Assalamualaikum! Ni Iza nak cerita pasal sedikit kenangan secalit kebaikan dan antara kenangan terindah sewaktu praktikal di UPM :)
Seperti biasa aku duduk di ruangan gelap itu. Ruangan yang menempatkan meja bagi kegunaan para pelajar bersosial. Melihatkan keadaan sekeliling, seolah seperti bangunan tinggalan orang. Pemandangannya yang agak suram semakin menguatkan keinginan aku untuk segera menamatkan sesi latihan industri aku di sini. Aku dah lama sangat homesick kat sini. Bosan!
Mama, nak balik kampung!
Bangunan fakulti di sini memang sudah agak lama dan kelihatan usang. Namun kejayaannya siapa sangka, telah banyak melahirkan para graduan cemerlang yang diiktiraf terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan. Universiti ini juga merupakan antara institut pengajian tinggi awam yang berada di top ranking universiti terbaik di Malaysia mahupun antarabangsa. Universiti ini juga antara pilihan ramai pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi seperti sarjana dan doktor falsafah.
Mataku mengerling ke arah seseorang yang wajahnya memang biasa aku lihat di sini. Status sebagai seorang pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda menyebabkan dia tidak lekang sibuk ke sana sini bagi menyelesaikan projek tahun akhir atau final year project (FYP). Lab coat sentiasa tersarung ke mana-mana. Tangan bersarung getah erat memegang radas serta bahan kimia dari satu makmal ke makmal yang lain.
Aku di sini senyum memerhatikan gelagatnya. Teringat pulak waktu FYP diploma semester lima yang lepas sewaktu aku di UiTM. Walaupun projek itu sekadar mini projek tapi sudah cukup membuatkan aku hidup tak terurus. Heh, itu baru diploma, belum degree? Kalau master? PHD lagi?
Fikiran aku masih lagi menerawang ke dalam sisi bangunan fakulti ini. Berhadapan dengan meja aku terdapat sebuah makmal ikan. Gelap. Suis lampu hanya akan dipetik apabila makmal beroperasi. Tapi keadaan dalam dia agak menakutkan juga. Di bahagian kanan aku terdapat sebuah mesin air minuman layan diri automatik.
Mujur ada kemudahan mesin gedegang. Pembetulan, mesin air minuman automatik. Murah pulak tu. Bagi setiap tin air minuman mahupun air mineral hanya berharga RM 1. Variasi perisa seperti cincau, teh bunga, dan juga kacang soya. Walaupun bukan dari jenama air minuman yang terkenal pun, tapi rasa air minumannya setanding dengan jenama terkenal. Eh, ada juga jenama Mountain Dew dan juga Sprite. Pun hanya berharga seringgit juga bagi setiap tin.
Seorang kanak-kanak perempuan berbaju gaun merah jambu cair berusia lebih kurang 5 tahun datang mendekati mesin air automatik itu. Berambut kerinting perang, wajahnya putih mulus, pipinya kemerahan. Tak perlu pakai blusher pun hehe. Pemerah pipi semula jadi. Anugerah Ilahi. Hidungnya yang mancung itu pastinya jelas menunjukkan yang dia memanglah bukan warganegara Malaysia. Iras seperti kanak-kanak comel yang menderita hidup di bumi Allah, Syria.
Budak ini sudah beberapa kali kulihat menemani ibunya. Waktu makan di cafe, solat di surau dan di sekitar fakulti ini. Aku rasa ibunya menyambung pengajian di sini. Mempunyai anak kecil, tabahnya mereka mengharungi hidup di tanah air kita bagi meningkatkan taraf pendidikan, seterusnya meningkatkan taraf kehidupan.
Kelihatan dia memegang sekeping not biru RM 1. Aku hanya memerhatikan perilakunya. Dia berjaya memasukkan kepingan wang kertas tersebut ke dalam mesin itu. Pandainya adik tu, aku memujinya di benak hati. Kadang-kadang leceh juga berurusan dengan mesin buatan manusia ni. Suka hati je dia telan duit orang. Aku acap kali terkena sewaktu di kolej mahu membeli minuman kegemaranku, Milo. Aku tendang mesin tu pun dia tak pulangkan baki duit. Air pun tak keluar. Lepastu apa lagi, mengadu la pada dua orang sahabat aku, Insyirah dan Ana yang sama-sama menetap di kolej itu. Malam nanti mengadu pada Mama pula.
Tiba-tiba dia menjinjit. Cuba untuk mencapai punat pilihan air minuman yang dikehendakinya. Namun, sayangnya tangannya tak kesampaian. Terkapai-kapai mahu menekan butang air pilihan.
Dalam aku berkira-kira mahu membantunya, budak itu menoleh ke belakang. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum matanya kebetulan bertentangan dengan aku. Ekor matanya memberitahu aku bahawa dia memerlukan bantuanku untuk mencapai punat. Mujur aku faham bahasa matanya. Mungkin dia masih terlalu kecil untuk meminta bantuan aku dengan berbahasa Inggeris.
Aku bingkas bangun lantas mendekati kanak-kanak itu. Kerana kekangan bahasa, aku hanya menunjukkan isyarat jari ke arah pilihan air minuman yang dikehendakinya.
Budak itu menggangguk. Aku menekan punat.
Gedegang ! Hehe padanlah dipanggil mesin gedegang. Bunyi dia sama macam tu. Budak itu mengambil minuman dari bawah mesin dan berlari hilang dari pandangan aku.
Aku duduk kembali di meja. Aku masih lagi menikmati waktu bermalas-malasan di situ. Bukannya aku ada kerja banyak pun. Supervisor pun tak kisah kalau aku tak masuk makmal.
Dalam 10 minit kemudian, ibu kepada kanak-kanak perempuan itu tadi mendekati mesin air automatik. Kali ini bersama anak kecil itu sekali. Aku langsung tak peduli apa yang mereka lakukan. Mata aku hanya fokus kepada skrin telefon bimbit. Menikmati kemudahan akses percuma WiFi yang disediakan untuk warga fakulti memang seronok bukan kepalang.
Ibu tadi mendekati mejaku lalu menghulurkan aku sebuah minuman dalam tin. Jari tanganku yang leka melarik skrin telefon bimbit terhenti. Pandanganku fokus ke arah wajah wanita itu. Aku terkesima. Dia senyum padaku sambil anaknya memerhatikan aku.
“Aaaa... Thank you!” Tergagap-gagap aku mahu merangka ayat dalam tindak balas situasi sebegini. Sudahlah kena speaking english bagai haha. Kalau dia cakap Arab, haha lagi la aku speechless nak jawab apa.
Wanita itu senyum berlalu pergi sambil mengangkat tangan. Its okay, just small matter, thank you for helping my little daughter! Aku cuba menterjemah dari bahasa tangannya. Agaknya la kalau dia cakap macam tu.
Suasana menjadi sunyi kembali. Krik krik krik krik... Tapi tak ada la bunyi cengkerik betul waktu siang begini.
Aku memandang ke arah air minuman itu. Tangan kananku membelek minuman tersebut. Aku sengih sendirian. Mesti adik tadi tu mengadu kat emak dia yang ada kakak tolong tekankan butang masa nak beli air. Lepastu emak dia datang nak ucap terima kasih kat aku. Sebagai tanda ucapan terima kasih, dia beri aku satu tin air minuman. Alhamdulillah.
Kita tolong orang, orang tolong kita. Kita buat baik kat orang, orang buat baik kat kita. Kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita. On the spot aku dapat ganjarannya. Yang mana pernah buat kebajikan, sabarlah jika Tuhan masih belum beri balasan setimpal, kerana di setiap sabar itu ada ganjarannya yang lebih besar menanti.
Aku cuma bantu orang dengan kebaikan yang mana jasanya hanya sekecil kuman Lactobacillus casei, sejenis bakteria yang banyak manfaatnya pada tubuh kita. Tapi Tuhan balas kebaikan aku dengan balasan yang setimpal, atau mungkin lebih sebenarnya. Seolah-olah dibalas kebaikan diberi satu botol minuman probiotik, Vitagen yang tadinya mengandungi beratus ribu bakteria L.casei. Bakteria jenis ni baik untuk kesihatan usus dan perut kita.
Entahlah, aku tak reti nak buat ayat kat atas ni. Kalau nak selit unsur hadis atau firman Allah lagi la tak pandai. Erkk. Itu je la yang aku reti. Buat perbandingan guna mikroorganisma. Ye la dah biasa terbelit lidah sebut Klebsiella pneumoniae. Dah biasa eja Saccharomyces cerevisiae. Eja pun tak boleh salah walaupun satu abjad. Nak tulis nama bakteria pun kena italic, ataupun tulisan normal tapi underline. Kang tak dapat markah full. Dah biasa hafal perbezaan bakteria gram positif dengan gram negatif. Eh, Lactobacillus gram apa ye eheh? Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment