Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum! Hello to my first entry in 2023. Dah setengah tahun,
baru nak update post baru. Okayyy kali ni post yang paling excited nak share
dengan korang!
It is my convocation day, yeayyyy! Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara Ke-96. Istiadat ni berlangsung daripada 20 Mei 2023 hingga 14 Jun 2023, di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Kampus Shah Alam, Selangor.
Asalnya macam ni, habis study September 2021, sepatutnya konvo pada Julai 2022. Tapi disebabkan keadaan pandemic Covid-19, banyak istiadat ditangguhkan kerana SOP. Jadi, agak lambat la kitorang semua nak konvo, follow turn by turn.
Mula-mula dapat je SMS macam ni, memang excited laa. Auto dalam otak ligat fikir “Bila?” “Clash dengan weekdays ke?” “Family kita boleh ada sekali tak nanti?” “Nak pakai baju apa?” “Nak pre-convo photoshoot kat mana?” Iye laa, konvokesyen ni special day, hari nak meraikan kejayaan kita sempena tamat pengajian, seumur hidup sekali tau, bukan semua orang ada peluang nak merasa, kira macam antara event gilang-gemilang dalam hidup selain dari majlis kahwin. Ehemm.
Screenshot SMS
Jubah konvo pulak Kakak & Abang Ipar dah ambilkan dulu masa diorang ke KL minggu lepas. Lucky, dapat saiz S pun masih muat dan labuh.
Close up jubah
Jubah keramat
22 Mei (Isnin) kitorang gerak ke KL sambil-sambil tu bercuti dan photoshoot pre-convo dulu. Lokasi untuk outdoor photoshoot Izaa pilih kat Taman KLCC.
Happy graduation to me!
Lepastu check-in at Mercure Hotel, Glenmarie Kuala Lumpur dan buat indoor photoshoot kat sana.
"All the struggles, sleepless nights, and early lectures are worth it. Now I have a wonderful future, and I am feeling proud of myself."
So, rehat dulu stay satu malam sebelum majlis pada petang esok. Hmm malam tu tak cukup tidur juga, maybe sebab excited sangat kot haha.
Mercure Hotel, Glenmarie Kuala Lumpur
My turn was on 23 Mei 2023, Selasa, Sidang 7 (sesi petang). Jam 12.30 tengahari semua graduan berkumpul untuk sesi perarakan graduan ke dalam dewan. Istiadat pula berlangsung dari jam 2 petang hingga 4.30 petang. Fakulti yang terlibat antaranya Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian, Fakulti Perubatan, dan Fakulti Sains Kesihatan yang melibatkan lebih kurang 1000 graduan.
Stage DATC
Bila tengok stage DATC tu kan, rindunya zaman naik stage sebagai guitarist. Dah 3 kali naik atas stage tu perform band, tapi kali ni nak naik pentas untuk terima skrol ijazah. I am so proud with myself!
Got my scroll and I am officially alumni UiTM
Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan perjalanan kami semua lancar. Mama pun diberi kekuatan fizikal walaupun Mama tak berapa sihat, Abah pun sama walaupun tengah sakit kaki tapi tetap gagahkan jua demi anak bongsunya. Sebab impian dan hasrat Izaa memang nak Mama & Abah ada sama-sama tengok Izaa naik pentas untuk ambil skrol ijazah.
"Hadiah untuk Mama"
"Abah, Adik dah buktikan kat Abah yang Adik boleh"
"Kalau tak anaknya belajar tinggi-tinggi masuk universiti, emaknya tak dapat merasa sarung jubah konvo"
Terima kasih Kakak & Abang Ipar yang berusaha sepenuh hati menunaikan hajat Izaa nak photoshoot kat depan KLCC & jadi photographer & content creator untuk segala kenangan manis ni. Tak dapat bergambar complete satu family tapi tak lupa terima kasih pada semua ahli keluarga yang selalu banyak berkorban & sentiasa mendoakan kejayaan kita.
"Doa restu ayah bonda ku untukmu semua"
Terima kasih buat kawan-kawan seperjuangan untuk segala memori bersama, pensyarah, staff sokongan UiTM dan juga semua orang. Alaa terkilan sikit tak sempat jumpa semua orang yang
kita kenal & tegur kawan-kawan, sebab masing-masing pun rushing & busy dengan
family. Izaa pun banyak temankan parents je sebab emak ayah pun dah warga emas. Tak
apa, ada rezeki kita jumpa korang lagi ya! Ini bukannya pengakhiran.
Sebahagian pensyarah & rakan-rakan 🎓
Thousands of pills to live, countless of seizure attacked, but I made it until I graduate. It was considered as my big self-achievement in my life. Daripada tadika lagi Izaa dah tanam azam nak masuk universiti. Dulu dah pernah merasa diploma, tapi tak puas, nak sampai ijazah pula baru puas. Syukur Alhamdulillah, tercapai juga hasrat dan impian.
Another achievement as epilepsy fighter:
327 days seizure-free 💜
It is not the ending, but it is just started to a new journey. Moga akan datang lebih banyak kejayaan dalam hidup kita menanti. InshaAllah. Aminn. Assalamualaikum.