Bismillah, Assalamualaikum!
1,461 hari. Satu perjalanan yang sangat panjang. Life-dependent medication, CT scan brain, EEG test, aura, DejaVu, seizure symptom, clinic visit, follow-up treatment, blood test routine, stigma, everything I went through. It was not an easy journey. Kita kelihatan normal macam orang lain, tapi realitinya, invisible illness adalah satu perjuangan yang tak semua orang faham.
Living with neurological condition, atau bahasa mudahnya penyakit sawan. Ditambah dengan perjuangan as a person with comorbidity, every day you will feel a hard and heavy day. Didiagnos dengan mild scoliosis, mild endometriosis dan juga depression (MDD) bukanlah satu perkara yang mudah dalam masa yang sama hidup dengan epilepsy. Bergelar pesakit mental juga menjadikan hari semakin berat dan rasa mahu hilang. Tapi, saya tetap harunginya, because I am living with the illness.
Hari ini, 30 Jun, Alhamdulillah, syukur genap 4 tahun seizure-free, satu pencapaian yang patut saya kongsi dengan semua orang dalam masa 14 tahun saya bergelar penghidap epilepsi.
Setiap saat seizure-free adalah detik yang sangat berharga buat komuniti epilepsi, no matter person with epilepsy, caregiver atau patient supporter. Even satu tahun, atau satu bulan, atau satu minggu, atau satu hari achieve seizure-free pun satu achievement yang cukup baik.
Untuk orang sekeliling Izaa, terima kasih sentiasa support Izaa as ‘purple fighter’, yang menerima kekurangan diri ini, yang mengingatkan jangan lupa makan ubat, yang sentiasa concern, yang selalu doakan, yang bertanya “awak okay?” Terima kasih sangat-sangat kepada: Family, kucing kesayangan, kawan sekerja, healthcare workers, kenalan yang mengenali diri ini and all strangers!
Semoga terus seizure-free dan diiringi kesihatan yang baik buat kita semua!
Buat sesiapa yang sedang berjuang dengan epilepsi, jangan pernah kehilangan harapan. Perjalanan hidup setiap orang berbeza, tetapi setiap langkah kecil tetap satu kemenangan buat kita semua.
#4YearsSeizureFree #EpilepsyWarrior #EpilepsyAwareness #SeizureFree #GratefulHeart #PurpleWarrior 💜
No comments:
Post a Comment