11 June, 2015

Pengumuman ! Dos ubat cuba dikurangkan.....

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum ! Entri kali ni Za tak cerita pasal projek diet tu. Masih lagi dalam usaha. Minggu lepas Za ada menonton drama kat TV3. Tajuknya, 'Sawan'. Tapi cerita ni sebenarnya berkenaan ketagihan penggunaan smartphone. Mulanya watak utama dalam rancangan ni tak tahu langsung nak guna telefon pintar, tapi bila isterinya belikan dia telefon pintar, dia sudah mahir menggunakan smartphone, sampai terlalu obses sampaikan keluarga sendiri terabai. Asyik dengan smartphone je. Tapi tajuk rancangan tu macam tak kena langsung dengan jalan ceritanya. Apa maksud dia bubuh tajuk tu dengan sawan ? Apa natijahnya ? Nak cakap sawan ni sama dengan gila ke ? Kan ? Kan ?

Za tak adalah marah. Tapi kami penghidap Epilepsi ni sensitif sikit. Ini Za nak terangkan sikit, sawan tak sama dengan gila. Gila dalam istilah lain ialah hilang kewarasan akal. Orang gila tak dapat bezakan baik & buruk. Tapi Epilepsi atau sawan ialah kitar elektrokimia pada otak yang terganggu atau tak normal. Ya, pesakit sawan selalunya tak sedar yang mereka diserang sawan, pendek kata, tak ingat apa-apa. Tapi istilah ni memang berbeza dengan maksud gila.

Awal-awal dulu, Za ingat, Za seorang je kat dalam dunia ni yang ada masalah macam ni. Tahu, ada jugak orang yang memang ada sakit macam ni tapi Za tak pernah ambil tahu. Selalu jugak baca kat akhbar, orang meninggal akibat diserang sawan, lepas tu terjatuh dari bangunan tinggi, atau lemas, atau memang diserang sawan & terus meninggal dunia. Tapi bila Za selalu ke hospital & klinik, rupanya ramai juga senasib dengan Za. Risiko kematian atau mati mengejut, SUDEP (sudden unexpected death in epilepsy) memang ada.

Epilepsi ni banyak kategori & jenis. Tapi, kesan pada penghidapnya sama jer. Apa yang kami rasa semua sama. Cabaran hidup kami sama. Cuma Allah datangkan dalam pelbagai bentuk untuk uji hambaNya. Mujurlah ramai yang senasib dengan Za. Persatuan Epilepsi Malaysia contohnya, banyak mengumpulkan penghidap Epilepsi. Kat situlah kami dapat berkongsi masalah, meluahkan perasaan, bertanyakan pendapat, & berkongsi rasa antara satu sama lain.

Macam Za ni, Epilepsi memang merubah kehidupan Za. Banyak kesan positif & negatif yang Za dapat.

Okey, banyak cabaran hidup yang terpaksa kami tempuhi. Peluang pekerjaan agak terhad. Bukan tak boleh kerja dalam pelbagai bidang, tapi perlu dengan kesesuaian keadaan & persekitaran. Dikira 'haram' untuk bekerja yang melibatkan penggunaan mesin. Bahaya kan ? Dalam bidang kesihatan contohnya macam yang Za alami, tak boleh belajar dalam kejururawatan atau nursing. Dah la diri sendiri sakit tak terjaga, nak jaga orang pulak ?

Pesakit Epilepsi juga tak digalakkan untuk memandu sendirian. Dah banyak kes kematian disebabkan sedang memandu & diserang sawan. Sebaiknya berteman. Za masih ingat lagi waktu doktor pesan macam tu, masa tu rasa hati yang retak bagaikan kaca dihempas ke lantai. Rasa sedih sangat.

Dalam bab berdikari, kami memang agak rumit. Buat apa-apa kerja macam memasak contohnya, sepatutnya berteman. Iyalah, bahaya jugak kalau tengah leka memasak tiba-tiba diserang sawan. Kan dah ada kes remaja lelaki tengah memasak, dan dia diserang sawan, terjatuh & melecur. Nasib baik la ada emaknya yang teman dia waktu kejadian, kalau tak mesti lebih buruk terjadi. Za ni kadang Mama teman jugak waktu memasak, kadang tak teman pun. Pernah satu ketika, tengah memasak lauk kegemaran Za, sambal goreng (makanan orang Johor, selalu ada waktu kenduri makan Nasi Ambeng), Za dapat rasa aura. Rasa takut & sekeliling lain. Tu simptom biasa Za alami waktu awal-awal dulu. Nasib baik Mama ada. Dialah penyelamat Za daripada berlaku perkara yang tak diingini.

Jalan berseorangan pun tak digalakkan. Sepatutnya berteman. Tapi kalau macam sekarang ni, dah terpaksa. Lepas bergelar siswi ni, duduk kat kolej, berjauhan dari family, ulang-alik balik kampung mestilah naik bas. Cuma sekali-sekala abang atau kakak hantar. Takkanlah nak naik bas pun nak Mama teman ? Lagipun Za bukannya ada kawan yang sama destinasi balik kampung. Eh ada, tapi classmate tu selalu balik naik kereta. Za ni kereta pun tak ada. Bas jelah nadi pengangkutan utama.

Dalam pembelajaran pula, Za memang berhadapan dengan macam-macam kesukaran. Bila lecturer ajar, Za lambat sikit nak faham. Bila disoal balik, memang susah nak review balik apa yang baru belajar. Selalu sangat, dah study, banyak buat tutorial, bila jawab quiz atau test atau exam, otak blank sangat-sangat. Lagi-lagi subjek yang melibatkan penyelasaian masalah macam kira-kira, lagilah Za lemah. Waktu tengah belajar selalu terganggu. Kadang-kadang kepala rasa berat, kadang-kadang rasa pening, kadang-kadang berdenyut-denyut.

Selalu sangat rasa perit. Susah payah usaha belajar tapi tak dapat score yang cemerlang. Tapi kita kena positif. Jangan cepat mengalah. Allah tak tengok pandai mana kita, tapi Dia tengok usaha yang kita buat. Za selalu pujuk hati. Tak apa, tak cemerlang asalkan kita dah buat yang terbaik.

Emosi penghidap Epilepsi pun sering terganggu. Emosi senang berubah-ubah. Kemurungan, stress, & segala macam tekanan memang mempengaruhi kehidupan kami. Apatah lagi bila kami dicemuh masyarakat, dihina, diskriminasi, dipandang rendah & kurang sokongan dari orang sekeliling.

Kesan positif yang diambil kira semenjak Za menghidap Epilepsi ni, membuatkan Za mengenal erti perit kehidupan. Za banyak belajar erti pengorbanan. Za belajar berdikari tanpa bantuan orang walaupun dalam keadaan macam ni. Ada je yang sihat tapi tak tahu berdikari. Za selalu cuba terapkan fikiran yang positif dalam diri walaupun selalu sangat lemah semangat. Walau apa pun yang mendatang, kita kena positifkan diri.

Sebenarnya entri ni ditulis minggu lepas. Tapi hari ini update sikit. 11 Jun 2015, tarikh hari ni, Za baru balik dari temujanji dengan doktor kat Klinik Kesihatan Kuala Pilah. Kali ni tak naik van unit kesihatan sebab pak cik driver tu tak ada. Staf kat Unit Kesihatan yang hantar naik kereta dia. Huhu malu segan bila dia hantar. Sepanjang perjalanan Za kaku. Lelaki kan. Dah la Za ni pemalu. Berbual tu ada la sikit, sepatah dia tanya, sepatah la Za jawab. Sudahlah dia suruh duduk kat seat depan, segan sangat.

Masa nak pergi singgah kat stesyen minyak sebab nak isi minyak. Za terfikir, duit siapa yang diguna untuk duit minyak kereta dia. Kalau in case emergency, van unit kesihatan tak ada mestilah kenderaan staf yang dikorbankan. Mungkin nanti dia claim dengan UiTM kot. Kot la haha. But the way, terima kasih banyak-banyak sebab hantar & ambil Za. Kebajikan & kesihatan pelajar kat sini memang dijaga.

Kat klinik, Za cuba pujuk doktor nak kurangkan dos ubat sebab dah lebih 2 tahun tak kena lagi. Za cakap Za makan ubat ni dia macam beri kesan pada Za. Makin pelupa tapi doktor cakap tak la. Hmm biasalah doktor ni ada yang tahu ada yang tak tahu. Pesakit je yang lebih tahu keadaan diri dia sebab dia je yang rasa. Itu belum cakap ubat tu meningkatkan berat badan. Tapi Za tak cakap pasal tu. Tapi dia tanya jugak berat Za sekarang berapa sebelum dia manage & decide nak kurangkan dos.

Mula-mula dia nak suruh makan separuh biji 2x sehari. Tapi Za cakap susah la, sebab ubat tu keras. Za pernah gigit dan dia memang sangat keras dan tak terbelah langsung. Lagipun dia tak rasa apa-apa, langsung tak pahit, jadi berani la cuba gigit. Lastly doktor sarankan untuk makan satu biji satu hari & dia nak pantau lagi 2 bulan Za okey tak. So, lagi 2 bulan ada follow up. Selalunya 3 bulan. Hmm takutnya sepanjang 2 bulan ni kalau kena lagi sebab kurangkan dos.

Kuliah dah start pukul 8 sekarang. Patut ada lab tapi lab selalunya minggu ke 3 baru start. Boleh la dengan senang hati pegi klinik. Tapi slip time line Za mintak jugak dengan doktor manalah tahu kalau guna. Kejap je kat klinik tak ramai orang pun. Pegi jam 8.30 balik sampai kampus sebelum pukul 10. Sempat lagi masuk kelas English. Kalau lambat tak pasal-pasal disoal kena jawab dalam English habis la. Kang sorang-sorang lecturer tahu Za ada penyakit macam tu. Staf tadi tu pun tanya jugak. Terpaksalah juga mengaku. Tapi dalam mengaku tu terselit bangga sebab kita dapat adapt kehidupan kita walaupun ada kekurangan.

Dua hari lepas Za ada jumpa Penasihat Akademik (PA) untuk selesaikan masalah kod. Biasalah masalah yang tak ada kesudahan. PA tu baik sangat. Macam-macam nasihat dia beri. Dia tanya belajar okey tak, pointer okey tak. Dia pesan belajar elok-elok, cari kawan yang baik, kawan elok-elok. Belajar betul-betul. Sebenarnya Za ni boleh je. Cuma tak tahu la dia ingat ke tak Za ada masalah Epilepsi ni. Dia cakap Za boleh. Caring sangat tau. Macam kakak dengan adik dia nasihatkan. Bertuahnya Za rasa. Walaupun orang cakap muka dia nampak garang tapi dia okey je.

Okey lah. Za harap baik-baik je. Kena bersedia dengan segala kemungkinan kalau Za kena attack lagi. Kalau kena lagi memang tak boleh kurangkan dos la jawabnya. Okey lah. Tunggu apa jadi kat Za. Tunggu projek diet tu berkesan ke tidak. Nanti Za update lagi. Okey bye Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment