26 May, 2023

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-96

Bismillahirrahmanirrahim… 


Assalamualaikum! Hello to my first entry in 2023. Dah setengah tahun, baru nak update post baru. Okayyy kali ni post yang paling excited nak share dengan korang!

It is my convocation day, yeayyyy! Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara Ke-96. Istiadat ni berlangsung daripada 20 Mei 2023 hingga 14 Jun 2023, di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Kampus Shah Alam, Selangor.

Asalnya macam ni, habis study September 2021, sepatutnya konvo pada Julai 2022. Tapi disebabkan keadaan pandemic Covid-19, banyak istiadat ditangguhkan kerana SOP. Jadi, agak lambat la kitorang semua nak konvo, follow turn by turn.

Mula-mula dapat je SMS macam ni, memang excited laa. Auto dalam otak ligat fikir “Bila?” “Clash dengan weekdays ke?” “Family kita boleh ada sekali tak nanti?” “Nak pakai baju apa?” “Nak pre-convo photoshoot kat mana?” Iye laa, konvokesyen ni special day, hari nak meraikan kejayaan kita sempena tamat pengajian, seumur hidup sekali tau, bukan semua orang ada peluang nak merasa, kira macam antara event gilang-gemilang dalam hidup selain dari majlis kahwin. Ehemm.

Screenshot SMS

Jubah konvo pulak Kakak & Abang Ipar dah ambilkan dulu masa diorang ke KL minggu lepas. Lucky, dapat saiz S pun masih muat dan labuh.


Close up jubah


 Jubah keramat

22 Mei (Isnin) kitorang gerak ke KL sambil-sambil tu bercuti dan photoshoot pre-convo dulu. Lokasi untuk outdoor photoshoot Izaa pilih kat Taman KLCC.


Happy graduation to me!

Lepastu check-in at Mercure Hotel, Glenmarie Kuala Lumpur dan buat indoor photoshoot kat sana.


"All the struggles, sleepless nights, and early lectures are worth it. Now I have a wonderful future, and I am feeling proud of myself."

So, rehat dulu stay satu malam sebelum majlis pada petang esok. Hmm malam tu tak cukup tidur juga, maybe sebab excited sangat kot haha.




Mercure Hotel, Glenmarie Kuala Lumpur

My turn was on 23 Mei 2023, Selasa, Sidang 7 (sesi petang). Jam 12.30 tengahari semua graduan berkumpul untuk sesi perarakan graduan ke dalam dewan. Istiadat pula berlangsung dari jam 2 petang hingga 4.30 petang. Fakulti yang terlibat antaranya Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian, Fakulti Perubatan, dan Fakulti Sains Kesihatan yang melibatkan lebih kurang 1000 graduan.

Stage DATC

Bila tengok stage DATC tu kan, rindunya zaman naik stage sebagai guitarist. Dah 3 kali naik atas stage tu perform band, tapi kali ni nak naik pentas untuk terima skrol ijazah. I am so proud with myself!


Got my scroll and I am officially alumni UiTM

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan perjalanan kami semua lancar. Mama pun diberi kekuatan fizikal walaupun Mama tak berapa sihat, Abah pun sama walaupun tengah sakit kaki tapi tetap gagahkan jua demi anak bongsunya. Sebab impian dan hasrat Izaa memang nak Mama & Abah ada sama-sama tengok Izaa naik pentas untuk ambil skrol ijazah.


"Hadiah untuk Mama"


"Abah, Adik dah buktikan kat Abah yang Adik boleh"


"Kalau tak anaknya belajar tinggi-tinggi masuk universiti, emaknya tak dapat merasa sarung jubah konvo"

Terima kasih Kakak & Abang Ipar yang berusaha sepenuh hati menunaikan hajat Izaa nak photoshoot kat depan KLCC & jadi photographer & content creator untuk segala kenangan manis ni. Tak dapat bergambar complete satu family tapi tak lupa terima kasih pada semua ahli keluarga yang selalu banyak berkorban & sentiasa mendoakan kejayaan kita.


"Doa restu ayah bonda ku untukmu semua"

Terima kasih buat kawan-kawan seperjuangan untuk segala memori bersama, pensyarah, staff sokongan UiTM dan juga semua orang. Alaa terkilan sikit tak sempat jumpa semua orang yang kita kenal & tegur kawan-kawan, sebab masing-masing pun rushing & busy dengan family. Izaa pun banyak temankan parents je sebab emak ayah pun dah warga emas. Tak apa, ada rezeki kita jumpa korang lagi ya! Ini bukannya pengakhiran.


Sebahagian pensyarah & rakan-rakan 🎓

Thousands of pills to live, countless of seizure attacked, but I made it until I graduate. It was considered as my big self-achievement in my life. Daripada tadika lagi Izaa dah tanam azam nak masuk universiti. Dulu dah pernah merasa diploma, tapi tak puas, nak sampai ijazah pula baru puas. Syukur Alhamdulillah, tercapai juga hasrat dan impian.



Another achievement as epilepsy fighter: 
327 days seizure-free 💜

It is not the ending, but it is just started to a new journey. Moga akan datang lebih banyak kejayaan dalam hidup kita menanti. InshaAllah. Aminn. Assalamualaikum.

2 comments:

  1. hi sis!! first of all big congrats for ur graduation. im so proud of u as a reader hehe <3 i baru je discover ur blog this year and tbh i owe a lot to u. recently i baru je habis intern tau in diploma osh, but things doesnt went that smoothly. maybe sebab i join company construction so its a bit challenging for an introvert like me. habis je intern, i got the offer letter and did accept it sebab ingatkan boleh adapt with that kinda environment and tahan with my supervisor punya pe'el yang mencabar but still cant go. many things happen, ive been through a lot during 8months+ while dia trigger anxiety, bpd and insomnia i. so akhirnya i decide to terminate the contract and cari any part time job je untuk survive. as for minat jangan cakaplah memang i rasa macam tawar hati gila la dengan osh. sampaikan nak tukar course bila degree nanti jadi cikgu. padahal i paling taknak mengajar. hahaha. until one day i jumpa blog u time tengah buat research. sebab deep inside my heart i actually still love safety. then i terus rasa nak sambung dekat palam amik HS243 sama macam sis. reading ur blog gave me so many exposure (LURVE SANGAT) and at the same time i feel excited balik dengan osh ni. u somehow channeled me the strength to keep striving in this field. but myb in the future takmau dah terlibat in construction, nak try go for manufactaring or offshore etc hihi. doakan saya dapat tau intake bulan 9/10 ni sebabnya haritu baru amik muet. doakan saya terus kuat jugak macam sis srs adore betul passion u in study!! terima kasih sekali lagi, may Allah bless u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dik. Before that, thank you soooo much sebab sudi singgah ke blog pink yang tak seberapa ni. Alhamdulillah for everything. Sis cuma try sharing my journey here, semoga dapat berkongsi kekuatan dengan orang lain. Thanks sudi komen panjang-panjang berjela macam ni aaww terharu sangat bila baca. Here is one important thing, kalau tak nak atau tak suka, jangan paksa diri too much okay? Just keep on your passion. Sis doakan awak dapat capai impian & success. Amminn untuk segala doa yang baik-baik. InshaAllah kita boleh, okay? Pape roger je okay?

      Delete