28 April, 2015

Catatan Semester 2 Diploma Mikrobiologi

CATATAN SEMESTER 2, DIPLOMA IN MICROBIOLOGY, UITM NEGERI SEMBILAN

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum !

Hai hai hai semua, lama dah Zaa tak update kat blog pink yang serba simple pimple ni… Maklumlah, semester 2 kali ni busy sangat, macamlah menyandang jawatan yang penting padahal pelajar biasa jer. Kat sini Zaa cuma menyandang jawatan sebagai Exco atau Biro Keusahawanan untuk Persatuan Mikrobiologi. Alhamdulillah… Pengalaman interview nak mohon jawatan ni masa semester 1 membolehkan Zaa serba sedikit tahu tentang cara-cara nak memohon sesuatu pekerjaan untuk masa hadapan. Biasalah, kat universiti nie lah kita didedahkan dengan pelbagai cabaran untuk persediaan kita melangkah ke alam pekerjaan seterusnya membentuk sikap professionalism dalam diri.. Amboi, ayat tak boleh blah ! Entri kali ni sebenarnya Zaa nak cerita tentang pengalaman & kisah yang Zaa dah lalui sepanjang Semester 2.

Berebut peluang dapat kupon untuk permohonan kemudahan kolej kediaman untuk semester hadapan.

Zaa sentiasa cuba libatkan diri dalam pelbagai majlis / event yang dianjurkan kat sini. Zaa try jadi usher dengan jadi Biro Makanan. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Jadi Biro merangkap AJK Makanan ni best tau ! Layan VIP makan… Hahaha, dan yang paling bestnya, kitorang la yang tukang habiskan makanan sebab selalunya makanan yang dihidang kat VIP tu tak luak banyak pun. Haa lagi satu pengalaman jadi usher Program Seminar Remaja Kelab Peers, Zaa jadi usher dengan seorang kawan baik Zaa, Farah. Kitorang kena sambut VIP. Teman dia bawak pegi ke tempat duduk dia, teman dia makan lah, iring dia lah. Tapi yang tak bestnya, pagi bangun tidur nak solat Subuh tu jugak Zaa kena gastrik, sampai muntah-muntah. Selama ni Zaa tak pernah sampai muntah-muntah. Tapi Zaa gagahkan diri pergi kelas, waktu tu Lab subjek Physical Chemistry. Tahan jelah Ya Allah. Kalau tak masuk lab kang nanti nak buat lab report tak tahu pulak. Lepastu baru la pergi Unit Kesihatan untuk dapatkan rawatan.

Doktor yang rawat Zaa tu bila dah baca rekod Zaa ada Epilepsi, macam-macam la soalan dia. Dia pun nasihat ubat Epilepsi jangan berhenti makan dulu, sebab sesetengah pesakit dah tak nak makan ubat sebab dah tak kena lagi, mana boleh macam tu, tunggu Doktor cakap berhenti, barulah berhenti makan. Hmmm yelah. Lepastu dia nasihat gastrik ni jangan makan lambat, stress pun tak boleh. Stress tu pun penyebab gastrik, lepastu tak kasi makan pedas, makanan berminyak, makan masam, masin, kalau boleh makanan yang lembut je macam roti atau bubur. Hah ? Mana boleh tahan doe.. Terus Zaa tak ada selera nak makan. Cuma 3 hari jer Zaa ikut nasihat dia, lepastu, bedal jelah ! Dalam sakit-sakit tu Zaa gagahkaan diri jugak jadi usher tu. Nak tarik diri, kesian pulak kat orang lain dah last minute nak prepare susah pulak. Alhamdulillah sepanjang majlis tu Zaa kuat. Lepastu dah dapat kupon, rasa macam terus sihat pulak. Hahaha. Tapi malam tu badan Zaa panas. Siang tu memang rasa macam nak demam, malam tu demam betul.


Masalah kod kursus subjek tak selaras dengan sistem baharu

2 subjek, Biochemistry dengan General Microbiology (Laboratory Method) ada masalah dengan kod. Kod Zaa yang tertera pada sistem maklumat pelajar tak sama dengan classmate Zaa. Zaa punya masih guna sistem yang lama sebab nombor pelajar tak tukar baru. Jadi Zaa berhadapan dengan masalah nak register course dengan group classs. Jadi Zaa asyik berulang alik jumpa Ketua Panitia dengan PA iaitu Penasihat Akademik. Ya Allah, beratnya dugaanMu. Orang lain tak ada masalah pun, Zaa ni semenjak masuk UiTM memang banyak menyusahkan orang kan ? Zaa ingat cuma masa semester 1 jer ada masalah, rupanya semester 2 pun ada jugak. Dengan lif bangunan pentadbiran yang rosak, naik turun tangga, Zaa kena jumpa pensyarah itu, pensyarah ni, memang menguji ketabahan. Stress bila memikirkan hal macam ni. Jadual bertindih. Bila fikir balik, benda-benda ni semua berlaku cuma satu sebab je, EPILEPSI. Kan ? Kan ?

Tapi Zaa tak boleh salahkan Tuhan, sebab ini semua sebahagian dari ujian hidup. Allah sayang kat Zaa, sebab tu lah Dia beri ujian macam ni, Dia nak tengok Zaa kuat atau tak dengan dugaan yang baru sekecil zarah ni. Zaa tahu Zaa sebenarnya kuat. Sabar itulah kekuatan Zaa. Doa merupakan eleman penting yang tak boleh tertinggal. Tapi bila Zaa tak tahan, Zaa akan kalah dengan air mata. Cukuplah untuk hilangkan sedih tu. Ok sambung cerita tadi. Bila berjumpa dengan Ketua Panitia & pensyarah baru, mestilah diorang pelik kan, apalah masalah budak ni. Nombor pelajar nombor lama. Bila beritahu fasal Zaa tukar program, diorang pun pelik. Selalunya bila Zaa cerita balik dari A sampai Z, part yang Zaa kena tukar program disebabkan tak memenuhi kriteria kelayakan kesihatan sebab masalah Epilepsi, diorang memang pelik. Hmm, dah nasib. Akhirnya masalah pun selesai. Zaa kena masuk kelas subjek Biochemistry dengan student repeaters, sebab diorang jelah yang guna kod lama, jadi sistem pemarkahan / carry marks pun lain lah. Lepastu satu hal lagi, lecturer yang uruskan masalah Zaa pregnant, dan bersalin, so Zaa kena cari lecturer baru yang gantikan beliau. Jadi Zaa pun ada consultation secara peribadi dengan lecturer baru. Hah bagus jugak, tak payah malu-malu nak tanya kalau tak faham. Dan Alhamdulilah, dia baik sangat. Markah Test 2 Zaa tinggi jugak la bila dia tanda, ada salah sikit, dia betulkan, beri markah penuh :) .

Spottalk kelas subjek Bahasa Inggeris

Dalam kelas ELC atau kelas subjek English, kitorang kena beri spottalk (cakap dalam bahasa Inggeris tentang apa-apa sahaja topik dalam masa beberapa minit tanpa baca/tengok nota, kalau nak tengok nota takut lupa just tulis point yang penting boleh la). Bila tiba giliran Zaa, Zaa beranikan diri bercerita tentang Epilepsi untuk beri kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya kesedaran penyakit Epilepsi. Masa tu tak dapat dinafikan Zaa memang berdebar, maklum la nak speaking English, lepastu cerita pasal penyakit yang selalunya orang anggap penyakit gila. Suara memang bergetar habis. Trauma yang melanda diri semenjak dari Tingkatan Empat tak pernah hilang.

Situasi memalukan masa tu masih lagi segar dalam ingatan Zaa, lagi-lagi lah bercakap guna mikrofon. Tak dapat dinafikan suara Zaa yang macam keanak-anakan ni, bercakap guna mikrofon, memang jadi bahan lawak. Bayangkanlah, suara kartun, lokasi atas pentas Dataran Kejat, SMK Penghulu Saat, disaksikan ratusan pelajar beserta guru & pengetua, hari pertama persekolahan sesi 2011, hari yang Zaa memang tak dapat lupakan. Masa tu semua pelajar cemerlang 8 A PMR kena beri ucapan & penghargaan waktu perhimpunan pagi Isnin. Sebaik saja Zaa beri salam, ada suara mengekek ketawa, tak kurang jugak ada yang gelak, kawan sekelas pun ada yang sampai hati mengaku dia tergelak masa Zaa beri ucapan. 

Masa tu Zaa cuma harap ada kuasa ghaib yang boleh hilangkan Zaa dari semua orang. Tapi realitinya, tak mungkin berlaku. Tapi Zaa kuatkan jugak beri ucapan tu, Zaa pujuk hati, berbaloi usaha Zaa selama ni bersungguh-sungguh, akhirnya dapat jugak straight A, teringat wajah gembira Mama, Allahuakhbar, sekarang diberi peluang beri ucapan depan warga sekolah, kau ade ???? Sampai sekarang, Zaa masih takut lagi nak bercakap depan ramai orang, apatah lagi guna mikrofon. Tapi, keinginan bercakap tu ada, cuma belum cukup keyakinan jer. Hmmm : (

Berbalik pada spottalk tu, Zaa cerita serba sedikit apa itu Epilepsi. Pengalaman Zaa sepanjang menghidap penyakit ni, & Zaa selitkan beberapa pengajaran di sebalik kisah Zaa. Apa yang Zaa cerita semua lebih kurang dengan dalam entri Zaa yang tajuk Epilepsi tu dengan entri lain. Cer skrol balik. Alhamdulillah lecturer pun cakap very good walaupun susunan ayat tunggang langgang, tapi kita dah cuba yang terbaik kan ?


Entri ni Zaa tulis semasa cuti semester. Sebulan setengah ni, Zaa nak praktis gitar. Tapi tak ada  tenaga pengajar. Zaa cuma belajar sendiri, berpandukan buku & video je. Tapi boleh lah, sekarang ada la sikit peningkatan, sikit je… hehe.. Cuti ni, Zaa luangkan masa & hari-hari Zaa main dengan Marie, kucing kesayangan Zaa yang baru adopt masa bulan 12 tahun lepas, masa nak masuk semester baru. Sekarang dah besar dah budak bulus tu. Seronok sangat habiskan masa dengan dia. Marie ni pun manja sangat, asyik mintak usap kepala jer, tak habis-habis asyik nak duduk kat kaki Zaa je, tak kira la Zaa tengah masak ke, kalau tengah tidur, itulah peluang dia nak berkepit kat selimut. Nak pergi tandas pun dia sibuk nak ikut. Mama cabut rumput kat halaman rumah pun dia sibuk, bukannya nak tolong, makin huru-hara jadinya. Tapi dialah penyeri keluarga kami, semenjak ada dia, rumah kami macam ceria je, dan Babah pun suka dengan kehadiran dia. Dulu Abah tak suka kucing, tapi sekarang dia dah sayang kucing. Alhamdulillah.

Zaa juga teruskan penulisan cerpen Zaa. Ada 2 buah kisah, satu tentang kisah hidup Zaa yang sebenar, tentunya berkaitan kehidupan pesakit Epilepsi dan satu lagi tentang angan-angan Zaa nak jadi selebriti popular. Angan-angan jer tu sebab Zaa ada sebab tersendiri kenapa nak jadi artis, nak tahu ke ? Rahsia la…. Tapi tak tahu la bila nak siap kisah Epilepsi tu sebab Zaa nak buat kesudahan cerita ni dengan kesudahan hidup Zaa yang sebenar, tentunya lepas Zaa graduate & dapat pekerjaan yang baik, rasanya baru Zaa tamatkan kisah tu. Yang fasal angan-angan tu tak confirm la, mungkin direka je lah kesudahannya sebab kemungkinan nak jadi artis ala-ala Hannah Montana tu bukannya ada pun hahahaha… Pengaruh televisyen je.
Ok lah, sampai sini je coretan Zaa kali ni. Sebenarnya banyak je lagi cerita, nak menulis lagi tapi Zaa tak ingatlah nak cerita apa lagi, Zaa kan cepat lupa. Lain kali Zaa masukkan entri baru lagi… Ok bye Assalamualaikum !


9.20 p.m.
Isnin,  28 April 2015, 9 Rejab 1436.
Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

No comments:

Post a Comment