18 July, 2013

Lemah semangat ! Down ! Give up !

Assalamualaikum !

Hye semua... Nak tau tak, hari ni hari apa ?
Hari Rabu laa kan ?

Hehe memang hari Rabu, bersamaan 17 Julai 2013 bersamaan 8 Ramadhan... Hmm, diam tak diam dah masuk hari ke-8 dah kita berpuasa.. Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur untuk berada di dalam bulan yang mulia nie, bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh dengan keberkatan..

Sebenarnya, hari ni dah kira genap sebulan Iza bergelar pelajar UiTM di UiTM Kampus Puncak Alam ni.. Macam tak percaya je kan ? Macam baru je minggu lepas Izaa lapor diri kat sini.. Tapi sekarang ni masa pantas je berlalu kan..Hmm, hari nie Izaa rasa give up lagi..
Aii ? Kata semalam nak berubah ? Nak thinking positively ?


Nak tau kenapa ?

Ohh tidakkkk !!!!! Iza menjerit sampai keluar anak tekak, seluruh seisi satu kampus UiTM Puncak Alam bergegar dengar suara Iza yang macam kartun nie, menjerit !! (cuba bayangkan, suara Doraemon menjerit, haaa macam tu la Za menjerit)

Tadi, salah seorang kakak saudara yang dipanggil Kakak Long (sebab dia ni anak sulong, dan merupakan sepupu yang paling tua dalam sepupu) beritahu Iza yang.......



permohonan penukaran program pembelajaran ditolak ! ! !


  


Dan satu lagi, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEA) tu berpendapat yang Iza nie sihat dan boleh meneruskan program Kejururawatan nie.. Haaaa ! Yeke ?


Betul ke Iza ni sihat ?

Yeke ? ?

Lagi satu, Iza dianggap sihat hanya kerana Eyza Chommie-Chommie melampirkan laporan perubatan doktor yang sudah lama iaitu setahun lepas... Tapi, Iza masih boleh memohon menukar course dengan syarat melampirkan laporan perubatan doktor yang terkini..
Hmm yeke ?

Iza dah bingung dengan semua ni...

Sebenarnya Iza ni sihat atau tak ?

Sebenarnya Iza ni ada masalah kesihatan atau tak ?


Time ni la, Izaa dah mengalirkan air mata sederas-derasnya bak air terjun Niagara... Yelahkan, Iza dah berusaha nak cuba lupakan program Kejururawatan ni, tapi last-last, masih boleh teruskan lagi,.
Terus terang la, Iza dah mula rasa lemah semangat, down, putus asa, give up,.. dan, segala semangat yang lecturer Iza baru tiupkan hari tu, mulai luntur, pudar....

Hu huuu... Ya Allah, bantulah HambaMu....

Tak putus-putus Iza mengadu nasib pada Tuhan..


Dalam masa yang sama, Iza terus berusaha menelefon Mama, Kakak, Babang, dan Kakak Long macam mana nak selesaikan hal nie..

 

Hmm terpaksalah jugak esok ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan pengesahan kesihatan doktor... Aduhhh malasnya.. Dan lagi satu mesti nanti Iza kena marah dengan doktor tu, sebab tak pergi jumpa doktor pada temujanji yang dah ditetapkan.. Alamak !!!!!!!!!!!!


Tapi....

Bincang punya bincang....

Akhirnya...


Pensyarah muda yang Iza dah ceritakan hari tu, beliau telefon Iza...
Beliau tahu hal nie pun sebab dimaklumkan oleh Kakak Long...


Lastly, keputusan dibuat..


Pihak jabatan sendiri yang akan menguruskan proses penukaran program ni.. Pihak jabatan fakulti dan lecturer tu akan buatkan Iza surat sokongan untuk permohonan penukaran program pembelajaran tu.. Hu hu..


Dan Iza pun terus bertanyakan lecturer tu tentang status masalah kesihatan Iza..

Beliau terangkan pada Iza, yang sebenarnya pihak HEA tu yang tak memahami masalah yang Iza hadapi, sebab pihak mereka ni bukan dari pihak medical kan ? Betul kan ? Kan ?
 


So, Iza masih dianggap belum sembuh sepenuhnya sebab masih lagi perlu memakan ubat yang ditetapkan.. Hmm betul juga kan ? Manalah ada orang sihat yang kena makan ubat ? Paling-paling pun makan vitamin je..


Hmm yelah.. So, penyelesaiannya, macam yang Za beritahu tadi, pihak jabatan yang akan bantu buatkan surat sokongan kepada pihak HEA..



Hmmm, barulah Iza dapat berfikir secara waras kembali.. Rasa lega sikit..

Hmm, betullah, Tuhan akan sentiasa tolong kita, asalkan kita sentiasa banyak bersabar dan ingat padaNya..

Ok lah, lega sikit hati ni, kelakar juga bila diingat balik, bila ada masalah je, automatik air mata ni terus je mengalir, tak perlu nak disuruh.. Sebab Iza ni jenis yang lemah semangat, contohnya, kalau nampak je kucing mati, kucing terbiar, mesti menangis... Kalau ada masalah sikit, mesti menangis.. Hu huu huuu..
Ni pun masih ada masalah, bingung memikirkan nak pilih course apa yang sesuai, yang Iza boleh ikut... Hmm apa yek ? Kalau boleh Iza tak mahu pindah kampus, sebab Iza dah sukaaaaa sangat kat sini.... Entahlah..
 


Ha lagi satu, esok Iza kena bangun awal, nak ambil borang untuk buat surat pelepasan cuti, yelah, kalau tak buat surat pelepasan cuti, nanti dianggap sudah berhenti daripada kuliah, kan tak pasal-pasal, semester depan kena buat permohonan semula macam pelajar baru, kan dah susah....




Okey lah, lepas ni Iza nak sambung tulis cerpen tentang Kisah Hidup Iza... Iza nak rangkumkan semua kisah hidup Iza, manalah tahu, satu hari nanti Iza berjaya dalam sesuatu kerjaya, jadi seorang tokoh, dan masyarakat minta Iza terbitkan sebuah novel tentang kisah hidup Iza. Hehe manalah tahu kan ?
Okey lah,


Perut dah lapar tangan dah penat,

Teruskan bersabar jangan lemah semangat...


Bye-bye jumpa lagi !
 


17 July, 2013

Hujan rahmat di Puncak Alam

Assalamualaikum...

Hari ni sekali lagi Iza tak buat apa-apa.... Stay kat kolej je.
Macam biasa je xtvt berfacebook, tulis cerpen, dan semestinya merenung masa depan... Hu huu..

Hari nie hujan rahmat turun selebat-lebatnya kat Puncak Alam ni,
mungkin, hari ni satu permulaan yang baik untuk Iza berubah ke arah yang lebih baik untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang.. Insha-Allah doakan Iza supaya sentiasa lebih bersemangat & always think positively...

Sambil menyelam, minum air,
Sambil menaip, berangan-angan tak sudah,.

Dari jendela bilik ni memperlihatkan keindahan kawasan kampus UiTM Puncak Alam.. Hmm indahnya melihat bangunan kampus yang tersergam megah kebanggaan bumiputera ni,. Bersyukur sangat dapat diberi peluang untuk menuntut di sini, (walaupun setakat ni Iza dah tak pergi kuliah pun !) 



[Tersergam indah kebanggaan milik bumiputera]



[Pemandangan sekitar kampus UiTM Puncak Alam dari jendela bilik Iza di Kolej Rafflesia 3]

Hmm setakat ni Zaa tak terfikir lagi nak balik kampung di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.. Mungkin balik ke rumah abang kat Banting, Selangor, tapi, nanti dululah. 

Tapi Za tetap kena balik kampung juga, mungkin minggu depan, sebab ada temujanji dengan doktor pakar di Klinik Pakar 1 Hospital Sultanah Nora Ismail (dulunya dikenali sebagai Hospital Batu Pahat)


Hu hu huu.. Nanti mesti ada sesi "soal siasat" tentang diri Iza & apa perkembangan keadaan Iza..


Tak apalah, lagi pun Iza dah berazam nak lawan penyakit ni, jadi, kena jugalah merelakan hati ni, kena pergi jugalah jumpa dengan doktor pakar tuu..


Lagu AdaMu nyanyian Najwa Latif bergema di ruang bilik Iza (biasalah, roommate tak ada, pegi kuliah kan, so, buka lagu pun volume kuat-kuat juga lah)

Lagu ni menjadi inspirasi kepada Iza untuk lebih bersemangat dalam hidup..

Ok lah, hayatilah lirik lagu ni (walaupun pendek je)...

Hidup baik-baik !

Assalamualaikum !



AdaMu - Najwa Latif



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaran-Nya

Mensyukuri segala nikmat

Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan

Tuk berpegang pada jalan

Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu
Di sisiku selalu

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu...
 
 
 
 


History of Eyza Chommie-Chommie name

Assalamualaikum !

Hello hello semua !

Kali ni Izaa nak berkongsi satu rahsia !

Haa rahsia apa yek ?

  • Iza ada 'secret admirer' ke ?
  • Iza ada melakukan kesalahan jenayah ke ?
  • Iza ni sebenarnya gemuk gedempol atau 'chubby' ke orangnya ?
  • Iza ada curi emas kat lombong ke ?
  • Iza dah jadi penggodam akaun Facebook orang ke ?
  • Iza ada curi wang kat Bank Simpanan Nasional ke ? Atau mungkin Tabung Haji ? Erkk !

  • He he hee bukanlah.. :)

    Sebenarnya Izaa nak berkongsi rahsia nama asal 'Chommie' nie...

    Nama Eyzaachommie tu pun bukan nama sebenar admin kat dalam kad pengenalan tau.. Ni cuma sekadar nama samaran atau nama panggilan, atau nama manja juga lah..

    Begini, dahulunya Iza ada seekor kucing bernama Cit Cit (tapi kucing ni sudah tiada di alam  yang fana' ni), dan kucing ini telah melahirkan anak, rupa dan bulu mereka hampir sama, rupa mereka sangat comel. Kalau nak tau, baby kitten tu lahir pada 1 Januari 2011 tau, sedang kita bergembira sambut tahun baru 2011..


    Iza nak namakan baby kitten ni bersempena dengan kecomelannya..

    Lama juga Iza fikir nak letak nama apa yang sesuai dengan nama " Comel " ni ye ?

    Lama-kelamaan, bila dah dikaitkan dengan nama " Comel " nie, Iza dapat satu idea yang betul-betul marvellous !

    Nak tau nama apa yang Iza dapat ?


    CHOMMIE

    Haa kan ? Haa kan ? So, Izaa pun letak la nama CHOMMIE tu ke dalam sijil lahir baby kitten tu (walhal tak wujud pun sijil lahirnya yang sebenar)..

    So, setiap hari Izaa biasakan baby kitten tu untuk dipanggil CHOMMIE, Alhamdulillah, kami mengharungi hidup bersama-sama dengan kegembiraan..
    Tapi, persahabatan kami cuma bertahan selama setahun 11 bulan, tak sampai 2 tahun pun. Dia pergi pada 30 November 2012, satu hari je lepas Iza tamat peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan cara yang Zaa sampai sekarang pun tak dapat nak terima kenyataannya. Menangis-nangis Iza masa tu.. Sedih kan ?

    Tak apa, sekarang ni, anak kepada Chommie tu, Ku-Chan, menjadi tatapan pengubat rindu kucing tersebut..

    Dan mulai dari itu la, sebagai menghargai tanda persahabatan kitorang, Iza  pun mengabadikan nama ni sebagai nama panggilan, nama samaran, dan juga nama manja admin, pada akaun facebook, pada akaun email google, pada blog, pada Instagram, dan juga pada akaun We Chat ID...
    Ok lah, mata dah lekat-lekat kantuk macam ada magnet U dengan S ni, muka pun dah lemau macam biskut marie yang tak disimpan dalam Tupperware, tangan pun dah penat layu je macam pokok bunga puding Mama yang dah seminggu tak disiram air, ok lah, kita jumpa lagi next time..

    Bye bye & Assalamualaikum !

    14 July, 2013

    Alaaaaaaa Ku-Chan....

    Assalamualaikum...


    Alaa.. Iza  tak jadi balik kampung la. Mula-mula rancang nak balik kampung coz classmate cakap nak balik kampung, tapi diorang tak jadi balik kampung la, sebab ada assignment yang nak kena selesaikan, tapi iza tak ada assignment pun sebab ni tengah tunggu pertukaran course. Tapi tak best la balik kampung sorang-sorang kan ? So, last-last Iza pun ambil keputusan nak pergi rumah Babang kat Banting je la.. Sekurang-kurangnya dapat la tengok tv..

    Mama pun cakap, tak payah balik kampung la, asyik rindu Ku-Chan je..
    Ku-Chan tak payah dirindu-rindu, tak perlu susah-susah asyik nak ingat Ku-Chan je..

    Hmmm yela tu, tapi walau macam mana pun, persahabatan kitorang tetap tak akan putus, kan Ku-Chan ? Kita minta maaf tau Ku-Chan sebab tak jadi balik kampung.. Ku-Chan jangan merajuk tau, kalau Ku-Chan merajuk, kita pun merajuk tau.. Cayang Ku-Chan ! <3
    Apa pun, persahabatan kite tetap sweet dan cute...
    Ok lah, sampai sini je coretan Za.. Lain kali Zaa berceloteh lagi !
    Bye-bye semua !
    Bye-bye Ku-Chan !
    Sayang peluk, cium semut !
    Cayang peluk, cium Ku-Chan !

    I Thought I Lost You

    Assalamualaikum...


    Hmmm, kali ni Iza nak kongsi satu lirik lagu.. Lagu ni best sangat-sangat, lagi-lagilah sekarang ni rindu kat Ku-Chan, so, lagu ni dah kira macam sentimental jugak la.. Ha haa..
    Lagu ni tajuknya " I Thought I Lost You" nyanyian idola Zaa jugak, tentunya Miley Cyrus, dinyanyikan bersama John Travolta..
    Lagu ni dicipta khas untuk filem Bolt siaran Disney Channel. Filem ini mengisahkan tentang seekor anjing yang bernama Bolt, dan tuannya, Penny. Mereka ni sama-sama menjadi pelakon filem. Tapi macam-macam cabaran yang diorang ni tempuhi, akhirnya suatu hari ni, diorang terpisah. So, makin banyak la cabaran yang mereka kena tempuhi. Lagu ni memang mengisahkan tentang diorang.
    Haa, kalau korang nak tahu, Miley Cyrus juga jadi penyumbang suara utama untuk cerita ni iaitu untuk watak Penny, John Travolta pula untuk watak Bolt. Cerita ni sweet sangat tau !
    Ok lah, ni dia liriknya. So, lets enjoy...
    I THOUGHT I LOST YOU
    [ Miley Cyrus & John Travolta ]
    [Miley]
    Nobody listens to me, don't hear a single thing I've said
    Say anything to soothe me, anything to get you from my head
    Don't know how really I feel,
    Cause it's the faith that makes it like I don't care
    Don't know how much it hurts to turn around like you were never there
    Like somehow you could be replaced and I could walk away from the promises we made
    And swore we'd never break!!

    [Chorus - Miley & Travolta]
    I thought I lost you when you ran away to try to find me
    I thought I'd never see your sweet face again.
    I turned around and you were gone and on and on the days went
    but I kept the moments that we were in
    'Cause I hoped in my heart, that you would come back to me my friend
    And now I got you, but I thought I lost you!

    [Travolta] I felt so empty out there, and there were days I had my doubts
    but I knew I'd find you somewhere
    because I knew I couldn't live without you in my life for one more day
    and I swore I'd never break a promise that we made

    [Chorus - Miley & Travolta]
    I thought I lost you when you ran away to try to find me
    I thought I'd never see your sweet face again.
    I turned around and you were gone and on and on the days went
    but I kept the moments that we were in
    'Cause I hoped in my heart, that you would come back to me, my friend
    And now I got you, but I thought I lost you!

    [Travolta]
    I told myself I wouldn't sleep 'til I searched the world from sea to sea
    [Miley]
    I made a wish upon a star, I turned around and there you were

    [Miley & Travolta]
    And now here we are, are
    [Miley]here we are
    I thought I lost you

    [Travolta]
    I thought I lost you too

    [Miley]
    I thought I lost you
    [Travolta]
    I thought I lost you

    [Miley]
    Yeah

    [Chorus - Miley & Travolta]
    I thought I lost you when you ran away to try to find me
    I thought I'd never see your sweet face again.
    I turned around and you were gone and on and on the days went
    but I kept the moments that we were in
    and I knew in my heart, that you would come back to me, my friend
    And now I got you, I thought I lost you!

    [Miley]
    but I thought I lost you

    [Travolta]
    I thought I lost you too
    [Both]
    so glad I got you, got you

    [Miley]
    so glad I got you, yeah yeah
    I thought I lost you

    [Travolta]
    I thought I lost you too

    13 July, 2013

    Rindu Ku-Chan


    Assalamualaikum...
    Hu huuuu... Rindunye kat Ku-Chan nie.. Dah lebih kurang 2 minggu tak Nampak si comel nie.. Hmmm tak bole jadi nie, esok Za mesti balik kampung !!!!
    Kata Babah dengan Mama, Ku-Chan pun puasa jugak..


    [Ku-Chan]

    Bagus la tu, kalau kerjanya asyik nak makan je bole jadi chubby jugak nanti kan ?
    Hmmm semalam first day puasa.. Kata Mama Ku-Chan puasa sampai pukul 3 petang je, hu hu huu.. Lepas tu dia dah tergedik-gedik mintak Mama keropok..

    Apa pun, tabik spring for my beloved cat !
    Cayang Ku-Chan <3

    12 July, 2013

    Catatan permulaan (testing, testing 1...2...3...)

    Assalamualaikum !

    Hu hu huu hari ni Zaa rasa  bosan sangat, cuma tidur, baring, menghadap netbook, online facebook je, last-last, terfikir pulak nak cuba buat blog sendiri,,

    Kalau nak diikutkan, hampir seminggu jugak tak pegi kuliah.. Korang nak tau kenapa ?

    Hmm,, sekarang ni dalam proses permohonan penukaran program pembelajaran atas sebab masalah kesihatan.. Lambat betul nak 'confirm'kan proses tu,,

    Mula-mula Zaa dah yakin sangat bole berkhidmat pada masyarakat, iaitu kerjaya seorang jururawat, tapi, manusia hanya merancang je kan, Tuhan yang tentukan segala-galanya. Tak apalah, maybe Allah ada perancangan yang lebih baik untuk masa depan Iza..

    - Rabbi Asir Wala Tuassir -
    - moga dipermudahkan segala urusan -