14 February, 2017

Dairi Pemula Belajar Gitar Akustik @ The Acoustic Guitar Beginner

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum!

Iza nak cerita sikit pasal sejarah selok-belok & betapa merangkak-rangkaknya Iza nak belajar gitar akustik ni. Iza nak share sikit jerit perih nak belajar gitar sejak Iza bertatih dari tahun 2013 sampai la sekarang haha lama dah kot. Btw, Iza still lagi dalam proses belajar sebab belum lagi tahap pro.

Firstly, Iza ada keinginan nak belajar gitar semenjak dari usia 16 tahun tapi Iza tangguh hasrat tu sebab fikir sibuk nak study untuk SPM. Mama mesti tak bagi kebenaran takut lalai nak study. Jadi Iza cuma start belajar gitar waktu lepas habis SPM, tahun 2013, cuti panjang setelah tamat sekolah. Kalau ikut tahun, hampir 5 tahun dah Iza belajar alat muzik ni tapi masih belum hebat lagi.

Ekceli, actually, artis yang mula-mula bagi impression Iza terhadap gitar ialah Miley Cyrus yang masa tu popular dengan watak Hannah Montana dalam Hannah Montana The Series. Masa tu Iza memang minat gila-gila dengan dia ni & sampai sekarang still lagi layan Hannah Montana ni walaupun dah berabad. Bila tengok dia main gitar, Iza jadi minat nak mencuba. Tapi masa tu tak ada la obvious sangat nak belajar gitar. Cuma teringin sikit je.

Lepastu, bermulanya zaman kegemilangan artis baru remaja yang baru meningkat naik namanya, artis kelahiran daripada YouTube iaitu Najwa Latif yang menjadi komposer termuda & popular dengan lagu-lagu ciptaan beliau. Masa tu seluruh Batu Pahat memang kecoh dengan artis baru yang sebaya umur dengan Iza (16 tahun pada tahun 2011) tapi nama dia mencanak naik sebagai selebriti. Dalam waktu muda dia dah dapat berdiri atas pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dan bawa lagu Cinta Muka Buku ciptaannya. Bila Iza tengok dia perform main gitar, Iza terus berminat nak belajar gitar. Tapi bukan sebab nak jadi macam Najwa Latif ye, beliau cuma inspirasi kepada Iza untuk belajar gitar.

Tapi Iza paling tak suka dengan stigma & tanggapan orang bila orang sekeliling nampak Iza minat nak belajar gitar. Bila Iza travel & bawa gitar bersama, mula la kedengaran ayat-ayat sindiran ni:

“Nak jadi penyanyi ke?”
“Nak jadi artis ke?”

(Iza sengeh je kalau ada orang cakap macam tu. Tapi dalam masa yang sama Aminkan je. Itupun satu doa & rezeki kan?)

“Alah, orang perempuan kok main gitar”

(Hello! Main gitar je kot. Siapa-siapa boleh main. Pondan atau gay pun boleh. Sedangkan perempuan pun boleh jadi pilot. Doktor lelaki boleh handle & jadi pakar dalam bidang penyakit wanita dan sebaliknya. Tak salah pun.)

Biarlah apa orang nak kata asalkan kita ada juga matlamat dalam sesuatu perkara. Maybe orang tu tak menghargai seni muzik. Tahunya nak kondem orang jer kan. Biasalah cabaran orang nak berjaya ni memang macam tu. Orang sekeliling selalu mengata. Tapi jadikan itu sebagai pembakar semangat kita.

Hello! Belajar gitar tu ilmu juga okey? Tak salah kalau kita nak tambah ilmu. Tak semestinya main gitar nak jadi penyanyi. Boleh jadi pemuzik. Boleh jadi income. Gitar itu muzik. Muzik itu seni. Seni itu indah. Bukannya haram pun. Yaa mungkin pada sesetengah ulama ada yang menyatakan hukum bermain gitar adalah haram, ada juga yang anggap makruh. Tapi cuma jangan sampai lalai, jangan sampai tinggal solat, jangan sampai mengganggu ketenangan orang. Just itu je kan?

First impression daripada family bila Iza cakap nak beli gitar, diorang pun beri respons yang sangat menjengkelkan & menyakitkan hati, seterusnya melemahkan semangat Iza.

“Kau pandai main gitar ke?”
“Kenapa nak main gitar, nak tiru macam Najwa Latif?”
“Adik boleh ke main gitar?” 
Come on laa, sebab tu la Iza nak beli gitar sebab nak belajar, sebab nak capai impian boleh main gitar. Iza dalam hati tekad, walau apa pun orang kata, peduli la. Satu hari nanti Iza akan buat korang tergamam yang Iza ni boleh main gitar.

Dan akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar…. Howoo oooo ooowooo… Kosong Kosong oooo (haha antara lagu yang Iza paling suka main sebab dah terror :P)

Pada mulanya, Iza ada rasa ingin tahu yang sangat mendalam bila tengok orang main gitar ni. Iza rasa nak tahu macam mana la orang main gitar, macam mana dia boleh hasilkan bunyi macam tu. Lepastu Iza lihat ada sentimental value bila tengok orang main gitar ni.

Unik tau bila tengok alat muzik ni. Tak kira la jenis apapun, gitar, piano, biola, drum, seruling, macam-macam lagi jenis alat muzik ni boleh membentuk melodi. Lepastu bila digabungkan, boleh jadi satu lagu. Bila tengok orang main alat muzik, Za asyik tertanya-tanya je macam mana la diorang boleh main alat muzik ni.

Iza akan pandang tinggi & tabik spring bila tengok orang yang berkebolehan main alat muzik ni. Sebab bukan senang tau nak main alat muzik. Semua ni menuntut kesabaran, usaha dan kerajinan yang tinggi untuk capai apa yang kita nak.

Awalnya, Iza minat nak belajar gitar & piano, tapi kalau belajar piano Iza tak mampu. Kalau nak beli keyboard pun mahal apatah lagi sebuah piano. Mama & Abah mesti tak mampu nak hantar ke kelas piano. Sampai sekarang Iza pendam je keinginan tu. Iza cuma download piano kat phone daripada Google Playstore & main sikit-sikit tu boleh la. Kalau setakat bunyi lagu Twinkle Twinkle Little Star tu boleh la. Mungkin kalau gitar pun tak dapat nak pergi kelas, tapi Iza rasa Iza mampu ambil inisiatif lain asalkan dapat belajar main gitar.

Jadi permulaannya, Iza beli gitar Kapok je, gitar paling murah & harga paling mampu Iza boleh beli untuk Iza yang baru bergelar beginner. Cerita pasal Iza beli gitar baru ada pada entri tahun 2013 punya. Iza spend sikit duit simpanan Iza semata-mata nak beli gitar. Rasanya tak silap dalam around RM 125. Masa tu Mama juga yang teman pergi beli. Sebenarnya dah lama dah usha nak beli gitar kat kedai tu cuma pendam je. Bila Iza menyuarakan keinginan Iza nak beli gitar & belajar gitar sendiri pada Abah dengan Mama, dan mereka pun tak halang, so Iza proceed la. Yeay Alhamdulillah ! Yela, mesti kena dapat restu mak ayah kan baru boleh berjaya. Lagipun nanti kat rumah mesti bising dengan bunyi gitar kan? Tapi Alhamdulilah dapat kebenaran. Cuma Abah dengan Mama tak mampu kalau nak hantar Iza ke kelas gitar, jadi Iza ambil inisiatif sendiri, Iza belajar sendiri guna YouTube & beli buku.

Iza download macam-macam video tutorial gitar tak kira mat saleh punya mahupun melayu punya. Iza belajar macam mana nak tekan tali pada fret-fret gitar. Iza belajar macam mana nak hasilkan bunyi atau nada yang betul. Kord gitar yang pertama Iza belajar ialah kord C. Lagu yang pertama Iza belajar adalah lagu Sahabat, ciptaan dan nyanyian Najwa Latif. Kat situ juga Iza belajar macam mana nak buat pattern strumming. Alhamdulilah Iza sekarang dah dapat perform lagu tu. Bila main lagu tu mesti flashback memori masa mula-mula pegang gitar, betapa merangkak-rangkaknya Iza nak tekan kord. Betapa susahnya Iza nak try tukar kord dari C ke Em, lepastu ke F & G. Betapa sukarnya Iza nak bunyikan nada dia sambil menyanyi. Struggle sangat belajar lagu ni.

Selain daripada tutorial, Iza akan download mana-mana & siapa-siapa punya video yang buat cover gitar tak kira la artis atau bukan artis untuk tengok macam mana diorang mengendalikan alat muzik yang terdiri daripada 6 tali ni. Tak terkira la berapa ratus kali Iza tengok berulang-ulang kali sebab nak sangat fahamkan sampai la Iza boleh buat.

Putus asa memang Iza dah banyak kali alami. Jatuh bangun sewaktu Iza gagal apa yang Iza nak capai memang tak terkira banyaknya. Iza berhadapan masalah macam ni sebab tak ada sesiapa yang boleh ajar Iza main gitar dengan cara yang proper. Iza hanya bergantung sepenuhnya pada media sosial. Tak ada tenaga pengajar yang boleh ajar secara live depan mata untuk Iza bertanyakan soalan. So Iza banyak melakukan kesalahan yang Iza sendiri tak sedar. Contohnya, Iza salah cara nak pegang pick gitar (benda untuk petik tali gitar saiz dia kecik je bergantung pada rekabentuk), salah faham tentang kord ataupun tak faham langsung & juga keliru.

Dalam rasa give up tu, Iza memang kecewa la dengan diri sendiri sebab cepat sangat putus asa. Kadang-kadang, sampai berbulan tak sentuh gitar tu simpan je kat dalam kotak sampai berhabuk. Nanti kalau ada mood semula baru la sambung belajar. Gitar tu kena hempas tu tak terkira banyak kali juga haha kesian "my baby" nasib baik tak rosak. Tapi Iza ada kelebihan, iaitu sabar. Iza tekad, bila kita sabar, perlahan-lahan belajar, Iza percaya yang satu hari nanti Iza akan dapat apa yang Iza hajati. Bila dah give up sangat tu, Iza akan take a rest, rehat kejap, tenangkan fikiran. Even take time, asalkan bila semangat tu dah pulih, Iza boleh proceed untuk sambung belajar lagi.

Bila Iza rasa nak berhenti belajar gitar ni, Iza cuba ingat balik, apa sebenarnya aim Iza nak pandai main gitar ni? Dah ada gitar sendiri kan? Dulu bukan main lagi nak beli gitar? Dah beli & ada depan mata, kenapa nak berhenti separuh jalan? Peluang dah ada depan mata, kita kena rebut peluang tu cuba sampai boleh. Dulu berhajat sangat nak beli gitar, bila dah ada, kenapa berhenti setakat tu je? And Iza memang nak sangat dapat main lagu-lagu kegemaran dalam versi gitar. Bila dibayangkan bestnya la kalau dapat jadi kenyataan. Jadi apa salahnya kita cuba sampai dapat kan?

Bila Iza tengok kanak-kanak yang masih bersekolah rendah tu boleh main gitar, Iza fikir, kenapa aku tak boleh sedangkan budak kecik pun hebat main gitar. Lepastu syaitan gemuk kat telinga kiri pun berbisik menghasut, Alah memang la diorang educated, mak bapak diorang afford nak hantar ke kelas muzik, mak bapak diorang memang pandai main alat muzik so boleh la turunkan bakat pada anak diorang. Eh itu rezeki dia. Iza, even you’re not be as them, but you can manage to do and achieve as well as them right? Bila tengok kat YouTube, orang lain boleh main gitar, kenapa Iza cakap Iza tak boleh? Come on la, Iza boleh la!

Lagi satu kan, masalah lain datang. Bila dah jari asyik tekan tali gitar je, jari Iza jadi rosak. Kadang sampai kuku pun hancur. Sakit tu memang sakit la. Tapi hasil dia memang ummph. Terbaik. Puas bila kita dapat genggam impian kita. Biarlah kita sendiri rasa puas hati dengan pencapaian sendiri.

Ni Iza nak kongsi antara tips berdasarkan apa yang Iza dapat pengalaman sepanjang Iza belajar gitar:

  • Keinginan yang mendalam
  • Sanggup berkorban
  • Jangan putus asa
  • Fokus
  • Sabar
  • Percaya pada kebolehan diri
  • Yakin pada keupayaan diri


Iza ni ada masalah tak yakin dengan diri sendiri. Lagi-lagi Iza ni suara macam kartun, nak menyanyi sambil main gitar depan orang memang malu & segan takut diketawakan. Jadi awalnya Iza cuma pertontonkan bakat (cehh bukan bakat pun) ataupun kebolehan Za cuma depan family je. Lepastu bila Iza masuk semester 5 kat UiTM, Iza bawa gitar tu & cuba main depan member. Yela Iza tak boleh berenggang dengan gitar ni. Tak kisah la walaupun dia besar bawa je bukannya berat pun. Kalau dah lama sangat tak main rindu kat "baby" sayang hihi. Jadi Iza nekad untuk bawa gitar tu ke mana-mana & asalkan dapat main. Bila cuba main depan orang lain, Iza akui memang sikit gentar. Tapi ada advantagenya. Sedikit sebanyak Iza dapat tingkatkan keyakinan diri & lebih berani untuk berhadapan dengan orang bila main gitar.

Alhamdulillah, sekarang Iza cukup berbangga dengan pencapaian Iza ni sekarang walaupun tak hebat lagi macam guitarist terkemuka tu. Daripada zero, kosong, langsung tak tau apa-apa pasal gitar ni, sekarang dah boleh main walaupun cuma asas gitar. Iza boleh main 7 basic chord, daripada minor ke major, daripada A B C D E F sampai G. Daripada Do Re Mi Fa Sol La Si Do, dan beberapa pattern strumming. Iza dah boleh main gitar lagu yang Iza minat. Banyak majoriti & sebahagian daripada senarai lagu-lagu yang Iza teringin nak nyanyi sambil main gitar Iza dah boleh penuhi. Contohnya (ini sebahagian je):

  • Cinta Muka Buku (struggle sangat nak fahamkan cara dia)
  • Kosong (sekarang dah hebat)
  • Breaking Free daripada High School Musical (lagu kegemaran)
  • This Is Me daripada Camp Rock
  • Lagu UiTM Di Hatiku (tak sengaja tercuba lagu UiTM & berjaya buat cover)


Percaya la, mulanya struggle, bila dah hafal kord, kita dah boleh main macam-macam lagu. Kadang-kadang, bila tengok orang main, kita dah boleh agak dah dia guna kord apa ataupun pattern strumming apa yang dia guna. Cuma Iza sekarang masih belum boleh buat fingerstyle tab yang selalunya orang yang dah pro laju gila nak mampus tu & pattern plucking. Iza masih lagi dalam fasa belajar. Lagipun Iza memang lebih fokus pada strumming. Kadang-kadang, lagu yang patut guna plucking pun Iza ubah jadi strumming hahahaha. Its okay, asalkan bunyi dia lebih kurang sama dengan yang original. Kalau kita tak boleh buat yang exactly, kita pun kena tahu hacks untuk kita dapat bunyi tu.

Bila dah tahu kord asas ni kan, kalau tengok orang buat cover untuk sesuatu lagu kat YouTube, Za selalunya jadi teringin juga nak cuba belajar lagu tu. Kalau rasa macam syok je, haa mula la terhegeh-hegeh cari kord lagu tu. Even tak hafal lagu tu terus sanggup hafalkan lagu tu sebab nak dapatkan nada dia. Dan dari situ jugalah, kadang-kadang kita dapat belajar pattern strumming baru mahupun belajar kord baru. Ataupun bila dah faham tengok cara orang main & kita pun yakin yang kita pun boleh buat, Za akan terus capai gitar & cuba. Banyak juga la lagu yang kita secara tak langsung pun cuba.

Sekarang hobi Iza absolutely bermain gitar pada masa lapang. Bila stress, Iza akan capai gitar dan main la sepuas-puasnya. Bila sunyi, mulalah kedengaran suara bising yang dihasilkan daripada sound hole gitar tu, belum cerita kadang-kadang terkeluar bunyi sumbang hehehe. Tak kira la lagu tu ulang banyak kali tak pernah pun rasa jemu. Dia jadi peneman dan menceriakan Iza. Seronok bila dapat buat apa yang kita minat.

Iza ada impian nak memiliki sebuah gitar yang lebih bernilai harga dia. Mungkin Yamaha atau Epiphone yang selalunya harga dia around RM 1 000 hingga RM 2 000  atau lagi mahal lebih bergantung juga pada kualiti strings & kayu pada body dia. Hmm tak apa Iza kena kumpul duit perlahan-lahan sampai la boleh beli. Doakan impian Iza jadi kenyataan ye.

Iza nak ucap terima kasih pada semua pemilik akaun YouTube yang mana Iza ada tertengok video-video korang semata-mata nak belajar gitar. Tak lupa juga pada website yang menyediakan info serta kord lagu untuk Iza selalu sangat search. Iza juga bersyukur sebab ramai yang sokong Iza untuk belajar gitar ni even ramai yang melemahkan semangat juga. Kalau nak senaraikan kredit tu memang panjang berjela la. Anyway, thanks atas segala tunjuk ajar! Doakan Za berjaya jadi pemain gitar yang baik.

Alamak ! Panjangnya membebel tadi kata nak kongsi sikit je. Okeylah time to stop. Itu la serba serbi sedikit sebanyak kisah Iza belajar gitar. Harap dapat beri korang sedikit pengajaran. Pada yang baru nak berjinak-jinak dalam gitar ni, Iza doakan korang berjaya ye. Pada yang dah memang pro, Iza ucap tahniah sebab Iza tahu macam mana susah payah dia nak sampai ke tahap itu. Bye & Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment