08 August, 2018

HS243 Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum!

Adik-adik di luar sana. UPU result dah diumumkan? Macam mana? Berjaya atau gagal?

Berjaya? Tahniah diucapkan. I know how the excitement feeling yeah! Rasa nak beritahu pada semua orang satu dunia ni kan? Sujud syukur berkali-kali. Tapak tangan sentiasa ditadah dengan rasa syukur.

Gagal? Its okay, cuba lagi lain kali. Iza sendiri pun pernah mengalami kegagalan dalam permohonan UPU. Jangan putus asa. Teruskan berdoa. InsyaAllah.

Jadi, adik-adik semua, lepasan kolej matrikulasi, program asasi dan juga pelajar STPM, korang dapat tawaran dalam program apa? Ada yang baca post Iza ni lepasan diploma UiTM dan dapat tawaran penerapan? Angkat tangan sikit!

Adakah betul-betul berjaya dalam pilihan pertama? Atau lain daripada yang korang apply? Tak apa, itu pun rezeki. 

Ada sesiapa yang menerima tawaran dalam program HS243 - Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran (kepujian) UiTM Puncak Alam di bawah Fakulti Sains Kesihatan (FSK) ? Haaaa, welcome to my post kepada semua adik-adik junior bakal safety and health officer (SHO).


Fakulti Sains Kesihatan 6

Post Iza kali ini, straight to the point, nak share sikit kisah pengajian Iza dalam program ijazah yang sedang Iza lanjutkan. Memandangkan ada adik-adik yang di luar sana khabarnya susah nak cari maklumat pasal program ni. Sebab tu Iza start menulis. Gigih menaip. Untuk kebaikan Iza juga, takut lupa apa yang dah study. Biasalah kalau lupa tu. Bachelor in Environmental Health and Safety (Hons.). Iza bangga menjadi sebahagian pelajar yang mengikuti program ini. 

Sebelum sharing, Iza nak cerita sikit, sebenarnya Iza tak pernah pun terlintas di fikiran untuk menceburi bidang ni. Apatah lagi bercita-cita mahu jadi seorang SHO atau EHP. Iza cuma tahu kewujudan bidang ini sewaktu pengajian diploma. Zaman sekolah dulu mana la tahu sangat bidang sains kesihatan ni. Yang pasti cuma minat Iza dalam healthcare provider sejak dari kanak-kanak. Tapi Iza tak pernah pun aim nak apply course ni sebenarnya. Sebab dulu, macam-macam cita-cita yang Iza aim dan sentiasa bertukar impian. Nak jadi doktor, veterinar, dentist, pegawai farmasi, kemudian physiotherapist. Tiba-tiba pernah dapat nursing. Kelakarnya. Ok itu cerita lama.

Jadi, sewaktu apply penerapan dari diploma UiTM, Iza betul-betul study apa sebenarnya minat Iza? Dan terjumpalah program ini. Jadi, Iza pun terjebak la dalam course ni sampai la sekarang. Dan sekarang course ni bertakhta dalam hati. Apa sebabnya bertakhta di hati? Jawapannya ialah cabaran dalam tugasannya. Walaupun besar cabarannya tetapi menyeronokkan. Lagipun, course ni gempak tau (kenyit mata).

Setakat ni Iza baru nak masuk Tahun 2 dalam pengajian ijazah. Jadi, Iza cuma nak share apa yang Iza tahu dan pengalaman menempuh pengajian degree ni. Dijamin, course OSH ni memang menyeronokkan. Bukannya seronok sebab banyak pergi lawatan. Tapi kita memang akan banyak buat kerja di luar. Iza belum banyak pengalaman lagi dalam bidang ni. Praktikal pun belum lagi hehe. InsyaAllah, dari semasa ke semasa Iza akan update lebih banyak post lagi.


Makmal penyelidikan vektor

Observation of mosquito under microscopic: culex sp

Kajian di lapangan

Okay, mula-mula, tips selepas mendapat surat tawaran. Yang pasti, fikir masak-masak, betul ke nak ambil course ni? Betul ke kita minat? Atau terpaksa? Mampu ke kita? Kalau tak faham, cuba cari di internet, apa benda course OSH ni? Hehehe. Mungkin itu sebab korang singgah blog Iza ni kan? Nanti Iza cerita sikit.

Next step, berbincang dulu dengan parents and your family. Dapatkan restu mak ayah kita. Tanya pendapat adik-beradik kita yang lain yang lebih matang. Kalau betul kita yakin nak terima, yakinkan keluarga kita juga yang kita ni mampu. Ini yang Iza buat. Pujuk mak ayah dan yakinkan semua orang yang Iza bersemangat untuk sambung pengajian, walaupun masa tu semua orang risau, takut-takut Iza tak mampu. 

Prepare fizikal dan mental korang untuk unilife. Semangat kena kental. Hati kena cekal beb. Dah ready untuk Minggu Destini Siswa UiTM? And, welcome to our FSK !!!


Classmate yang awesome

Okey, mesti korang tertanya-tanya, apa benda OSH ni? Course ni pasal apa? Apa skop kerja kita bila kita menceburi bidang OSH ni?

Oh, sebelum tu, ini antara terms yang biasa kami guna dan korang kena tahu. Biasakan dengan terms ini. Jadi Iza tak perlu nak tulis panjang-panjang lagi. Penatlah nak taip. Ini antara istilah biasa yang kami guna dalam bidang ni:

OSH - Occupational Safety and Health/Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
SHO - Safety Health Officer/Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
SSS - Safety Site Supervisor
PPE- Personal Protective Equipment
FSK - Fakulti Sains Kesihatan
DOSH - Department of Occupational Safety and Health
NIOSH - National Institute of Occupational Safety and Health
EHO - Environmental Health Officer
EHP - Environmental Health Practitioner
PKP - Pegawai Kesihatan Persekitaran
PPKP - Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
PKD - Pejabat Kesihatan Daerah
JKN - Jabatan Kesihatan Negeri
KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

Okay let me introduce you about this course. For those yang ambil course ni, kita sebenarnya ambil 2 ijazah dalam masa yang sama. Apaaaa? Dahsyatnya? Cuba baca semula nama penuh program ni? Environmental Health and Safety. Nampak tak 2 program ?

Yes. Kita akan deal 2 bidang yang sama sebenarnya, cuma skop tugasan agak berbeza sedikit, tapi sebenarnya sama sahaja. Kesihatan persekitaran merujuk kepada kita akan deal sebagai healthcare provider. Kita akan serve as the first line defense dalam bidang kesihatan. Power kan bunyinya? 


Kenangan semasa lawatan ke Putrajaya

Okay, let me tell you to the environmental health. Course ni lebih kurang line dengan medical juga. Cuma kita berfungsi sebagai first line defense. Cuba tengok persekitaran kita. Bersih atau kotor? Tong sampah depan gate rumah kita, siapa yang kutip? Petugas syarikat konsesi alam sekitar kan? Kita sebagai pelanggan di restoran atau kedai makan, siapa yang pantau kebersihan premis? Inspektor kesihatan kan? Kes denggi, penyakit rabies dan penyakit berjangkit, siapa yang manage? Pejabat kesihatan daerah dan negeri kan? Bekalan air bersih yang kita guna untuk kegunaan harian, siapa yang bertanggungjawab? Pihak syarikat bekalan air kan?


Lawatan ke loji rawatan bekalan air

Haa, itulah pengenalan kepada penjagaan kesihatan persekitaran yang kita kena deal with as the first line defense in the healthcare giver.

Sebenarnya banyak cabang dalam bidang environmental health. Selain dari menguruskan masalah sisa pepejal, sampah sarap dan keadaan persekitaran, EHO juga kena deal dengan undang-undang alam sekitar. Kita adalah insan yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar, contohnya, kita akan kuatkuasakan undang-undang sekiranya sesuatau kilang atau industri tak menguruskan sisa bahan perkilangan mereka dengan terurus. Kitalah yang akan kenakan kompaun atau saman kepada syarikat yang melanggar peraturan alam sekitar.

Keselamatan makanan juga antara skop tugasan seseorang pegawai inspektor kesihatan di bawah unit kesihatan awam. Pemantauan berkala terhadap kebersihan premis makanan, sijil kelayakan pengendali makanan, kewajipan suntikan Typhod dalam kalangan food handlers, serta kuatkuasa undang-undang dalam penyitaan premis atau penutupan sementara premis. Sesiapa yang minat dengan makanan, pun boleh jadi pegawai keselamatan kualiti makanan dalam sesebuah kilang produk makanan. Pemantauan kualiti dan kebersihan air, rawatan loji kumbahan, kawalan mutu air pun salah satu cabang bidang tugas dalam kesihatan awam tau.

Tak semestinya, kerja korang cuma kena tangkap nyamuk sama macam time study. Dalam PKD, EHO atau PKP atau PPKP akan deal with kawalan vektor, iaitu kawalan penyakit. Contohnya denggi, chikungunya, malaria, rabies, typhus, leptospirosis dan banyak lagi. Haiwan perosak dan binatang yang boleh beri risko kepada penyakit mestilah dikawal, contohnya tikus, lipas, lalat, nyamuk, anjing liar, dan sebagainya. Jadi sudah terang lagi bersuluh, masa study, korang akan ‘bermain’ dengan binatang ni la hahaha. Bela nyamuk, pegang tikus, kenal jenis lipas, itu antara aktiviti Iza dalam pengajian. Rasa macam study veterinar pun ada hehe. Lawatan yang pernah Iza sertai antaranya ke Persidangan Kesihatan Persekitaran Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, lawatan ke NIOSH (Bangi, Selangor), trip ke Pulau Pinang untuk study kawalan malaria, lawatan ke loji rawatan air dan juga melawat abattoir atau pusat sembelihan ruminan bagi subjek Food Safety. Jangan risau, tak perlu tengok lembu kena sembelih. Kadang-kadang, kami juga akan buat sampling contohnya air untuk dianalisa di kawasan dari luar kelas atau makmal. Jadi, memang banyak aktiviti outdoor kita kena buat. Best tau.



Lawatan ke abattoir di Shah Alam




Puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang



Penang view from the top



Lawatan kawalan malaria bersama team PKD Pulau Pinang

Okay, proceed to the OSH pulak. Firstly, korang tahu tak, setiap dalam syarikat, perkilangan, mahupun sebuah institusi, ada seorang insan yang amat penting? Siapakah orang itu? Itulah yang dipanggil SHO. Skop tugasan mereka ialah menjaga keselamatan persekitaran dan pekerja serta kebajikan mereka. Seluruh keadaan persekitaran selamat atau tak selamat, adalah di bawah tanggungjawab SHO. Jadi, mereka bertanggungjawab untuk menyediakan keadaan persekitaran yang selamat, latihan yang mencukupi kepada pekerja, dan memantau keselamatan persekitaran, serta kebajikan pekerja. Pernah dengar DOSH dan NIOSH? Itulah antara jabatan dan institut yang provide training untuk memastikan sesorang SHO adalah competent iaitu layak untuk handle tanggungjawab menjaga keselamatan pekerja. 

Bila menceburi course ni, korang akan diajar macam mana nak buat risk assessment. Sebagai bakal SHO, kita kena sentiasa ada mind set, hazard ada di mana-mana. Risiko bahaya sentiasa ada. Risiko kemalangan bila-bila masa boleh berlaku. Sebab itulah tugas seorang SHO sangat diperlukan oleh setiap kilang, syarikat mahupun bangunan tempat kita bekerja mahupun kediaman. Jadi, course ni boleh bawa kita pergi lebih jauh, dan InsyaAllah, banyak peluang pekerjaan lebih terbuka.


Bakal SHO/EHP ;)

Contoh paling mudah. Bayangkan, kita bekerja di sebuah kilang. Kita banyak terdedah dengan risiko kesihatan atau penyakit kesan daripada pekerjaan yang kita lakukan. Contohnya, bekerja di tempat yang bising boleh meningkatkan risiko rosak pendengaran, bekerja di kawasan yang berhabuk boleh menyebabkan risiko kerosakan sistem pernafasan, atau bekerja dengan bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai lagi masalah kesihatan. Itulah contoh bahaya yang kita sebagai SHO kena handle and manage supaya kebajikan pekerja terjamin.

Sebagai SSS, cabarannya juga besar bila terlibat dengan pekerja di site. Kita kena pastikan pekerja memenuhi piawaian keselamatan bila melakukan tugasan, contohnya kena pakai PPE dan cukup latihan. SHO juga akan fight with law. Aplikasi akta serta peraturan dalam undang-undang. So, dah macam student law juga kan? Seronok kan bila study macam-macam?


Sebahagian rakan seperjuangan

Kesimpulannya, korang boleh nampak tak, skop tugasan bila kita menceburi bidang ni. Tips dari alumni course ni, esok lusa, bila dah melangkah alam pekerjaan, kumpulkan pengalaman, bila dah dapat green book atau competent person, baru boleh demand gaji. Ehh. Haa itulah yang dinantikan semua orang. Gaji masyuk. InsyaAllah. Yang penting, peluang pekerjaan akan sentiasa terbuka dalam bidang ni. Kita boleh pergi jauh. Jadi, kuatkan semangat untuk menempuh bidang ni. Boleh cuba lebarkan sayap apply job di Pengerang Johor di mana kawasan yang sedang giat membangun, atau pelbagai industri besar, atau company Petronas contohnya. Iza tak pernah menyesal menceburi bidang ni. Menghidap epilepsi pun bukan penghalang Iza untuk berjaya seperti orang lain. Yang penting, semangat!!!

Jadi, kepada semua yang bakal melangkah ke alam OSH, selamat datang Iza ucapkan. Semoga berjaya dalam pengajian ini. Doakan Iza berjaya juga bersama sahabat seperjuangan. Kita semua juga akan berjaya dengan izinNya. Doa yang baik-baik. Assalamualaikum.


Doakan kami semua berjaya !



For those yang curious lagi tentang course ni, Iza ada update post terbaru, boleh klik:

Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran (kepujian) UiTM Puncak Alam





4 comments:

  1. selalu intake pelajar berapa ramai untuk course ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Purata boleh juga mencapai 100 orang pelajar baru. Bergantung pada ketetapan pihak jabatan.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak. .Saya nk bertanya.. Saya mengambil diploma in HRM so boleh ke saya apply ke kos ni bachelor in OSH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HRM ya? Kalau awak ada basic sains lagi mudah untuk apply. Tapi boleh jugak kalau nak try apply. Apa salahnya kan. Mana tahu rezeki dapat. Tapi setakat ni jarang nak jumpa student yang bukan dari science stream masuk dalam course ni.

      Delete