02 June, 2015

Budak Bambam Nak Kurus !

Projek nak kurus, budak bambam nak kurus :)


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum ! Cuti panjang semester 2 hampir melabuhkan tirainya, new semester just around the corner. Selamat tinggal bermalas-malasan, selamat tinggal tidur lepas Subuh (walaupun tahu tak elok tapi buat jugak, Astaghfirullah) selamat tinggal belajar gitar (yang sampai sekarang tak dapat kuasai sepenuhnya dengan baik sebab tak ada tenaga pengajar, sob sob), selamat tinggal kucing kesayangan... Semualah ! Huhu, cuti semester ni tak kerja pun sebab Za memang seorang yang pemalas. Keinginan nak kerja tu ada tapi Za jenis yang memilih. Tapi cuti ni Za luangkan masa dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat tapi untuk diri sendiri jelah, kalau pada orang lain mungkin tak bermanfaat...

3 minggu pertama, Za cuba praktis gitar setiap hari. Ada la sikit peningkatan & pengetahuan hasil tunjuk ajar di you tube tapi Za tetap tak dapat menggunakan gitar dengan baik sebab tak ada guru khusus yang boleh mengajar. Lastly, lepastu tak praktis lagi dah. Sebab Za ada banyak projek lain. Apa ? Rahsia la. Tapi yang Za nak cerita ni tak rahsia la. Projek gitar setakat itu je lagipun takut lalai pulak sampai pelajaran terabai. Lagipun kalau rasa rajin je praktis kalau tak, malas tahap gaban  la jawabnya. 

Za sebenarnya dalam dilema. Langit yang cerah bertukar mendung. Dirundung gelisah. Resah rasanya. Nak kurangkan beras berat badan. Nak tahu ke berat terkini Za berapa ? Ish tak payah la. Eh tapi selama nie bukan ke Za tak kisah langsung fasal berat badan ? Sebenarnya kisah & ambil peduli tapi nothing response. Za tak ambil apa-apa tindakan pun. Kalau diet pun paling lama bertahan tak sampai dua hari... Erk ! -_-#

Nak dijadikan cerita, ada satu peristiwa yang menyedarkan Za tentang pentingnya jaga pemakanan & gaya hidup sihat. Mula-mula Abah kena sakit gout. Penyakit ni memang kerap berlaku pada orang lelaki kebanyakannya. Dah beberapa tahun jugak la Abah dah kena penyakit gout ni tapi haritu tiba-tiba beliau kena lagi. Mungkin Abah tak jaga makan kot. Sebab beberapa hari sebelum tu Abah ada makan dodol. Dodol kan dibuat daripada pulut. Pesakit gout tak boleh makan pulut & macam-macam lagi lah. Tambahan pulak setiap minggu Abah kalau pergi pasar tani kat pekan Parit Sulong tu, mesti wajib beli jagung rebus sebab memang favourite Abah. Dipendekkan cerita, dah ke klinik, & ramai orang pesan jangan makan sembarangan. Abah sekarang dah pantang makan. Beliau dah kurangkan makanan macam seafood, semua jenis kekacang, tempe tauhu makanan masyarakat Jawa memang tak makan la jawabnya, sayuran pun tak semua boleh makan. Ha lagi satu Abah ni tak tahan makan pedas. Asyik cirit je. Jadi Abah memang tak makan pedas. Haritu Za masak asam pedas Za masak semua ikan tu tak gorengkan untuk Abah sikit. Huhu kesian Abah. Ampun... Jadi semenjak tu kitorang sekeluarga pun turut berpantang makanan. Masak pun nak pastikan semua tak mudaratkan Abah. Za sedih jugak sekarang dah tak dapat makan sedap-sedap macam dulu. Eh apalah, patut bersyukur kita masih dapat makan lagi kan ?

Oit ada lagi satu cerita. Mama pulak. Mama ada masalah kesihatan sikit. Tapi tak payah cakap la kat sini, sebab peribadi lagipun malu nak cerita masalah perempuan sikit. Tapi dah ke klinik In Sha Allah tak teruk la. Masalah sikit. Za sedih sangat bila mak ayah kita sakit. Takut kalau mereka tak panjang umur, atau sakit teruk, nanti siapa yang nak menampung kehidupan kami ? Pernah sampai Za berdoa pada Tuhan, janganlah beri Mama & Abah sakit, biarlah Za sorang yang sakit. Cukuplah Za diberi penyakit sawan macam ni, biarlah Za sorang yang sakit, jangan kena pada orang tua kita. Cukuplah dugaan yang Engkau beri ni.

Lagipun semenjak Za kena makan ubat, Sodium Valproate atau Epilim 200mg dua biji satu hari, berat badan Za memang makin bertambah. Dulu Za slim tau ! Dulu Za pun rendah-rendah je. Tapi bila akil baligh, Za mengalami pertambahan ketinggian. Semenjak tingkatan 2, Za makin tinggi, semenjak naik tingkatan 4, berat dah naik sikit. Tapi semenjak tingkatan 5 yang Za disahkan menghidap Epilepsi & kena makan ubat, berat badan Za meningkat secara mendadak. Huwaaa sadisnya ! Za dah buat research, google sana google sini, & baca slip yang kat dalam kotak ubat tu, dah memang ternyata, sudah terang lagi bersuluh dengan spotlight, ubat tu memang beri kesan dengan menambahkan berat badan walaupun dia baik dari segi kawal diri Za daripada kena seizure lagi. Huhuhu.....

Sedih Za rasa. Ternyata semenjak ada penyakit macam ni memang banyak beri kesan pada diri Za. Lepastu ramai mulut celupar orang-orang yang Za jumpa tanpa segan silu tegur Za makin gemuk ! Tapi Mama selalu back up Za. Mama akan beritahu diorang yang Za makin gemuk sebab ubat yang Za makan. Tapi berat Za tak sampai 70 kg lagi. Baju saiz M muat lagi. Yelah S untuk sempit, M muat-muat, L longgar. Tapi Mama selalu pujuk, Za bukan gemuk, cuma besar, mungkin faktor ketinggian jadi Za dikira bukan gemuk. Mama memang baik. Mama jugalah yang menyokong Za dalam proses nak kurangkan berat badan ni. Mama pun nak cuba jaga pemakanan jugak. Baguslah, ada teman jugak.

Okey fine Za mengaku yang Za memang tak jaga pemakanan. Apa yang sedap semua Za telan. Pendek kata, batu dengan kayu je Za tak makan. Lagi la kalau stress, sedih atau gembira, makin banyak Za makan. Za pun kurang bersenam. Memang patut la berat makin bertambah. Jadi Za buat keputusan nak kurangkan makan, nak banyakkan bersenam, nak kurus. Target nak kurangkan 7 kg tapi kalau awal-awal ni kurangkan 2 atau 3 kg pun dah bersyukur. Kalau tak kurang pun sekurang-kurangnya membendung berat makin naik. Takut mesin penimbang berat tu pecah pulak atau bacaan error sebab gemuk sangat. Tengok muka kat cermin oh tidak ! Pipi tembam Za makin mengembang. Za dah tembam ! Uhh tak boleh jadi ni. Za mesti diet. Lagipun tak lama lagi bulan puasa hampir menjengah jadi Za boleh manfaatkan bulan puasa ni untuk kurangkan berat badan.

Tapi Alhamdulillah Allah beri taufik & hidayah awal-awal pada Za. Diberi kesedaran waktu macam ni memang Za bersyukur sangat. Tak adalah sampai dah tahap obesiti, lemak berlipat-lipat baru nak diet ? Seriously semenjak peristiwa-peristiwa kat atas tu la sedikit sebanyak menyedarkan Za.


Tapi Za ada masalah tak dapat kawal nafsu makan. Hari ni dah seminggu Za cuba berdiet. Ada la jugak aktiviti cergas yang dibuat. Haritu tolong Mama sapu sampah kat bawah pokok rambutan, bersih sikit halaman rumah tu hehe. Jogging baru sekali. Tipu sebenarnya tak jogging mana pun, cuma berjalan laju sampai simpang jalan. Sambil menunggu mesin basuh berhenti berputar tu, main lompat-lompat, naik turun tangga. Yelah kena banyakkan bergerak kan ? Buah limau kasturi yang bergantung kat pokok sebelah bilik Za jadi mangsa. Za amalkan minum air limau sejuk tanpa letak gula sebab orang cakap nak kurangkan berat badan cuba minum air limau atau lemon. Hmm lemon mungkin lebih berkesan tapi Za jenis tak suka benda masam. Segala adik beradik asam atau rasa masam Za tak suka. Tapi ni demi kurus, sanggup jugaklah minum air limau. Air limau je kot, takkan tak boleh telan. Paksa jugalah. Tapi memang menyegarkan badan. Tapi beware, Za ni ada gastrik, kang tak pasal perut buat hal lagi.

Tapi bab pemakanan dah ada yang ponteng. Di saat Za sedang menaip ni, Za kekenyangan sebab Za baru je makan megi mi segera jenama Maggi perisa kari. Hmmm memang sedap. 2 hari lepas Za baru makan sup gearbox. Ya Allah nikmatnya tak terkata ! Za rasa dah lebih sebulan mengidam baru la dapat makan. Tak boleh tahan nafsu makan yang membuak-buak ni. Nafsu makan memang tak dapat tahan lagi kalau tengah 'datang bulan', perempuan memang cenderung makan lebih & cepat rasa lapar kalau tengah period. Hmm jangan projek nak kurus ni jadi hangat-hangat tahi ayam sudahlah.

Actually, minggu lepas Za dah tahap mengidam nak makan mi segera tu, jadi Abah belikan la sebungkus, jadi ada lagi. Tapi Za janji kali ni for the last time la. Naik semester ni mungkin tak makan lagi sebab kat kolej tak boleh masak. Za ni tak berapa suka makan mi segera yang cuma direndam dalam air panas. Za suka masak dalam periuk & tambah telur sejibik sebijik. Baru sedap. Semester lepas pun Za makan mi segera kat kolej cuma 3x je. 2x Maggi 1x PAMA. Alhamduillah dalam tempoh 5 hingga 6 bulan cuma makan 3x je. Tak macam dulu kerap sangat. Tak elok kan makan makanan macam tu banyak kali ?

Huhu tapi bila diagak memang mustahil nak kurangkan berat sebanyak 7 kg dalam tempoh sebulan. Tambahan lagi Za yang mudah putus asa & fed up dengan usaha mengurangkan berat & membuang lemak ni. Benci ! Siapa kata mudah nak kurus ? Siapa ? Itu belum lagi duduk kolej nanti nak berhadapan dengan makanan yang dijual pakcik kat Anjung Seri Perpatih yang melambai-lambai untuk dimakan ? Boleh ke Za bertahan ? Sanggup ke Za nak kerah diri berjogging petang-petang ? Kuat ke semangat Za nak kurus ni ?

Tapi Za pujuk diri sendiri. Tak apa, perlahan-lahan sayang. Kalau rasa down, cuba bayangkan baju yang tak muat tu, bila boleh pakai ? Takkan nak jadi perhiasan je kat almari ? Orang lain boleh kurus kenapa Za tak boleh ? Cuba bayangkan zaman kegemilangan masa kurus dulu ? Tak nak ke ? Kalau terus gemuk nanti nak kahwin nak pakai baju cantik-cantik tak muat ? Nak cari saiz XXXXL ke ? Memang nak kahwin lama lagi, calon pun tak ada lagi, single memanjang, tapi bila lagi nak kurus ? Lagipun diet ni tak semestinya untuk kurus je, penting untuk kesihatan jugak, penting untuk kehidupan akan datang.

Eh alamak panjangnya entri kali ni. Okey lah setelah menaip selaju 160 km/h, ada traffic light menyala warna merah, kita stop la dulu. Nanti Za update lagi. Apa perkembangan projek diet Za ? Wait and see la. Doakan Za dapat kurus & sihat yea. Ok terima kasih sudi baca dairi online Za ni. Tak semua cerita boleh dikongsi dalam diari ni. Cuma sesetengah kisah je boleh cerita. Ha tengok tu masih tak berhenti menulis lagi. Okey lah Za nak ke dapur nak minum air limau ni. Bye. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment