17 July, 2015

Catatan 1 Syawal 1436H

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ! Haha lama dah tak menulis ni. Dah masuk semester baru memang busy, assignment la, lab report la, quiz, test, presentation, macam-macam la. Hari nie sempat menulis sebab Za tengah cuti sempena menyambut Aidilfitri. Cuti puasa seminggu & cuti raya seminggu. Hooray ! Saat Za sedang menaip entri nie kat phone, bergemanya takbir raya.... Syahdunya rasa. Masa dengar takbir Za menangis. Kenapa ? Sebab masa tu tengah potong bawang, menangis la haha. Sedih jugak la, Ramadhan yang mulia dah meninggalkan kita. Macam mana dengan puasa korang ? Okey tak ? Puasa kali nie lebih baik ke berbanding puasa tahun lepas ? Hmm kalau Za rasa, Za puasa kali ni lebih baik la berbanding tahun lepas walaupun tak sempurna. Terawih tak cukup pun. Biasalah, macam masjid & surau, awal-awal sampai tak muat pun jemaah dia, tapi bila pertengahan & hujung, takde orang dah ! Za pun sama, dah pertengahan puasa, tak buat dah terawih... Sama jugak dengan mengaji Al-Quran. Seminggu puasa tu setiap hari Za akan khatam satu juzuk, tapi masuk pertengahan, bacaan makin kurang, satu hari adalah 4 hingga 10 muka surat jer mengaji. Mula-mula target nak khatam 1 kali dalam sebulan, lastly tak sampai 20 juzuk pun. Minggu ke 2 puasa tu, kitorang dah mula sibuk dengan macam-macam kerja. Sebab tu ibadat pun kurang. Tapi okeylah rasa amal tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Haha perasan !

Puasa cukup tak ? Perempuan memang tak cukup la jawabnya... Mama pulak cukup sebab dia dah pun menopous... Kucing Za, Marie memang tak cukup puasa. Heh puasa pun tidak.. Lagi-lagi dia menyusukan anak tak wajib puasa, ehh apalah, kucing memang tak wajib puasa kan, sebab dia tak berakal. Hmm, tapi kalau masa berbuka & sahur tu, dialah makhluk yang paling sibuk sekali kacau kitorang. Walaupun sahur, pukul 7 pagi nanti dia dah sibuk nak makan lagi. Kalau dia puasa pun setengah hari jer. Petang tu dia dah tergedik-gedik nak minta buka.

Berapa pasang baju raya korang ? Zaa 2 pasang. Satu dah siap awal sebab tempah, sama warna dengan Mama, satu lagi baru beli semalam yang dah siap. Itu pun kakak yang belikan. Oh ye bercakap fasal kakak, selalu dia akan berniaga perfume, handbag & purse kat tapak ekspo dari awal Ramadhan sampai ke malam raya hingga ke jam 4 pagi. Selalu dia akan buka tapak kat pekan Parit Sulong tu, tapi tahun nie, dia cuma dapat buka kat ekspo Parit Raja, Batu Pahat. Jauh juga la dari rumah Za, satu jam. Kalau buka kat pekan, Za selalu tolong-tolong jugak, jadi kuli. Tapi tak ada rezeki pulak tahun nie. Tak ape la. Harap murah rezeki kakak dengan Abam Beso (abang ipar).

Apa juadah family korang masa pagi Syawal ? Za wajib ada ketupat, rendang & lodeh. Ketupat anyam semalam, malam nie masak, dah siap dah. Lauk je belum. Selalu Mama masak waktu awal pagi biar lebih tahan, tak cepat basi. Lepastu siang nanti kitorang akan sedekahkan sikit kat jiran. Amalan sedekah nie selalu dibuat waktu bulan puasa atau pagi raya & terkenal dalam masyarakat Jawa yang disebut 'munjung'. Tak kisah makanan apa-apa pun. Lepastu kalau famiy Za akan bawa pegi rumah nenek jugak untuk makan sama-sama dengan sanak saudara. Tapi esok nampaknya berkumpul kat rumah Mak Long kot, sebab nenek tak ade kat rumah sebab dia pergi berjimba. Nak tahu pergi mana ? Nenek pergi melancong dengan anak & cucu dia kat Australia haha kau hade ?

Kuih raya banyak ? Za sikit jer. Itu pun banyak jajan je. Malas nak beli banyak-banyak, nanti tak termakan membazir. Raya tahun nie krik krik sikit, hambar je sebab sepupu pun ramai balik lewat. Babang (abang) Za pun tak raya kat kampung demi tuntutan kerja dia sebagai pegawai bomba kat Banting. Dia baru balik lagi ke sana tadi. Dia dapat cuti 2 hari puasa tapi esok 1 Syawal kerja macam biasa. Kan berita kat tv pun dah buat pengumuman kan, cuma 30% pegawai bomba diberi cuti, 70% bekerja macam biasa. Dia dapat cuti panjang pun minggu depan untuk cuti raya, sempat lagi raya sama-sama, Za belum balik kolej lagi. Tak ape la, Za bangga ade abang yang dianggap hero dalam masyarakat. Selamatkan nyawa tak kira manusia atau haiwan, semua penting. Lagi-lagi kalau dia selamatkan kucing, aaa so sweet :)

Puasa nie, Za tak rasa berat badan Za berkurang. Nak nak lagi raya nanti hmmm mesti naik lagi. Hello ape dah jadi dengan projek diet Za nie ? Opps belum tamat lagi. Perlahan-lahan Za. Bukan senang nak kawal pemakanan, nak jaga kesihatan. Bercakap mengenai kesihatan, Za okey lagi setakat ni walaupun tengah dalam percubaan kurangkan dos ubat. Cuma ada satu hari tu masa tidur kat kolej tu, Za ada tergigit lidah. Tapi tak tahu kalau kena sawan atau kancing gigi. Sebab masalah orang sawan ni, bila penyakit datang menyerang, dia tak ingat yang dia tu diserang sawan. Semalam pulak, masa tengah tidur, Za mimpi macam ada aura (sign yang menandakan nak kena seizure). Hmm tak tahu la. Harap okey. Masa puasa haritu Za pergi cuci gigi, kat Klinik Pergigian Kuala Pilah, itu pun macam-macam soalan doktor tanya nak memastikan Za boleh dapatkan rawatan. Perkhidmatan dia pun okey.

Naik cuti nanti bulan 8 Za ada next follow up. Doktor nak pantau macam mana dengan pengurangan dos ubat tu. Naik cuti ni pun banyak kerja mendatang. Biasalah, rutin kehidupan student macam ni lah kan. Kata nak berjaya ? Kena la harungi. Naik cuti dah kena buang semangat raya ni. Tak boleh relax, tak boleh enjoy lagi. Okey lah, penat dah menulis. Di kesempatan nie, Za nak ucap selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, kepada semua yang mengenali diri Za, mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, maklum la kita ni manusia biasa tak lari dari kesilapan. Raya nie jangan main mercun tau. Bakar duit je membazir. Baik bagi kat Iza buat duit raya. Semoga dapat kumpul duit raya banyak-banyak ye. Semoga jumpa lagi Ramadhan & Syawal yang akan datang ye. Okey la, bye-bye, Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment