02 June, 2015

Fakta Tentang Diri Iza :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum !

53 FAKTA TENTANG DIRI ZA :

1.  Dilahirkan tanggal 13 November 1995, hari Isnin, jam 5.04 pagi, Hospital Batu Pahat, Johor. Anak jati negeri Johor.
2.  Lahir secara songsang, yang keluar kaki dahulu.
3.  Anak bongsu dari 3 adik beradik.
4.  Kalau baru kenal orang, susah nak ingat muka & nama. Kena berpuluh kali jumpa baru kenal.
5.  Penghidap Epilepsi - Tonic Clonic, Secondary Generalised Seizure.
6.  Senang mabuk kenderaan, pening, muntah-muntah.
7.  Warna kegemaran : merah jambu/pink, pink rose, magenta, purple.
8.  Suka benda-benda comel : kucing, teddy bear, barang warna pink, selimut/teddy bear/barang yang berbulu, kartun macam Doraemon, Hello Kitty
9.  Hobi asyik berangan. Banyak angan-angan diimpikan, tapi tak semua orang tahu, sebab certain orang yang rapat je tahu.
10.  Kalau tidur mesti nak peluk teddy bear. Setakat baring, lepak tonton tv pun teddy bear mesti peluk. Pegi jauh pun still bawa. Lagi la duduk kolej tak tinggal. Masih lekat lagi macam budak-budak.
11.  Kadang gedik jugak, mengada-ngada. Pembetulan, selalu sangat. Orang yang rapat tahu la.
12.  Manja dengan keluarga sebab diorang pun layankan je. Rapat dengan adik beradik.
13.  Baru kenal memang pemalu & pendiam tapi mudah mesra. Dah rapat becok mulut. Kadang-kadang je peramah.
14.  Penyayang, sometimes sweet jugak.
15.  Suka kucing. Mungkin sebab sifat kami sama manja.
16.  Lebih suka layan kucing daripada layan budak-budak. Layan kucing macam layan adik.
17.  Kucing pun boleh jadi teman berbual. Kitorang boleh jadi kawan baik.
18.  Suka puji diri sendiri, siapa lagi nak puji kalau bukan kita sendiri.
19.  Boleh dikatakan, suara agak comel ^____^
20.  Kalau dah sayang seseorang, sayang sangat, kalau dah benci, mungkin seumur hidup menyampah.
21.  Prinsip, orang nak kawan, kawan, tak nak kawan sudah. Orang tegur kita tegur, orang tak tegur kita buat bodoh je.
22.  Pentingkan keluarga dalam hidup terutama Mama.
23.  Kalau nak apa-apa, sanggup buat apa saja janji dapat.
24.  Hati mudah tersentuh terutama bab ibu bapa & kucing.
25.  Tengok macam kental, tapi hati sebenarnya rapuh.
26.  Mudah menangis lagi-lagi pasal pengorbanan, ibu bapa, kucing. Orang jawa cakap gembeng, menjeng.
27.  Suka memasak sebab suka makan. Hobi makan.
28.  Makanan kegemaran : telur ayam.
29.  Kuat tidur sebab tidur memang satu nikmat yang berharga. Jenis manusia tidur mati dan susah dikejut. Phone bunyi kadang tak dengar. Mama kejut 7 kali tak dengar, lepastu Mama cakap kalau dibawa malaikat pun tak sedar, rumah dimasuki pencuri pun tak tahu.
30.  Julung-julung kali je rajin, kalau dah malas memang pemalas tahap gaban.
31.  Tak suka tengok banyak baju sendiri yang belum basuh. Bila basuh baju, rasa happy sangat.
32.  Tak takut gelap. Kalau takut pun beranikan diri je. Kat kubur nanti lagi gelap kan.
33.  Tak suka budak-budak sebab tak pandai layan. Tapi anak buah sayang sangat ketat-ketat sebab darah daging kita sendiri kan.
34.  Minat belajar gitar. Kalau ada peluang nak belajar piano juga.
35.  Minat nak menceburi bidang dubbing/alih suara.
36.  Suka tengok orang main gitar macam Najwa Latif, Rody Kristal.
37.  Berangan nak jadi popular macam Hannah Montana. Pengaruh televisyen kan.
38.  Suka menulis ayat panjang berjela sebab itu salah satu cara nak luahkan perasaan.
39.  Suka baca novel tapi novel cinta tak minat sangat.
40.  Kartun kegemaran Doraemon dari kecik sampai sekarang melekat lagi.
41.  Cerewet kalau nak beli pakaian.
42.  Suka ais-krim perisa Vanilla. Yang lain tak pandang. Tapi kalau orang belanja perisa lain suka je. :P
43.  Boleh buat suara kartun. Dah Tuhan beri suara macam tu, memang bersyukur sangat.
44.  Suka benda free lagi-lagi orang belanja.
45.  Nampak polis & JPJ mesti takut walaupun tak buat salah.
46.  Rajin & suka keluar jalan-jalan dengan Mama berbanding Abah.
47.  Boleh berkomunikasi dalam bahasa Jawa dengan baik.
48.  Suka lukis benda cute & mewarna.
49.  Kalau menulis tangan, pentingkan keselesaan & kekemasan. Kertas yang ditulis pun perlu sempurna.
50.  Rapat sangat dengan Mama. Suka kacau Mama tidur, suka lepak dengan Mama. Buat apa-apa semua nak dengan Mama.
51.  Kalau sangkut baju pada penyangkut baju, kalau boleh semua nak kena warna baju sama dengan warna penyangkut baju. Lepastu gantung dalam almari susun ikut warna pelangi. Tudung lipat & susun ikut warna pelangi jugak. Kalau tak susun rasa tak puas hati. Suka tengok benda yang ceria & warna warni.
52.  Tak suka makan asam dan segala benda masam. Air teh lemon contohnya. Tapi kalau masam tomato tu suka.
53.  Tengok orang pakai inai rasa tak selesa sebab dari kecik fikir orang berinai ni mesti sakit kan ? Sampai dewasa terbawa-bawa fikiran tu. Hehe pelik.

Nota : Dah baca 53 senarai fakta tentang diri Za ? Saja masukkan entri ni untuk korang dapat kenal lebih dekat tentang diri ini, di samping dapat tahu apa perangai sebenar penulis blog ni. Sebenarnya banyak lagi bla bla bla bla bla bla tapi tak tertahan nak tulis. Nanti kalau ada kesempatan Za tambah lagi okey ? Bye bye Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment