05 December, 2018

Semester 3 Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran UiTM Puncak Alam



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Perjuangan dalam pengajian sarjana muda masih diteruskan. Semester 3 adalah semester yang sangat tough dan padat walaupun baru semester 3, belum lagi final year semester 7 – 8 nanti haa matilanak!

Semester ini, Iza banyak sertai event sebagai biro atau AJK program. Bukan senang nak bahagi komitmen antara persatuan akademik dan kelab dalaman UiTM (non-akademik), nak study untuk test, nak focus pada lecture time, perlu bijak seimbangkan komitmen tugasan, kena pandai uruskan masa dan yang paling mencabar adalah menjalani kehidupan sebagai pesakit epilepsi. Kadang-kadang ada meeting berjalan serentak dan Iza sampai tak tahu nak join yang mana & bahagi-bahagi badan macam mana huhu.

Dinner Malam Tautan Budaya EHSAn 2018

Iza kalau boleh tak nak bercerita terlalu panjang, tapi bila dah menaip ni, hmm tak nak berhenti. Apa yang Iza tulis kali ni adalah hanya untuk sebagai memori dan kenangan. Mana tahu, dapat beri inspirasi pada pembaca blog Iza. Jadi, post kali ni Iza nak share segala apa yang Iza dah buat sepanjang semester ini dan kesemua pencapaian hidup Iza sepanjang bergelar pelajar Semester 3 Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian) di UiTM Puncak Alam. Semoga dapat beri inspirasi pada kita semua.



Environmental Health and Safety Students Association (EHSAn), Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam Sesi 2017/2018

Pengarah Program EHSAn Mini Orientation 2018

Tugas Iza sebagai Exco Kepimpinan dan Pembangunan Insan dalam Environmental Health and Safety Students Association (EHSAn) sesi 2017/2018 adalah di samping membantu pentadbiran persatuan, kami perlu mengendalikan program berteraskan kepimpinan. Jadi, Iza diberi peluang sebagai pengarah program untuk mini orientasi khas diadakan untuk pelajar baharu semester 1 (lepasan program matrikulasi/asasi) dan semester 3 (lepasan diploma).

Ahli Jawatankuasa EHSAn Mini Orientation 2018

Peserta & AJK program

Banyak program anjuran EHSAn yang Iza juga sertai sebagai exco atau biro. Macam-macam tugas yang Iza laksanakan demi persatuan. Biro program, floor manager, stage manager, buat skrip emcee, biro sijil, biro tugas-tugas khas, dan banyak lagi.

Antara program yang Iza pernah handle:
  • Let’s Speak English
  • Annual General Meeting EHSAn 2018
  • EHSAn Go Fitness 3.0








Persatuan Kesenian & Kebudayaan (PERSENI) UiTM Puncak Alam Sesi 2017/2018

Semester ini last Iza bergelar sebagai Exco Kebajikan & Kaunseling untuk Kelab PERSENI. Dalam pentadbiran artis budaya, Iza sebagai Exco Muzik & Nyanyian. Memang seronok join kelab ni sebab memang dah lama sangat Iza nak join kelab kesenian macam ni dan akhirnya tercapai juga hasrat. Banyak memori kami cipta bersama, banyak event kami handle, and it was an awesome moment dapat kenal dengan rakan-rakan yang tak sama course malahan tak sama fakulti dengan kita.








Okey, di atas adalah cerita Iza handle event dan persatuan. Cerita di bawah ni Iza paling excited nak cerita walaupun sebagai peserta.

Guitarist THE BORNEO

Kami mewakili Kolej Dahlia UiTM Puncak Alam dalam Pertandingan Band KARYAKU 2018 anjuran UiTM Shah Alam pada 21 November 2018 di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Pertandingan ini melibatkan kesemua UiTM cawangan Selangor. Sebelum itu, sesi uji bakat dijalankan dan Iza memang cepat-cepat ambil peluang ini untuk tonjolkan diri. Apa lagi? Ajak member Iza yang talented, Aida untuk join sekali. Yang bestnya dapat jumpa member baru dari fakulti yang berbeza, dapat jamming dalam studio sama-sama, dapat try main instrument lain, pendek kata memang best lah.

Jamming di High Castle Studio

Soundcheck P.A. system

THE BORNEO

Semasa persembahan ^___^

Ini link YouTube untuk persembahan kami, kalau sudi tonton:

Walaupun kami tak dapat kemenangan dalam apa-apa anugerah ataupun tempat, tapi kami dah cuba yang terbaik. It was a great experience dapat join pertandingan ni.

Rakaman persembahan pertandingan serta video latihan kami sepanjang kami praktis ada dalam channel YouTube. Boleh singgah ke channel: Izaa13

Perform & sharing stage with UKAYS

Kami dapat peluang buat persembahan semasa Festival Megafest Havoc yang diadakan di dataran fakulti/tapak parking bersebelahan Fakulti Sains Kesihatan. Yang paling bestnya, kami dapat perform atas stage sebelum Ukays buat persembahan. Kiranya kami share stage dengan Ukays. Ha bukan calang-calang Ukays ni tau, band paling legend kot sejak dari zaman Iza belum lahir.

Inilah kali pertama Iza dapat buat persembahan depan ramai orang, depan kawan-kawan, dan yang paling istimewanya, Kakak dan Abang Ipar pun dapat tonton Iza perform kat atas stage. Betapa bangganya dapat berdiri atas pentas dan family kita tengok bakat yang kita ada. Cewahhh. Kebetulan Kakak memang datang dari Johor masuk booth expo ni untuk perniagaan yang diusahakannya iaitu jualan beg tangan. 

Sebelum kami join pertandingan band yang Iza cerita kat atas, waktu ni la kami diberi peluang untuk buat persembahan santai untuk tingkatkan keyakinan diri sebelum pertandingan.

Bersama komposer, pengarah muzik, keyboardist kumpulan UKAYS

Legend, Amy UKAYS, kami sekampung ;)

Inilah juga kali pertama dapat jumpa musician kumpulan yang terkenal di tanah air, Ukays. Semua otai-otai dan legend. Diorang memang power bila tengok depan mata. Walaupun ahli kumpulan dah bertukar-tukar, tapi Ukays tetap Masih Berbisa.

Ukays tengah soundcheck sebelum show

Pengalaman macam ni mahal tau. Bukan senang nak dapat. Pengalaman ni ibarat mimpi jadi realiti. Peluang ni dapat menggerakkan Iza ke arah satu langkah ke hadapan. Kiranya the best memories dan paling awesome dalam hidup Iza. Salah satu pencapai terbaik yang Iza pernah buat dalam hidup.

Rakaman kami buat persembahan juga ada di channel YouTube Iza kalau nak singgah tengok :)

Okey, perenggan di bawah ini adalah the main point Iza tulis entri ni.

Apa yang Iza nak highlightkan di sini ialah, tak ada alasan untuk Iza kata tak boleh walaupun Iza masih bergelumang untuk terus kuat dalam menjalani hidup sebagai pesakit epilepsi. Rasa rendah diri itu memang sentiasa ada. Cabaran paling besar yang Iza perlu hadapi antaranya bila kita mula rasa nak tumbang, rasa tak sihat, aura menyerang sewaktu praktis band, tekanan dari orang sekeliling, stress, terlampau penat, tak cukup rehat, mata rabak tak cukup tidur, terlupa makan ubat, kerisauan melanda bila fikir takut sangat nak tidur sebab risiko kena seizure sangat tinggi waktu tidur. Tidur tersentak sikit pun dah rasa takut sangat. Tidur pun tak lena bila fikir takutnya kalau kena seizure.

Never judge my physical appearance because epilepsy patient also having a normal life such as other person. We also deserved to live like other normal people.

Lepas tu, Iza kena cuba disiplinkan diri untuk makan ubat walaupun dah lewat dari masa yang sepatutnya. Iza kena kuatkan semangat telan pil yang memang dah wajib kena makan tiap-tiap hari supaya dapat kawal serangan seizure. Bila difikir balik, kita banyak komitmen dan tugas yang perlu kita buat, contohnya esok siang ada presentation, petang kita ada event kena handle sebagai biro, malam pun berterusan handle event dan kadang-kadang berterusan 2 hari, secara automatik kita dapat kekuatan untuk makan ubat untuk teruskan hidup. Bila fikir kita ada jadual latihan band untuk praktis muzik, kalau kita sakit, kalau seizure datang, kita dah tertinggal latihan, lepas tu mesti rasa rugi kan? Dari situ la, Iza dapat cari kekuatan untuk paksa diri dan bersemangat untuk makan ubat. Stay strong!

Gitar kesayangan

Pinjam Ibanez member. Gitar akustik tu Iza punya :)


Belajar main drum

Satu lagi kelemahan Izaa juga seorang yang kurang keyakinan diri. Dalam meeting persatuan, dalam mengendalikan program, orang pun boleh nampak kelemahan kita. Jadi, melalui penglibatan dalam persatuan dan kelab, Iza dapat baiki diri ke arah yang lebih baik. Iza dapat tingkatkan keyakinan diri, jadi lebih berani, buang rasa rendah diri, ketepikan sifat malu, tonjolkan diri, bawa imej yang baik, dapat asah kemahiran berkomunikasi, dan cuba dapatkan persekitaran yang positif. Bermain alat muzik ni pun sebenarnya dapat beri persekitaran yang positif dalam diri kita. Iza anggap latihan bermain gitar juga adalah salah satu terapi untuk merawat masalah neurologi yang Iza hidap.

Team Exco Kepimpinan & Pembangunan Insan yang sangat awesome

Rakan-rakan dalam persatuan banyak yang membantu Iza terutamanya pasangan exco kami dalam tampuk kepimpinan. Tanpa bantuan diorang, Iza tak akan dapat berjaya menjadi seorang pengarah program. Rakan-rakan lain juga sentiasa beri tunjuk ajar bila kita tak tahu sesuatu. Kami saling beri semangat dan nasihat sesama sendiri. Kau boleh, Iza boleh. Yes, sokongan macam ni yang kita perlu.

Dalam penglibatan Iza sebagai guitarist dalam band muzik, banyak perkara Iza belajar. Iza kena bersungguh-sungguh untuk capai apa yang Iza nak. Jangan putus asa. Jangan give up. Eh, bukan sama ke tu? Haha. Erti pengorbanan itu memang kena belajar. Titik peluh kami sepanjang lebih sebulan untuk persediaan pertandingan, cuma kami je yang tahu penat lelahnya.

Semoga dapat jadi seorang guitarist yang baik satu hari nanti :)

Penglibatan dalam berpersatuan ni seronok tau sebenarnya, bukan setakat mengharapkan sekeping sijil. Kalau setakat join untuk hanya sekeping sijil, kita tak akan dapat apa-apa. Kena ingat balik, tujuan kita berorganisasi dalam persatuan, bukan semata-mata nak jawatan atau penghargaan. Sebenarnya ia adalah amanah, jangan disifatkan sebagai beban. Amanah yang dipikul ini sebenarnya dapat membantu diri kita, dapat asah soft skill yang kita tak akan dapat dari dalam dewan kuliah, sebab pensyarah tak akan ajar soft skill, kemahiran ini cuma boleh dapat dari berorganisasi dalam persatuan.

Dalam masa yang sama, selepas tamat perkhidmatan di dalam kedua-dua persatuan untuk semester ini, Iza cabar diri untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Iza sahut cabaran untuk datang temuduga sebagai Sekreteriat Mahasiswa Fakulti (SMF) Fakulti Sains Kesihatan untuk sesi 2018/2019. Dan Alhamdulillah, Iza berjaya melepasi temuduga dan secara rasminya menjadi sebahagian ahli Sekreteriat Mahasiswa Fakulti. Yang pastinya amanah lagi besar untuk dipikul, dan cabaran mendatang akan jadi lebih besar, sebab, ini adalah tugasan di peringkat fakulti, bukan cuma di peringkat persatuan ye. Jadi, Iza ucapkan selamat berjaya dan selamat menjalankan tugas kepada diri sendiri !

Akhir kata, apa-apa kita buat, jangan kata tak boleh. Kita mesti boleh. Iza mungkin seorang penghidap epilepsi, tapi Iza pun boleh buat apa pelajar lain boleh buat. Punya masalah neurologi tak menghalang Iza dari berorganisasi dalam persatuan, tak menghalang Iza dari menjadi seorang pemain gitar, dan tak menghalang Iza dari buat apa yang Iza nak. Jadi, apa yang Iza harapkan, semoga komuniti kita sentiasa bersemangat lakukan apa yang kita nak.  Apa kita nak, kita boleh buat. Orang lain boleh, kenapa kita tak boleh? Betul kan?

Sekian, Assalamualaikum!

P/S: Salam takziah kepada keluarga sahabat seperjuangan kita, allahyarham Mohd Nor Musa, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman & ahli syurga. Sahabat seperjuangan Iza di alam maya dalam melawan epilepsi. Beliau antara yang sentiasa menyokong Iza menulis blog. Terasa kehilangan beliau. Al Fatihah.


Mencari pengenalan tentang program ni? Boleh klik post ni, update terbaru, harap membantu bakal junior & adik-adik di luar sana: 

Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (kepujian) UiTM Puncak Alam


30 August, 2018

Gitar pun masuk masjid ?

I'm having a seat in the mosque while waiting for my mom to attend her class till the afternoon. Nobody's here accept several cats that always being a 'guard' to this mosque. Suitable as Prophet Muhammad favorite’s animal, they just being a good guardian to this mosque. Just a few minutes ago, a calico cat come to me and I greet her with ‘hello’  and then we just be a great friend!

Okey, tak payah nak bahasa mat salleh sangat la. Aku sambung cerita aku ni dalam bahasa kebangsaan je la. Memartabatkan bahasa melayu kita. Ada sedikit rojak dengan bahasa inggeris je tau. Ah, campur sekali dengan bahasa pasar jugak. Ha, tengok, ‘jugak’, sepatutnya ‘juga’ sahaja.

Aku start menulis ni masa aku lepak sensorang dalam masjid tu. Tapi biasalah, aku ni pelupa. Aku lupa nak siapkan kisah aku sampai hari ni. Aku start sambung menulis ni sebab isu kecik je. Nak tau pasal apa? Tadi aku ternampak gambar post Mia Sara Nasuha pada akaun Instagramnya. Dia baru dapat sebuah ukulele baru. Aku memang gemar mengikuti perkembangan gadis cilik tu. Kecik-kecik dah comel. Aku dulu comot je. Yang tak syoknya, netizen mula la mengecam statusnya oleh sebab hanya satu je. Muzik itu haram. Salah satu isu yang sentiasa menjadi perdebatan para ulama.

Sabtu lepas, dah jadi kebiasaan aku waktu aku bercuti di kampung, akulah yang menghantar Mama ke kelas al Quran di pusat bandar. Kalau aku tak ada, Abah yang bersedia menghantar. Kelas itu diadakan di sebuah kelas dalam kawasan pusat tahfiz bersebelahan dengan masjid. Lokasinya betul-betul terletak berhadapan dengan Stadium Batu Pahat. Sebagaimana Mama yang setia menjadi peneman aku waktu aku perlu rawatan susulan di klinik, aku pula setia menjadi penghantar Mama waktu dia perlu ke kelas agama sejak dia bergelar guru am al Quran. Jadi, seperti biasa aku la yang jadi pemandu. Bukan pemandu kereta, tapi motor sahaja. Ini yang kami mampu. Dah alang-alang ke pusat bandar, aku pun ambil kesempatan untuk singgah ke kedai muzik untuk baiki tali gitar yang sudah putus. Susah payah kami berdua berhimpit dengan gitar akustik aku yang besar gedabak sambil membonceng motosikal. Kami tak kisah kalau orang pandang pelik.

Putus tali gitar lagi pedih dari putus cinta 

Aku tinggalkan Mama di kawasan parking kenderaan sebelum aku memusingkan motorsikal Abah menghala masjid yang terletak di hadapan pusat tahfiz. Di situlah port aku duduk-duduk menunggu Mama hingga kelas tamat. Kadang-kadang, aku bersiar-bersiar di dataran berhampiran stadium. Kadang-kadang, aku meronda kawasan bandar, dan ambil kesempatan singgah ke Watsons atau Guardian, satu syurga untuk mendapatkan barang kecantikan buat para wanita. Ehem. Cuma kali ni, aku nak lepak dalam masjid je la.

Aku menongkat motor lalu membimbit beg berisi gitar Mentreelku seterusnya menapak ke arah pintu masuk saff wanita yang terletak di sayap bahagian kiri bangunan masjid. Beberapa ekor kucing setia menjadi penunggu masjid. Seekor kucing berbulu oren putih kelihatannya sedang lena tidur di atas kaki lima.

Awak macam Momot :')

“Momot?!” Aku memberhentikan langkah sambil menduga. Fizikal warna bulunya tak ubah seperti Momot, kucing kesayangan keluarga kami yang hilang dari rumah sejak lebih 2 bulan lepas. Kami masih mengharapkan kepulangannya di muka pintu rumah. 

“Ah, tak mungkin. Kucing semua kan sama.” Aku cuba mendekatinya dan ternyata bukan kesayangan kami. Yang dah berlalu biarkanlah berlalu. Kat rumah kan dah ada pengganti Momot. Aku meneruskan langkah menghampiri pintu masuk masjid. Aku membuka sepatu lalu menaiki tangga. 

Aku serba salah nak bawa masuk gitar ke dalam kawasan saff wanita. Rasa tak sopan pulak nak bawa masuk alat muzik ke dalam ni. Eleh, tapi Najwa Latif pun perform Cinta Muka Buku kat masjid waktu dia dijemput dalam satu program. Aku tahu sebab aku pernah tonton rancangan Muka Buku Najwa Latif yang pernah disiarkan dalam saluran Astro dan kini boleh ditonton dalam channel YouTube walaupun sudah bertahun lamanya. Atas permintaan peminat waktu itu, dia terpaksa penuhi jugak. Tapi aku tak main muzik hehe. Boleh je kot. 

Nak tumpang duduk kejap dan nak tumpang letak gitar. Aku cuma lepak santai sambil melayari internet. Waktu macam ni data internet kan laju, tak macam kat rumah. Slow. Hmm. Nak tunggu kedai muzik tu tak buka lagi. Jam 10 baru buka biasanya. Aku menyandar di dinding sambil memerhatikan rumah Allah. Waktu pagi macam ni memang la tak ada aktiviti beribadah, sebab tu sunyi. Mungkin ada 2 atau 3 orang lelaki yang hanya berbaring santai, mungkin menunggu isteri mereka yang turut menyertai kelas agama dengan Mama. Sekali sekala cuma kedengaran 2 orang lelaki yang bertindak sebagai noja masjid sedang sibuk membersihkan kawasan luar masjid.

Dari kawasan kaki lima, tangga masjid, pintu serta tingkap masjid, semuanya diuruskan oleh 2 orang noja tersebut yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan rumah Allah. Aku hanya memerhatikan dari jauh. Kalau tolong mereka memang dapat pahala, tapi aku tolong tengok je la hihi.

Daripada kawasan luar, sekarang mereka masuk untuk menjalankan kerja pembersihan dalam masjid. Aku terus bersandar di dinding masjid sambil jari jemari ligat skrol media sosial pada paparan telefon pintar. Tadi baru selesai selfie. Statusnya, hari ini rembat baju kakak. Hahaha.

Baju kakak dah jadi hak milik sebab kakak tak muat XD

Salah seorang darinya menegurku. Sangkaanku, mungkin aku kena halau sebab bawa alat muzik yang bercanggah dengan hukum Tuhan. Para ulama bertegang lidah dalam menentukan hukum bermain alat muzik bertali, contohnya gitar. Ada yang menjatuhkan hukum haram, ada yang mengatakan makruh sahaja. Entahlah. Tapi belajar gitar pun satu cabang ilmu jugak kan? Segala ilmu dan kemahiran pada gitar tu Tuhan yang punya juga kan?

"Dik, main busking ke?" Busking, maksudnya bermain muzik jalanan. 

Aku tersipu malu. Diam tersipu malu. Mahu mendekati aku. Aku mula resah. Hatiku jadi kebah. Melihat dirimu aku rebah. Haha pantang aku dengan ayat tersipu malu ni. Rasa nak terus strum kord Am, F & G sambil menyanyikan bait lagu Carta Hati ciptaan Najwa Latif. Lagu itu menjadi kegemaran aku tiap kali aku berlatih bermain gitar.

"Err, tak tak" Aku geleng kepala menafikan pertanyaan lelaki tersebut.

"Habis tu, buat apa dengan gitar tu?" Soal lelaki itu sambil tersenyum. Senyuman lelaki berumur 40-an itu membuang sangkaan awal aku terhadap beliau.

"Ohh, saya nak pergi kedai muzik, tapi tak buka lagi jam sekarang ni" Jadi, lelaki tu mesti sedia maklum, kedatangan aku ke sini nak menumpang berteduh sekejap.

"Tapi memang main gitar la ni?"

"Aah" Aku mengiyakan sambil tersengih malu.

“Belajar kat mana? Memang pergi kelas muzik?”

“Tak.” Aku menafikan. Hanya menafikan pertanyaan lelaki itu tetapi jauh di sudut hati, ingin sekali aku mengikuti kelas muzik secara serius.

“Habis tu? Belajar macam mana?”

“Belajar sendiri kat YouTube je.” 

“Belajar kat YouTube, lepas tu boleh main?” Pelik agaknya bila dengar pengakuan aku.

“Aah.” Aku tersenyum.

"Reti la main kord-kord tu, lagu Najwa Latif tu boleh main? Lagu Najwa Latif senang-senang kan?" Aku mengangguk. Kenapa dia sebut Najwa Latif? Sebab beliau pun orang Batu Pahat. Jadi, penduduk di sekitar ini sangat mengenali Najwa sejak dari popularitinya mencanak naik semasa dia di bangku sekolah. Haha dan aku salah seorang peminat beliau. Dan memang pun aku  biasa main lagu Najwa Latif yang pernah digelar ikon youtube. Aku kagum bila seorang gadis berusia 16 tahun sebaya aku tapi berjaya menjejakkan kaki ke Final Anugerah Juara Lagu pada tahun 2011. Eh 2012 kot tak ingat. Walaupun dia tak berjaya menggondol kemenangan, tapi aku kagum dengan pencapaiannya. Bukan senang nak capai sampai tahap tu. Dan sekarang dia semakin berjaya dalam hidupnya. Penampilannya yang sopan. Sudah memiliki kediaman sendiri, kereta sendiri dan bergelar pensyarah di Unitar sambil meneruskan pengajian dalam Master di Universiti Malaya. Fuh, banyak yang aku tahu pasal beliau.

"Boleh main? Bunyikan sikit? Ala lagu Najwa Latif kan senang"
Aku cuma tersengih sambil menjeling ke arah beg gitarku. "Erm tapi ni dalam masjid, rasa macam.... Lagipun ni tak boleh main, tali putus, itu sebab nak hantar kedai nak repair." Serba salah aku beri jawapan sambil menolak baik permintaannya. Bukan kita tak nak 'payung' bunyi, tapi fikir soal tempat suci untuk beribadat. Sudah la aku ni tak berapa nak beriman sangat. Tak pasal-pasal viral pulak main gitar dalam masjid, zaman sekarang kan zaman viral lepas itu kena kecam dengan netizen. Ye tak?


Gitar pun nak masuk masjid :)

"Oh tak apa-tak apa. Kedai mana? Sandman tu ke?”

"Yup". Sangkaan aku jam 10 pagi kedai tu mula beroperasi. Rupanya bila aku periksa di internet pada jam 8.30 pagi sudah beroperasi. Tapi takkan la rushing sangat nak pergi tukar tali je pun bukannya lama. Mama habis kelas jam 11 lebih nanti. Relaks ah.

Kami pun bersembang serba sedikit tentang gitar sambil lelaki itu menjalankan tanggungjawabnya. Manakala seorang lagi sibuk membersihkan almari telekung tanpa menghiraukan perbualan kami. 

Bila ditanya aku main muzik ikut kord atau by heart? Aku jujur cakap ikut kord. I'm not nature talented. Tak boleh nak main muzik by heart. Aku bukannya gifted. Aku tak berbakat. Lain la guitarist rockers yang join band tu, kadang-kadang mereka tak tahu tentang kord, tapi mereka boleh cari key muzik tu sendiri, mereka boleh main muzik tanpa bantuan kord. Hebatkan pemuzik ni? Anugerah Tuhan namanya. Bakat tersedia di hujung jari. Sedangkan aku masih lagi merangkak. Aku perlukan video tutorial untuk berlatih. Fingerstyle pun masih belum mampu aku kuasai semua. Setakat lagu tema animasi Doraemon sahaja yang aku boleh petik.

“Yang orang selalu main gitar dia letak kat gitar macam penyepit tu apa ha?”

“Oh, itu capo.”

“Apa tu fungsinya?”

Macam mana aku nak jelaskan eh? Aku pun tak pernah guna real capo. Buat sendiri guna getah dengan pensil je haha lagi jimat. “Dia macam, nak.... Laraskan bunyi nada, ke lebih rendah atau tinggi la, lebih kurang macam tu.”

“Ooh, tapi cara main sama ke, kalau contoh dia letak kat tengah-tengah, cara main kord sama?”

Aku mengangguk. “ Haah sama je.”

“Macam mana pulak nak tukar kord dari satu kord ke satu kord ha? Contoh A ke B? Macam mana dia buat? Sebab jari kena letak lain-lain kan?”

“Kena laju la masa tekan tali tu kalau nak tukar kord.” Jawapan aku yang tak berapa nak pandai ajar orang main gitar.

“Habis, kena praktis la tiap hari kalau nak laju?”

“Ya.” Aku menyengih.

“Fuhhhh. Gitar tu harga berapa ratus?" Soal lelaki itu sambil menyelesaikan tugasannya.

"Tak ada ni gitar cap ayam je" Aku tersenyum lebar sambil terus memburu impian mahu memiliki sebuah gitar Taylor idaman. Rasanya tak perlu la nak sebut jenama. Kalau berjenama mahal tapi skill ke laut pun tak ada guna kan?

"Saya ni sebenarnya suka juga dengan gitar tapi tak reti main la. Pernah jugak dulu try main. Fuhh tak boleh penat" Keluh lelaki itu sambil menggeleng kepala.

Sementara aku, "Tak penat la. Kalau dah ada minat tu, boleh je jadi." Aku menunjukkan isyarat bagus. Ya. Sebab minat la, sekarang aku dah boleh tekan kord walaupun cuma lagu ringkas. Tapi sangat bermakna buat diri aku.

“Hahaha.” Lelaki itu berlalu. Selesai sudah tugasan mereka.
Agak-agak, apa reaksi aku? Menarik nafas lega sebab tak dihalau? Tak!
I’ve learn something. Aku belajar sebuah nilai yang sangat berharga. Aku memikirkan semula perbualan kami tadi sambil memerhati di sekeliling masjid yang selesai dibersihkan oleh kedua lelaki tadi.

Muzik tak akan jatuh hukum haram kalau kita manfaatkannya dengan cara yang baik. Sebenarnya, banyak kelebihan bila kita belajar menggunakan alat muzik. Siapa tak pernah cuba tak perlu sedap cakap hanya pandang dari sisi yang tak elok. Belum cuba belum tahu betapa indahnya seni ini. Kita tak paksa orang untuk minat muzik, tapi jangan main sedap mulut mengata yang bukan-bukan kalau belum pernah cuba petik tali gitar, belum pernah merasa jari sakit tekan kord, belum pernah mendengar indahnya muzik dari yang kita hasilkan dari tangan kita. Belum cuba belum tahu.

Banyak kali aku cakap. Orang sekeliling bila tengok aku main gitar atau para pemuzik, orang mesti mengata, seolah-olah macamlah pada dahi aku ada cap ahli neraka. Tapi tak semua berfikiran senteng seperti itu. Ada yang beri respons baik bila nampak aku main gitar. Orang-orang macam ni selalunya lebih bersikap positif.

Aku tak pernah kisah apa orang mengata pasal diri aku. Pasal kegemaran aku. Mak ayah aku sendiri tak pernah menghalang minat aku. Mama la yang selalunya menyokong dengan apa yang aku mahu, walaupun dia seorang guru al-Quran. Sebab seorang ibu pasti akan sentiasa menyokong anaknya, betul tak? Sokongan positif macam ni la yang aku perlu.

Aku tak kisah tayang video menyanyi sambil memetik gitar walaupun suara tak merdu. Cuma aku tak yakin dengan diri aku sebab aku tahu kemampuan diri aku. Tapi kita boleh perbaiki diri dari semasa ke semasa. Peduli apa orang mengata kita tak malu, itulah cara kita nak tingkatkan keyakinan diri dan jadi lebih berani. Belajar bermain alat muzik membuatkan diri aku lebih positif, seterusnya mengeluarkan aku dari rasa rendah diri yang sering membelenggu aku, yang mana aku masih berstatus pesakit neurologi. Bermain gitar ibarat ubat dan terapi buat diri aku.

Pertembungan aku dengan seorang noja masjid pada hari ini membuka mata aku dengan lebih luas. Tak jadi kesalahan bawa masuk alat muzik ke dalam masjid. Tak semua orang akan pandang rendah pada pemain muzik. Muzik juga diterima oleh kebiasaan masyarakat. Muzik juga ada kelebihannya tersendiri di mata masyarakat. Ramai dari antara kita yang gemar dengan muzik, setuju kan?

Pemain muzik ni sama sahaja macam manusia biasa. Kami pun menunaikan solat. Kami pun baca al Quran. Mungkin ada antara kami yang berimej agak kurang sopan, contohnya rockers, lelaki berimej black metal, berambut panjang, menunjukkan seperti seseorang yang kurang cerah masa hadapan. Lalu masyarakat pun terus memandang serong. Tapi kita tak boleh sesuka hati menilai dari imej seseorang. Siapa tahu, rockers tapi solat lima waktu tak pernah tinggal? Tak semestinya semua pemain muzik ni sejadah tak lekat, kaki tak pernah pijak lantai masjid. Semua amal ibadah seseorang jangan mudah dinilai dari mata kasar. Cuma Tuhan saja yang tahu. Don’t judge a guitarist by its image. Okay?

Aku memandang jam pada paparan telefon bimbit. Sebaiknya aku dah boleh tuju ke kedai untuk proses menukar tali. Aku kan tak reti tukar tali sendiri. Aku failed bab repair barang. Kena minta bantuan kedai. Daripada bahaya ambil risiko gitar boleh jadi biola atau lebih spesifik jadi biol, baik aku hantar kedai je. Dan kali ini, aku dikecualikan dari membayar servis. Sebaliknya aku hanya perlu membayar harga set gauge D’Addario untuk harga belian. Mungkin sebab tauke kedai tu dah kenal muka aku hehe. Untung jugak aku. Sesetengah kedai mengenakan cas servis menukar tali gitar dengan harga ‘cekik darah’ dan mengambil kesempatan untuk mendapatkan untung lebih. Sebab itu aku suka dengan kedai ni, tauke pun baik, recommendation dia semua cun, servis pula tiptop.

Suasana di dalam kedai muzik

Kisah ini aku sambung taip di komputer riba  di ruang tamu rumah sambil menonton rancangan Majalah 3 di saluran media prima. Tadi siaran tentang wira angkasa, kisah angkatan tentera udara sempena sambutan kemerdekaan yang bakal menjelang tiba. Diikuti slot pendek tentang santapan belut, kelihatannya enak. Kemudian diakhiri dengan sebuah slot yang membuat aku sedikit teruja, iaitu slot Malaysia Kita Punya, di mana kisah di balik tabir kumpulan Bunkface yang diberi kepercayaan untuk menghasilkan lagu sempena bulan kemerdekaan.

Aku bukanlah peminat tegar Bunkface. Tapi aku kagum dengan mereka. Sebuah kumpulan muzik yang tersohor di tanah air. Mereka ibarat Greenday versi Malaysia. Minda aku terus menerawang teringat akan kenangan ‘soundcheck’ sewaktu aku menyertai Wirasa.  Kami mewakili fakulti dalam Battle of the Band membawa lagu Situasi sebagai lagu dalam percubaan suara sebelum hari pertandingan berlangsung. Kenangan berdiri di atas pentas Dewan Agung Tunku Canselor sambil membawa lagu itu masih lagi tersemat indah dalam memori hidup aku. Sebuah pencapaian yang mengkagumkan buat diri aku. Tak habis-habis aku merasa bangga dengan pencapaian itu walaupun tak mendapat kemenangan.

Tak kisah la kita minat genre muzik jenis apapun. Tak perlu dicanang sejauh mana kemahiran kita mengendalikan alat muzik sampai tahap mana. Tak perlu dibahas larangan bermain alat muzik seolah-olah kita ulama tersohor. Kita memang patut saling mengingati. Kami sebagai pemuzik juga menghormati pendapat orang lain dan juga hukum Tuhan. Tapi, bolehkah komuniti melihat kami dari sisi yang elok? Bolehkah masyarakat ambil secubit kebaikan dari muzik kami? Think about it!

New strings :D

08 August, 2018

HS243 Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum!

Adik-adik di luar sana. UPU result dah diumumkan? Macam mana? Berjaya atau gagal?

Berjaya? Tahniah diucapkan. I know how the excitement feeling yeah! Rasa nak beritahu pada semua orang satu dunia ni kan? Sujud syukur berkali-kali. Tapak tangan sentiasa ditadah dengan rasa syukur.

Gagal? Its okay, cuba lagi lain kali. Iza sendiri pun pernah mengalami kegagalan dalam permohonan UPU. Jangan putus asa. Teruskan berdoa. InsyaAllah.

Jadi, adik-adik semua, lepasan kolej matrikulasi, program asasi dan juga pelajar STPM, korang dapat tawaran dalam program apa? Ada yang baca post Iza ni lepasan diploma UiTM dan dapat tawaran penerapan? Angkat tangan sikit!

Adakah betul-betul berjaya dalam pilihan pertama? Atau lain daripada yang korang apply? Tak apa, itu pun rezeki. 

Ada sesiapa yang menerima tawaran dalam program HS243 - Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran (kepujian) UiTM Puncak Alam di bawah Fakulti Sains Kesihatan (FSK) ? Haaaa, welcome to my post kepada semua adik-adik junior bakal safety and health officer (SHO).


Fakulti Sains Kesihatan 6

Post Iza kali ini, straight to the point, nak share sikit kisah pengajian Iza dalam program ijazah yang sedang Iza lanjutkan. Memandangkan ada adik-adik yang di luar sana khabarnya susah nak cari maklumat pasal program ni. Sebab tu Iza start menulis. Gigih menaip. Untuk kebaikan Iza juga, takut lupa apa yang dah study. Biasalah kalau lupa tu. Bachelor in Environmental Health and Safety (Hons.). Iza bangga menjadi sebahagian pelajar yang mengikuti program ini. 

Sebelum sharing, Iza nak cerita sikit, sebenarnya Iza tak pernah pun terlintas di fikiran untuk menceburi bidang ni. Apatah lagi bercita-cita mahu jadi seorang SHO atau EHP. Iza cuma tahu kewujudan bidang ini sewaktu pengajian diploma. Zaman sekolah dulu mana la tahu sangat bidang sains kesihatan ni. Yang pasti cuma minat Iza dalam healthcare provider sejak dari kanak-kanak. Tapi Iza tak pernah pun aim nak apply course ni sebenarnya. Sebab dulu, macam-macam cita-cita yang Iza aim dan sentiasa bertukar impian. Nak jadi doktor, veterinar, dentist, pegawai farmasi, kemudian physiotherapist. Tiba-tiba pernah dapat nursing. Kelakarnya. Ok itu cerita lama.

Jadi, sewaktu apply penerapan dari diploma UiTM, Iza betul-betul study apa sebenarnya minat Iza? Dan terjumpalah program ini. Jadi, Iza pun terjebak la dalam course ni sampai la sekarang. Dan sekarang course ni bertakhta dalam hati. Apa sebabnya bertakhta di hati? Jawapannya ialah cabaran dalam tugasannya. Walaupun besar cabarannya tetapi menyeronokkan. Lagipun, course ni gempak tau (kenyit mata).

Setakat ni Iza baru nak masuk Tahun 2 dalam pengajian ijazah. Jadi, Iza cuma nak share apa yang Iza tahu dan pengalaman menempuh pengajian degree ni. Dijamin, course OSH ni memang menyeronokkan. Bukannya seronok sebab banyak pergi lawatan. Tapi kita memang akan banyak buat kerja di luar. Iza belum banyak pengalaman lagi dalam bidang ni. Praktikal pun belum lagi hehe. InsyaAllah, dari semasa ke semasa Iza akan update lebih banyak post lagi.


Makmal penyelidikan vektor

Observation of mosquito under microscopic: culex sp

Kajian di lapangan

Okay, mula-mula, tips selepas mendapat surat tawaran. Yang pasti, fikir masak-masak, betul ke nak ambil course ni? Betul ke kita minat? Atau terpaksa? Mampu ke kita? Kalau tak faham, cuba cari di internet, apa benda course OSH ni? Hehehe. Mungkin itu sebab korang singgah blog Iza ni kan? Nanti Iza cerita sikit.

Next step, berbincang dulu dengan parents and your family. Dapatkan restu mak ayah kita. Tanya pendapat adik-beradik kita yang lain yang lebih matang. Kalau betul kita yakin nak terima, yakinkan keluarga kita juga yang kita ni mampu. Ini yang Iza buat. Pujuk mak ayah dan yakinkan semua orang yang Iza bersemangat untuk sambung pengajian, walaupun masa tu semua orang risau, takut-takut Iza tak mampu. 

Prepare fizikal dan mental korang untuk unilife. Semangat kena kental. Hati kena cekal beb. Dah ready untuk Minggu Destini Siswa UiTM? And, welcome to our FSK !!!


Classmate yang awesome

Okey, mesti korang tertanya-tanya, apa benda OSH ni? Course ni pasal apa? Apa skop kerja kita bila kita menceburi bidang OSH ni?

Oh, sebelum tu, ini antara terms yang biasa kami guna dan korang kena tahu. Biasakan dengan terms ini. Jadi Iza tak perlu nak tulis panjang-panjang lagi. Penatlah nak taip. Ini antara istilah biasa yang kami guna dalam bidang ni:

OSH - Occupational Safety and Health/Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
SHO - Safety Health Officer/Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
SSS - Safety Site Supervisor
PPE- Personal Protective Equipment
FSK - Fakulti Sains Kesihatan
DOSH - Department of Occupational Safety and Health
NIOSH - National Institute of Occupational Safety and Health
EHO - Environmental Health Officer
EHP - Environmental Health Practitioner
PKP - Pegawai Kesihatan Persekitaran
PPKP - Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
PKD - Pejabat Kesihatan Daerah
JKN - Jabatan Kesihatan Negeri
KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

Okay let me introduce you about this course. For those yang ambil course ni, kita sebenarnya ambil 2 ijazah dalam masa yang sama. Apaaaa? Dahsyatnya? Cuba baca semula nama penuh program ni? Environmental Health and Safety. Nampak tak 2 program ?

Yes. Kita akan deal 2 bidang yang sama sebenarnya, cuma skop tugasan agak berbeza sedikit, tapi sebenarnya sama sahaja. Kesihatan persekitaran merujuk kepada kita akan deal sebagai healthcare provider. Kita akan serve as the first line defense dalam bidang kesihatan. Power kan bunyinya? 


Kenangan semasa lawatan ke Putrajaya

Okay, let me tell you to the environmental health. Course ni lebih kurang line dengan medical juga. Cuma kita berfungsi sebagai first line defense. Cuba tengok persekitaran kita. Bersih atau kotor? Tong sampah depan gate rumah kita, siapa yang kutip? Petugas syarikat konsesi alam sekitar kan? Kita sebagai pelanggan di restoran atau kedai makan, siapa yang pantau kebersihan premis? Inspektor kesihatan kan? Kes denggi, penyakit rabies dan penyakit berjangkit, siapa yang manage? Pejabat kesihatan daerah dan negeri kan? Bekalan air bersih yang kita guna untuk kegunaan harian, siapa yang bertanggungjawab? Pihak syarikat bekalan air kan?


Lawatan ke loji rawatan bekalan air

Haa, itulah pengenalan kepada penjagaan kesihatan persekitaran yang kita kena deal with as the first line defense in the healthcare giver.

Sebenarnya banyak cabang dalam bidang environmental health. Selain dari menguruskan masalah sisa pepejal, sampah sarap dan keadaan persekitaran, EHO juga kena deal dengan undang-undang alam sekitar. Kita adalah insan yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar, contohnya, kita akan kuatkuasakan undang-undang sekiranya sesuatau kilang atau industri tak menguruskan sisa bahan perkilangan mereka dengan terurus. Kitalah yang akan kenakan kompaun atau saman kepada syarikat yang melanggar peraturan alam sekitar.

Keselamatan makanan juga antara skop tugasan seseorang pegawai inspektor kesihatan di bawah unit kesihatan awam. Pemantauan berkala terhadap kebersihan premis makanan, sijil kelayakan pengendali makanan, kewajipan suntikan Typhod dalam kalangan food handlers, serta kuatkuasa undang-undang dalam penyitaan premis atau penutupan sementara premis. Sesiapa yang minat dengan makanan, pun boleh jadi pegawai keselamatan kualiti makanan dalam sesebuah kilang produk makanan. Pemantauan kualiti dan kebersihan air, rawatan loji kumbahan, kawalan mutu air pun salah satu cabang bidang tugas dalam kesihatan awam tau.

Tak semestinya, kerja korang cuma kena tangkap nyamuk sama macam time study. Dalam PKD, EHO atau PKP atau PPKP akan deal with kawalan vektor, iaitu kawalan penyakit. Contohnya denggi, chikungunya, malaria, rabies, typhus, leptospirosis dan banyak lagi. Haiwan perosak dan binatang yang boleh beri risko kepada penyakit mestilah dikawal, contohnya tikus, lipas, lalat, nyamuk, anjing liar, dan sebagainya. Jadi sudah terang lagi bersuluh, masa study, korang akan ‘bermain’ dengan binatang ni la hahaha. Bela nyamuk, pegang tikus, kenal jenis lipas, itu antara aktiviti Iza dalam pengajian. Rasa macam study veterinar pun ada hehe. Lawatan yang pernah Iza sertai antaranya ke Persidangan Kesihatan Persekitaran Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, lawatan ke NIOSH (Bangi, Selangor), trip ke Pulau Pinang untuk study kawalan malaria, lawatan ke loji rawatan air dan juga melawat abattoir atau pusat sembelihan ruminan bagi subjek Food Safety. Jangan risau, tak perlu tengok lembu kena sembelih. Kadang-kadang, kami juga akan buat sampling contohnya air untuk dianalisa di kawasan dari luar kelas atau makmal. Jadi, memang banyak aktiviti outdoor kita kena buat. Best tau.



Lawatan ke abattoir di Shah Alam




Puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang



Penang view from the top



Lawatan kawalan malaria bersama team PKD Pulau Pinang

Okay, proceed to the OSH pulak. Firstly, korang tahu tak, setiap dalam syarikat, perkilangan, mahupun sebuah institusi, ada seorang insan yang amat penting? Siapakah orang itu? Itulah yang dipanggil SHO. Skop tugasan mereka ialah menjaga keselamatan persekitaran dan pekerja serta kebajikan mereka. Seluruh keadaan persekitaran selamat atau tak selamat, adalah di bawah tanggungjawab SHO. Jadi, mereka bertanggungjawab untuk menyediakan keadaan persekitaran yang selamat, latihan yang mencukupi kepada pekerja, dan memantau keselamatan persekitaran, serta kebajikan pekerja. Pernah dengar DOSH dan NIOSH? Itulah antara jabatan dan institut yang provide training untuk memastikan sesorang SHO adalah competent iaitu layak untuk handle tanggungjawab menjaga keselamatan pekerja. 

Bila menceburi course ni, korang akan diajar macam mana nak buat risk assessment. Sebagai bakal SHO, kita kena sentiasa ada mind set, hazard ada di mana-mana. Risiko bahaya sentiasa ada. Risiko kemalangan bila-bila masa boleh berlaku. Sebab itulah tugas seorang SHO sangat diperlukan oleh setiap kilang, syarikat mahupun bangunan tempat kita bekerja mahupun kediaman. Jadi, course ni boleh bawa kita pergi lebih jauh, dan InsyaAllah, banyak peluang pekerjaan lebih terbuka.


Bakal SHO/EHP ;)

Contoh paling mudah. Bayangkan, kita bekerja di sebuah kilang. Kita banyak terdedah dengan risiko kesihatan atau penyakit kesan daripada pekerjaan yang kita lakukan. Contohnya, bekerja di tempat yang bising boleh meningkatkan risiko rosak pendengaran, bekerja di kawasan yang berhabuk boleh menyebabkan risiko kerosakan sistem pernafasan, atau bekerja dengan bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai lagi masalah kesihatan. Itulah contoh bahaya yang kita sebagai SHO kena handle and manage supaya kebajikan pekerja terjamin.

Sebagai SSS, cabarannya juga besar bila terlibat dengan pekerja di site. Kita kena pastikan pekerja memenuhi piawaian keselamatan bila melakukan tugasan, contohnya kena pakai PPE dan cukup latihan. SHO juga akan fight with law. Aplikasi akta serta peraturan dalam undang-undang. So, dah macam student law juga kan? Seronok kan bila study macam-macam?


Sebahagian rakan seperjuangan

Kesimpulannya, korang boleh nampak tak, skop tugasan bila kita menceburi bidang ni. Tips dari alumni course ni, esok lusa, bila dah melangkah alam pekerjaan, kumpulkan pengalaman, bila dah dapat green book atau competent person, baru boleh demand gaji. Ehh. Haa itulah yang dinantikan semua orang. Gaji masyuk. InsyaAllah. Yang penting, peluang pekerjaan akan sentiasa terbuka dalam bidang ni. Kita boleh pergi jauh. Jadi, kuatkan semangat untuk menempuh bidang ni. Boleh cuba lebarkan sayap apply job di Pengerang Johor di mana kawasan yang sedang giat membangun, atau pelbagai industri besar, atau company Petronas contohnya. Iza tak pernah menyesal menceburi bidang ni. Menghidap epilepsi pun bukan penghalang Iza untuk berjaya seperti orang lain. Yang penting, semangat!!!

Jadi, kepada semua yang bakal melangkah ke alam OSH, selamat datang Iza ucapkan. Semoga berjaya dalam pengajian ini. Doakan Iza berjaya juga bersama sahabat seperjuangan. Kita semua juga akan berjaya dengan izinNya. Doa yang baik-baik. Assalamualaikum.


Doakan kami semua berjaya !



For those yang curious lagi tentang course ni, Iza ada update post terbaru, boleh klik:

Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran (kepujian) UiTM Puncak Alam