Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum! Dah lama rasanya tak update blog Iza yang
serba pink & comel ni (perasan !). Tentunya setiap kali ada entri baru,
mesti la ada cerita baru nak beritahu. Iya. Iza nak cerita pasal Iza kena serangan mengejut (seizure) atau senang cakap, sawan
lagi kelmarin.
25 FEBRUARI 2016, KHAMIS
Lebih kurang jam 4.30
@ 5.00 a.m.
Seizure attack ! (tapi Iza langsung tak ingat apa-apa). Ini
menurut penceritaan roommate, berdasarkan apa yang dia nampak & dengar, dia
cakap Iza macam menangis, disusuli katil macam bergegar tapi dia tak nampak
dengan jelas sebab gelap. Rasanya mulut Iza mesti berbuih kadamg sampai berdarah. Itu namanya Epilepsi
jenis Tonic Clonic (kaki dan tangan kejang, seluruh badan, mulut berbuih). Tapi dia tak dapat
nak buat apa-apa. Panik, seram, takut,
semua perasaan ada. Kalau Iza nampak orang kena sawan pun Iza takut. Sorry kalau
menakutkan awak ! Malu pun ada. Triggers : Yang Iza dapat beri kesimpulan, tak makan ubat, asyik lewat tidur & tak cukup tidur, stresss, & penat yang overload.
Jam 6.00 a.m.
Tersedar dari tidur. Eh ! Kenapa gigit lidah ni ? Bapak
pedih giler ! Eh, kejap, kena sawan lagi ke ? Tengok jam, dah masuk waktu Subuh.
Cuba bangkit dari katil. badan rasa berat sangat. Iza menonong ke
tandas untuk berwudhu. Ya Allah, kenapa dengan badan Iza ni ? Rasa macam tak
kuat ! Sakit sangat ! Satu badan pulak tu. Tengok lidah depan cermin, pehh,
kesan tergigit ni nampak dalam sangat. Pedihnya ! Ini sudah terlebih sakit dari
yang dulu Za pernah kena.
“Allahuakhbar”. Takbiratullihram bersama niat menunaikan
solat Subuh di hening pagi. Rasa macam nak pitam ! Sudah-sudahnya, solat hanya
ala kadar & cepat-cepat rebahkan diri ke katil. Za tahu perasaan ni. Confirm
fitting with seizure !
Alamak hari ini ada kuiz pulak. Za memang tak larat nak menghadapi kuiz hari ni. Terpaksa beritahu lecturer.
Dah la lecturer tu tak tahu Iza ada sawan. Terpaksa la mengaku jugak. Ada juga lecturer yang memang dah tau Iza ada masalah sakit macam ni, tapi bila yang tak tahu tu, kena buang rasa segan tu jauh-jauh.
Jam 10.00 a.m.
Perjalanan ke Unit Kesihatan dirasakan terlalu lama. Sealunya kalau nak diikutkan kalau jalan kaki 10 minit la kot. Tapi ni rasanya lama
sangat. Jauhnya. Bila nak sampai ni ? Selalunya pergi kelas tak ada la lama macam ni.
Sampai je di Unit Kesihatan, bila Iza beritahu kena sawan
tadi pagi, semua staff kat situ terkejut. “Hah ? Memang pernah kena ke ?” “Iya.
(Banyak kali dah)” Iza cepat-cepat disuruh duduk. Di kaunter saringan, bacaan blood
pressure yang Iza jeling, 122 per berapa tak nampak. Okey je. Pulse pun rasa
normal. Siap pasang penyepit macam ketam tu hahaha tak habis-habis dengan penyepit ketam dia.
Di bilik pembantu pegawai perubatan (PPP), macam-macam
soalan ditanya. First, dia tengok respons Iza terhadap pertanyaan dia. Nama
siapa ? Sekarang pukul berapa ? Sekarang ni waktu siang ke waktu malam ? Soalan
typical seorang pegawai perubatan kepada pesakitnya yang baru je sedar daripada
sawan. Perkara ni biasa demi untuk memastikan ingatan patient tu dah pulih sepenuhnya. Maksudnya, patient tu alert dan beri respons terhadap pertanyaan doktor. Dulu kat hospital, doktor tu siap tunjuk kat kakak Iza lagi, kenal tak
itu siapa ? Iza kenal. Sedangkan pagi tadi jam 6 a.m. pun Iza boleh lagi teringat nak bangun solat Subuh, ada kuiz yang perlu Iza hadapi. Yang tak
ingat apa-apa tu waktu seizure attack je.
Lepastu dia suruh cerita balik apa yang dah terjadi. Iza
cerita yang Za ingat, bangun tidur je dah rasa lidah tergigit & pedih. Dan
Iza mengaku Iza asyik tertinggal ubat je. 3 minggu kot Iza asyik tak makan ubat je. Rutin harian yang semakin sibuk, terlupa nak makan ubat on the time, memo dah buat pun asyik lupa jugak. Sebab, memo & alarm untuk ambil ubat anti-epileptic drug tu seolah-olah macam dah biasa kita tengok pada skrin phone ataupun pada tulisan kat whiteboard tu. Jadi, bila dibaca, Iza macam dah tak ada nak beri tindak balas sebab perkara tu dah jadi rutin kebiasaan.
Dia tanya apa Iza rasa sekarang ? Pening. Kepala rasa berat.
Lepastu dia suruh masuk dalam sickbay (wad sementara). Baring je kat mana-mana
katil. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, peribahasa ni Iza tukar
jadi, bagaikan orang pening kepala baru lepas sawan disorongkan bantal. Memang,
kalau baru lepas kena sawan, kita akan rasa nak baring & nak tidur sebab
badan rasa lemah sangat, pening kepala, otak rasa macam berat.
Datang seorang akak nurse tu, tanya Iza dah sarapan belum ?
Iza tak sarapan pun (cuma makan gula-gula je sebiji) sebab sakit lidah nak mengunyah. Lepastu
dia buatkan air Milo panas & beri 2
keping biskut dalam pinggan, diletakkan kat cardiac table tu. Iza cuba jamah, pehh
sakitnya lidah ni dibuat mengunyah. Sedangkan minum air pun dah pedih, nak
bercakap pun pelat, nak telan saliva pun sakit inikan lagi mengunyah benda
keras. Sudahlah beberapa hari ni Iza tak berselera nak makan, ditambah lagi
lidah sakit luka kesan tergigit, memang tak sedap nak makan ar cerita dia…. Iza
cuma makan sekeping biskut (nasib baik biskut Marie, tapi lagi satu bentuk petak
macam biskut Jacobs Iza tak sanggup nak mengunyah lagi) & minum air Milo
panas tu setengah gelas je.
Datang pulak seorang pegawai perubatan (doktor). Macam-macam
soal siasat dia. Iza cakap je la yang jujur. Sebenarnya dah seminggu lewat
ambil ubat kat farmasi Klinik Kesihatan Kuala Pilah. Tak sempat, busy, banyak
kelas, test & kuiz berderet tiap hari, mini project lagi. Tambahan pulak
Iza rasa sihat je kalau tak makan ubat, memang tak makan ubat terus la cerita
dia….. 30 minit kat sickbay, Iza pun dengar la leteran & bebelan doktor tu.
Nak buat macam mana, benda dah jadi. So, doktor beri mc/sijil cuti sakit untuk satu hari ni.
Doktor nasihat, walau sibuk macam mana sekalipun jangan
sampai lupa nak makan ubat. Kalau kelas pack sangat pun, tak apa tak payah
datang kelas. Kalau lecturer straight sangat pun, Iza boleh mintak mc (medical certificate) dari
doktor, doktor boleh beri cuti untuk Iza ambil ubat. Yelah-yelah okey fine.
Lepastu doktor tanya bila Iza nak ambil ubat ? Hmm Isnin minggu depan la. Lepastu
dia risau pulak, untuk tempoh 3 hari ni Iza boleh ke bertahan tak makan ubat
nak menunggu Isnin minggu depan ? Kalau apa-apa jadi macam mana ? Yelah, Iza
ambil keputusan petang tu jugak pergi ke klinik. Padahal stok ubat ada je lagi,
tapi Iza malas nak cakap sebab kalau ikut tarikh memang patutnya dah habis.
Jam 2.00 p.m.
Iza bertolak ke Klinik Kesihatan Kuala Pilah untuk pergi
ambil ubat di kaunter farmasi. Kebetulan ada seorang pelajar tu pun nak pergi
ke klinik untuk ambil darah, ada la jugak temannya. Walaupun lewat seminggu,
pegawai farmasi tu tak ada kecoh-kecoh pulak tanya kenapa lewat ke, stok ubat
ada lagi ke tak…. Tak ada, dan nasib baik slip ubat tu boleh guna lagi, kira
belum expired la. Tapi kalau slip ubat tu misalnya dari KK Kuala Pilah, dan Iza
nak ambil di KK Batu Pahat, slip tu tak boleh guna lagi tau. Kena jumpa doktor
dulu. Iza dah banyak kali kena huhuhu. Bila Iza cerita kat doktor Unit
Kesihatan tu, dia pun pelik, menyusahkan orang dia cakap. Tahu pun !
Balik dari Unit Kesihatan, Za mintak pak cik driver ambulans tu hantar sampai blok. Sebab Iza dah tak tahan lagi. Dah la setiap kali naik ambulans mesti pening, lagi la baru lepas kena sawan. Tuhan je la yang tahu macam mana rasanya. Kat klinik masa tunggu member siap ambil darah pun Iza sempat lagi tidur kat bangku luar klinik tu.
[Suasana dalam ambulans tergolek-golek]
[Kucing Iza jumpa kat bangku luar klinik]
Hari ini hari ketiga, Iza tak berani nak makan nasi. Hari pertama lepas diserang sawan tu Iza ada beli nasi tapi tak boleh nak habiskan langsung. Makan lauk je. 2 hari ni Iza makan oat & roti je. Minum air pun sakit. Makan makanan yang lembut-lembut, itu pun sakitnya Ya Allah ! Bayangkan la air
panas menggelegak tu korang curahkan kat lidah, mesti tinggalkan kesan kan kat
lidah ? Macam tu la rasanya sakitnya. Tak tahu la sampai bila tak dapat mengunyah. Seminggu la kot huhuhu. Rasa macam nak putus lidah rasanya. Bila dibelek-belek, ada 3 area kat lidah nampak bekas tergigit, jadi warna putih-putih. Paling nampak sekali kesan dia kat bahagian belakang. Rasanya dalam banyak-banyak Iza kena sawan, kali ni kesan gigitan kat lidah tu yang paling teruk. Seriously, kalau Iza ada duit banyak, nak pasang cctv je, nak jugak tengok diri sendiri kena sawan tu macam mana :P
Okey la. Nanti Iza update lagi. Tunggu je la sakit kat lidah
Iza hilang sikit. Ni badan sakit-sakit rasa nak berurut je tapi nak berurut kat
sini malu. Lain kalau dah kenal orang satu kampung tak apa. Okey la, Iza janji takkan
lupa makan ubat lagi. Kalau ada appointment kat klinik atau kena ambil ubat, Iza kan pergi juga walaupun korbankan
masa kelas. Dengar cakap doktor. Orang-orang sekeliling Iza banyak beri nasihat
cuma Iza je tak nak dengar. Sebab kadang fed up nak makan ubat. Tapi nak buat
macam mana, kadang-kadang tak dapat nak paksa diri. Ingat senang ke nak paksa diri telan berbiji-biji ubat ? Orang yang tak kena makan ubat tiap hari memang tak akan tahu la peritnya nak telan ubat. Macam ni lah, kadang-kadang rasa bersemangat,
konon nak sihat, kadang-kadang lantaklah. Emosi asyik berubah-ubah je.
2 minggu lepas, Iza baru beli buku online dari facebook, tajuknya Diagnosis 3 : Mortuari. Buku tentang himpunan kisah-kisah kematian dalam dunia perubatan. Satu hari je dah khatam satu buku tu. Siap dapat autograf dari penulisnya yeay siapa tak melompat-lompat kan ?
Okey lah. Bertabahlah wahai diri. Kuatkan semangat. Doakan Iza kuat ye. Bye, Assalamualaikum !