “Kau ni sawan ea ?” Cer bayangkan kalau korang disahkan menghidap penyakit sawan, mesti sedihkan bila orang main-main dengan penyakit yang macam ni. Please lah tolong lah jangan cakap macam tu bila gurau dengan kawan. Kami penghidap epilepsi memang terasa. Itulah antara dugaan penghidap epilepsi. Ok Zaa memang mulut main lepas cakap tapi Zaa tak pernah gurau dengan kawan macam tu. Tak pernah ok ?

Kami sering dihina, dicaci, diskriminasi masyarakat, imagine, living with an explaining disorder that most people don't understand, that is Epilepsy.

Pelbagai kesulitan yang pesakit Epilepsi lalui. Antaranya sukar untuk mengingat sesuatu perkara, rumit untuk berdikari, susah untuk belajar, tapi, kami juga ada harapan.

Epilepsi ni, bukan penyakit mental. Epilepsi ni occur  disebabkan abnormal electrical cycle pada otak. Salah satu faktor penyebab adalah genetik. Stress atau tekanan juga penyumbang terjadinya Epilepsi. Tapi sampai sekarang penyebab utama dia tak dapat diketahui lagi. Kalau pada pandangan perubatan Islam, mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus. Tapi Zaa lebih memilih pada pandangan perubatan moden. Semenjak disahkan menghidap penyakit ni, Zaa banyak buat research kat internet, Facebook & Instagram fasal penyakit ni. Banyak juga persatuan kat luar negara yang berkaitan contohnya Epilepsy Awareness, The Epilepsy Network, dengan Away With Epilepsy. Kalau kat Malaysia ni ada Persatuan Epilepsi Malaysia (Malaysian Society of Epilepsy), boleh search kat facebook, Zaa dapat tahu pun melalui keratan akhbar Harian Metro tentang artikel mengenai kesedaran Epilepsi. Alhamdulilah ada juga. Persatuan atau page macam ni membantu Zaa dapat info berkaitan Epilepsi, simptom berkaitan, kesan, dan Zaa dapat berinteraksi dengan pesakit lain yang sama nasib dengan Zaa. Di situ la Zaa dapat bertukar pendapat, dapatkan nasihat & dalam masa yang sama belajar speaking hehe, dapat la juga test speaking English dengan mat & minah salleh ha ha ha….


[Keratan akhbar Harian Metro tentang penyakit Epilepsi cuma tak jelas nak zoom]

Kat sini la Iza dapat maklumat pasal persatuan epilepsi  kat facebook & bermula di situ la Iza dapat kenalan yang sama nasib dengan Iza


Ok, ini senarai seizure triggers :
- sleep deprivation (tak cukup tidur, terlebih penat)
- alcohol / drug use
- stress
- flashing bright right or patterns (cahaya lampu berkelip-kelip)
- chemical things (bau bahan kimia contohnya minyak angin atau ubatan)
- associated with hormone changes / menstrual cycle 
- in time of fever or illness

Zaa kena Epilepsi ni jenis Tonic Clonic atau Grand Mal Seizure atau lebih senang cakap Generalised Seizure. Kalau orang Melayu sebut, Zaa tak sanggup nak mengaku, nak tulis, nak cakap, sorry memang tak sanggup.

Ok, ini pulak senarai simptom Epilepsi yang Zaa dah buat research & sebahagiannya selalu sangat Zaa alami :


Aura / warning sign

Aura ni, selalunya berlaku sebagai warning atau satu sign yang selalu akan datang sebelum pesakit diserang Epilepsi. Contoh :

1.   Emotional (bad mood, rasa nak marah-marah, bengang, stress, tension, depression)

2.   Unusual feelings (tiba-tiba rasa takut atau bingung & dalam masa yang sama tak tau nak buat apa)

3.   Physical (rasa loya macam nak muntah & kadang-kadang memang muntah)

4.   Sensory (macam ada rasa pelik atau bau pelik, rasa macam kat otak ni macam ada sesuatu, rasa berat kat kepala)


Masalah tidur / Insomnia & sleepiness

Insomnia ni, memang berlaku pada diri Zaa. Bila kita ada penyakit kronik, satu cara nak melegakan penyakit tu, cuma satu je, tidur,,, tidur,,,, dan tidur. Bila kami tidur, kami bukannya sedih, bukan marah, bukan kesunyian, bukan dalam kesakitan. The only problem is we’re not able to sleep. Ubat untuk pesakit Epilepsi ni bukan ubat penenang yang menyebabkan kita mengantuk tau, ubat ni cuma nak kurangkan risiko nak diserang Epilepsi ni. Kadang-kadang, waktu malam dah baring kat katil awal, tapi tetap tak dapat lelapkan mata sampailah ke pukul 2 pagi, 3 pagi tu biasa la, pukul 4 pun selalu jugak. Ataupun dah tertidur awal tapi pukul 2 pagi boleh pulak terbangun & tak dapat tidur lagi sampai ke pukul 6 pagi. So, waktu siang nanti rasa  asyik nak tidur je la. Akibatnya, waktu siang memang akan terlebih tidur. Kat kolej, housemate semua ada jadual waktu tidur yang betul, cuma Zaa je yang berbeza. Pesakit Epilepsi ni kena jaga waktu tidur, jangan sampai kurang waktu tidur. Penat sangat pun tak boleh.


    Hallucination / spinning

Zaa pernah berhalusinasi, macam telinga rasa berdengung & nampak cahaya malap-malap atau samar-samar waktu malam nak tidur, ni bukan mimpi tau. Kadang-kadang rasa macam dunia ni berpusing-pusing atau objek yang kita nampak kat depan mata ni, boleh berubah posisinya jadi lebih dekat, lebih jauh atau blurr, lepas tu confius  & perasaan takut pun datang, memang pelik la. Simptom ni dah berlaku 2, 3 tahun sebelum Zaa kena Epilepsi, mungkin memang faktor genetik tu dah ada. Bukan nampak makhluk halus tapi kejadian yang pelik selalu sangat berlaku. Kadang-kadang waktu tidur, kita macam separuh sedar, rasa dunia ni berpusing-pusing atau objek tadi berubah posisi, dan Zaa tak rasa pun benda tu dalam mimpi. Memang rasa dalam keadaan sedar & bukan dalam keadaan mamai.

   

    Pelupa / Memory or attention problem

Masalah pelupa memang menjejaskan kehidupan Zaa sebagai seorang pelajar. Bayangkan, malam tu kita dah study, dah buat latihan banyak kali, esoknya test or quiz, bila dapat soalan, Zaa tak tau nak jawab apa sebab ? Zaa tak ingat langsung apa yang dah belajar semalam. Rasa macam nak meraung satu kelas, kadang-kadang dah berair dah mata nak menangis. Lagi-lagi subjek Pre-Calculus, otak Zaa ni memang la bukan otak Math, otak Zaa lebih pada suka membaca atau mengingat macam Cell Biology, hafal je, settle. Tapi mungkin kesan penyakit ni atau kesan ubat yang Zaa makan menyebabkan otak Zaa jadi pelupa. Kalau belajar Pre-Calculus, semua orang senang je faham, sedangkan Zaa sendiri terpinga-pinga. Tapi Zaa ambil inisiatif, Zaa belajar sendiri perlahan-lahan, atau belajar dengan housemate baru la Zaa boleh. Kadang-kadang lectrurer  suruh selesaikan soalan simple pun Zaa lambat nak selesaikan, kadang-kadang memang tak dapat selesaikan. Classmate yang lain senang je huhuhu.


    Headache / migraine

Dulu, Zaa tak boleh kena panas dalam tempoh yang lama, asal kena panas je, mula rasa pening, kepala berat, rasa nak pitam, sampaikan cikgu yang ajar memandu masa Zaa ambil lessen pun beri lebih perhatian pada Zaa. Dia dah pesan awal-awal, kalau rasa penat, pening kena beritahu dia. Kat kampus waktu Kesatria aktiviti kawad Zaa dah boleh sertai tak macam dulu, takut kalau berjemur kat tengah panas lepas tu kejang pulak. Tapi Zaa tetap berhati-hati kalau ada aktiviti lasak memang Zaa tak akan sertai sebab doktor tak benarkan aktiviti lasak. Fasal memandu tu kalau tunggang motor memang terpaksa Zaa langgar amaran doktor sebab Zaa bukan orang senang ada kereta, cuma ada motor je. Pegi mana-mana naik motor je. Terpaksa la. Alhamdulillah sampai sekarang tak ada kejadian tak diingini berlaku. Berbalik cerita pada pening tadi, kadang-kadang rasa pening kat sebelah kepala, sebelah kiri, orang cakap itu migraine. Tak tahu la.


    Undifficult to breath / chest pain

Waktu malam Zaa kerap sangat sakit dada, tak boleh bernafas. Waktu tu rasa macam nak bantuan oksigen je. Tapi selagi boleh tahan, Zaa tak pegi klinik atau hospital. Bayangkan kat kolej, malam-malam buta sakit dada, nak minta tolong warden ke ? Hmm tak payah la, selagi boleh tahan Zaa tak nak menyusahkan orang. Kat rumah kalau sakit dada selalu jugak kena waktu malam, pun bukan senang nak pegi hospital bukan dekat, kereta tak ada, takkan nak naik motor pegi Bandar, klinik terdekat pulak manalah buka dah malam pukul 12, 1 pagi kan ? Tapi Alhamdulilah sekarang dah tak sakit dada lagi. Tak tahu lah ada kaitan ke tidak. 


Zaa kena Epilepsi ni mungkin ada 3 sebab :

1.   Genetik, sebab ada pak cik sebelah Mama memang ada penyakit ni sejak kecik. Jadi peratusan faktor genetik tu memang ada. Sekarang dia OKU (orang kelainan upaya), penyakit tu menyerang semenjak dari dia kecik jadi dia effect sampai sekarang.

2.   Stress atau tekanan lebih kepada seizure trigger.

3.    SOL (seizure occampaning lesson) tapi just TRO je, EEG & CT scan result no SOL.

Tapi memang nasib baik Zaa kena Epilepsi ni disebabkan cuma perkara kat atas tu. Sesetengah pesakit kena jalani operation sebab ada ketumbuhan pada otak atau mungkin dia pernah terhantuk. Zaa dulu masa kecil memang pernah terhantu tapi ujian CT Scan (computed tomography) dan EEG (electroensephalogram) menunjukkan diagnosis normal. Alhamdulilah. Bahaya tau kepala kena jaga baik-baik. Sebab tu la penunggang & pembonceng motosikal diwajibkan pakai helmet. Walaupun Zaa memang dah jadikan amalan, tapi kalau penyakit nak kena memang tak boleh elak.


Tapi, semenjak Zaa kena Epilepsi ni, kehidupan Zaa memang berubah. Daripada takut nak pegi hospital, klinik, jumpa doktor, takut jarum, sekarang dah tak takut dah. Tak pandai telan pil, sekarang dah advance boleh telan 3 biji tablet sekaligus haa power kan. Daripada kegembiraan dapat peluang belajar, kena pulak tukar program pembelajaran. Dah pernah jumpa rektor Fakulti Sains Kesihatan masa kat PALAM, jumpa staff Hal Ehwal Akedemik UiTM sampai staff pun dah kenal. Daripada tak tahu berdikari, sekarang dah berdikari, pergi uruskan itu la, ini la, jumpa doktor sorang-sorang & ambil ubat sorang-sorang kalau duduk kat kampus. Fikiran Zaa dah matang sikit sebab banyak dah perkara berlaku dalam hidup ni walaupun diberi ujian sekecik ni. Zaa rasa orang sekeliling Zaa sayangkan Zaa. Sokongan keluarga terutama Mama, kawan-kawan, saudara-mara & cikgu-cikgu membuatkan Zaa terharu sangat. Baru Zaa sedar nilai kesihatan tu berharga sangat. Tapi dengan adanya penyakit ni membuatkan Zaa lebih bersyukur dengan dugaan hidup ni sebab ramai lagi kat luar sana yang lagi besar dugaan hidup diorang kan ? Tapi Alhamdulilah dalam 2 tahun ni Zaa boleh dikatakan seizure free/dah tak kena dah ! Cuma boleh dikatan tiap-tiap hari rasa ada benda kat kepala bahagian belakang, rasanya eletric cycle sebab macam rasa ada arus elektrik. Rasa macam nak hantuk kepala ke dinding je. Tahan jelah. Pernah tanya ke doktor, dia tak faham kot masalah Zaa. Dia cakap mungkin kutu. KUTU ? Ya Allah takkanlah aku tak tahu beza kutu dengan benda gerak2 dalam kepala, atau lebih tepat dalam otak ! Otak faham ? Takpelah, Zaa diamkan je. Dia tak tahu rasa macam mana kan. 

Okey, ni antara gambar ubat yang Iza kena ambil sepanjang bergelar penghidap epilepsi:

[tablet Epilim@Sodium Valproate 200mg]



[tablet Vitamin B Complex 5mg]

Ada lagi satu vitamin iaitu tablet Folic Acid 5mg, rupa bentuk & warna dia sama dengan B Complex cuma kuning dia cair sikit je

Ha lagi satu ada lecturer tanya Zaa masa spottalk ELC (ada pada entri catatan semester 2), Zaa ni kan ambil program Mikrobiologi, banyak kat lab buat eksperimen, mesti banyak involve dengan chemical, kenapa Zaa boleh ambil course ni ? Zaa punya jawapan Zaa punya seizure trigger tak disebabkan bahan chemical, so Zaa bolehlah involve dalam chemist2 ni. Kalaulah seizure trigger ni memang tak boleh bau bahan kimia, confirm kena tukar course lagi. Allah sudahlah. 

Ha ada lagi cerita, masa dapatkan rawatan gigi kat klinik pergigian Batu Pahat. Masa tu Zaa cuci gigi. Gigi ni dah kronik kotor. Euww, baik pegi cuci. Hmm punyalah banyak soalan doktor lelaki Cina tu. Dia tanya seizure trigger. Yelah, kalau Zaa tak boleh kena cahaya atau bau bahan kimia, confirm tak boleh dapatkan rawatan. Nasib baik boleh. Itu pun still tanya ada pegi check up lagi ke, ada makan ubat lagi ke. Hmmm memang sekarang orang ada kencing manis & darah tinggi pun susah kalau nak cabut gigi. Ditakuti luka darah tu tak berhenti sebab kencing manis selalunya luka lambat sembuh kan. Tapi Zaa memang tabik kat doktor tu. Baik sangat. Layanan memang tip top. Langsung tak takut dengan dia. Selesa sangat. Perkhidmatan dia memang bagus. Dia buat kerja pun perlahan2 je siap pesan lagi kalau sakit cakap. Dulu Zaa tak yakin nak dapatkan rawatan gigi kat klinik kerajaan tapi sekarang dah berubah. Doktor semua baik2, tak payah takut. Murah pulak tu tapi perkhidmatan setanding dengan klinik swasta.
Okey la, setakat ini je coretan diari hidup Zaa. Lain kali Zaa akan cuba perbaiki blog ni sebab simple je kan blog ni ? Zaa memang lebih tekankan pada penulisan je hehe, nak cantik-cantik pun tak payah la, blog ni bukan famous pun sebab prinsip Zaa cuma menulis blog ni untuk kepuasan, untuk luahkan hati terpendam, tak kisah la nak baca, baca la tak nak sudah, ke korang yang memang suka stalk orang ? Ha ha ada je orang yang  suka stalk laman sosial orang kan ? Hi hi hi…
Ok la, bye-bye, Assalamualaikum !



03 May, 2014

Kegagalan vs Kejayaan


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum ! Apa khabar ye para pembaca sekarang ? Za pula baik-baik je. Sihat, tapi masalah yang dahulu tu belum lagi sembuh. Hari ni Jumaat, semalam 1 Mei, Hari Pekerja, dan baru je Ahad lepas turn Za kena ambil darah. Selalunya dia akan ambil sebanyak 2.5 ml. Sampai lebam woo tangan Za kena cucuk. Mula-mula doktor tu cakap macam kecik je urat Za, sampai dia tanya, biasanya cucuk kat bahagian mana… Huhu, memang patut la masa dia cucuk dengan tarik nak keluarkan jarum tu sakit. Sampai harini bekas ambil darah tu jadi lebam. Biasanya, kalau masa ambil darah tu tak rasa sakit, mesti bekas tu tak akan lebam. Tapi kalau sakit, memang confirm la lebam. Next week appointment dengan doktor. Harap-harap la result darah tu okey-okey jer sebab Za tak makan pun vitamin B complex dengan folic acid  tu. Malaslah. Vitamin tu fungsinya untuk tambah darah tapi yang namanya B complex tu bau dia busuklah. Tak suka.

Sambil menaip, Za tonton ‘The X Factor USA’ saluran 8tv. Best giler rancangan nyanyian ni. Baru je seorang peserta tadi nyanyi lagu kegemaran merangkap artis kegemaran Za, siapa lagi kalau bukan Miley Cyrus yang dulu dikenali dengan Hannah Montana. Lagu The Climb, yang merupakan lagu motivasi Za untuk berjaya dalam hidup. Za suka dengar lagu ni. Lagu ni sangat-sangat membantu Za untuk lebih bermotivasi dan bersemangat untuk mencapai kejayaan taktala Za perlukan motivasi.

Tadi Za ada terbaca dalam surat khabar Harian Metro, tentang advertorial mengenai testimoni produk dR101 keluaran Dr Rozmey Group. Alaa, produk yang popular kat televisyen tu. Tapi Za bukan nak bercerita mengenai produk ini tetapi mengenai kisah kecemerlangan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM). Namanya Nur Syahirah Jalal, 21. Pelajar ni merupakan salah seorang penuntut di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan dalam pengajian peringkat Diploma Mikrobiologi, program dan tempat yang sama Za bakal belajar tau. Tapi dia dah habis belajar, dan dia mampu peroleh Anugerah Dekan untuk lima semester berturut-turut tanpa keuzuran tau walaupun pada asalnya dia rasa berat hati dan ingin menolak tawaran. Tapi, semenjak dia mengamalkan produk tu di samping sokongan keluarga, dia dapat tingkatkan kecerdasan minda dan hilang masalah mengantuk yang sering dialaminya waktu ulang kaji pelajaran.

Jadi, Za akan jadikannya sebagai ikon untuk Za berjaya macam dia. Walaupun tak mengamalkan produk-produk macam tu, tapi Za yakin, dengan sokongan keluarga, dan minat, Za mesti boleh berjaya macam dia. Za sekarang dah nak kena ready untuk bergelar penuntut UiTM semula yang dijangka tak lama lagi. Minggu depan keputusan permohonan UPU akan diumumkan. Za memang takde mohon UPU sebab nama dah ada, cuma perlu rajin buka kalendar akademik UiTM untuk tahu tarikh lapor diri.

Oh ya, bercakap mengenai kejayaan, kita tak terlepas untuk berdepan dengan saat-saat kegagalan. Za pun tak terlepas daripada mengalami saat-saat yang seolah-olah menghancurkan harapan kita. Selalunya kita akan menangis-nangis disebabkan kekecewaan tu. Mungkin ada yang sampai mata bengkak hanya disebabkan satu kegagalan. Tapi percayalah, itu semua cuma permulaan untuk sebuah kejayaan.

Mungkin sukar untuk kita terima hakikat dan realiti. Tapi lumrahnya, ramai antara kita akan rasa seakan-akan hampir mati bila mengalami kegagalan. Betul, semua orang takkan sanggup mengalami kegagalan. Tapi, kegagalan itu bukannya titik noktah.

Kegagalan tu sebenarnya permulaan untuk kita menggapai kejayaan. Buang rasa putus asa dan kekecewaan tu jauh-jauh dari fikiran kita. Jadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran agar kita takkan ulanginya lagi pada masa akan datang. Fikir langkah seterusnya. Usah menoleh ke belakang lagi.

Sebenarnya, kita  sudah lakukan yang terbaik. Terimalah kegagalan dengan hati yang terbuka. Perbaiki segala kesilapan diri. Ubah sikap ke arah yang lebih baik.

Selidik kembali mengapa sebab kita mengalami kegagalan. Apa antara punca dan faktor yang menjadikan kita gagal. Siapkan perancangan untuk kita kembali menuju matlamat asal yang ingin digapai. Ingatkan diri jangan mudah putus asa. Jangan sesekali fikir kita mengalami kegagalan kerana disebabkan kita rasa kurang bagus daripada orang lain. Elakkan dari kerap membandingkan kelebihan dan keupayaan diri dengan orang lain .

Positifkan emosi. Tenangkan fikiran. Usah mempunyai tanggapan yang negatif. Selalunya, tanggapan negatif akan menguasai diri lebih-lebih lagi apabila kita mengalami situasi seperti diejek atau dipandang rendah oleh orang lain. Waima kita tidak diumpat pun, usah merasa rendah diri dengan kegagalan yang dialami.

Jadi, jangan peduli apa kata orang yang berada di sekelilling kita. Usah biarkan keadaan itu berulang lagi. Kita kena bangkit dari kegagalan dahulu. Cuba motivasikan diri untuk berusaha lebih gigih pada masa hadapan. Ambil iktibar dan contoh dari masyarakat yang kini sudah berjaya dalam hidup. Jika ditanya, pastinya mereka pernah mengalami kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Ramai yang di luar sana pasti akan menempuh saat-saat kegagalan sebelum mereka bangkit gigih berusaha dan akhirnya mencipta kejayaan.

‘Sekali gagal bukanlah gagal untuk selama-lamanya’. Pepatah yang acap kali kita dengar. Jadikan kegagalan sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Jadikan masyarakat luar yang berjaya sebagai ikon untuk kita. Jadikan matlamat yang kita kejar selama ini sebagai pemangkin untuk kita menggapai impian. Buktikan pada orang lain yang kita boleh lakukan yang lebih baik. Kita sebenarnya pun boleh mencapai kejayaan.

Za ni bukanlah pakar motivasi atau pencetus inspirasi terkenal macam Prof Dr Muhaya tu, tapi Za cuma nak kongsikan melalui pembacaan Za. Dalam menaip, Za pun sebenarnya untuk ingatkan diri Za juga. Za masih ada cita-cita, impian, harapan, dan matlamat yang Za ingin capai. Kejayaan tu akan Za gapai satu hari nanti. In Sha Allah, doakan Za.

Okeylah, dah penat Za taip ni, semoga kejayaan yang kita impikan akan tiba jua. Bye-bye, Assalamualaikum !

10 April, 2014

Curahan hati...


Bismillahirahmanirrahim…

Assalamualaikum semua.. Peace be upon you…Dah lama Za tak masukkan entri baru ke dalam blog kesayangan Za ni. Sebenarnya Za ada masalah sikit dengan wifi Za tu, mungkin setting tak betul, jadi internet pun tak boleh guna. Tapi takpe, Za boleh teruskan hidup tanpa internet, mungkin sesetengah orang rasa macam tak boleh hidup kalau takde internet, tapi kalau Za tak kisah pun.

Hari ini, 9 April 2014, hari Rabu bersamaan 9 Jamadilakhir 1435. Tak sampai 3 bulan lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia lagi penuh dengan keberkatan. Korang yang bercuti tu dah ganti puasa ke belum ? Za Alhamdulillah, awal-awal lagi Za dah qada’ puasa.

Za baru je lebih kurang 2 minggu lebih balik kampung. Sebelum ni Za ikut Babang dengan kakak ipar duduk kat Banting. Maklumlah, Za baru je dapat anak buah yang pertama, nama dia, Nur Zahratu Annisa. Za rasa excited sangat. Hampir 4 minggu juga Za duduk kat Banting. Last-last, Za tak tahan nak balik, sebabnya yang pertama, Za rasa bosan pulak. Dan yang kedua yang paling Za tak tahan, Za rindu sangat kat ‘adik-adik’ kat rumah tu. Sampai termimpi-mimpi yang Ommie dengan Mommie dah takde. Bila dah balik kampung, rasa lega dapat peluk diorang, walaupun mula-mula diorang macam takut. Merajuk kot sebab tuan dia tinggalkan lama sangat. Tapi tak sampai 1 jam diorang dah manja lagi. Hihihi…. Mommie pula sekarang dah gemuk gedempol. Amboi, makan banyak nampak ? 3 minggu tak nampak, tahu-tahu je dah debab. Hmm, macam manalah kat UiTM nanti, boleh ke Za bertahan nak berjauhan dengan si cinonet tu ?

Kira punyalah kira, Za ada masa lagi lebih kurang 2 bulan sebelum masuk UiTM semula. Za tulis entri ni pun sebab nak luahkan perasaan je. Bila Za bangkitkan perkara ni pada Mama beberapa hari yang lepas, Mama pula yang rasa risau sangat. Nak tau sebab apa ?

Sebab, Za dah lama sangat tinggalkan alam persekolahan. Za dah lama sangat tak belajar. Jadi Mama rasa ragu-ragu dengan keupayaan Za untuk belajar semula. Takut nanti Za rasa tak semangat nak belajar, takut nanti Za tak kuat nak belajar, takut nanti Za tak mampu nak hadapi tekanan belajar.

Satu lagi, kawan-kawan Za yang ambil program Asasi dan Matrikulasi dah habis belajar dah. Lepas ni diorang akan teruskan pembelajaran ke peringkat yang lagi tinggi, iaitu Ijazah. Waima, Za pula baru nak masuk Diploma, tempoh pengajian selama 3 tahun, ini bermakna Za akan ketinggalan jauh dari kawan-kawan. Jujur Mama beritahu, dia rasa cemburu sangat tengok kawan-kawan Za yang akan melangkah lebih tinggi sedangkan Za baru nak bertatih.

Za rasa sedih sangat mengenangkan hakikat tu. Waktu Za menaip papan kekunci komputer riba ni, bergenang air mata Za. Bila-bila masa je empangan air mata ni nak pecah. Za tak sanggup tengok Mama sedih. Tapi Za sendiri tak menyangka akan jadi macam ni. Za tak berniat pun nak kecewakan Mama.

Za baru je lap air mata Za. Za tetap cuba tabahkan diri. Za cuba bersabar, bersabar, dan bersabar. Za harap sangat Mama dapat bersabar. Ada hikmah yang menanti. Cuma kita je tak tahu bila.

“Mama, Za janji, Za akan buktikan pada Mama, yang Za pun boleh berjaya macam orang lain. Bukti ada di depan mata. Za teringat waktu keputusan SPM 2013 diumumkan baru-baru ni, ada seorang pelajar tu dapat keputusan cemerlang, walaupun dia lewat memasuki alam sekolah menengah. Dia masuk ke Tingkatan 1 pada usia 14 tahun. Jadi, tempoh lewat daripada rakan-rakan seusia bukan jadi batu penghalang untuk kita berjaya.” Kata-kata itulah yang Za beritahu pada Mama.

“Takpelah Ma, kita tengok orang berjaya, hari ini hari dia, esok lusa, hari kita pula. Tunggulah.” Za cuba pujuk Mama. Za janji dengan diri Za.

Sekarang ni pun, Za dah mula selak-selak kembali, nota-nota yang Za belajar waktu sekolah menengah. Za cuba intai-intai semula nota Kimia dan nota Biologi. Buku The Human Body : Anatomy & Physiology yang Za beli waktu belajar Nursing dulu pun Za cuba telaah sebab kandungan notanya juga berkait dengan Biologi dan Kimia.

Buat masa sekarang, Za hanya berkarya untuk penuhi minat dan asah bakat dalam bidang penulisan. Za lebih suka luangkan masa dengan berkarya. Za minat sangat dalam bidang penulisan, sama macam kakak Za tapi, Za tak fikir pun nak jadi penulis novel, cuma Za teringin sangat nak hasilkan novel sendiri, macam kakak Za. Kakak Za pernah hasilkan novel, tajuknya, ‘Gugurnya Kuntum Sena’ di bawah terbitan Syarikat Pelangi. Kalau ada peluang, Za tak berminat nak jadi penulis sepenuh masa, tapi Za cuma berminat nak jadi penulis secara sambilan, sebab Za ada cita-cita lain. Setakat ni, Za sedang cuba hasilkan 2 buah kisah. Kisah yang pertama tajuknya, ‘Kisah Hidup’. Kisah inilah kisah hidup Za yang sebenar-benarnya. Tapi kisah ni mungkin ambil masa yang lama untuk siap, sebab Za nak rangkumkan kisah ni sampai Za dewasa nanti, barulah sempurna. Kisah yang kedua pula tajuknya ‘Impiannya Menjadi Artis Popular’. Kisah ni lebih kepada angan-angan Za. Tapi yang ini belum pasti boleh lengkap atau tidak sebab Za baru je buat sikit. Cuma untuk curahkan angan-angan je.

Hobi Za yang suka berkarya ni sedikit sebanyak membantu Za untuk lepaskan tekanan. Bila Za rasa tertekan, Za akan sambung menulis kisah tu. Contohnya macam sekarang yang Za tengah buat ni. Bila Za rasa tension atau sedih, Za akan menaip di blog untuk curahkan perasaan Za. Alhamdulillah, bila Za hampir tamatkan taipan ni, Za rasa lebih lega dan tenang. Tengok Ommie dan Mommie yang nyenyak dibuai mimpi kat sofa yang empuk tu pun boleh membuatkan Za rasa tenang dan gembira. Rasa tension tu sedikit sebanyak boleh dihilangkan bila kita tengok kucing tidur.

Satu lagi Mama pesan, mulai sekarang, buatlah solat hajat. Mohon dipermudahkan pembelajaran kat sana nanti. Jangan tunggu dah nak masuk UiTM baru nak buat. Hmm, betul juga. Alhamdulillah, beberapa hari ni setiap lepas pukul 12 malam, Za akan lakukan solat hajat. Za berdoa supaya dikuatkan semangat, dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan belajar, diberi kesihatan yang baik, dan harap dapat sentiasa bersabar. Za percaya pada Allah yang Dia pasti akan tolong Za.

Baiklah. Dah lebih jam 12 malam ni. Kejap lagi Za nak ambil wudhu’, Za nak tunaikan solat hajat untuk mohon doa kepadaNya. Mudah-mudahan Za dapat mengharungi hidup Za yang dah memang ditentukan Qada’ dan Qadar olehNya. Ammin.

Okeylah, bye-bye, Assalamualaikum !