Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum ! Entri kali ni Za tak cerita pasal projek diet tu. Masih lagi dalam usaha. Minggu lepas Za ada menonton drama kat TV3. Tajuknya, 'Sawan'. Tapi cerita ni sebenarnya berkenaan ketagihan penggunaan smartphone. Mulanya watak utama dalam rancangan ni tak tahu langsung nak guna telefon pintar, tapi bila isterinya belikan dia telefon pintar, dia sudah mahir menggunakan smartphone, sampai terlalu obses sampaikan keluarga sendiri terabai. Asyik dengan smartphone je. Tapi tajuk rancangan tu macam tak kena langsung dengan jalan ceritanya. Apa maksud dia bubuh tajuk tu dengan sawan ? Apa natijahnya ? Nak cakap sawan ni sama dengan gila ke ? Kan ? Kan ?
Za tak adalah marah. Tapi kami penghidap Epilepsi ni sensitif sikit. Ini Za nak terangkan sikit, sawan tak sama dengan gila. Gila dalam istilah lain ialah hilang kewarasan akal. Orang gila tak dapat bezakan baik & buruk. Tapi Epilepsi atau sawan ialah kitar elektrokimia pada otak yang terganggu atau tak normal. Ya, pesakit sawan selalunya tak sedar yang mereka diserang sawan, pendek kata, tak ingat apa-apa. Tapi istilah ni memang berbeza dengan maksud gila.
Awal-awal dulu, Za ingat, Za seorang je kat dalam dunia ni yang ada masalah macam ni. Tahu, ada jugak orang yang memang ada sakit macam ni tapi Za tak pernah ambil tahu. Selalu jugak baca kat akhbar, orang meninggal akibat diserang sawan, lepas tu terjatuh dari bangunan tinggi, atau lemas, atau memang diserang sawan & terus meninggal dunia. Tapi bila Za selalu ke hospital & klinik, rupanya ramai juga senasib dengan Za. Risiko kematian atau mati mengejut, SUDEP (sudden unexpected death in epilepsy) memang ada.
Epilepsi ni banyak kategori & jenis. Tapi, kesan pada penghidapnya sama jer. Apa yang kami rasa semua sama. Cabaran hidup kami sama. Cuma Allah datangkan dalam pelbagai bentuk untuk uji hambaNya. Mujurlah ramai yang senasib dengan Za. Persatuan Epilepsi Malaysia contohnya, banyak mengumpulkan penghidap Epilepsi. Kat situlah kami dapat berkongsi masalah, meluahkan perasaan, bertanyakan pendapat, & berkongsi rasa antara satu sama lain.
Macam Za ni, Epilepsi memang merubah kehidupan Za. Banyak kesan positif & negatif yang Za dapat.
Okey, banyak cabaran hidup yang terpaksa kami tempuhi. Peluang pekerjaan agak terhad. Bukan tak boleh kerja dalam pelbagai bidang, tapi perlu dengan kesesuaian keadaan & persekitaran. Dikira 'haram' untuk bekerja yang melibatkan penggunaan mesin. Bahaya kan ? Dalam bidang kesihatan contohnya macam yang Za alami, tak boleh belajar dalam kejururawatan atau nursing. Dah la diri sendiri sakit tak terjaga, nak jaga orang pulak ?
Pesakit Epilepsi juga tak digalakkan untuk memandu sendirian. Dah banyak kes kematian disebabkan sedang memandu & diserang sawan. Sebaiknya berteman. Za masih ingat lagi waktu doktor pesan macam tu, masa tu rasa hati yang retak bagaikan kaca dihempas ke lantai. Rasa sedih sangat.
Dalam bab berdikari, kami memang agak rumit. Buat apa-apa kerja macam memasak contohnya, sepatutnya berteman. Iyalah, bahaya jugak kalau tengah leka memasak tiba-tiba diserang sawan. Kan dah ada kes remaja lelaki tengah memasak, dan dia diserang sawan, terjatuh & melecur. Nasib baik la ada emaknya yang teman dia waktu kejadian, kalau tak mesti lebih buruk terjadi. Za ni kadang Mama teman jugak waktu memasak, kadang tak teman pun. Pernah satu ketika, tengah memasak lauk kegemaran Za, sambal goreng (makanan orang Johor, selalu ada waktu kenduri makan Nasi Ambeng), Za dapat rasa aura. Rasa takut & sekeliling lain. Tu simptom biasa Za alami waktu awal-awal dulu. Nasib baik Mama ada. Dialah penyelamat Za daripada berlaku perkara yang tak diingini.
Jalan berseorangan pun tak digalakkan. Sepatutnya berteman. Tapi kalau macam sekarang ni, dah terpaksa. Lepas bergelar siswi ni, duduk kat kolej, berjauhan dari family, ulang-alik balik kampung mestilah naik bas. Cuma sekali-sekala abang atau kakak hantar. Takkanlah nak naik bas pun nak Mama teman ? Lagipun Za bukannya ada kawan yang sama destinasi balik kampung. Eh ada, tapi classmate tu selalu balik naik kereta. Za ni kereta pun tak ada. Bas jelah nadi pengangkutan utama.
Dalam pembelajaran pula, Za memang berhadapan dengan macam-macam kesukaran. Bila lecturer ajar, Za lambat sikit nak faham. Bila disoal balik, memang susah nak review balik apa yang baru belajar. Selalu sangat, dah study, banyak buat tutorial, bila jawab quiz atau test atau exam, otak blank sangat-sangat. Lagi-lagi subjek yang melibatkan penyelasaian masalah macam kira-kira, lagilah Za lemah. Waktu tengah belajar selalu terganggu. Kadang-kadang kepala rasa berat, kadang-kadang rasa pening, kadang-kadang berdenyut-denyut.
Selalu sangat rasa perit. Susah payah usaha belajar tapi tak dapat score yang cemerlang. Tapi kita kena positif. Jangan cepat mengalah. Allah tak tengok pandai mana kita, tapi Dia tengok usaha yang kita buat. Za selalu pujuk hati. Tak apa, tak cemerlang asalkan kita dah buat yang terbaik.
Emosi penghidap Epilepsi pun sering terganggu. Emosi senang berubah-ubah. Kemurungan, stress, & segala macam tekanan memang mempengaruhi kehidupan kami. Apatah lagi bila kami dicemuh masyarakat, dihina, diskriminasi, dipandang rendah & kurang sokongan dari orang sekeliling.
Kesan positif yang diambil kira semenjak Za menghidap Epilepsi ni, membuatkan Za mengenal erti perit kehidupan. Za banyak belajar erti pengorbanan. Za belajar berdikari tanpa bantuan orang walaupun dalam keadaan macam ni. Ada je yang sihat tapi tak tahu berdikari. Za selalu cuba terapkan fikiran yang positif dalam diri walaupun selalu sangat lemah semangat. Walau apa pun yang mendatang, kita kena positifkan diri.
Sebenarnya entri ni ditulis minggu lepas. Tapi hari ini update sikit. 11 Jun 2015, tarikh hari ni, Za baru balik dari temujanji dengan doktor kat Klinik Kesihatan Kuala Pilah. Kali ni tak naik van unit kesihatan sebab pak cik driver tu tak ada. Staf kat Unit Kesihatan yang hantar naik kereta dia. Huhu malu segan bila dia hantar. Sepanjang perjalanan Za kaku. Lelaki kan. Dah la Za ni pemalu. Berbual tu ada la sikit, sepatah dia tanya, sepatah la Za jawab. Sudahlah dia suruh duduk kat seat depan, segan sangat.
Masa nak pergi singgah kat stesyen minyak sebab nak isi minyak. Za terfikir, duit siapa yang diguna untuk duit minyak kereta dia. Kalau in case emergency, van unit kesihatan tak ada mestilah kenderaan staf yang dikorbankan. Mungkin nanti dia claim dengan UiTM kot. Kot la haha. But the way, terima kasih banyak-banyak sebab hantar & ambil Za. Kebajikan & kesihatan pelajar kat sini memang dijaga.
Kat klinik, Za cuba pujuk doktor nak kurangkan dos ubat sebab dah lebih 2 tahun tak kena lagi. Za cakap Za makan ubat ni dia macam beri kesan pada Za. Makin pelupa tapi doktor cakap tak la. Hmm biasalah doktor ni ada yang tahu ada yang tak tahu. Pesakit je yang lebih tahu keadaan diri dia sebab dia je yang rasa. Itu belum cakap ubat tu meningkatkan berat badan. Tapi Za tak cakap pasal tu. Tapi dia tanya jugak berat Za sekarang berapa sebelum dia manage & decide nak kurangkan dos.
Mula-mula dia nak suruh makan separuh biji 2x sehari. Tapi Za cakap susah la, sebab ubat tu keras. Za pernah gigit dan dia memang sangat keras dan tak terbelah langsung. Lagipun dia tak rasa apa-apa, langsung tak pahit, jadi berani la cuba gigit. Lastly doktor sarankan untuk makan satu biji satu hari & dia nak pantau lagi 2 bulan Za okey tak. So, lagi 2 bulan ada follow up. Selalunya 3 bulan. Hmm takutnya sepanjang 2 bulan ni kalau kena lagi sebab kurangkan dos.
Kuliah dah start pukul 8 sekarang. Patut ada lab tapi lab selalunya minggu ke 3 baru start. Boleh la dengan senang hati pegi klinik. Tapi slip time line Za mintak jugak dengan doktor manalah tahu kalau guna. Kejap je kat klinik tak ramai orang pun. Pegi jam 8.30 balik sampai kampus sebelum pukul 10. Sempat lagi masuk kelas English. Kalau lambat tak pasal-pasal disoal kena jawab dalam English habis la. Kang sorang-sorang lecturer tahu Za ada penyakit macam tu. Staf tadi tu pun tanya jugak. Terpaksalah juga mengaku. Tapi dalam mengaku tu terselit bangga sebab kita dapat adapt kehidupan kita walaupun ada kekurangan.
Dua hari lepas Za ada jumpa Penasihat Akademik (PA) untuk selesaikan masalah kod. Biasalah masalah yang tak ada kesudahan. PA tu baik sangat. Macam-macam nasihat dia beri. Dia tanya belajar okey tak, pointer okey tak. Dia pesan belajar elok-elok, cari kawan yang baik, kawan elok-elok. Belajar betul-betul. Sebenarnya Za ni boleh je. Cuma tak tahu la dia ingat ke tak Za ada masalah Epilepsi ni. Dia cakap Za boleh. Caring sangat tau. Macam kakak dengan adik dia nasihatkan. Bertuahnya Za rasa. Walaupun orang cakap muka dia nampak garang tapi dia okey je.
Okey lah. Za harap baik-baik je. Kena bersedia dengan segala kemungkinan kalau Za kena attack lagi. Kalau kena lagi memang tak boleh kurangkan dos la jawabnya. Okey lah. Tunggu apa jadi kat Za. Tunggu projek diet tu berkesan ke tidak. Nanti Za update lagi. Okey bye Assalamualaikum.
11 June, 2015
02 June, 2015
Fakta Tentang Diri Iza :)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum !
53 FAKTA TENTANG DIRI ZA :
1. Dilahirkan tanggal 13 November 1995, hari Isnin, jam 5.04 pagi, Hospital Batu Pahat, Johor. Anak jati negeri Johor.
2. Lahir secara songsang, yang keluar kaki dahulu.
3. Anak bongsu dari 3 adik beradik.
4. Kalau baru kenal orang, susah nak ingat muka & nama. Kena berpuluh kali jumpa baru kenal.
5. Penghidap Epilepsi - Tonic Clonic, Secondary Generalised Seizure.
6. Senang mabuk kenderaan, pening, muntah-muntah.
7. Warna kegemaran : merah jambu/pink, pink rose, magenta, purple.
8. Suka benda-benda comel : kucing, teddy bear, barang warna pink, selimut/teddy bear/barang yang berbulu, kartun macam Doraemon, Hello Kitty
9. Hobi asyik berangan. Banyak angan-angan diimpikan, tapi tak semua orang tahu, sebab certain orang yang rapat je tahu.
10. Kalau tidur mesti nak peluk teddy bear. Setakat baring, lepak tonton tv pun teddy bear mesti peluk. Pegi jauh pun still bawa. Lagi la duduk kolej tak tinggal. Masih lekat lagi macam budak-budak.
11. Kadang gedik jugak, mengada-ngada. Pembetulan, selalu sangat. Orang yang rapat tahu la.
12. Manja dengan keluarga sebab diorang pun layankan je. Rapat dengan adik beradik.
13. Baru kenal memang pemalu & pendiam tapi mudah mesra. Dah rapat becok mulut. Kadang-kadang je peramah.
14. Penyayang, sometimes sweet jugak.
15. Suka kucing. Mungkin sebab sifat kami sama manja.
16. Lebih suka layan kucing daripada layan budak-budak. Layan kucing macam layan adik.
17. Kucing pun boleh jadi teman berbual. Kitorang boleh jadi kawan baik.
18. Suka puji diri sendiri, siapa lagi nak puji kalau bukan kita sendiri.
19. Boleh dikatakan, suara agak comel ^____^
20. Kalau dah sayang seseorang, sayang sangat, kalau dah benci, mungkin seumur hidup menyampah.
21. Prinsip, orang nak kawan, kawan, tak nak kawan sudah. Orang tegur kita tegur, orang tak tegur kita buat bodoh je.
22. Pentingkan keluarga dalam hidup terutama Mama.
23. Kalau nak apa-apa, sanggup buat apa saja janji dapat.
24. Hati mudah tersentuh terutama bab ibu bapa & kucing.
25. Tengok macam kental, tapi hati sebenarnya rapuh.
26. Mudah menangis lagi-lagi pasal pengorbanan, ibu bapa, kucing. Orang jawa cakap gembeng, menjeng.
27. Suka memasak sebab suka makan. Hobi makan.
28. Makanan kegemaran : telur ayam.
29. Kuat tidur sebab tidur memang satu nikmat yang berharga. Jenis manusia tidur mati dan susah dikejut. Phone bunyi kadang tak dengar. Mama kejut 7 kali tak dengar, lepastu Mama cakap kalau dibawa malaikat pun tak sedar, rumah dimasuki pencuri pun tak tahu.
30. Julung-julung kali je rajin, kalau dah malas memang pemalas tahap gaban.
31. Tak suka tengok banyak baju sendiri yang belum basuh. Bila basuh baju, rasa happy sangat.
32. Tak takut gelap. Kalau takut pun beranikan diri je. Kat kubur nanti lagi gelap kan.
33. Tak suka budak-budak sebab tak pandai layan. Tapi anak buah sayang sangat ketat-ketat sebab darah daging kita sendiri kan.
34. Minat belajar gitar. Kalau ada peluang nak belajar piano juga.
35. Minat nak menceburi bidang dubbing/alih suara.
36. Suka tengok orang main gitar macam Najwa Latif, Rody Kristal.
37. Berangan nak jadi popular macam Hannah Montana. Pengaruh televisyen kan.
38. Suka menulis ayat panjang berjela sebab itu salah satu cara nak luahkan perasaan.
39. Suka baca novel tapi novel cinta tak minat sangat.
40. Kartun kegemaran Doraemon dari kecik sampai sekarang melekat lagi.
41. Cerewet kalau nak beli pakaian.
42. Suka ais-krim perisa Vanilla. Yang lain tak pandang. Tapi kalau orang belanja perisa lain suka je. :P
43. Boleh buat suara kartun. Dah Tuhan beri suara macam tu, memang bersyukur sangat.
44. Suka benda free lagi-lagi orang belanja.
45. Nampak polis & JPJ mesti takut walaupun tak buat salah.
46. Rajin & suka keluar jalan-jalan dengan Mama berbanding Abah.
47. Boleh berkomunikasi dalam bahasa Jawa dengan baik.
48. Suka lukis benda cute & mewarna.
49. Kalau menulis tangan, pentingkan keselesaan & kekemasan. Kertas yang ditulis pun perlu sempurna.
50. Rapat sangat dengan Mama. Suka kacau Mama tidur, suka lepak dengan Mama. Buat apa-apa semua nak dengan Mama.
51. Kalau sangkut baju pada penyangkut baju, kalau boleh semua nak kena warna baju sama dengan warna penyangkut baju. Lepastu gantung dalam almari susun ikut warna pelangi. Tudung lipat & susun ikut warna pelangi jugak. Kalau tak susun rasa tak puas hati. Suka tengok benda yang ceria & warna warni.
52. Tak suka makan asam dan segala benda masam. Air teh lemon contohnya. Tapi kalau masam tomato tu suka.
53. Tengok orang pakai inai rasa tak selesa sebab dari kecik fikir orang berinai ni mesti sakit kan ? Sampai dewasa terbawa-bawa fikiran tu. Hehe pelik.
Nota : Dah baca 53 senarai fakta tentang diri Za ? Saja masukkan entri ni untuk korang dapat kenal lebih dekat tentang diri ini, di samping dapat tahu apa perangai sebenar penulis blog ni. Sebenarnya banyak lagi bla bla bla bla bla bla tapi tak tertahan nak tulis. Nanti kalau ada kesempatan Za tambah lagi okey ? Bye bye Assalamualaikum !

Budak Bambam Nak Kurus !
Projek nak kurus, budak bambam nak kurus :)
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum ! Cuti panjang semester 2 hampir melabuhkan tirainya, new semester just around the corner. Selamat tinggal bermalas-malasan, selamat tinggal tidur lepas Subuh (walaupun tahu tak elok tapi buat jugak, Astaghfirullah) selamat tinggal belajar gitar (yang sampai sekarang tak dapat kuasai sepenuhnya dengan baik sebab tak ada tenaga pengajar, sob sob), selamat tinggal kucing kesayangan... Semualah ! Huhu, cuti semester ni tak kerja pun sebab Za memang seorang yang pemalas. Keinginan nak kerja tu ada tapi Za jenis yang memilih. Tapi cuti ni Za luangkan masa dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat tapi untuk diri sendiri jelah, kalau pada orang lain mungkin tak bermanfaat...
3 minggu pertama, Za cuba praktis gitar setiap hari. Ada la sikit peningkatan & pengetahuan hasil tunjuk ajar di you tube tapi Za tetap tak dapat menggunakan gitar dengan baik sebab tak ada guru khusus yang boleh mengajar. Lastly, lepastu tak praktis lagi dah. Sebab Za ada banyak projek lain. Apa ? Rahsia la. Tapi yang Za nak cerita ni tak rahsia la. Projek gitar setakat itu je lagipun takut lalai pulak sampai pelajaran terabai. Lagipun kalau rasa rajin je praktis kalau tak, malas tahapgaban la jawabnya.
Za sebenarnya dalam dilema. Langit yang cerah bertukar mendung. Dirundung gelisah. Resah rasanya. Nak kurangkanberas berat badan. Nak tahu ke berat terkini Za berapa ? Ish tak payah la. Eh tapi selama nie bukan ke Za tak kisah langsung fasal berat badan ? Sebenarnya kisah & ambil peduli tapi nothing response. Za tak ambil apa-apa tindakan pun. Kalau diet pun paling lama bertahan tak sampai dua hari... Erk ! -_-#
Nak dijadikan cerita, ada satu peristiwa yang menyedarkan Za tentang pentingnya jaga pemakanan & gaya hidup sihat. Mula-mula Abah kena sakit gout. Penyakit ni memang kerap berlaku pada orang lelaki kebanyakannya. Dah beberapa tahun jugak la Abah dah kena penyakit gout ni tapi haritu tiba-tiba beliau kena lagi. Mungkin Abah tak jaga makan kot. Sebab beberapa hari sebelum tu Abah ada makan dodol. Dodol kan dibuat daripada pulut. Pesakit gout tak boleh makan pulut & macam-macam lagi lah. Tambahan pulak setiap minggu Abah kalau pergi pasar tani kat pekan Parit Sulong tu, mesti wajib beli jagung rebus sebab memang favourite Abah. Dipendekkan cerita, dah ke klinik, & ramai orang pesan jangan makan sembarangan. Abah sekarang dah pantang makan. Beliau dah kurangkan makanan macam seafood, semua jenis kekacang, tempe tauhu makanan masyarakat Jawa memang tak makan la jawabnya, sayuran pun tak semua boleh makan. Ha lagi satu Abah ni tak tahan makan pedas. Asyik cirit je. Jadi Abah memang tak makan pedas. Haritu Za masak asam pedas Za masak semua ikan tu tak gorengkan untuk Abah sikit. Huhu kesian Abah. Ampun... Jadi semenjak tu kitorang sekeluarga pun turut berpantang makanan. Masak pun nak pastikan semua tak mudaratkan Abah. Za sedih jugak sekarang dah tak dapat makan sedap-sedap macam dulu. Eh apalah, patut bersyukur kita masih dapat makan lagi kan ?
Oit ada lagi satu cerita. Mama pulak. Mama ada masalah kesihatan sikit. Tapi tak payah cakap la kat sini, sebab peribadi lagipun malu nak cerita masalah perempuan sikit. Tapi dah ke klinik In Sha Allah tak teruk la. Masalah sikit. Za sedih sangat bila mak ayah kita sakit. Takut kalau mereka tak panjang umur, atau sakit teruk, nanti siapa yang nak menampung kehidupan kami ? Pernah sampai Za berdoa pada Tuhan, janganlah beri Mama & Abah sakit, biarlah Za sorang yang sakit. Cukuplah Za diberi penyakit sawan macam ni, biarlah Za sorang yang sakit, jangan kena pada orang tua kita. Cukuplah dugaan yang Engkau beri ni.
Lagipun semenjak Za kena makan ubat, Sodium Valproate atau Epilim 200mg dua biji satu hari, berat badan Za memang makin bertambah. Dulu Za slim tau ! Dulu Za pun rendah-rendah je. Tapi bila akil baligh, Za mengalami pertambahan ketinggian. Semenjak tingkatan 2, Za makin tinggi, semenjak naik tingkatan 4, berat dah naik sikit. Tapi semenjak tingkatan 5 yang Za disahkan menghidap Epilepsi & kena makan ubat, berat badan Za meningkat secara mendadak. Huwaaa sadisnya ! Za dah buat research, google sana google sini, & baca slip yang kat dalam kotak ubat tu, dah memang ternyata, sudah terang lagi bersuluh dengan spotlight, ubat tu memang beri kesan dengan menambahkan berat badan walaupun dia baik dari segi kawal diri Za daripada kena seizure lagi. Huhuhu.....
Sedih Za rasa. Ternyata semenjak ada penyakit macam ni memang banyak beri kesan pada diri Za. Lepastu ramai mulut celupar orang-orang yang Za jumpa tanpa segan silu tegur Za makin gemuk ! Tapi Mama selalu back up Za. Mama akan beritahu diorang yang Za makin gemuk sebab ubat yang Za makan. Tapi berat Za tak sampai 70 kg lagi. Baju saiz M muat lagi. Yelah S untuk sempit, M muat-muat, L longgar. Tapi Mama selalu pujuk, Za bukan gemuk, cuma besar, mungkin faktor ketinggian jadi Za dikira bukan gemuk. Mama memang baik. Mama jugalah yang menyokong Za dalam proses nak kurangkan berat badan ni. Mama pun nak cuba jaga pemakanan jugak. Baguslah, ada teman jugak.
Okey fine Za mengaku yang Za memang tak jaga pemakanan. Apa yang sedap semua Za telan. Pendek kata, batu dengan kayu je Za tak makan. Lagi la kalau stress, sedih atau gembira, makin banyak Za makan. Za pun kurang bersenam. Memang patut la berat makin bertambah. Jadi Za buat keputusan nak kurangkan makan, nak banyakkan bersenam, nak kurus. Target nak kurangkan 7 kg tapi kalau awal-awal ni kurangkan 2 atau 3 kg pun dah bersyukur. Kalau tak kurang pun sekurang-kurangnya membendung berat makin naik. Takut mesin penimbang berat tu pecah pulak atau bacaan error sebab gemuk sangat. Tengok muka kat cermin oh tidak ! Pipi tembam Za makin mengembang. Za dah tembam ! Uhh tak boleh jadi ni. Za mesti diet. Lagipun tak lama lagi bulan puasa hampir menjengah jadi Za boleh manfaatkan bulan puasa ni untuk kurangkan berat badan.
Tapi Alhamdulillah Allah beri taufik & hidayah awal-awal pada Za. Diberi kesedaran waktu macam ni memang Za bersyukur sangat. Tak adalah sampai dah tahap obesiti, lemak berlipat-lipat baru nak diet ? Seriously semenjak peristiwa-peristiwa kat atas tu la sedikit sebanyak menyedarkan Za.
Tapi Za ada masalah tak dapat kawal nafsu makan. Hari ni dah seminggu Za cuba berdiet. Ada la jugak aktiviti cergas yang dibuat. Haritu tolong Mama sapu sampah kat bawah pokok rambutan, bersih sikit halaman rumah tu hehe. Jogging baru sekali. Tipu sebenarnya tak jogging mana pun, cuma berjalan laju sampai simpang jalan. Sambil menunggu mesin basuh berhenti berputar tu, main lompat-lompat, naik turun tangga. Yelah kena banyakkan bergerak kan ? Buah limau kasturi yang bergantung kat pokok sebelah bilik Za jadi mangsa. Za amalkan minum air limau sejuk tanpa letak gula sebab orang cakap nak kurangkan berat badan cuba minum air limau atau lemon. Hmm lemon mungkin lebih berkesan tapi Za jenis tak suka benda masam. Segala adik beradik asam atau rasa masam Za tak suka. Tapi ni demi kurus, sanggup jugaklah minum air limau. Air limau je kot, takkan tak boleh telan. Paksa jugalah. Tapi memang menyegarkan badan. Tapi beware, Za ni ada gastrik, kang tak pasal perut buat hal lagi.
Tapi bab pemakanan dah ada yang ponteng. Di saat Za sedang menaip ni, Za kekenyangan sebab Za baru je makanmegi mi segera jenama Maggi perisa kari. Hmmm memang sedap. 2 hari lepas Za baru makan sup gearbox. Ya Allah nikmatnya tak terkata ! Za rasa dah lebih sebulan mengidam baru la dapat makan. Tak boleh tahan nafsu makan yang membuak-buak ni. Nafsu makan memang tak dapat tahan lagi kalau tengah 'datang bulan', perempuan memang cenderung makan lebih & cepat rasa lapar kalau tengah period. Hmm jangan projek nak kurus ni jadi hangat-hangat tahi ayam sudahlah.
Actually, minggu lepas Za dah tahap mengidam nak makan mi segera tu, jadi Abah belikan la sebungkus, jadi ada lagi. Tapi Za janji kali ni for the last time la. Naik semester ni mungkin tak makan lagi sebab kat kolej tak boleh masak. Za ni tak berapa suka makan mi segera yang cuma direndam dalam air panas. Za suka masak dalam periuk & tambah telur sejibik sebijik. Baru sedap. Semester lepas pun Za makan mi segera kat kolej cuma 3x je. 2x Maggi 1x PAMA. Alhamduillah dalam tempoh 5 hingga 6 bulan cuma makan 3x je. Tak macam dulu kerap sangat. Tak elok kan makan makanan macam tu banyak kali ?
Huhu tapi bila diagak memang mustahil nak kurangkan berat sebanyak 7 kg dalam tempoh sebulan. Tambahan lagi Za yang mudah putus asa & fed up dengan usaha mengurangkan berat & membuang lemak ni. Benci ! Siapa kata mudah nak kurus ? Siapa ? Itu belum lagi duduk kolej nanti nak berhadapan dengan makanan yang dijual pakcik kat Anjung Seri Perpatih yang melambai-lambai untuk dimakan ? Boleh ke Za bertahan ? Sanggup ke Za nak kerah diri berjogging petang-petang ? Kuat ke semangat Za nak kurus ni ?
Tapi Za pujuk diri sendiri. Tak apa, perlahan-lahan sayang. Kalau rasa down, cuba bayangkan baju yang tak muat tu, bila boleh pakai ? Takkan nak jadi perhiasan je kat almari ? Orang lain boleh kurus kenapa Za tak boleh ? Cuba bayangkan zaman kegemilangan masa kurus dulu ? Tak nak ke ? Kalau terus gemuk nanti nak kahwin nak pakai baju cantik-cantik tak muat ? Nak cari saiz XXXXL ke ? Memang nak kahwin lama lagi, calon pun tak ada lagi, single memanjang, tapi bila lagi nak kurus ? Lagipun diet ni tak semestinya untuk kurus je, penting untuk kesihatan jugak, penting untuk kehidupan akan datang.
Eh alamak panjangnya entri kali ni. Okey lah setelah menaip selaju 160 km/h, ada traffic light menyala warna merah, kita stop la dulu. Nanti Za update lagi. Apa perkembangan projek diet Za ? Wait and see la. Doakan Za dapat kurus & sihat yea. Ok terima kasih sudi baca dairi online Za ni. Tak semua cerita boleh dikongsi dalam diari ni. Cuma sesetengah kisah je boleh cerita. Ha tengok tu masih tak berhenti menulis lagi. Okey lah Za nak ke dapur nak minum air limau ni. Bye. Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum ! Cuti panjang semester 2 hampir melabuhkan tirainya, new semester just around the corner. Selamat tinggal bermalas-malasan, selamat tinggal tidur lepas Subuh (walaupun tahu tak elok tapi buat jugak, Astaghfirullah) selamat tinggal belajar gitar (yang sampai sekarang tak dapat kuasai sepenuhnya dengan baik sebab tak ada tenaga pengajar, sob sob), selamat tinggal kucing kesayangan... Semualah ! Huhu, cuti semester ni tak kerja pun sebab Za memang seorang yang pemalas. Keinginan nak kerja tu ada tapi Za jenis yang memilih. Tapi cuti ni Za luangkan masa dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat tapi untuk diri sendiri jelah, kalau pada orang lain mungkin tak bermanfaat...
3 minggu pertama, Za cuba praktis gitar setiap hari. Ada la sikit peningkatan & pengetahuan hasil tunjuk ajar di you tube tapi Za tetap tak dapat menggunakan gitar dengan baik sebab tak ada guru khusus yang boleh mengajar. Lastly, lepastu tak praktis lagi dah. Sebab Za ada banyak projek lain. Apa ? Rahsia la. Tapi yang Za nak cerita ni tak rahsia la. Projek gitar setakat itu je lagipun takut lalai pulak sampai pelajaran terabai. Lagipun kalau rasa rajin je praktis kalau tak, malas tahap
Za sebenarnya dalam dilema. Langit yang cerah bertukar mendung. Dirundung gelisah. Resah rasanya. Nak kurangkan
Nak dijadikan cerita, ada satu peristiwa yang menyedarkan Za tentang pentingnya jaga pemakanan & gaya hidup sihat. Mula-mula Abah kena sakit gout. Penyakit ni memang kerap berlaku pada orang lelaki kebanyakannya. Dah beberapa tahun jugak la Abah dah kena penyakit gout ni tapi haritu tiba-tiba beliau kena lagi. Mungkin Abah tak jaga makan kot. Sebab beberapa hari sebelum tu Abah ada makan dodol. Dodol kan dibuat daripada pulut. Pesakit gout tak boleh makan pulut & macam-macam lagi lah. Tambahan pulak setiap minggu Abah kalau pergi pasar tani kat pekan Parit Sulong tu, mesti wajib beli jagung rebus sebab memang favourite Abah. Dipendekkan cerita, dah ke klinik, & ramai orang pesan jangan makan sembarangan. Abah sekarang dah pantang makan. Beliau dah kurangkan makanan macam seafood, semua jenis kekacang, tempe tauhu makanan masyarakat Jawa memang tak makan la jawabnya, sayuran pun tak semua boleh makan. Ha lagi satu Abah ni tak tahan makan pedas. Asyik cirit je. Jadi Abah memang tak makan pedas. Haritu Za masak asam pedas Za masak semua ikan tu tak gorengkan untuk Abah sikit. Huhu kesian Abah. Ampun... Jadi semenjak tu kitorang sekeluarga pun turut berpantang makanan. Masak pun nak pastikan semua tak mudaratkan Abah. Za sedih jugak sekarang dah tak dapat makan sedap-sedap macam dulu. Eh apalah, patut bersyukur kita masih dapat makan lagi kan ?
Oit ada lagi satu cerita. Mama pulak. Mama ada masalah kesihatan sikit. Tapi tak payah cakap la kat sini, sebab peribadi lagipun malu nak cerita masalah perempuan sikit. Tapi dah ke klinik In Sha Allah tak teruk la. Masalah sikit. Za sedih sangat bila mak ayah kita sakit. Takut kalau mereka tak panjang umur, atau sakit teruk, nanti siapa yang nak menampung kehidupan kami ? Pernah sampai Za berdoa pada Tuhan, janganlah beri Mama & Abah sakit, biarlah Za sorang yang sakit. Cukuplah Za diberi penyakit sawan macam ni, biarlah Za sorang yang sakit, jangan kena pada orang tua kita. Cukuplah dugaan yang Engkau beri ni.
Lagipun semenjak Za kena makan ubat, Sodium Valproate atau Epilim 200mg dua biji satu hari, berat badan Za memang makin bertambah. Dulu Za slim tau ! Dulu Za pun rendah-rendah je. Tapi bila akil baligh, Za mengalami pertambahan ketinggian. Semenjak tingkatan 2, Za makin tinggi, semenjak naik tingkatan 4, berat dah naik sikit. Tapi semenjak tingkatan 5 yang Za disahkan menghidap Epilepsi & kena makan ubat, berat badan Za meningkat secara mendadak. Huwaaa sadisnya ! Za dah buat research, google sana google sini, & baca slip yang kat dalam kotak ubat tu, dah memang ternyata, sudah terang lagi bersuluh dengan spotlight, ubat tu memang beri kesan dengan menambahkan berat badan walaupun dia baik dari segi kawal diri Za daripada kena seizure lagi. Huhuhu.....
Sedih Za rasa. Ternyata semenjak ada penyakit macam ni memang banyak beri kesan pada diri Za. Lepastu ramai mulut celupar orang-orang yang Za jumpa tanpa segan silu tegur Za makin gemuk ! Tapi Mama selalu back up Za. Mama akan beritahu diorang yang Za makin gemuk sebab ubat yang Za makan. Tapi berat Za tak sampai 70 kg lagi. Baju saiz M muat lagi. Yelah S untuk sempit, M muat-muat, L longgar. Tapi Mama selalu pujuk, Za bukan gemuk, cuma besar, mungkin faktor ketinggian jadi Za dikira bukan gemuk. Mama memang baik. Mama jugalah yang menyokong Za dalam proses nak kurangkan berat badan ni. Mama pun nak cuba jaga pemakanan jugak. Baguslah, ada teman jugak.
Okey fine Za mengaku yang Za memang tak jaga pemakanan. Apa yang sedap semua Za telan. Pendek kata, batu dengan kayu je Za tak makan. Lagi la kalau stress, sedih atau gembira, makin banyak Za makan. Za pun kurang bersenam. Memang patut la berat makin bertambah. Jadi Za buat keputusan nak kurangkan makan, nak banyakkan bersenam, nak kurus. Target nak kurangkan 7 kg tapi kalau awal-awal ni kurangkan 2 atau 3 kg pun dah bersyukur. Kalau tak kurang pun sekurang-kurangnya membendung berat makin naik. Takut mesin penimbang berat tu pecah pulak atau bacaan error sebab gemuk sangat. Tengok muka kat cermin oh tidak ! Pipi tembam Za makin mengembang. Za dah tembam ! Uhh tak boleh jadi ni. Za mesti diet. Lagipun tak lama lagi bulan puasa hampir menjengah jadi Za boleh manfaatkan bulan puasa ni untuk kurangkan berat badan.
Tapi Alhamdulillah Allah beri taufik & hidayah awal-awal pada Za. Diberi kesedaran waktu macam ni memang Za bersyukur sangat. Tak adalah sampai dah tahap obesiti, lemak berlipat-lipat baru nak diet ? Seriously semenjak peristiwa-peristiwa kat atas tu la sedikit sebanyak menyedarkan Za.
Tapi Za ada masalah tak dapat kawal nafsu makan. Hari ni dah seminggu Za cuba berdiet. Ada la jugak aktiviti cergas yang dibuat. Haritu tolong Mama sapu sampah kat bawah pokok rambutan, bersih sikit halaman rumah tu hehe. Jogging baru sekali. Tipu sebenarnya tak jogging mana pun, cuma berjalan laju sampai simpang jalan. Sambil menunggu mesin basuh berhenti berputar tu, main lompat-lompat, naik turun tangga. Yelah kena banyakkan bergerak kan ? Buah limau kasturi yang bergantung kat pokok sebelah bilik Za jadi mangsa. Za amalkan minum air limau sejuk tanpa letak gula sebab orang cakap nak kurangkan berat badan cuba minum air limau atau lemon. Hmm lemon mungkin lebih berkesan tapi Za jenis tak suka benda masam. Segala adik beradik asam atau rasa masam Za tak suka. Tapi ni demi kurus, sanggup jugaklah minum air limau. Air limau je kot, takkan tak boleh telan. Paksa jugalah. Tapi memang menyegarkan badan. Tapi beware, Za ni ada gastrik, kang tak pasal perut buat hal lagi.
Tapi bab pemakanan dah ada yang ponteng. Di saat Za sedang menaip ni, Za kekenyangan sebab Za baru je makan
Actually, minggu lepas Za dah tahap mengidam nak makan mi segera tu, jadi Abah belikan la sebungkus, jadi ada lagi. Tapi Za janji kali ni for the last time la. Naik semester ni mungkin tak makan lagi sebab kat kolej tak boleh masak. Za ni tak berapa suka makan mi segera yang cuma direndam dalam air panas. Za suka masak dalam periuk & tambah telur sejibik sebijik. Baru sedap. Semester lepas pun Za makan mi segera kat kolej cuma 3x je. 2x Maggi 1x PAMA. Alhamduillah dalam tempoh 5 hingga 6 bulan cuma makan 3x je. Tak macam dulu kerap sangat. Tak elok kan makan makanan macam tu banyak kali ?
Huhu tapi bila diagak memang mustahil nak kurangkan berat sebanyak 7 kg dalam tempoh sebulan. Tambahan lagi Za yang mudah putus asa & fed up dengan usaha mengurangkan berat & membuang lemak ni. Benci ! Siapa kata mudah nak kurus ? Siapa ? Itu belum lagi duduk kolej nanti nak berhadapan dengan makanan yang dijual pakcik kat Anjung Seri Perpatih yang melambai-lambai untuk dimakan ? Boleh ke Za bertahan ? Sanggup ke Za nak kerah diri berjogging petang-petang ? Kuat ke semangat Za nak kurus ni ?
Tapi Za pujuk diri sendiri. Tak apa, perlahan-lahan sayang. Kalau rasa down, cuba bayangkan baju yang tak muat tu, bila boleh pakai ? Takkan nak jadi perhiasan je kat almari ? Orang lain boleh kurus kenapa Za tak boleh ? Cuba bayangkan zaman kegemilangan masa kurus dulu ? Tak nak ke ? Kalau terus gemuk nanti nak kahwin nak pakai baju cantik-cantik tak muat ? Nak cari saiz XXXXL ke ? Memang nak kahwin lama lagi, calon pun tak ada lagi, single memanjang, tapi bila lagi nak kurus ? Lagipun diet ni tak semestinya untuk kurus je, penting untuk kesihatan jugak, penting untuk kehidupan akan datang.
Eh alamak panjangnya entri kali ni. Okey lah setelah menaip selaju 160 km/h, ada traffic light menyala warna merah, kita stop la dulu. Nanti Za update lagi. Apa perkembangan projek diet Za ? Wait and see la. Doakan Za dapat kurus & sihat yea. Ok terima kasih sudi baca dairi online Za ni. Tak semua cerita boleh dikongsi dalam diari ni. Cuma sesetengah kisah je boleh cerita. Ha tengok tu masih tak berhenti menulis lagi. Okey lah Za nak ke dapur nak minum air limau ni. Bye. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)