15 June, 2019

Epilepsy Group Potluck Picnic - Malaysia



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum! Entri pendek Iza nak share tapi moment yang amat special untuk dikongsi bersama.

27 April 2019 yang lalu, komuniti kecil kami telah mengadakan satu mini program gathering bersama keluarga penghidap epilepsi. Perjumpaan ini dipanggil ‘Epilepsy Group Potluck Picnic’ di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Izaa tak dapat join program ni atas beberapa kekangan seperti lokasi dan masa. Dan juga tak semua para sahabat kami dapat berkumpul, terutama yang dari negeri pantai timur, utara, mahupun kepulauan borneo. InsyaAllah, ada rezeki lain kali kita bertemu jua.

Walaupun Iza tak follow dan tak nampak flow program ni yang sebenarnya macam mana, tapi, Iza nak juga up dan share sedikit kisah ni dalam blog, sebagai bukti komuniti kecil kami terus gigih berjuang dan tak pernah kenal erti penat untuk sebarkan epilepsy awareness/kesedaran epilepsi. Iza bangga dengan usaha dan semangat mereka untuk adakan program yang istimewa macam ni. Salah satu usaha murni untuk kami semua teruskan perjuangan dan survive.

Tahniah atas segala usaha murni ini !


Meriah dengan hiasan belon dan banner khas...


Sebahagian komuniti kecil kami :)

Founder event ni, Aunty Su, orang penting dan nadi penggerak utama yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ni. Kami juga ada buat t-shirt khas serta penanda buku dengan lambang komuniti kami serta hashtag kesedaran penyakit epilepsi. Iza tak terkecuali dari mendapatkan sehelai t-shirt yang istimewa ni. Siapa tak merasa bangga bila menyarung t-shirt yang ada lambang komuniti kita?

Special bookmark

Walaupun usaha kecil ini tak nampak gah di mata dunia, tetapi sudah amat bermakna untuk komuniti kami. Kita bergerak perlahan-lahan, usaha sedikit demi sedikit, lama-lama membukit, kian lama akan datang akan menggunung. Selagi kudrat dan nyawa kita ada, jangan pernah berhenti sebarkan kesedaran epilepsi dalam hidup kita. Harapan Iza satu hari nanti usaha sebegini dapat diteruskan dan dapat dikembangkan lagi. Akan datang, Iza harap agar komuniti kami terus diterima masyarakat dan tiada lagi stigma dalam hidup kami.

Tahniah buat Aunty Su dan sahabat semua. Teruskan kekuatan kita. Keep it up purple fighter! Assalamualaikum.


#epilepsyfighter
#epilepsytapihappy
#ilovesomeonewithepilepsi

"SUPPORT EPILEPSY AWARENESS"

Facebook group support: klik 

Or search:

MALAYSIAN SOCIETY OF EPILEPSY (PERSATUAN EPILEPSI MALAYSIA )

No comments:

Post a Comment