25 April, 2025

Scoliosister

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum!

Lama ya tak update blog pink ni but jangan risau, saya masih available! Cuma sejak bekerja ni memang busy dengan komitmen kerja, truely different dengan zaman study dulu. Walaupun dah bekerja, dah pegang duit sendiri, tapi banyak komitmen, dan sumpah sebenarnya rindu zaman study kat universiti dulu. Tapi apa boleh buat, kena la hadapi juga. Setiap orang akan melalui fasa-fasa tertentu kan? On the same time Izaa tak berapa sihat tapi bukan berkaitan epilepsy ni T_T

So, Izaa nak buat sikit life update. Dari segi karier, Izaa masih lagi dengan peranan OSH-Practitioner di tempat kerja dan part time as content creator dalam bidang marketing. Alhamdulillah dah 3 tahun genap masih di tempat kerja yang sama.


As an epilepsy fighter, berita baik! Izaa dah berjaya seizure-free selama 1000 hari dan kebetulan celebrate pada tarikh yang sama pada sambutan Purple Day 26 Mac 2025 yang lalu. Video celebration & sempena Purple Day ada dalam social media yang lain. So, aim sekarang untuk capai 3 tahun seizure free pula, go Izaa! Doakan ya!



Ni baru nak start cerita sad story sikit pasal my medical condition, bukan pasal epilepsy ni tapi lain. Izaa baru je dapat tahu yang tulang belakang ni ada bengkok sikit lepas buat x-ray. Doktor diagnose sebagai Mild Scoliosis. Bahagian yang effect pada Thoracolumbar (tulang belakang bengkok bentuk 'S' daripada atas sampai ke bawah). Sakitnya pun ada kaitan dengan masalah saraf. 




Mula-mula macam tak percaya juga & tipulah kalau tak nangis. Sebab terkejut & tak sangka, lepas tu ibarat satu persatu Tuhan uji kita dengan sakit. Sebab sakit saraf, skoliosis & epilepsy ni tak sama. Tapi Izaa bersyukur juga dibagi guide, sokongan & dikelilingi orang yang memahami. Sebab bila ada skoliosis ni, pergerakan agak terbatas, kita kena jaga betul-betul body posture ni. Dan Iza tengah cuba buat sesi fisioterapi untuk pain management. 


Tapi Izaa tetap cuba positif. Allah uji sebab Allah sayang hambaNya. Perjalanan hidup setiap orang tak sama.


By the way, Izaa masih lagi menerima pertanyaan dan soalan berkaitan OSH dan epilepsy ni. Dan saya akan cuba respond semampu yang boleh. Semoga segala perkongsian dapat memberi manfaat.


Izaa sentiasa update my life kat social media & buat content video berkenaan OSH, epilepsy & scoliosis ni. Izaa masih aktif sebagai epilepsy activist & sebagai committee member Persatuan Epilepsi Malaysia tetap terus memberi kesedaran tentang epilepsi ni. 


You guys boleh reach me on following personal social media, here one is the latest ya:


Facebook: Facebook



Instagram: Instagram




Threads: Threads



Tik Tok: Tik Tok



LinkedIn: Linked In (Proffesional Social Media)



Harap tak terlambat juga ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ☺️




No comments:

Post a Comment